Wednesday, November 28, 2012

SULAMAN REBEN SENTUHAN QALBI

4:51 AM 1 Comments

Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam : Hari ini saya curi-curi masa bersama mak cik-mak cik di Kampung Tebuk Jawa untuk menuntut ilmu baru. Ilmu yang tiada di dalam buku. Menuntut ilmu apa pun haruslah dengan ketekunan, kesabaran, mempunyai masa yang panjang dan mempunyai mentor atau guru atau pembimbing. Pasti hasilnya memuaskan.

Terasa amat kerdil sekali berbanding orang lain kerana hanya saya seorang yang berusia 20-an, selainnya insan yang saya kira boleh dipanggil ibu dan nenek. Saya yang tidak biasa menjahit terpaksa menjahit hari ini.  Kalau sekadar jahitan baju biasa mungkin boleh. Tetapi ini jahitan sulaman reben !

Kehadiran saya dari jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang. Sedari masa yang ada hanya beberapa jam. Saya memujuk diri. " Aku boleh ! "

Jika selama ini hobi saya memasak, membaca dan membantu orang. Mungkin sulaman reben menjadi hobi saya yang terkini : )

Bekalan jahitan dibekalkan. Pembimbing hanya memberi tunjuk ajar akan jahitan reben asas. Kemudian, penuntut akan dibiarkan menjahit mengikut kreativiti masing-masing sambil dipantau oleh mereka.

Berikut adalah antara hasil yang telah siap.

Jom pantau !



Ini sulaman reben pada sarung bantal.
Sepasang sarung bantal kecil seperti ini boleh mencecah harga RM 120-130.


" Setiap langkahan dan sentuhan menghendaki keyakinan dan kepercayaan. 
Keyakinan dan kepercayaan memerlukan ketetapan hati.
Bersabarlah atas segala kesulitan dalam menuntut ilmu. Kadang kita boleh bersabar dalam sesuatu keadaan, kadang tidak pada perkara yang lain. 
Maka, perbaikilah niat dan sentiasa memotivasikan dirimu. Allah sentiasa bersama pada setiap kesabaranmu dan mencintai orang-orang yang bersabar. Mohonlah dariNYA pertolongan. Teruslah mara teman-temanku demi Ilahi. "



Sulaman pada sarung kotak tisu.


" Maaf, saya sudah pening dan loya. Saya terpaksa berhenti. " Kata seorang mak cik yang tidak mampu menyiapkan sulaman reben pada begnya. Namun, mak cik tetap kuat semangat menunggu hingga ke akhir program.

" Tak mengapa, boleh sambung di rumah. Rehatlah " Kata pembimbingnya.

Masing-masing salaing memahami.



Ops ! Inilah kerja tangan saya yang belum siap pada kain perca.
Bagai budak baru mengenal huruf.
Begitulah, huruf 'A' banyak 'gaya' tulisannya kan..


" Belum siap cik ! " Saya merayu sebelum sulaman saya diadili oleh para hakim. Pada masa yang sama pertandingan turut diadakan.

Sulaman wajib pada beg yang telah diberikan. 
Saya tahu saya akan kalah. Tapi tak mengapa, tiada kegagalan setelah berusaha. Tiada seorang pun menyulam bentuk selain bunga. Malu sungguh. Tetap saya teruskan, bentuk 'LOVE' menjadi pilihan hati saya walaupun ia agak pelik pada pandangan mak cik-makcik. 




Sulamanku pada beg. Belum siap dan tidak memuaskan.  



Alhamdulillah untuk segalanya.

Selepas ini kena bersemangat menyiapkan kertas kerja lagi. Selamat bekerja semua.



I 28 Nov 2012 I
I Rabu I
I Kampung Tebuk Jawa I

Saturday, November 24, 2012

Muharram: Elakkan Sebarang Kepercayaan Karut Mengenainya

6:52 PM 0 Comments

Dec 26, '08 10:16 AM
for everyone
Oleh:
Abd al-Razzaq bin Abd Muthalib (www.abdulrazak.com)
Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan-bulan agung dalam kalendar Islam. Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan ini. Allah Ijuga mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang meningkatkan amal pada bulan yang mulia ini. Antara yang sering diamalkan oleh umat Islam pada bulan ini ialah berpuasa sunat. Namun, persoalannya adakah amalan berpuasa sunat yang dilakukan ini bertepatan dengan sunnah Rasulullahr atau pun sebaliknya? Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kita tiada pilihan lain lagi yang lebih baik kecuali menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan dan hakim bagi segala penentuan.
Jika diteliti hadith-hadith Rasulullah r, maka kita akan dapati banyak riwayat yang membicarakan tentang amalan puasa sunat di bulan Muharam ini serta ganjarannya. Namun, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah memastikan riwayat-riwayat tersebut memang pasti bersumberkan daripada Rasulullah r. Ini penting kerana setiap amalan yang ingin kita lakukan mestilah bertepatan dengan sunnah Rasulullah r yang sahihah agar ianya diterima dan diberikan ganjaran pahala.
Antara hadith-hadith sahih yang membicarakan tentang amalan puasa di bulan Muharram ini ialah:
Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura:
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi r datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: ((Apakah ini?)). Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda rbersabda: ((Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu)), maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari )
A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah r telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah r juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: ((Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya)). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah r bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya):“Bahawasanya Rasulullah r ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda r menjawab: ((Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu)). (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah r begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah r berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharam)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah r berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah r bersabda lagi: ((Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9)). Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah r wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah r bersabda (maksudnya): ((Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9)). (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi r berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah r seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah r bersabda (maksudnya): ((Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram)).
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).
Kepercayaan dan Amalan Yang Bukan daripada Ajaran as-Sunnah
Kesedaran umat Islam dalam mengisi kedatangan bulan Muharam yang mulia ini dengan pelbagai amalan merupakan satu tabiat yang baik. Kita yakin bahawa semua amalan yang dilakukan ini tidak lain dan tidak bukan kecuali di atas satu niat iaitu semoga ianya akan dimasukkan dalam senarai amalan soleh yang akan diberikan ganjaran pahala di akhirat kelak. Namun, peringatan Nabir dalam urusan ibadah ini tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Daripada A’isyah r.a berkata, bahawa Rasulullah r bersabda yang maksudnya: ((Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan kami (urusan agama) maka ianya akan tertolak)). (Riwayat Muslim).
Oleh sebab itulah para ulamak, antaranya al-Fudhail bin ‘Iyadh telah meletakkan bahawa syarat utama menjadikan sesuatu amalan itu diterima ialah ikhlas kerana Allah I dan bertepatan dengan sunnah Rasulullah r. Al-Fudhail dalam menafsirkan firman Allah di dalam surah Hud, ayat ke-8 dan surah al-Mulk ayat ke-2 iaitu (Maksudnya: (Allah menjadikan semua itu) untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya)), beliau berkata: “iaitu yang lebih ikhlas dan lebih tepat. Sesungguhnya sesuatu amalan yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak tepat, maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan tepat tetapi tidak ikhlas, maka ianya juga tidak akan diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan ikhlas dan tepat”. Beliau berkata lagi: “Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah U semata-mata, dan yang dikatakan tepat itu ialah ianya bertepatan dengan sunnah”.
(Ibn Rejab, Jami’ al-Ulum wa al-HIkam, Tahqiq:Dr. Yusof al-Baqa’I (Bierut: al-Maktabah al-‘Asriah, cet. ke-3, 2000), hal.15)
Justeru, dalam keghairahan kita menambahkan amal ibadah dalam bulan Muharam yang mulia ini, marilah kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji dan menyemak semula adakah amalan-amalan yang kita lakukan itu menepati syarat-syarat yang telah digariskan ini.
Antara amalan-amalan di bulan Muharam yang tidak bersumberkan sunnah Rasulullah r yang sahihah ialah:
Memakai celak pada hari ‘Asyura dengan kepercayaan ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya. Amalan ini diambil daripada hadis maudhu’ yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, bahawa Rasulullah r bersabda: ((Sesiapa yang memakai celak mata daripada arang pencelak mata pada hari ‘Asyura’, maka ia tidak akan ditimpa sakit mata buat selama-lamanya)). (Rujuk: al-Albani, Silsilah Ahadith al-Dhaifah, 624). Ibn al-Jauzi, al-Maudhu ‘at, 2/116)
Hadis ini hukumnya maudhu’ (palsu). Imam Ahmad berkata: “Tidak ada riwayat (yang sahih) daripada Rasulullah saw tentang amalan memakai celak pada hari ‘Asyura, dan ianya adalah bid’ah”.
Solat sunat yang khusus pada hari ‘Asyura. Amalan ini juga bersumberkan hadis maudhu’: ((Sesiapa yang sembahyang padanya (hari ‘Asyura) empat rakaat, ia membaca pada setiap rakaat sekali surah al-Fatihah, dan lima puluh kali Qullhuwallhu ahad, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun)).
Mandi yang khusus pada hari ‘Asyura’ dengan tanggapan dapat menghindarkan diri daripada sebarang sakit pada sepanjang tahun. Amalan ini juga bersandarkan kepada sebuah hadis maudhu’: ((Barang siapa yang mandi dan bersuci pada hari ‘Asyura’, ia tidak akan ditimpa sebarang sakit pada sepanjang tahun, kecuali mati)).
Melebihkan pemberian seperti makanan, minuman, pakaian kepada ahli keluarga pada hari ‘Asyura’ dengan harapan semoga akan dimurahkan rezeki sepanjang tahun. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada ‘Alqamah bin Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: ((Sesiapa yang melapangkan pemberian (makanan, minuman, pakaian) kepada ahli keluarganya, pada hari ‘Asyura’, nescaya Allah akan melapangkan ke atasnya rezeki di sepanjang tahunnya)). Hadis ini hukumnya maudhu’, disebut oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at,2/115).
Menyediakan makanan yang khas seperti bubur (bubur ‘Asyura) yang dikaitkan dengan sunnah Rasulullah r atau disandarkan kepada peristiwa nabi Nuh a.s yang menyuruh para pengikutnya memasak daripada sisa-sisa makanan dan biji-bijian setelah mendarat dan selamat daripada taufan besar. Ini juga adalah tanggapan yang tidak benar dan ianya bersumberkan daripada cerita-cerita dongeng Israiliyat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn Kathir di dalam kitab “Qashas al-Anbiya’.
Membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Tidak terdapat sebarang hadis sahih yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas. sepertimana yang diamalkan oleh sesetengah daripada umat Islam. Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus.
Al-Syeikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ menyebut bahawa kebanyakan hadis-hadis maudhu’ ini yang berkaitan dengan amalan di bulan Muharam khasnya pada hari ‘Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh al-Husaian. Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-‘Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi r sebarang amalan pun pada hari ‘Asyura selain daripada puasa Baginda. Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan al-Husain pada hari ini. Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan dari biji-bijian (bubur) dan memakai celak dan mereka meriwayatkan hadith-hadith maudhu’tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga”.
(Syeikh ‘Ali Mahfuz, al-Ibda’ fi Madhar al-Ibtida’ (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)
Demikianlah beberapa contoh daripada amalan-amalan umat Islam di dalam bulan Muharam ini yang tidak bersumberkan daripada sunnah Rasulullah r yang sahih, mahu pun para sahabat dan para Imam kaum muslimin. Justeru, jalan yang terbaik ialah dengan mengikuti sunnah Baginda r, dan seburuk-buruk perkara pula ialah mencipta sesuatu yang baru di dalam urusan agama. Semoga kita semua diberikan petunjuk oleh Allah I untuk mengikuti sunnah Rasulullah r.
**Ini merupakan artikel lama yang pernah disiarkan di laman sesawang INTIS/YAPIS. Semoga ia menjadi panduan kepada kita, untuk mengamalkan sunnah khususnya dalam bulan Muharram dan menjauhi bid’ah-bid’ah yang merebak dalam masyarakat khususnya apabila menjelma bulan Muharam. Selamat membaca!



Wednesday, November 21, 2012

PALESTIN : ANTARA ILUSI DENGAN REALITI

5:16 PM 1 Comments

Semua yang hadir di kehidupan dunia ini, hadir dengan realiti, bersama ilusi.
Biar pun kedua-duanya di pandangan mata nampak serupa, hakikatnya amat berbeza.
Insan sebenar itu realiti.
Fotonya hanya ilusi.
Realiti ada bau, ada rasa, ada makna.
Ilusi hanya boleh dipandang, tidak boleh dipegang, jauh sekali hendak memegang.
Bandingkan sahaja buah-buahan sebenar dengan buah plastik. Buah sebenar walaupun tidak sempurna rupanya seperti yang ditakrifkan sempurna oleh mata manusia, ia ada bau, ada rasa, boleh dijamah dan penuh makna. Buah plastik biar pun cantik, hanya jamuan mata, perhiasan semata.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara realiti dan ilusi, realiti sentiasa lebih bermakna berbanding ilusi.
ILUSI SEMASA UNTUK REALITI SEMALAM
Seorang tokoh agung yang dipuja lagi disanjung, mati apabila tiba ajalnya. Kerana kasih pengikut kepadanya, sebuah patung diukir indah. Patung yang rupa parasnya tidak ubah seperti tokoh yang asal. Patung itu dimuliakan, diletakkan di sebuah taman yang indah, menzahirkan rasa megah dan bangga terhadap tokoh itu semasa hayatnya. Patung yang mengekalkan rasa bangga dengan semalam.
Tiba-tiba datang seekor burung kecil, terbang petang seperti burung kecil yang lain. Burung yang penat singgah berehat, bertenggek di atas hidung ‘tokoh’ yang agung itu tadi.
Tanpa ada yang menghalang, si burung kecil melepaskan najisnya!
Betul-betul di hidung, di muka tokoh yang agung itu.
Si burung terbang menyambung perjalanan petang.
Tokoh tadi masih megah dengan sejarah semalam, semasa wajahnya berlumuran najis!
Tokoh itu tokoh yang agung. Namun dia hanya sebuah patung. Sebuah ilusi. Burung itu biar pun kecil, dia hidup, dia realiti.
Demikianlah satu peraturan hidup ini, bahawa antara ilusi dan realiti, kemenangan sentiasa berpihak kepada realiti, biar sekecil mana pun realiti itu, dan sebesar mana pun sebuah ilusi.
ILA AL-ISLAM MIN JADID (KEMBALI SEMULA KEPADA ISLAM)
Ini adalah sebahagian daripada analogi yang dirumuskan oleh Sheikh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam min Jadid (Kembali Semula Kepada Islam), tentang hakikat yang perlu diberikan perhatian umat Islam terhadap akar umbi permasalahan hidup mereka.
Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Yahudi. Dan Yahudi di Palestin benar-benar seperti yang diceritakan. Yahudi di Palestin adalah Yahudi tulen. Al-Quran memperincikan tentang ciri-ciri Nasrani. Dan Nasrani di Amerika Syarikat dan blok Barat benar-benar seperti yang diceritakan. Nasrani itu adalah Nasrani tulen.
Al-Quran yang sama memperincikan tentang ciri-ciri Muslim.
Samakah Muslim seperti yang digambarkan oleh al-Quran?
Samakah kita seperti apa yang al-Quran gambarkan tentang kita?
Berapakah jarak di antara diri idaman kita dengan diri yang sebenar?
SYARAT KEMENANGAN

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

 Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.[Al-Isra' 17: 7]
Dalam pusingan kehancuran dan kemusnahan yang dilakukan oleh Yahudi kali ini, fasad mereka tidak kekal selamanya. Mereka akan tumpas, mereka akan tewas. Mereka akan kalah dengan kehinaan dan kemuraman wajah, dan yakinilah bahawa mereka juga mengetahui akan hakikat ini.
Namun kemenangan pemenang pada menumpaskan Yahudi di bumi Palestin adalah bersyarat.
Mereka memasuki Palestin seperti kemasukan mereka kali pertama dahulu.
Dengan kualiti yang sama.
Hanya Muslim tulen yang berhak menuntut kemenangan yang dijanjikan Tuhan.
Palestin menunggu Muslim kembali kepada Islam.
Yahudi tulen, Nasrani tulen, ‘menunggu’ kehadiran Muslim tulen.
Pertempuran antara dua realiti, memenangkan kebenaran atas kebatilan.
Pertempuran antara realiti vs ilusi, kita menipu diri sendiri!
HASRIZAL
43000 BSP

@http://saifulislam.com/?p=312

Wednesday, November 14, 2012

GUIDE ME ALL THE WAY

8:14 AM 0 Comments




I know that You could easily
Take away everything You've given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
'Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for You to be pleased with me


Allah, Ya Allah
Guide me all the way to Your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don't let me go astray 'cause I need You
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, O Allah!
Be with me all the way


I know that sometimes I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me 'cause I can't thank You enough
Forgive me when I doubt Your love
Now I pray for that day
When all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me


Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
'Cause soon I'll have to leave it 


Guide me all the way
Don't let me go astray


- Maher Zain -

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Koreksi diri. Mantapkan rohani. Perkasakan peribadi.

Bulatkan tekad dan azam. Kuatkan pendirian. Teruskan perjuangan.

Biarkan hati terhias dengan sifat mahmudah,
biarkan hati tersisih dari karat mazmumah,
biarkan hati basah dengan zikrullah,
agar diri kuat membenarkan agama Allah.

Wahai teman-teman yang dikasihi Allah,
bersama kita menyelusuri sunnah,

bersamalah menghayati Maal Hijrah.