PROFIL


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Jangan jadikan kekurangan sebagai suatu kelemahan, jadikanlah ia suatu keistimewaan agar dapat melahirkan suatu kekuatan & dapat memberi sebuah keyakinan, kerana setiap yang di hadapanmu itu adalah jalan menuju kebahagian..demi Ar-Rahman. [hati_ARIA]




     Saya seorang yang tidak sempurna, hanya seorang hamba Allah yang sentiasa ingin memperbaiki hidupnya. Alhamdulillah atas segala kurniaanNYA, khususnya dengan kurniaan modal nyawa ditambah pula nikmat Islam dan Iman yang Allah beri, hidup saya begitu indah.



     Seperti kalian juga, hidup ini kadang kala dilanda gerimis, hujan, ribut atau taufan. Percayalah, itulah tempat latihan kesabaran yang Allah beri pada hambaNYA dan tidak sesekali Allah bebankan. Itulah juga tapak kekuatan untuk kita semakin maju memperbaiki diri. Tidak semua yang kita cita-citakan akan kita dapat, tidak semua yang kita inginkan perlu pada diri. Allah cintakan hambaNYA yang sabar dan bersukur. Allah jadikan sifat manusia itu adanya kelebihan dan kekurangan. Hiduplah dengan keseimbangan. Lakukanlah kebaikan dengan mengikut kemampuan.




Innal i'zzata lillahi jami'a.




      Bagaimana ingin mencari kesempurnaan? Maka berbaliklah kepada Allah Maha Pencipta kesempurnaan. Kembali pada agama. Kadang-kadang dia seorang yang banyak kekurangan tetapi bila dia mendalami agama, hidupnya lebih baik sempurna. In shaa Allah, dengan mencari kesempurnaan dari apa yang Allah ajarkan, kehidupannya akan dirasai sempurna. Jangan mengimpikan kesempurnaan selain Allah Yang Maha Esa. 



Dunia itu juga bersifat kesenangan dan tipu daya, kadang-kadang di dunia dipaparkan benda-benda yang baik tapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu. Sedari hamba itu pandangan tentang sesuatu itu amat terbatas. Maka, bermohonlah agar di dunia ini kita tidak sentiasa ditipu daya dengan kesenangan dunia ( mata'ul ghurur ). Sesungguhnya kesempurnaan itu segalanya datang dari Allah.




 إن العزة لله جميعا 

" Sesungguhnya kemuliaan itu milik Allah semuanya " (Yunus : 65)




     Diri ini juga mengimpikan agar menjadi wanita yang terpelihara, wanita yang diberkati, anak solehah, isteri solehah, ibu mithali, teman yang baik, warganegara yang menyumbang dan lain-lain. Makin banyak kita teroka hidup, makin kita tak tahu. Moga dengan setiap niat, keinginan & langkahku menuntut ilmu semakin dekat aku padaMU. 



Ringkasnya..



Nama :

Anisatul-Qalbi bt Mohd Sofiyuddin


Tarikh Lahir :

28 Julai 1990


Tempat Lahir :

Hospital Besar Teluk Intan,Perak.


Asal :

Sabak Bernam, Selangor ( Dibesarkan )


Pendidikan :

 Sekolah Rendah Kebangsaan Teluk Rhu ( 1997-1998 )
 Sekolah Rendah Kebangsaan Parit Baru ( 1999-2002 )
 Sekolah Agama Menengah Bestari,USJ 5/3, Subang Jaya ( 2003-2007 )
 Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Januari – Jun 2008 )
 Ijazah Sarjana Muda: Universiti Yarmouk, Jordan ( 2008 - 2012 )
♥ Ijazah Sarjana: Universiti Kebangsaan Malaysia ( 2014 - 2017 )
♥ Calon Doktor Falsafah: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS (2019-kini)


Moto Hidup :

♥ Do the best (proficient) & let Allah do the rest. 
♥ احفظ الله يحفظك 


Warna-warni kehidupan :

♥ Gemar aktiviti yang mencabar.
♥Pernah berkhidmat sebentar sebagai guru Matematik dan Tauhid Feqah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiyah, Pekan Sabak, Selangor.
♥ Pernah berkhidmat sebagai Fasilatator dan Urusetia program-program yang dikendalikan oleh persatuan atau masyarakat setempat di Jordan serta Malaysia.
♥ Pernah berkhidmat di Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (KITTIS), Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
♥ Pernah berkhidmat di Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITIN), Bandar Baru Bangi, Selangor.

Terima kasih kerana sudi membaca. Moga bernilai ibadah.


Mari teman-teman, terus mara demi Allah.

Didoakan moga pengakhiran hidup kita, pengakhiran yang baik. Bi iznillah.




No comments: