Showing posts with label CERITA. Show all posts
Showing posts with label CERITA. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

SULAMAN REBEN SENTUHAN QALBI

4:51 AM 1 Comments

Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam : Hari ini saya curi-curi masa bersama mak cik-mak cik di Kampung Tebuk Jawa untuk menuntut ilmu baru. Ilmu yang tiada di dalam buku. Menuntut ilmu apa pun haruslah dengan ketekunan, kesabaran, mempunyai masa yang panjang dan mempunyai mentor atau guru atau pembimbing. Pasti hasilnya memuaskan.

Terasa amat kerdil sekali berbanding orang lain kerana hanya saya seorang yang berusia 20-an, selainnya insan yang saya kira boleh dipanggil ibu dan nenek. Saya yang tidak biasa menjahit terpaksa menjahit hari ini.  Kalau sekadar jahitan baju biasa mungkin boleh. Tetapi ini jahitan sulaman reben !

Kehadiran saya dari jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang. Sedari masa yang ada hanya beberapa jam. Saya memujuk diri. " Aku boleh ! "

Jika selama ini hobi saya memasak, membaca dan membantu orang. Mungkin sulaman reben menjadi hobi saya yang terkini : )

Bekalan jahitan dibekalkan. Pembimbing hanya memberi tunjuk ajar akan jahitan reben asas. Kemudian, penuntut akan dibiarkan menjahit mengikut kreativiti masing-masing sambil dipantau oleh mereka.

Berikut adalah antara hasil yang telah siap.

Jom pantau !



Ini sulaman reben pada sarung bantal.
Sepasang sarung bantal kecil seperti ini boleh mencecah harga RM 120-130.


" Setiap langkahan dan sentuhan menghendaki keyakinan dan kepercayaan. 
Keyakinan dan kepercayaan memerlukan ketetapan hati.
Bersabarlah atas segala kesulitan dalam menuntut ilmu. Kadang kita boleh bersabar dalam sesuatu keadaan, kadang tidak pada perkara yang lain. 
Maka, perbaikilah niat dan sentiasa memotivasikan dirimu. Allah sentiasa bersama pada setiap kesabaranmu dan mencintai orang-orang yang bersabar. Mohonlah dariNYA pertolongan. Teruslah mara teman-temanku demi Ilahi. "



Sulaman pada sarung kotak tisu.


" Maaf, saya sudah pening dan loya. Saya terpaksa berhenti. " Kata seorang mak cik yang tidak mampu menyiapkan sulaman reben pada begnya. Namun, mak cik tetap kuat semangat menunggu hingga ke akhir program.

" Tak mengapa, boleh sambung di rumah. Rehatlah " Kata pembimbingnya.

Masing-masing salaing memahami.



Ops ! Inilah kerja tangan saya yang belum siap pada kain perca.
Bagai budak baru mengenal huruf.
Begitulah, huruf 'A' banyak 'gaya' tulisannya kan..


" Belum siap cik ! " Saya merayu sebelum sulaman saya diadili oleh para hakim. Pada masa yang sama pertandingan turut diadakan.

Sulaman wajib pada beg yang telah diberikan. 
Saya tahu saya akan kalah. Tapi tak mengapa, tiada kegagalan setelah berusaha. Tiada seorang pun menyulam bentuk selain bunga. Malu sungguh. Tetap saya teruskan, bentuk 'LOVE' menjadi pilihan hati saya walaupun ia agak pelik pada pandangan mak cik-makcik. 




Sulamanku pada beg. Belum siap dan tidak memuaskan.  



Alhamdulillah untuk segalanya.

Selepas ini kena bersemangat menyiapkan kertas kerja lagi. Selamat bekerja semua.



I 28 Nov 2012 I
I Rabu I
I Kampung Tebuk Jawa I

Saturday, July 21, 2012

UNIVERSITI RAMADHAN BUAT SI KECIL

12:52 AM 0 Comments

20 Julai 2012 - Dia pulang belum sampai 3 hari dari Jordan, abah telah meminta untuk menggantikannya bagi menyampaikan sedikit pengisian buat guru-guru dan adik-adik di Sekolah Rendah Agama Parit Baru. Pada asalnya jemputan sebagai penceramah itu adalah abah sendiri. Adik-adik kecil yang sangat comel. Mereka sangat bersemangat ketika 'ustazah' memberi penyampaian tentang Ramadhan. Dapat nama baru ' Ustazah Jordan ' ! Tidak layak gelaran itu rasanya. Apa pun untuk semalam, terima kasih diucapkan kepada semua, pengetua sekolah, guru-guru dan adik-adik comel yang 'hiper-aktif'. Alhamdulillah.

Adik-adik ingin dibawa ke universiti Ramadhan. Siapa nak ikut? Jom!

Adik-adik ada berpesan, ingin masuk ke universiti ini perlu ada keyakinan dan kesungguhan. Tepat sekali.


Adik-adik comel yang ingin bersungguh masuk ke universiti Ramadhan.


Dup dap dibuatnya. Walaupun hanya di hadapan si comel, 'ustazah Jordan' tetap berdebar.


Antara soalan yang ditanya oleh adik-adik.

Adik 1 : " Ustazah, haiwan dan tumbuhan berpuasa atau tidak ? "

Adik 2 : " Ustazah, kenapa puasa tidak boleh korek hidung ? "

Adik 3 : " Ustazah, Ramadhan bulan apa ? "

Soalan yang membuatkan ustazah Jordan tersenyum.


Cukup hanya berkongsi tentang Jordan dan memberi sedikit penerangan tentang kelebihan bulan Ramadhan serta bagaimana ingin 'membangunkan universiti Ramadhan' yang adik-adik suka untuk melaluinya.


Sedang majlis sampai ke penghujungnya, seorang adik, Muhd Irsyad bangun secara tiba-tiba.

Adik Irsyad : " Ustazah, saya nak ke hadapan boleh ? "

Ustazah      : " Oh silakan, tetapi apa yang awak ingin lakukan ? Ingin bertanya? "

Adik Irsyad menuju ke hadapan dan terus meminta mikrofon.

Adik Irsyad : " Saya nak sampaikan pantun buat ustazah. "


Terharu dengan adik Muhd Irsyad. 

" Belajar bersungguh-sungguh menjadi teladan,
teladan yang baik tidak boleh dilupakan,
mari menyambut bulan Ramadhan,
pada bulan Ramadhan tidak boleh minum dan makan.. "

Ini pula dari adik Putra. Anak seorang doktor. Adik Putra seorang anak yatim. Ramadhan dan hari raya disambut tanpa bapanya yang tersayang. Antara penyoal yang aktif ketika itu. Terima kasih adik.


" Kita kena puasa. Kalau kita tidak berpuasa, kita dosa dan masuk neraka. Selamat berpuasa kakak. "


Sebelum menaiki motor untuk pulang, ramai yang berlari untuk bersalaman dengan ustazah Jordan.
" Ustazah datang lagi tak hari Isnin nanti ? " Tanya si adik.

Ada seorang adik kecil berusia 7 tahun memberikan kertas di bawah ini. Terima kasih adik Siti.


" Akak baca Al-Quran dapat pahala. Nama akak siapa..saya sayang akak. Selamat Hari Raya. "



Inilah mereka. Tidak pasti sama ada mereka menulis atau melukis apa yang disampaikan.
Adik-adik comel ini bersungguh-sungguh ingin masuk ke universiti Ramadhan.
Anda bagaimana ?


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ 
 " مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ "
 رواه البخاري 37 ومسلم 759

Daripada Abi Hurairah sesungguhnya Rasulullah Sollallahu a'laihi wasallam bersabda :

" Siapa yang mendirikannya ( Ramadhan ) penuh dengan keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu " 
( Hadith Riwayat Bukhari 37, Muslim 759 )  

Moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa seperti mana yang disebutkan dalam ayat 184, surah Al-Baqarah :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”


Hari ini, jam 8.30 pagi ke masjid memberi pengisian kepada ibu-ibu dan membaca Al-Quran bersama ( tadarus ). Doakan ustazah Jordan.


Bulan ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfirah
Ayuh kita tambahkan ibadah
Membaca Al-Quran banyakkan sedekah

Pelihara mata pelihara telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkan yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Zikir selawat doa dipanjatkan
Pahala Ramadhan digandakan

Bulan Ramadhan bulan motivasi
Bulan Lailaturqadar bulan produktiviti

In shaa Allah.
 

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Ilal liqa' ya Sya'ban.

Ahlan wa marhaban ya Ramadhan.




I 1 Ramadhan 1433/21 Julai 2012 I
I Sabak Bernam, Selangor I 


Tuesday, May 31, 2011

Cacat & Upaya

5:29 AM 0 Comments

Alhamdulillah syukur masih dikurniakan tenaga bersama nikmat Islam & Iman.

Geleng kepala bila melihat keputusan peperiksaan akhir semester ini. Warna-warni keputusan bagi subjek yang saya ambil, dari markah yang 'paras leher'(gaya hampir lemas) hinggalah subjek yang hampir mencapai markah penuh. Melihat nombor yang kecil jumlahnya, bagai mimpi pun ada. Melihat jumlah yang besar, seperti tidak percaya. Apa-apa pun bersyukur dan bersabar. Usaha telah digembelengkan sedaya mungkin. Perlu koreksi diri dengan lebih mendalam barang kali. Mungkin juga dosa-dosa yang menimbun dan sebagainya. Mustahil segala diputuskan olehNYA itu sia-sia.

" Apa yang 'cacat' ye agaknya? Dimana ye silapnya " Getus hati sendiri.

Teringat kata-kata seorang rakan kepada rakan saya sewaktu zaman kecil-kecil cili padi, bila dia terpandang seseorang yang cacat, dia akan berkata..

" Aku rasa nak kahwin dengan dia(lelaki).Kesiannya..kalau aku kahwin dengan dia, boleh aku menjaganya. "..pelik...haih

Bila terjumpa yang sejantina, dia teringin ambil dan memelihara orang-orang istimewa ini seperti keluarganya sendiri. Sungguh, lain sungguh hatinya.

Cacat bukan bermakna cacat tidak berguna. Pasti,ada sesuatu potensi yang istimewa ada pada dirinya.


SYUKUR.

Bila bersyukur,pasti Allah tambah lagi. Bersyukurlah dengan apa pun yang ada pada kita sekarang ini.

Jika hari ini terpijak duri, mungkin hari esok dihadiahi mawar mewangi..
Jika hari ini jatuh terluka, mungkin esok dihadiahi penawar bahagia yang tidak disangka..

Bersabar & bersyukur. Allah sangat sayang dengan hamba yang bersabar. Pasti Allah bersamamu di setiap detik kesabaranmu..kerana mereka,dia,kau dan aku hamba Dia Yang Satu.




Rama-rama,

cantik..namun tak boleh berkata,

gerak geri & peribadinya,

kadang membuatkan manusia terpesona.

Si bisu,Si pekak,Si buta,

dia tetap manusia,

insan luar biasa,

namun masih ada yang mampu berusaha,

mengajak manusia ke SYURGA.

.الدِّينُ النَّصِيحَة
.." agama itu nasihat " ( HR Bukhari & Muslim )

Terima kasih kepada sahabat saya kerana semalam menghadiahkan rama-rama yang amat cantik sekali =)

Saturday, April 16, 2011

Perginya 'abah' yang disayangi.

1:07 PM 0 Comments


Bismillah..


Minggu cuti asrama kali ini Anisa tidak pulang ke rumah. Cuti kali ini dia ingin ke rumah atuk & nenek sebelah bapanya di Shah Alam. Lagi pun rumah atuk lebih dekat dengan asrama. Biasanya giliran nenek sebelah ibu sewaktu dia pulang ke rumah nanti kerana rumah nenek sebelah ibu agak dekat. Selain membersihkan rumah dalam & luar, dia suka meringankan kerja atuk & neneknya dengan mencukupkan bahan-bahan dapur atau keperluan rumah lain sekiranya habis, lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan mereka. Kadang mereka pergi membeli-belah bersama ( maknanya dia tak cukup duit sebaliknya atuk yang belanja ^^ ). Mengeratkan ukhwah & kasih sayang juga. Begitulah rutin sewaktu dia pulang bercuti, waktunya dibahagikan untuk keluarga,atuk & nenek,keluarga penjaga-penjaga sewaktu kecilnya,jiran tetangga & rakan-rakan yang lain sekiranya dia berkesempatan.

Di dapur rumah nenek..

Anisa : Nenek, boleh Anisa bantu? Biar cucu nenek yang masak hari ini.
Nenek : Boleh. Nenek nak masak Telur Masak Merah. Permintaan atuk untuk menu hari ini.
Nenek sambil mengukir senyuman.
Anisa : Mesti nenek ada resepi tersendiri. Bukan Anisa tak tahu nek, risau pula nanti rasanya jadi lain dari yang lain. Apakata nenek ajarkan cara-caranya dahulu, kemudian Anisa praktikkan. Tapi nenek jangan bagitau atuk siapa yang masak. Kalau atuk tanya, biar cucu nenek yang jawab ye nek.
Mereka berdua ketawa kecil.Itulah kali pertama dan terakhir dia menyediakan menu masakan permintaan atuknya.


***



Jordan-Sabtu,19 Februari 2011 : Dalam kesibukan menyertai program sukan peringkat Irbid anjuran PERMAI, petang itu dia menerima khabar dari pak ciknya di Amman bahawa atuknya telah meninggal dunia. Ayahnya menyampaikan berita melalui pak ciknya. Inna lillah-hi wa inna ilaihi raji'un. Ketika dia menghubungi ibunya untuk mendapatkan berita lanjut, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan dari hati lembutnya. Dia lebih banyak membisu diiringi manik-manik jernih yang tumpah di pipinya.

" Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya. Semua ok. Anak ibu jangan bimbang. Nanti bila keadaan dah stabil, telefon semula dan cuba cakap dengan nenek ye, tenangkan hati nenek. " Antara kata-kata ibunya yang sedang memandu dari mengambil salah seorang adiknya di asrama ke rumah atuk.

Dia tidak menyangka tahun lepas adalah tahun terakhir dia berhari raya bersama atuk kerana pada asalnya dia tidak merancang untuk pulang ke Malaysia. Hikmah perancangan dariNYA sangat cantik.




Atuk, cucumu,dia & mereka..

Merindui kepimpinanmu sebagai imam

Merindui kepimpinanmu sebagai ketua keluarga

Merindui suasana solat berjemaah & makan bersamamu

Merindui kemesraan & ketegasanmu sebagai datuk

Merindui akhlakmu yang mulia pada sesiapa saja

Merindui semangatmu yang kuat, azammu yang tinggi

Merindui semua suasana tika bersama denganmu

Mengagumi dirimu sebagai guru

Mengagumi anugerah Allah pada kepakaran yang engkau miliki

Belum sempat aku berguru denganmu, kini dirimu pergi buat selama-lamanya..


Dialah atukku dialah 'abah' pada anak-anaknya juga pada sesiapa yang mengenali dirinya.

Atuk bernama Ahmad bin Yusuf. Orang ramai memanggilnya 'abah'. Atuk pernah menjadi seorang pengetua Sekolah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam,Selangor ketika zaman mudanya. Kemudian berhijrah ke Shah Alam ditugaskan menjadi Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam suatu ketika dahulu. Juga pernah menjadi tabib diraja selepas bersara menjadi imam, lagi mencurahkan baktinya sebagai guru di masjid yang sama dia menjadi imam. Pernah juga menjadi hakim tilawah peringkat antarabangsa. Pernah juga dianugerahi tokoh Maal Hijrah dan boleh mengubati penyakit misteri dengan anugerah ilmu yang Allah anugerahkan kepadanya. Hari-hari yang dilaluinya penuh dengan amal kebaikan, ruang yang lapang tidak kurang zhikirnya pada Ar-Rahman malah makin bertambah. Sering bangun malam menambah kekuatan & tali ikatan antara hamba dan Pencipta Alam. Dihormati & disegani serta mempunyai ramai kenalan dalam & luar negara. Juga lain-lain amanah,gelaran & anugerah yang diterimanya. Cukuplah itu sahaja sedikit sebanyak tentang diri atuk.

Sebelum atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia meminta anak-anak pulang bertemu dengannya.Namun, tidak semua sempat ketemu. Semua adik-adikku sempat bersalaman dengan atuk kecuali adik lelakiku yang berada di luar negeri dan aku masih di bumi anbiya' ini. Dahi & kepala mereka sempat dikucup. Adik-adik sempat menyatakan sesuatu pada atuk & atuk sempat menyampaikan pesanan. Terharu bila terkenang.

Terima kasih sepupuku atas kiriman gambar


Aku di Jordan,setiap kali menghubunginya, atuk tetap mengatakan bahawa dia masih sihat dan kuat walau pada hakikatnya atuk tidak mampu lagi berbuat apa-apa melainkan terbaring di atas katil. Atuk menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.55 malam waktu Malaysia pada 19 Februari 2011 disisi anak lelakinya(bapaku) juga bersama isterinya yang tercinta iaitu nenekku.Solat jenazah ditunaikan keesokan harinya di Masjid Negeri jam 10.15 pagi diimami oleh anak lelakinya,pak cikku Nizhomuddin. Sejumlah 3000 lebih makmum dan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di hadapan Masjid Negeri. Allah telah membenihkan kasih sayang atuk melalui kehadiran orang ramai di majlis pengebumiannya. Juga dihadiri kerabat diraja dan mufti. Diiringi cuaca yang agak tenang pada hari itu. Alhamdulillah.

Nenek bakal tinggal bersama keluargaku setelah peninggalan atuk. Nenek amat beruntung kerana masih punya anak-anak & cucu-cucu yang amat menyanginya.


Tarbiyahmu sebagai murabbi

pesananmu tetap dihati

kan ku tetap tabahkan diri

menongkah arus ombak duniawi

meskipun kita jauh dibatasi bumi

hidup dan mati hanya kerana Ilahi..


Moga rohmu atuk dicucuri rahmat Allah Rabbul Izzati.

Atuk yang menamakan cucunya, Anisatul-Qalbi..


( وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ )

Terjemahan : Dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan . Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

( Al-Baqarah : 155 )


(الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ )

Terjemahan : (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata " sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNYa lah kami kembali "

(AL-Baqarah : 156)



"اللَّهُ يَتَوَفَّى الأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُون "

Terjemahan : Allah memegang nyawa (seseorang) saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. sungguh,pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran ) Allah bagi kaum yang berfikir.

( Az-Zumar : 42 )

Saturday, January 30, 2010

~ Akhof Syuwai ~

11:25 PM 0 Comments
'Bila Kita Syahid' dari TV PERMAI..(Klik pada gambar)

Bismillah.Assalamualaikum. Ustaz Ismail kamus ada mengatakan: manusia ini kadang *suka di puji walaupun salah dan* tidak suka di keji walaupun betul.

Saya berikan contoh di sini yang mana anda boleh cuba jika anda mahu(p/s:tiada jaminan 'hundred percent'):~


* suka di puji walaupun salah :
Cucu :" Atok..atok ni nampak muda la,kacak lagi gagah.Ada peluang atok 'pasang' lagi satu ni.Lagi pun atok tiada teman di rumah ini semenjak nenek tiada. " kata Ali kepada datuknya.

Datuk :" eh ye ke ni??Tak adalah cu.Atok ni dah tua. " ingin kepastian sambil merendah diri tersipu malu ditambah lagi senyuman berlagu.


* tidak suka di keji walaupun betul :
Hana' : " Nurul..buruk sangat la lukisan awak ni.Sebelum orang lain mengatakan sesuatu yang mungkin mengguris hati awak,lebih baik saya yang mengatakannya dahulu. Apa kata awak cuba ubah warna langit itu,kelihatan senang bila orang memandangnya.." komen Hana kepada sahabatnya.


Nurul : " awak kata buruk sangat..ok la ni,cantik..biarlah saya melukis dengan gaya tersendiri.Jika awak tidak senang memandangnya,mungkin ada orang lain yang senang. " gaya bicara Nurul berubah sedikit setelah di komen.


__________________________________

Baik.Maka gunakanlah kata-kata kita dengan sebaiknya.Jika terlihat sahabat lain dalam kemurungan apa salahnya kita katakan sesuatu kepadanya agar kita sama-sama dapat meneruskan mujahadah di setiap jalan perhambaan.Sesungguhnya dunia tempat persinggahan.Mungkin sebahagian di antara kita terjatuh di tengah perjalanan ketika berjuang.
Seperti Nabi Muhammad S.A.W pernah bergurau dengan seorang tua bahawa tiada seorang pun penghuni syurga yang tua di dalamnya.

Sebenarnya ketika menukilkan ini,saya sedang menanti waktu untuk me 'register' subjek semester baru nanti.'Akhof Syuwai' ( saya takut sedikit ).Seperti sebelum ini,madah(subjek) yang telah saya susun dan senaraikan,tiadalah kedapatan melainkan hanya satu atau dua sahaja.Amatlah benar janji Tuhanku.Hanya pada Dia sebaik-baik perancangan.Semoga dipermudahkan sahabat-sahabat seangkatan dengan saya dalam pendaftaran.Tapi,kita akan merasa puas lagi nikmat dengan apa yang terjadi sekiranya tawakal dan redho itu kita letakkan tinggi di puncak perasaan setelah pelbagai usaha kita laksanakan.


Tidak ingin memanjangkan kalam.Sebelum itu,saya cuba mempraktikkan hadith ini sebelum ingin melontar kata,jom sama-sama..mafhumnya

Daripada Abu Hatim,Rasulullah S.A.W bersabda :" Lisan orang berakal berbicara dari balik hatinya,maka ketika hendak berbicara terlebih dahulu ia kembali kepada
hati nuraninya.Apabila ada manfaat baginya,ia berbicara dan apabila dia dapat akan bahaya(keburukan),dia menahan menahan diri "

Susah nak menjaga lidah yang tidak bertulang.Ye kan?Allah itu Maha Adil.Jika kita tidak dapat melihat keadilanNYA,maka ketahuilah kita sendiri yang membuang keadilan Allah itu.

Apa yang saya telah baca dalam riwayat Al-Imam Malik, At-Tirmidzi, Ibnu Majah:
Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya seseorang berbicara dengan satu kalimat yang diridhai oleh Allah dan dia tidak menyangka akan sampai kepada apa (yang ditentukan oleh Allah), lalu Allah mencatat keridhaan baginya pada hari dia berjumpa dengan Allah.”

Demikianlah antara keutamaan menjaga lisan.Kita cuba sama-sama ye.Jika terlihat keluargaku,sahabatku jua saudara seislamku maka ajaklah dia berperilaku begitu kerana bukankah kita ingin bersama ke syurga Allah Yang Satu,Insha Allah.Jika aku alpa pada duniaku sendiri,gerakkan kealpaanku.Terima Kasih.'She She' =)

Teruskan dengan Dia..Maafkan saya.Saya tinggalkan kamu dengan ini..alunan masyuk^~^:-

1- Sekali Klik,Satu Catatan,Bersama menggempur perubahan.

2- Klik lagi , moga tersentuh hatimu.

~Sekian Wallahua'lam~

" Ya Allah ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini.Hindarkanlah kami dan janganlah ambil dari kami apa yang tidak perlu kami lakukan di sini "..amin

~ hati_ARIA ~

Friday, November 6, 2009

~ Jadi Diri Sendiri Kerana Allah ~

1:02 PM 0 Comments
Nikmat dan musibah Allah tentukan,
Lafaz Bismillah saya mulakan =)..

"Alhamdulillah, selesai satu kerja amanah" getus hatinya setelah selesai melayangkn mesej ke dalam Yahoo Group PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid).

"Qalbi, apa yang awak tulis tu boring la..panjang sangat" seorang kakak menegurnya.

"Kenapa boring?" dia kembalikan persoalan & terus menerima segala komen.

Dia lebih suka mendengar komen manusia di sekelilingnya daripada manusia yang gemar berbicara & berbisik dengan manusia lain tanpa pengetahuannya. Di sini menganyam ketupat,di sana dok mengumpat, apa boleh dapat? Sama-sama kita nasihat. Kemudian dia mengoreksi diri merendahkan hati.

"Qalbi,akak suka baca posting tu, " hamba Allah yang sangat dia segani memberi komen untuk penulisan yang sama.

"Alhamdulillah, tapi qalbi tidak sehebat akak, sahabat Qalbi & senior-senior yang lain," asyik ayat yang sama muncul dari bibirnya.

"Qalbi,jadilah diri awak yang sebenar. Kalau Qalbi kata kami hebat, awak juga hebat, " dia terus mendengar & cuba mencari sesuatu disebalik kata hamba yang diseganinya.

Teringat pesan ibu: "Hamba Allah berbeza-beza. Ada yang beriman,ada yang tidak. Ada yang rajin ada yang malas. Begitu juga pandangan orang sekeliling, tidak semua orang terima apa yang kita terima & tidak semua kita boleh terima apa yang orang lain terima. Tidak semua orang faham apa yang kita faham & tidak semua perkara kita faham apa yang orang lain faham ".

So miss your advice oh ibu. Actually,my parents are currently in Makkah right now. May Allah give them strength.

Membaca melalui hati, menulis melalui hati, melihat dengan mata hati, senyum dari hati..segalanya dari hati. Bila hati mengatakan tidak,maka tidaklah kata jasad. Penulisan sebaik mana pun jika hati pembaca mengatakannya tidak/boring/tak nak, maka terimalah pembaca apa yang dikatakan oleh hati.

Gurau kakak: " Awak selalu ingat Nabi kita pesan bukan?"

" Orang mukmin umpama satu jasad,jika sebahagian jasad terasa sakit,maka sebahagiannya akan turut merasainya(hadith sahih)
".. kan awak kata hati akak hati awak juga? Kalau hati akak sedih, hati awak pun sedih kan? Jadi perut awak, perut akak juga la kan? So, awak tak perlu makan sebab akak dah tolong makankan makanan awak ". Mereka tersenyum.

Aku nasihatkan hatiku: Jika penulis 'teratak' ini menulis hanya untuk melegakan hatinya. Maka sangatlah rugi baginya & tiadalah apa yang diperolehinya sehingga hujung nyawa.


<<Iklan>>

"Ayam tu keras lagi.Biarkan dulu rendaman tu. Azan dah berkumandang..adik,jom solat berjemaah. Nanti kita sambung" Dia suka mendahulukan Allah.

Selepas setengah jam. "Adik ,jom makan. Nasi Ayam dah siap!". Mereka menjamah. Dia terasa diperhati olehNYA.

~~tulisanku terhenti di sini~~kerana Dia(Allah)~~koreksi hikmah Ilahiyyah~~

WAllahua'lam

Monday, September 21, 2009

~ PENCURI RAMADHAN ~

1:57 PM 0 Comments
Assalamualaikum..mulakan dengan Al-Fatihah..

Tahun ini saya menyambut puasa Ramadhan & Aidilfitri di bumi barokah yang tandus hangat budinya.Buat kali kedua di bumi Jordan.Perasaan sayu dan hiba kadangkala menerjah namun aku mesti tabahkan diri.Bukan saya tidak mahu pulang melihat wajah kacak & ayu ayah ibu tetapi aku masih punya tanggungjawab & tugas yang harus aku selesaikan di sini.Walau diri berjauhan dengan ratu hati dan keluarga,namun tautan antara hati-hati tetap tersimpul mati,InsyAllah."Tak pe,ibu faham.Anak ibu tak perlu risaukan kami di sini.Terus berusaha & berbakti selagi nyawa dikandung badan.Alhamdulillah..Ibu,abah & adik-adik sihat.Sekalipun kita jauh,hati kita tidak kan jauh.Percayalah,anak-anak ibu sentiasa dekat di hati ibu",pesan ibuku berbau wangi kasihnya pabila kukhabarkan padanya bahawa aku tidak pulang ke tanah air.Agak sebak.

Berbagai ujian yang menemaniku sentiasa.Ye,patutku bersyukur kerana masih dalam pandanganNYA.Semua akan dihisab temasuk pemikiran kita.Juga ujian yang telah kita lalui.MASA,USIA & HARTA..apa yang telah aku lakukan??'Post' kali ini saya ingin berkongsi cerita.Mana yang elok,ambillah.Mana yang kurang baik,tinggalkan dan perbetulkan kerana saya hanya hamba yang masih mengembara menuntut ilmuNYA di dunia sementara.Saya suka berkongsi kerana segala apa yang telah terjadi adalah dari Allah Maha Pengasih dan segala ujian serta takdirNya tiadalah buruk & cacat melainkan hanya kebaikan hatta ujian yang 'dihempapkan' kepada hamba-hambaNYA kadangkala sangatlah sakit untuk ditelan.Jadi kita harus mencari hikmah Ilahiyyah dalam setiap perkara yang berlaku.Mungkin sekadar cerita.AWASI MASA ANDA!!

**************************************************************************
"InnAllaha ma'as sobirin".."sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar"...

Hari ini 3/9/2009 bersamaan 13 Ramadhan.'Meeting' Sambutan Pelajar Baru (SPB)ke Jordan tamat jam 6.45 petang(jam tanganku).Sejurus itu aku,kak Zulaikha,seorang pelajar baru & kak Mariah menunggu di depan rumahku untuk berjumpa dengan pengarah SPB kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara.Kami terus menunggu.Aku tidak boleh menunggu lama kerana ada jemputan berbuka puasa di rumah teman.Aku & pelajar baru terus meminta izin pergi & meninggalkan kakak-kakak berdua.Sebelum itu,aku pelawa mereka ikut serta ke rumah temanku kerana jam sudah menunjukkan jam 7.00 mlm,sangat hampir dengan waktu berbuka puasa.Namun pelawaanku ditolak,ingin berbuka di rumah kata mereka.Aku bertanya lagi,"nanti kakak2 balik dengan siapa?rumah lain-lain arah kan?".Kerisauan menjelma selaku timbalan pengerusi badan Jawatankuasa Kerja Kebajikan & Keselamatan Persatuan Mahasiswa Irbid(PERMAI),Jordan.Sungguh besar amanah itu.Tepat jam 7.03mlm,aku beransur & mereka masih menunggu pengarah.

Aku selamat sampai dirumah teman di 'sakan ribatd'..Alhamdulillah.Kami berbuka jamaie.Baru sahaja makan sesuap sudu mee,'handset' berbunyi.Jam 7.28 jam aku.Terdetik juga,"siapa pula yang menelefon maghrib2 ni".Tertera nama seorang wanita.Aku menjawab.Terus corong telingaku mendengar teriakan suara seorang perempuan menangis-nangis meminta aku segera datang kepadanya.Aku cuak.Aku bertanya dia di mana,dia terus menangis & menangis.Dia hanya berkata sambil meraung,"qalbi..qalbi..cepat la datang sini,akak takut..cepat qalbi".Dia takut sangat ketika itu."Kenapa ni?"aku bertanya.Dia terus menangis lagi.Aku terus on 'loud speaker' agar mudah aku & teman2 bertindak segera.Tanpa bicara panjang,terusku mencapai tudung & berlari keluar dari rumah teman.Sebenarnya aku pun tidak tahu ke mana hala tujuku ketika itu.Gerak hatiku mangsa berada di rumah.Agak-agak sebab mangsa tak terlontar kata dia berada mana.Ketika kuberlari keluar,teman2 semua terkejut.Telefon masih ditelinga.Semasa berlari aku terus menanyakan mangsa berada di mana.Kini,baru terkeluar jawapan,dia ada di rumahnya.Tekaan naluriku tepat.Lagi kupercepatkan larian.Macam dikejar anjing.Masa tu..Dah gelap.Jalan sunyi.Aku terus berlari di kawasan 'black list'.Rakan-rakan turut berlari dibelakangku.Sedang aku termengah-mengah berlari,aku menelefon ketua Kebajikan & Keselamatan(senior Ridhwan-pengganti sementara senior Marwan).Namun hampa,tidak diangkat.Sibuk berbuka agaknya.Aku 'call' syabab lain.Presidan PERMAI,jua tidak dijawab.Barangkali solat.Aku 'call' syabab yang lain lagi.Dalam tercungap-cungap,"Salam Aziz.Maaf.Ada rumah akhowat kene pecah masuk sekarang.Cepat datang.Rumahnya berdekatan dengan 'syu helu'.Wasalam".

Seorang daripada kami mendapatkan teksi.Dia 'kutip' kami."cepat-cepat!!semua naik teksi".Dalam teksi,syabab yang aku telefon tadi,"kami tidak tahu rumahnya di mana.Dekat dengan tempat ni?tempat tu?".Aku menjawab,"tanya senior syabab yang lain.cepat gerak.sebarkan pada yang lain.Terima kasih".Mulutku tidak berhenti mohon keselamatan dariNYA moga tidak terjadi sesuatu pada akhowat tadi.Agak resah hati risaukan keadaannya ketika itu.Mangsa telefon sekali lagi supaya aku segera datang(dia menangis & menangis).Hatiku,"Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah..lindungilah dia".Risau yang teramat.Doa tak putus-putus.Akhirnya sampai di rumah mangsa dalam 8 minit perjalanan(setengah perjalanan berlari & baki jaraknya naik teksi).

Di rumah mangsa~syabab tidak muncul lagi ketika itu~Kami sampai dulu.Ketika aku naik & masuk ke rumah mangsa,terusku mencari benda tajam & benda lain sebagai senjata.Rumah mangsa bersepah bagai dilanggar garuda.Aku 'check' di semua tempat,takut-takut pencuri masih menyorok sama ada dibawah katil,dalam almari,disebalik langsir & lain-lain tempat.Berdebar juga la dibuatnya.Rakan-rakan yang lain menenangkan mangsa di ruang tamu.Lebih kurang 3 minit kami(akhowat) sampai,syabab lebih 10 orang sampai bersama dengan senjata masing-masing.Ada yang pegang batang penyapu(gayanya),batang kriket dll.Mereka kepong bangunan tu,"woi,tunggu bawah ni..ko kepong sebelah sana..korang sebelah sini..bla..bla".Aku dengar suara kecoh-kecoh.Aku jenguk melalui tingkap & minta mereka naik cepat.Senior Ridhwan menjerit dari bawah,"dia ada lagi?Ada lagi kat atas?".Aku ingatkan 'dia' yang dia maksudkan adalah mangsa pada awalnya.Jadi,aku pun menjawab,"ada..ada..dia ada di atas".Mereka terus kepong sebab ingat pencuri ada lagi.(kelakar pun ada juga-waktu tu agak kalut sedikit).Aku beritahu semula,"pencuri dah tak de".Mereka pun naik.Mereka 'check' semula.

Syabab siasat bagaimana boleh pencuri masuk.Mangsa disoal.Katanya ketika dia pulang,dia buka pintu rumah seperti biasa.Masuk je rumah,lampu dah tersedia pasang.Rumah dah terang.Dia tertanya-tertanya,dia tak tutup lampu ke sebelum keluar.Bila melangkah masuk,dia ternampak kunci rumah kawannya(amanah kawan utk jenguk-jengukkan rumah) berada di tengah-tengah pintu laluan ke ruang tamu.Hatinya berbicara,"rumah aku dah kene masuk pencuri".Tidak berani untuk dia terus melangkah masuk ke bilik & ruang rumah yang lain.Dia hanya nampak biliknya sangat bersepah.Dia terus menelefonku diruang tamu.

Aku minta mangsa 'check' semua barang yang hilang.Seorang lagi rakan serumah sedang bercuti di Malaysia.Kami cuba menghubungi rakan mangsa di Malaysia & akhirnya dapat.Barang-barang mangsa yang 'confirm' hilang: wang JD 400 + syiling,5 kotak stoking baru beli dari Syria,kunci pagar rumah teman,satu kotak pin tudung & perhiasan tudung,'skru driver',beg lugage ( pencuri tu guna tuk angkut barang yg dicuri agaknya sbb baju yang ada dalam beg semuanya dipunggah) & barang yang tidak sepatutnya diambil oleh pencuri(seandainya lelaki) pun dia ambil.Mangsa menyimpan wang yang ditinggalkannya di rumah sebanyak JD 1400 + duit syiling.JD 400 disimpanya dalam balang diletakkan dalam almari.JD 1000 disorokkan olehnya di sebalik tuala dalam almari yang sama(JD 1000 tak dapat dikesan oleh pencuri).

Kami 'check' bilik rakan mangsa.Beberapa beg duit & laci meja study terbuka.Beg duit & sampul duit semua kosong.Menurut rakan mangsa,dalam sampul besar,ada duit BAdan kebajikan Johor.Dalam dompet,terdapat duit bayaran buku bahsa arab dll.Semua berjumlah JD 300-400 dalam simpanannya ketika itu.Beberapa jumlah telah dia bawa keluar.Siasatan kami jumlahnya yang hilang dalam lingkungan JD 100-200.

Kami tertanya-tanya,laluan mana pencuri masuk.Menurut khemat senior Ridhwan,pencuri masuk melalui pintu(ada keterangan darinya).Tapi pada khemat saya,pencuri masuk ikut pintu beranda(yang memang tidak ditutup oleh mangsa & rakanya).Kata mereka,rumah tinggi.Jadi,selalu juga membiarkannya terbuka.Begitu juga tingkap.Ketika saya masuk,pintu beranda memang terbuka.Pada saya,jika pencuri masuk melalui pintu,mesti pencuri tu ada kunci(bak kata snr.rdwn) sebab pintu tiada kesan kopakan.Tetapi mungkinkah pencuri nak kunci semula pintu setelah dia masuk?Bukankah perlukan masa?Sedangkan lampu dia tak tutup..bukankah pencuri terus larikan diri setelah 'kerja' selesai?.Saya tengok beranda,berdekatan beranda ada batang paip besar.Bagi saya,memang antara beranda dengan beranda setiap tingkat agak jauh jaraknya,tapi tidak mustahil utk pencuri panjat batang paip tu rasanya(sebab satu hari saya pernah nampak arab panjat beranda guna batang paip antara beranda).Semua itu hanya andaian sahaja.Saya tak nampak pencuri tu buat 'kerjanya'.WAllahua'lam.

Beberapa minit kemudian,maka tibalah Presiden PERMAI.Saya terus memberitahu padanya barang yang hilang termasuk kunci pagar rumah rakan mangsa.Dia & beberapa syabab lain terus berlari menuju ke rumah rakan yang hilang kunci pagarnya takut-takut pencuri dapat kesan & dapat membuka rumah tu.Alhamdulillah,keadaan rumah selamat.

Masa ni,kami(akhowat & syabab) tidak solat maghrib lagi.Ada yang tak sempat menjamah lauk buka lagi.Tetapi moga jasa kalian Dia balas setimpal hendakNya malah lebih dari itu.InsyAllah.

Setakat ini yang boleh saya ceritakan.Semoga semua berhati-hati walau di mana jua.Orang lama kata..malang tak ada bau.Tak kira siapa,bila & di mana.Tapi sesuatu yang berlaku itu kamu katakan malang,katakanlah Dia sangat sayang padamu kerana Dia ingin menguji tahap kecintaanmu padaNYA.Semoga Dia melindungi kamu agar dapat terus kamu berbakti demi agamaNYA.InsyAllah.Saya ada sertakan maklumat bergambar.Mungkin tak berapa jelas.Tutup cerita dengan tasbih kfaroh & suroh Al-Asr.



Teringin nak kata pada pencuri tu.."bartaubatlah..Kalau kau nak duit sekali pun , minta lah kat PERMAI ke,Badan-badan Kebajikan setiap negeri ke(tapi arab tu tau ke persatuan2 ni??)..Mana tau,kami boleh bagi,berilah sedikit.Ni tak,main ambil je.Kalau awak minta izin,nak minta tolong bagi duit sebab tak cukup,mungkin kami boleh beri.Awak tak minta,tak dapat la..kalau awak Islam,awak minta dari Dia rezeki,mesti awak dapat..awak nak duit?awak cakap pada Dia..awak nak stoking?awak cakap la pada Dia..yakin la Dia akan bagi pada awak..tapi awak kene la sabar + usaha + tawakal.Mulut,tangan,kaki & anggota lain semua Dia kurniakan untuk awak gunakn sebaiknya.Bila ada mulut,cakap la pada orang & Dia masalah awak.Bila ada tangan,jangan la ambil barang orang ssuka hati.Saya bukan apa,kesian pada awak.Kalau awak ada 'family',sia-sia je duit tu awak bagi pada bini & anak-anak umpama awak bagi mereka makan api.Sekali pun awak tak kahwin lagi,untuk diri awak,hati & hidup awak mesti tak tenteram.Awak dah 'makan' 'hak' orang.Saya bukan nak membebel,tapi nak ingatkan je.Tak mengapa.Saya tak jumpa awak"..marilah sama-sama kita doakan pencuri tu lembut hatinya,terbuka jiwanya untuk dia bertaubat.

"PENGAMPUNAN ALLAH LEBIH BESAR DARI DOSAMU.."
( Hadith Riwayat Thabroni & AlBaihaqi)

Ampuni aku juga Ya Allah.


~jumpa lagi(bukan jumpa pencuri tapi pembaca)~InsyAllah..

Sunday, August 2, 2009

~ SESAAT BERLARI ~

3:31 AM 0 Comments
"Ya Allah,ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini.Peliharalah & hindarilah diri kami daripada kerja-kerja yang tidak perlu kami lakukan di sini..amin"

Alhamdulillah,saya sudah dapat membuka & boleh edit blog.Tetapi,peperiksaan akhir semakin hampir.Terlalu banyak lembaran serta kitab yang perlu saya singkap untuk difahami,diingati & diamalkan jua disebarkan. Peperiksaan saya pada 11/8/2009 & 12/8/2009. Saya doakan kepada yang sedang berjuang agar cemerlang hendakNya.Tetapi ingat ye semua,yang paling utama tuluskan niat. "Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat" -hadith.

Anda risau? Tiada hasil? Jangan risau! Jika amalan yang kita lakukan tiada harganya dihadapan manusia, ingatlah harga dan nilainya tetap wujud di sisi Yang Maha Menghitung dan Maha Melihat tetapi semuanya itu bergantung kepada niat di hati setiap jasad. Dont give up ye semua ! Dia sentiasa disisi.

Terlalu banyak ingin saya nukilkan.

Sepanjang pengembaraan diri pada musim 'soyfi' ini terlalu banyak Hikmah Ilahiyah yang menempiasi diri yang kerdil ini. Sayangnya Dia pada diriku. Pengembaraan musim 'soyfi' sangat berwarna-warni. Adakalanya melayan duka, adakalanya membelai kegembiraan. Perasaan lain seperti simpati,marah & sebagainya turut hadir tanpa surat jemputan=) mewarnai perasaan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon sejuta kemaafan atas segala kekurangan yang terdapat di dalam blog ini. InsyAllah saya akan memperbaiki dari masa ke semasa.Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang sudi membaca segala coretan, memberi komen, cadangan serta dorongan. Bukanlah tujuan coretan untuk mengangkat martabat mana-mana pihak tetapi untuk mengangkat agama Allah itu sendiri. Amat mustahil untuk diri yang terlalu kerdil ini mengangkat Islam itu sendiri tetapi dengan kerjasama dari jasad yang sedang wujud dihadapan skrin sekarang ini dan umat seluruh alam.


Wallahua'lam.Sekian sahaja. Doakan saya terus tabah menempuh segalanya. InsyAllah.