Thursday, November 26, 2009

~ SETANGKAI DOA ~

12:41 PM 0 Comments

Eid Mubarok kullukum!!

"Selamat Menyambut Aidul Adha.."

~Korbankan hati demi Ilahi~

klik sepi bukan mimpi di sini->kerana manisnya pengorbanan...


TAKUT

wahai sahabat..

takut..

aku tidak takut padamu..

tak perlu kau takut padaku..

lakukanlah apa yang kau mahu..

pada diriku

andai ia terbaik buatmu..jua Dia Yang SATU..

kerna aku..

takut..

takut ku kehilanganmu..

takutku tiada bakti padamu..maafkan daku sahabat.



Ya Allah,

takut..

Sungguh ku takut padaMU..

Usah ku dibiarkan takut pada hambaMU..

moga berlabuh sentiasa redhaku..

atas segala yang terjadi padaku..

kerna aku,

takut..

takut kehilangan kasih & cintaMU..

takut ku tiada layak menggapai syurgaMU..

ampunkan dosaku Ya Rahman.


~hati_ARIA~

jom bersimpuh di bawah duli MAHA BESAR ILAHI!!..semoga umur kita dipanjangkan olehNYA untuk kita bertemu 'hari korban' itu..moga hari raya korban kali ini lebih baik dari sebelumnya..amiin.~WAllahua'lam~

Saturday, November 14, 2009

~ JANJI TETAP JANJI ~

12:34 PM 0 Comments
Buktikan janji wahai 'aku'...


JANJI TETAP JANJI

Tuluskan niat
jelaskan matlamat

ingin dicapai,ingin digapai
hati...moga mendamai

pelangi indah melingkar perasaan
Ah! hadir marah tanpa jemputan
err,aku..kenapa ni?kenapa jadi begitu?!
tenggelam timbul persoalan
marah padaNYA? sekali jangan
doa tenang penyadur kemarahan
taubat sahabat kesungguhan
Jadikan aku! Jadikan aku!
Memecah kedamaian
Jadikan aku! Jadikan aku!
hamba yang ikhlas disetiap amalan

Ah! Payah!
hawa nafsu menang bergelut
motivasi syaitan tiada surut
hati kalut kehidupan melalut
hilang .. tenggelam .. takut
kembalikan aku! Kembalikan aku!
kesunyian terkejut
kembalikan aku! Kembalikan aku!
akhir..kemuncak jihad berjaya membalut

bila sunyi bersila bertafakur
tetap mekar tetap akur
bukan menyelar tapi melakar
bukan sekelumit pada kadar
sampaikan bumi mampu bergegar!
kerana terketar
pada kalimah Allahu Akbar!
Dia Tuan dunia Maha Besar

kembali menginsafi
pada segala ibrah duniawi
tundukkan hati
perbaiki diri..

sumpah alam pada bukti
bukti alam sumpah Ilahi

persetan syaitan tubuhku mati
buat Tuhanku kehidupanku mesti
untuk Allah lah kematianku pasti

janji
janji tetap janji
janji sekerat mati
di mana buktinya janji?
di mana janji cinta kau patri?
pada
Maha Mengasihi?
pada
kekasih Dia kasihi?
pada
warkah cinta Dia beri?
pada hambaNYA sendiri?

ketuk hati soal iman sendiri
yakin pada diri
percaya pada naluri hati
selagi degupan berproses kini
hidup mati kerana Ilahi!

buktikan duhai hati!!
janji tetap janji



......


~ hati_ARIA ~

Allahu Ta'ala A'lam

Dimaksudkan pada kata bisu:

1) Dia/NYA = Allah
2) Maha Mengasihi = Allah
3) kekasih Dia kasihi = Rasullullah S.A.W
4) warkah cintaNYA = Al-Quran

Friday, November 6, 2009

~ Jadi Diri Sendiri Kerana Allah ~

1:02 PM 0 Comments
Nikmat dan musibah Allah tentukan,
Lafaz Bismillah saya mulakan =)..

"Alhamdulillah, selesai satu kerja amanah" getus hatinya setelah selesai melayangkn mesej ke dalam Yahoo Group PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid).

"Qalbi, apa yang awak tulis tu boring la..panjang sangat" seorang kakak menegurnya.

"Kenapa boring?" dia kembalikan persoalan & terus menerima segala komen.

Dia lebih suka mendengar komen manusia di sekelilingnya daripada manusia yang gemar berbicara & berbisik dengan manusia lain tanpa pengetahuannya. Di sini menganyam ketupat,di sana dok mengumpat, apa boleh dapat? Sama-sama kita nasihat. Kemudian dia mengoreksi diri merendahkan hati.

"Qalbi,akak suka baca posting tu, " hamba Allah yang sangat dia segani memberi komen untuk penulisan yang sama.

"Alhamdulillah, tapi qalbi tidak sehebat akak, sahabat Qalbi & senior-senior yang lain," asyik ayat yang sama muncul dari bibirnya.

"Qalbi,jadilah diri awak yang sebenar. Kalau Qalbi kata kami hebat, awak juga hebat, " dia terus mendengar & cuba mencari sesuatu disebalik kata hamba yang diseganinya.

Teringat pesan ibu: "Hamba Allah berbeza-beza. Ada yang beriman,ada yang tidak. Ada yang rajin ada yang malas. Begitu juga pandangan orang sekeliling, tidak semua orang terima apa yang kita terima & tidak semua kita boleh terima apa yang orang lain terima. Tidak semua orang faham apa yang kita faham & tidak semua perkara kita faham apa yang orang lain faham ".

So miss your advice oh ibu. Actually,my parents are currently in Makkah right now. May Allah give them strength.

Membaca melalui hati, menulis melalui hati, melihat dengan mata hati, senyum dari hati..segalanya dari hati. Bila hati mengatakan tidak,maka tidaklah kata jasad. Penulisan sebaik mana pun jika hati pembaca mengatakannya tidak/boring/tak nak, maka terimalah pembaca apa yang dikatakan oleh hati.

Gurau kakak: " Awak selalu ingat Nabi kita pesan bukan?"

" Orang mukmin umpama satu jasad,jika sebahagian jasad terasa sakit,maka sebahagiannya akan turut merasainya(hadith sahih)
".. kan awak kata hati akak hati awak juga? Kalau hati akak sedih, hati awak pun sedih kan? Jadi perut awak, perut akak juga la kan? So, awak tak perlu makan sebab akak dah tolong makankan makanan awak ". Mereka tersenyum.

Aku nasihatkan hatiku: Jika penulis 'teratak' ini menulis hanya untuk melegakan hatinya. Maka sangatlah rugi baginya & tiadalah apa yang diperolehinya sehingga hujung nyawa.


<<Iklan>>

"Ayam tu keras lagi.Biarkan dulu rendaman tu. Azan dah berkumandang..adik,jom solat berjemaah. Nanti kita sambung" Dia suka mendahulukan Allah.

Selepas setengah jam. "Adik ,jom makan. Nasi Ayam dah siap!". Mereka menjamah. Dia terasa diperhati olehNYA.

~~tulisanku terhenti di sini~~kerana Dia(Allah)~~koreksi hikmah Ilahiyyah~~

WAllahua'lam

Monday, November 2, 2009

~ BUAT PEDOMAN ~

4:19 AM 3 Comments
Bismillah..bersua kembali

" Ya Allah,ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini..hindarilah kami dari kerja-kerja yang tidak perlu kami lakukan di sini " ...amiinn...

Hati milik siapa?Milik Allah sudah pasti.Namun,apakah yang telah hati kita lakukan hari ini?Apa hadiah istimewa dari hati untuk Pemilik Hati hari ini??Mari bersama kita muhasabah hati.Sekarang,apakah yang dibicarakan oleh hatimu?Pernahkah hati kita curang padaNYA walau sesaat?Jangan tunggu lama-lama!Jom Istighfar(memohon keampunan)!!Taubat & memohon keampunan sebelum hati berhenti berfungsi!!

"Assalamualaikum adik,kakak ingin berkongsi kisah ini".Mesej pendek dari kakak.Penulis menekan 'next'.Tertera kisah yang ingin disuratkan oleh kakak.




ISTERIKU JANNAH

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramailima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini

Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,

Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami.

Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa.

Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya.

Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi.. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.

Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah.

Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi.

Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu.

Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh lakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..

'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"

pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.

Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.

Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

~Apa kata hati anda?~

~WAllahua Ta'ala A'lam~

-kisah benar yg diceritakan dari hati seorang suami-