Wednesday, March 21, 2018

MANFAAT SCRUB BADAN

3:24 AM 0 Comments

Kelebihan scrub badan seperti yang tertera dalam gambar di atas.

Beruntunglah buat peminat scrub badan natural kerana pada kali ini Mary Jardin memberikan potongan sebanyak 50 peratus untuk mendapatkannya.

Ada yang FREE?

Pun boleh.

Terus hubungi pihak kami dengan segera. Selagi stok masih ada ya 😊


Agen: Anisa
ID: 000112
Phone: 011-14288905
Negeri: Selangor

Terima kasih.

Tuesday, March 13, 2018

SCRUB BADAN PERCUMA

12:56 AM 0 Comments


FREE BODY SCRUB
FREE BODY SCRUB
.

Ia melembutkan kulit. Menyegarkan badan. Bila balik kerja rasa nak kembalikan tenaga dengan aroma yang indah bagai berada di ladang bunga. Apalagi? Jom dapatkan FREE Body Scrub Mary Jardin. Antara bahannya; susu kambing, Lavender buds dll.
.

KHASIAT SUSU KAMBING

Melembutkan dan melembabkan kulit. Kandungan PH yang sama dengan kulit kita, membuatkan susu kambing sangat bermanfaat untuk kulit kita terutama untuk melembabkan kulit.

Kandungan mineral dan vitamin yang terkandung dalam susu kambing seperti protein, lemak, zat besi, vitamin C, vitamin B dan vitamin A yang tinggi mampu membuat kulit jadi lebih lembut.

Bagaimana nak dapatkan FREE Body Scrub?

Setiap pembelian Basic set berharga Rm150, akan akan diberikan secara PERCUMA sebotol Body Scrub Mary Jardin (berharga Rm65).

 😊



www.wasap.my/601114288905

#maryjardin
#bodyscrub
#natural
#organik
#ComboSet
#Promo




Wednesday, February 21, 2018

5 MANFAAT MINYAK ARGAN UNTUK KECANTIKAN WAJAH

7:24 AM 2 Comments




Bismillah.

Setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik dan berseri pada wajah. Tidak mengira warna kulit. Kini, minyak kecantikan menjadi trend di Eropah kerana khasiatnya sungguh luar biasa. Di Malaysia pula, minyak kecantikan semakin diminati bagi penggemar skincare natural dan organik. Mari kita tinjau kebaikan minyak Argan untuk kecantikan wajah. Minyak argan mengandungi vitamin E, Vitamin 6 & 9, anti-oxidan dan pelbagai lagi. Minyak Argan Morocco juga mampu mengawal kelembapan kulit dan melembutkan kulit. 


5 MANFAAT MINYAK ARGAN UNTUK KECANTIKAN WAJAH

1. Anti-Penuaan

Minyak argan ada Vitamin E dan anti-oxidan di dalamnya. Oleh itu, minyak ini mampu mengurangkan kedutan pada wajah dan wajah kelihatan 'berkilau' serta awet muda.

Penggunaan: Bagi mendapatkan kesan penyerapan maksima, gunakan minyak argan Morocco sebelum tidur. 2 hingga 3 titis saja😊



2. Anti-Jerawat

Siapa dah pernah pakai minyak argan? Minyak argan ni dapat membantu menghalang sebum (zat yang menghasilkan jerawat) berlebihan pada wajah sehingga timbulnya jerawat. Minyak argan ini mampu mengawal penghasilan sebum ini.

Penggunaan; Sapukan minyak argan ini ke tempat jerawat atau parut diwajah. Buat urutan lembut agar minyak argan menyerap elok. Boleh jugaminyak argan ini dikombinasikan dengan tea tree.

3. Kulit Lembap

Minyak argan Morocco yang natural dan organik mudah menyerap ke lapisan kulit wajah dan mampu membantu wajah kelihatan lebih tegang dan lembut.


Penggunaan; Sapukan 2 hingga 3 titis minyak argan pada wajah anda. Urut dan usap dengan perlahan-lahan. Minyak argan Morocco yang natural dan organik tiada bahan kimia tidak memberikan kesan sampingan (buruk).

4. Kulit Tegang


Anda risau dengan kulit di wajah berkedut? Mungkin akibat tabiat tidur yang tidak betul atau faktor lain seperti kurangnya kolagen akibat bertambahnya usia. Kini, anda tidaak perlu risau lagi. Berikan vitamin dan rawat wajah anda dengan menggunakan minyak argan. Minyak argan mampu menambah pembentukan kolagen di dalam kulit wajah. Jadi, kulit akan terasa tegang nanti, in shaa Allah.

Penggunaan; Sapu dan urut lembut pada wajah dengan cara ke atas dan arah lawan jam agar minyak argan Morocco menyerap dan rata.

5. Wajah Awet Muda


Penggunaan: Gunakan minyak argan setiap hari 2 kali sehari secara berterusan. Penggunaan secara berterusan terutama sebelum tidur bakal meremajakan kulit wajah anda.

Selamat mencuba!
__________________

Anda ingin mendapatkan Minyak Argan Morocco? Mudah saja, dapatkan minyak argan Morocco 100% asli melalui admin jenama Mary Jardin. Terdapat pelbagai lagi campuran minyak kecantikan premium di dalam Face Oil Mary Jardin. 

Selamat mencuba dan memanfaatkan minyak argan : )

 Minyak Argan Morocco membantu mengatasi masalah seperti berikut:

  • Masalah kedutan/ kulit kendur
  • Kulit rosak
  • Menghilangkan parut
  • Mencegah keradangan kulit
  • Eczema
  • Kulit kering
  • Bibir kering
  • Jerawat
  • Kulit Kusam
  • Kulit Sunburn
  • Psiorosis
  • Anti Bakteria
  • Anti Oxidan



>>>> TESTIMONI FACE OIL MARY JARDIN <<<< 







Friday, January 9, 2015

Perjalanan Hidup Kita Sendiri

4:34 PM 0 Comments


Ajari aku menggunakan pena
akanku tulis gemercik air
udara dingin
kabut senja
sampai daun gugur

Perjalanan hidup kita sendiri..

lakukan perjalanan hidup kita sendiri
kita tidak harus menunggu orang lain untuk melakukan perjalanan
tidak harus lakukannya bersama-sama..

kita..kita bertanggungjawab atas hidup kita sendiri
kita hendak melangkah atau berhenti
hendak terhenti lama pada suatu tempat
hendak berlari kencang
kitalah yang menentukan

berhentilah menyalahkan ketiadaan teman dan keadaan
ini hidupmu sendiri

jangan sesekali menahan orang lain untuk maju
jangan membuat mereka berhenti hanya untuk menunggumu

jangan memaksa orang lain berlari
sementara langkah kakinya tak mampu mengikuti

lakukan perjalanan hidup kita meski sendiri
kita tidak perlu menunggu lama-lama orang datang
dan mengajak kita pergi

kita tidak perlu membuang waktu
 untuk seseorang yang belum tentu mahu kita ajak jalan bersama

kita bertanggungjawab atas hidup kita sendiri
setiap langkah kaki kecil kita memperdekat tujuan
tempat di mana orang-orang yang sebenarnya bertemu
tempat di mana setiap pertanyaan kecil kita sepanjang perjalanan ditemukan

diperjalanan kita akan tahu
siapa orang-orang yang memliki tujuan yang sama

diperjalanan..kita tidak perlu saling menunggu
sebab langkah kaki kita sama
..kita berjalan beriringan..

~ by suaracerita@drfina ~



Perasaan Kita

4:03 PM 0 Comments



Ajari aku menggunakan pena
akanku tulis gemercik air
udara dingin
kabut senja
sampai daun gugur

Bagaimana perasaan kita 
saat kita tahu
bahawa orang yang kita kira tidak peduli pada kita
adalah orang yang paling sering menyebut nama kita di dalam doanya?

Bagaimana perasaan kita
saat kita tahu 
orang yang menulis begitu dalam dan indahnya
dan..kita kira untuk orang lain
..ternyata untuk kita

Bagaimana perasaan kita
saat kita tahu
orang yang sering bersikap dingin kepada kita
adalah orang yang paling dalam memendam perasaannya kepada kita

Bagaimana perasaan kita 
saat kita tahu
bahawa orang yang sangat kita benci 
adalah orang yang paling sabar menghadapi kita?

Bagaimana perasaan kita
saat kita tahu
bahawa orang yang menyuruh kita pergi
adalah orang yang paling takut kehilangan kita

Bagaimana perasaan kita
saat kita tahu
orang yang kita kira meninggalkan kita
adalah orang yang paaling ingin melihat kita bahagia

Bagaimana perasaan kita
saat kita tahu...


~ by suaracerita@drfina ~

Thursday, March 6, 2014

Disebalik Secebis Kain..

8:31 AM 0 Comments

Terlalu banyak yang mahu dibicarakan jika menyentuh tentang wanita dan aurat. Bermula persoalan asas, batas aurat yang ditentukan syariat sehinggalah mencakupi perkara berbangkit yang timbul.
Bukan sekadar pakaian, pembawaan diri, pergaulan dan batasannya, malahan gambar-gambar yang tersebar di ruang siber juga harus diambil kira oleh seseorang Muslimah dalam menentukan tahap kesempurnaan penutupan aurat dan hijabnya. Semua memberi gambaran tentang aurat dan hijab yang sewajarnya diambil berat oleh setiap wanita muslim.
Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi persolan berkait penutupan aurat yang tidak kurang pentingnya untuk diketengahkan iaitu hukum pemakaian purdah atau niqab.


Wajib dan Tidak

            Baik ulama' silam mahupun kontemporari, persoalan ini tidak pernah sunyi dibincangkan demi kemaslahatan wanita Islam dan ummah secara umumnya. Secara ringkasnya, hukum pemakaian purdah merupakan masalah yang diperselisihkan hukumnya yang diiktiraf.
            Ada ulama' yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah aurat, manakala jumhur fuqaha' pula menganggap sebaliknya. Akan tetapi, mereka bersepakat menyatakan seseorang Muslimah itu wajib menutup wajahnya apabila keindahan paras rupanya boleh menyebabkan berlakunya fitnah dan keburukan, di samping sebagai langkah menutup pintu kerosakan (sad al-zarai' ).
            Antara barisan ulama' kontemporari yang tegas menyatakan rupa paras wanita adalah aurat ialah Sheikh Ibn Baz rhm. dalam banyak fatwanya. Dr Sa'id Ramadhan Al-Buthi dalam Ila Kul Fatat Tu'min bi Allah, Abu Al-Ala' Al-Mawdudi dalam Al-Hijab. Sementara ulama' yang menyatakan wajah wanita bukan aurat ialah majoriti ulama semasa seperti Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya al-Niqab li al-Mar'ah al-Muslimah bayna Al-Qawl bi Bid'iyatih wa al-Qawl bi Wujubih, Sheikh Taqiyuddin al-Nabhani dalam al-Nizam al-Ijtima'i fi al-islam dan Sheikh Nasiruddin al-Albani dalam Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa as-Sunnah.


Berbeza Pandangan

            Daripada penjelasan ringkas hukum purdah di atas, seseorang Muslimah boleh berpegang pada pandangan yang mewajibkan pemakaian niqab atau tidak. Perlu diingat, ulama telah membahaskan secara panjang lebar tentang wanita, aurat dan hukum yang bersangkut paut dengannya termasuk hukum berpurdah melalui penilaian dan perbahasan dalil-dalil daripada al-Quran dan sunnah bagi tujuan dakwah dan menjauhi keburukan atas nama Islam dan iman.
            Walau bagaimanapun, tidak perlu bagi mana-mana wanita yang berpegang kepada salah satu daripanya memandang hina atau buruk kepada golongan yang berbeza pandangan daripada mereka kerana kedua-duanya masih berada dalam daerah pahala. 

Dalam hal ini, Sheikh Nasiruddin al-Albani rhm. menyatakan :

            " Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seorang wanita dengan purdah (niqab) atau yang seumpamanya seperti yang dikenakan oleh sebahagian wanita zaman ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang terdapat dalam syariat dan termasuk amalan atau perbuatan yang terpuji walaupun ia bukanlah satu hukum yang diwajibkan (atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) beerti dia telah melakukan kebaikan dan mereka yang yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa. " ( Al-Albani, Jilbab Al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah hlm. 128 ).


Kefahaman dan Taqwa

            Kini kita terlalu jauh dari tempoh kenabian dan terlalu lama terpisah dari zaman salafussoleh yang amat menitikberatkan sifat warak dan berjaga-jaga dalam setiap tindakan, sehingga terlalu banyak ajaran dan aturan Islam yang dipandang lekeh. Realiti kini menunjukkan wanita bebas berada di luar rumah tanpa batas, hilir mudik berada di hadapan lelaki ajnabi atau bersama-sama lelaki bukan mahram tanpa keperluan yang syarii. Ditambah lagi, mereka keluar dari rumah dengan mengenakan busana yang kurang sempurna, memperlihatkan perhiasan dan mengenakan haruman di badan.
            Justeru, perkara yang paling utama pada pandangan saya, baik berpurdah atau tidak kedua-duanya perlu memiliki kefahaman yang didasari ketaqwaan kepada Allah s.w.t tentang suruhan menutup aurat dan berhijab bagi wanita ketika berada di luar rumah sebagai suatu konsekuensi iman yang ada di dada mereka.
            Muslimah yang benar-benar faham tentang arahan ini pasti menyedari semua itu adalah hijab (tabir pelindung) yang bertindak umpama benteng dan diniding yang menyelamatkan mereka dari daripada pandangan nakal dan gangguan lelaki fasiq yang tidak berakhlak.
            Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : " Wanita itu aurat. Apabila dia keluar dari rumah, syaitan terus memandangnya (untuk menghiasinya pada pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah). " ( Riwayat at-Tarmizi )
            Ramai umat Islam pada hari ini terlepas pandang akan hadis Nabi s.a.w di atas. Jika ada yang mengetahuinya, tidak ramai yang dapat menerima dengan hati terbuka dan bersuluh iman kerana inti patinya yang tidak selari dengan hawa nafsu mereka. Bahkan mereka mendakwa ia hanya merendah-rendahkan kaum wanita, tidak lagi relevan dengan perkembangan zaman.
            Sama ada Muslimah tersebut mengenakan purdah atau tidak, berada di luar rumah, alam nyata atau alam maya, mereka perlu diawasi dan dibatasi secukupnya. Yang perlu diimplentasi ialah roh penutupan wajah itu iaitu merendahkan pandangan daripada dipandang atau memandang secara tidak wajar.


Lazimi Rumahmu

            Allah s.w.t memerintahkan wanita duduk di rumah jika tiada sebarang urusan yang memerlukan mereka keluar seperti menuntut ilmu, bekerja menambah ekonomi keluarga, mendapatkan rawatan atau nasihat perundingan dan lain-lain yang diizinkan agama, dengan manfaat agar nilai dan harga diri wanita sebagai perhiasan dunia yang indah dapat terus dipelihara.

            Allah s.w.t berfirman, maksudnya : 

            " Dan hendaklah kamu berada di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang Jahiliah yang terdahulu. " ( Surah al-Ahzab 33 : 33 ).

            Walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri Nabi s.a.w, namun wanita selain mereka perlu mentadabbur ayat ini dan mengambil manfaat daripadanya. Amat wajar difahami ayat ini bukan untuk membataskan gerak-geri seorang wanita atau mengurangi peranannya dalam masyarakat. Hakikatnya, ayat ini menjelaskan tentang cara seorang wanita tatkala dia keluar dari sempadan rumahnya agar tetap selari mengikut ajaran Islam.
            Sayangnya, ramai yang telah terlupa tentang perkara ini dan "membuka" diri bukan sekadar dengan menjadi pengunjung tetap pusat beli belah tanpa tujuan membeli dan berlegar-legar, bahkan mereka menggunakan hujung-hujung jari sahaja untuk memperagakan wajah dan rupa.


Buka Diri

Malangnya, fenomena ini tidak terkecuali kepada Muslimah yang tidak menutup wajah semata-mata, tetapi turut menjangkaui Muslimah yang memakai niqab dan purdah.
Pengalaman saya sendiri tatkala menemukan foto-foto Muslimah berpurdah yang bergambar dengan solekan dibahagian mata dan dilirikkan pula mata itu dengan gaya yang tidak sesuai dengan akhlak seorang Muslimah solehah yang benar-benar mahu menutup pintu fitnah daripada menerjah masuk ke dalam dirinya atau orang yang melihatnya. Di bawah gambar-gambar tersebut, terdapat banyak pujian daripada teman-teman lelaki dan wanita kerana kecantikan matanya yang satu-satunya dapat mereka teliti dan perhati.
Benar, mengenakan solekan di mata iaitu dengan memakai celak termasuk dalam perbahasan perhiasan yang biasa nampak nampak darinya sebagaimana pendapat pendapat Ibn Abbas, Anas bin Malik dan Qatadah.
Justeru, harus mengenakan celak mata baik bagi lelaki dan wanita sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Al-Mufassal fi ahkam al-Mar'ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah.
Namun, mengenakan celak dan solekan yang tebal agar lebih menyerlah kecantikan mata dan menambahkan keindahan pesonanya, sudah tentu tidak termasuk dalam keharusan ini kerana ia sudah dikira tabarruj ( berhias ) yang ditegah kerana mampu menarik perhatian orang yang melihat dan melahirkan perasaan yang tidak baik terutama kepada kaum lelaki.
Begitu juga kepada adik-adik remaja yang berpurdah di luar tetapi membiarkan gambar mereka dengan wajah tidak bertutup disebarkan dalam laman sosial dan blog sehingga boleh ditatap oleh lelaki berkali-kali oleh lelaki.
Sungguhpun tidak haram membuka purdah, namun tindakan ini tidak selari dengan objektif mereka berpurdah ketika berada di khalayak ramai dan konsep hijab itu sendiri, apatah lagi apabila gambar yang dipamerkan itu juga memperlihatkan aksi-aksi melampaui batasan yang sepatutnya. Jika sebaliknya, ia dibolehkan dengan harapan dan izin-Nya ia dapat menyedarkan Muslimah lain yang menatap untuk mencontohi tindakan mereka berpurdah dan melindungi kecantikan wajah kerana Allah s.w.t.


Disebalik Secebis Kain Itu

            Muslimahku, kita melindungi aurat dan mengenakan hijab yang sempurna bukan kerana semakin ramai wanita melakukannya, terikut-ikut trend semasa dan mahukan pujian sebagai wanita solehah yang terpilih dan mulia. Tetapi demi mencari keberkatan dengan mengikut cara para isteri Nabi dan Muslimah pada zaman Baginda s.a.w yang merupakan sebaik-baik contoh teladan dan tuntutan buat buat Muslimah beriman.
            Baik berpurdah atau tidak, insafilah kita membawa syiar Islam di sebalik apa yang dipakai. Kita melindungi diri demi mencari redha Ilahi kerana sesungguhnya Allah s.w.t menghendaki pakaian untuk melindungi aurat itu juga merupakan penutup dan tabir pelindung daripada pandangan "mata" syaitan durjana. Ia pemangkin rasa malu, penghindar cemburu melulu dan pemelihara maruah serta harga dirimu.


            
Di sebalik pakaian kita, suburkan rasa malu dengan menjauhi larangan-Nya dan berpegang erat dengan segala perintah-Nya. Sedarilah, malu itu sememangnya penentu nilai seorang Muslimah bertaqwa dan beriman. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka, amin.



Artikal ini dipetik dari ruangan Tanbih, Majalah Solusi #44. hlm. 52-53
Dikarang oleh Ustazah Noraslina Jusin - www.ummuhusna99.blogspot.com

Saturday, October 5, 2013

USRAH : BULATAN KASIHKU

9:07 PM 0 Comments
Bulatan kasihku, kekuatanku.

Bulatan itu yang menyuburkan kasih sayang dan keakraban hubungan antara saya dan sahabat-sahabat. Kadang, tidak selalu duduk dalam bulatan tetapi selalu dalam bulatan kasih dengan pelbagai aktiviti. 

Ia lebih berharga jika dibina atas dasar iman dan taqwa dengan penuh keihklasan kepada Allah dan ketaatan kepada pemimpin yang adil. 'Bulatan kasih' yang dimaksudkan adalah usrah ( اسرة ). Berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga. Keluarga sendiri dan juga 'sekeluarga' bersama teman-teman. Ada juga yang menamakannya Smart Circle dan pelbagai lagi.

Setiap hari, jadikan kehidupan lebih aman dan emosi lebih tenteram. Kurangkan marah serta bersangka-sangka pada manusia. Lakukan yang terbaik segala yang kita mampu pada hari ini dengan apa yang telah dirancang. Esok untuk hari esok. Mencuba, berfikir bertindak dan menjadi positif. 




Semasa beramal mahupun berbudi kepada yang bergelar manusia, buanglah harapan menggunung bahawa orang akan berterima kasih kepada kita, mengingati kita atau mengenang budi disebabkan kita pernah membantunya. Ditakuti sedikit sebanyak menghakis keikhlasan di hati.




Ya Allah jika kami merindui, rindukanlah kami pada hati-hati yang melabuhkan rindu dan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan kami untuk menyintaiMU dan berjuang di jalanMU


Usrahku kecintaanku. 

Serlahkan aura positif disekelingmu. Nescaya bertambah besar bulatan kasih dalam hatimu. Kuatlah demi menjadi penyambung mata rantai dakwah Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wasallam, baginda adalah insan pertama yang membina usrah penuh dengan kasih sayang. Sollu a'lan nabi.

Berusrahlah walaupun di tempat kerja. Beberapa minit dengan pengisian yang berharga, membaca Al-Quran atau bersama mencari penyelesaian tentang suatu masalah yang dikongsikan. Mungkin itu antara amal yang membawa kita ke syurga.

Perkongsian bersama. Senyum.


Monday, February 18, 2013

Hidup Mulia atau Mati Syahid

2:16 AM 3 Comments
Credit to : Pengembara Dunia

Melihat langit malam,
Indahnya berteman bintang & bulan,
Zikrullah mengungkap kalam..

Sentiasa ada ruang untuk bersyukur,
Sentiasa ada ruang untuk bersabar,

Sentiasa ada ruang untuk menimba pahala,
Sentiasa ada ruang untuk menghapus dosa,

Kurnian-NYA bermodal nyawa,
Amanah & kewajiban melebihi masa,

Kuatlah jiwa,
Niat kerana-NYA segala,

Bagi yang ikhlas menjunjung agamaNYA,
sabarmu peneman duka lara di dunia,
Syurga buatmu pengganti luka, 
andai itu yang pernah kau rasa..

Bahagiamu di dunia, di akhirat kau kecapi selamanya..

! هيّا بالجهاد
Jom berjihad !

[ Hidup mulia atau mati syahid ]




By : hati _ ARIA
       10.47 malam
       Sabak Bernam
       Selangor.
     

Monday, January 7, 2013

MEMBACA Al-QURAN ITU SENAMAN

8:42 PM 0 Comments

Hari ini baca, esok tak baca. Sehari baca, setahun tinggal. Setahun baca, dua tahun tinggal.

Allah. Allah. Allah.

Moga Allah memberi kekuatan buat kita membaca Al-Quran walau sesibuk mana pun mengurus hal-hal dunia.

Kadang, kita ini terlalu berkira dan sambil lewa dengan hal-hal akhirat. Sebaliknya hal-hal dunia sangatlah lebih masanya.

Apa pun moga seimbang urusan kita hari ini, esok dan seterusnya.

Rehat mereka daripada medan jihad adalah rehat bersama kitab suci al-Quran, bukan rehat yang kosong.
Seorang mujahidin daripada Liwa' Habib Al-Mustafa menghabiskan masa rehatnya seketika dengan mentadabbur al-Quran.
Doakan mereka. 
- Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria -

Teringat kata-kata seorang guru.

" Kalau boleh kamu mengulang Al-Quran sampai nak 'muntah' ". Maksudnya sehingga kita benar-benar hafal dengan sebaiknya sehingga habis daya.

Tambahannya, cuba menghafal Al-Quran di waktu atau di tempat yang banyak cabaran agar di waktu yang sibuk bagaimana pun kita masih mampu menghafal. Berbanding memilih di tempat yang selesa sentiasa, apabila berada di tempat yang banyak cabaran, nanti kita tidak mampu menghafalnya.

Umpama cabarannya menghafal di atas seekor unta yang sedang bergerak di tengah padang pasir yang amat terik sekali. Realitinya, cabaran sibuk bekerja juga boleh menjadi cabaran yang paling kuat sekali.

Menghafal di tempat yang sepatutnya.

Fuh. Mencabar. Ya, sungguh mencabar dalam perjuangan menghafal dan memelihara Al-Quran. Jika tidak 'diikat' ( dijaga ) dengan baik maka terlepaslah ia.


Jom bingkas bangun! Capai Al-Quran dan baca!


Al-Quran itu pedoman. 






Saturday, December 8, 2012

MUSLIMAH CELIK POLITIK

12:08 AM 0 Comments

- Women's Power - 
Wujudkah Perjuangan Muslimat PAS?





Women's Power : Dewan Muslimat PAS mencecah usia 59 tahun daripada tarikh penubuhannya pada 3 Januari 1953. Objektif penubuhanyan adalah untuk memimpin ahli-ahli wanita supaya dapat mengambil bahagian tertentu bersama ahli lelaki PAS bagi mencapai tujuan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dan juga berusaha meninggikan taraf kehormatan serta memelihara maruah kaum wanita. Apakah sumbangan Dewan Muslimat Pas kepada wanita dan mengapa Dewan Muslimat PAS kurang menonjol di bandingkan dengan rakan partinya yang lain. Ikuti kupasannya bersama Ketua Penerangan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi.


Boleh ikuti video Women's Power di link berikut.


Di akhir ucapan, beliau sempat berpesan kepada seluruh jentera muslimat PAS di 
seluruh negara : 

" Memperhebatkan kerja. Kita adalah jentera gerakan Islam, antara sifat gerakan Islam ini melakukan kerja secara Itqan dan Ehsan. Itqan, melakukan dengan sempurna, sesempurna yang boleh. Ehsan itu bahawasanya kita(merasa sentiasa) diperhatikan oleh Allah Taala. Jangan sampai kita kata nak menang tapi sebenarnya kita tak buat kerja untuk menang. ( Rujukan Surah As-Soff : ayat 2-3 ) "


Monday, December 3, 2012

PRU-13 : " KUASAWAN "

1:33 AM 0 Comments


Kalam kuasawan kaya

Aku kurang percaya



Kuasawan kata "Janji ditepati"
Aku dengar "Janji dimungkiri"
Royalti?
Oh, cukai naik lagi..
Oh, petrol dibuang subsidi..



Kuasawan jerit "Kami Mendengar"

Aku dengar, mereka kata dengan jegil mata
"Kamu dengar? Kuasa ini aku punya. Harta kamu, aku jaga. Kamu lawan, kamu papa"


Kuasawan kata, ini masa balas budi
Aku kata, tak reti beza kerajaan dan parti
Macam mana terlepas jadi menteri
Macam SPM dapat 10 di



Kuasawan kata, lima ratus untuk rakyat
Sepuluh juta mereka sebat
1 bilion dirembat
Hai, tanah peneroka pon nak lipat?



Kuasawan kata, kita kaya
Hutang Malaya bawah PERKAPITA
Lima puluh, hanya untuk telur dan gula, KAYA!!



Kuasawan kata, kami saksama
Curi seringgit dipenjara
Curi lembu jadi ketua wanita
Curi 24 juta jadi orang nombor dua!!



Kuasawan kata, 24 juta ini hasil tabung
Aku rasa dia samun tabung
Key dabelyu es pi
TABUNG haji



Kuasawan kata, kita merdeka
Undi Bi En tak apa
Undi Pi Ar dibuang kerja
Tak mengundi, jadi hantu pilihan raya



Usahawan kata, kayo den
Kuasawan kata, 20 persen, 20 persen



Kuasawan kata, hapuskan rasuah
Aik, macam lebih sudu dari kuah
Sekolah runtuh berapa buah?
Stadium rebah?
Hospital punah?
Mahkamah?



Kuasawan kata, hidup Melayu!
Aku dengar, hirup Melayu!
Felda masuk bursa
MAS 'masuk' AirAsia
Batu Putih melancong ke negeri singa
Gas berlabuh di Songkhla



Kuasawan kata, Twitterku sejuta
Aku lihat telur sahaja



Kuasawan kata, kita selamat
Kau fikir, kita selamat?



Oh kuasawan, Malaya terluka



Akan ku pilih, kuasawan papa
Lebih jujur dalam bicara
Lebih cermat urus harta
Lebih murah harga kereta
Tulis baca diajar percuma
Modal sekati untung sejuta
Janji Jingga ke Putrajaya 
Merah hijau putih biru muda





Disusun oleh : Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min.
web @hasanhusaini