Monday, November 2, 2009

~ BUAT PEDOMAN ~

4:19 AM 3 Comments
Bismillah..bersua kembali

" Ya Allah,ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini..hindarilah kami dari kerja-kerja yang tidak perlu kami lakukan di sini " ...amiinn...

Hati milik siapa?Milik Allah sudah pasti.Namun,apakah yang telah hati kita lakukan hari ini?Apa hadiah istimewa dari hati untuk Pemilik Hati hari ini??Mari bersama kita muhasabah hati.Sekarang,apakah yang dibicarakan oleh hatimu?Pernahkah hati kita curang padaNYA walau sesaat?Jangan tunggu lama-lama!Jom Istighfar(memohon keampunan)!!Taubat & memohon keampunan sebelum hati berhenti berfungsi!!

"Assalamualaikum adik,kakak ingin berkongsi kisah ini".Mesej pendek dari kakak.Penulis menekan 'next'.Tertera kisah yang ingin disuratkan oleh kakak.




ISTERIKU JANNAH

Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramailima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini

Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan.

Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah. Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,

Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali.. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai runcit berhampiran dengan rumah kami.

Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain. kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading. Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa.

Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya.

Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi.. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.

Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah.

Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku dengan Normi.

Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu.

Hilang sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh lakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barangkali beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..

'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti, siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"

pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.

Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.

Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

~Apa kata hati anda?~

~WAllahua Ta'ala A'lam~

-kisah benar yg diceritakan dari hati seorang suami-






Monday, October 19, 2009

~ SOHABAH/FRIEND/TEMAN ~

1:26 PM 0 Comments
" satu saf..satu hati..satu jiwa..satu CINTA..hanya DIA "

BISMILLAH.

Maksud ayat 13,surah Al-Hujurat : “ Wahai manusia ! Sungguh , Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki & seorang perempuan,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa & bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh,Allah Maha Mengetahui,Mahateliti.”

Ya Galbi..Ya Fuadi

Syukur Ya Allah..Kau kurniakan sahabat semulia ini..

ALHAMDULILLAH,knowing you is a great..great blessing..

Persahabatan..aku & sahabat yang lain,AKU & mereka..KAMI

’sohabati’..”Allah pertemukan kita di sebuah daerah,dari pertemuan lahirlah satu kekuatan.Dari kebersamaan itu,maka lahirlah pula persefahaman,kita bersatu hati merancang mudah perjuanagan mengawal atur langkah pergerakan semua,tidak lain hanya demi menegakkan kebenaran..berdiri di bawah satu panji,bergerak sebagai satu jemaah Islam,saling sama ingat mengingati saling melengkapi…”


Kak Atiqah ada pesan padaku..

Andai kau perlukan kekasih maka pilihlah Allah,

Kiranya kau perlukan teman sejati,

Maka dampinglah Al-Quran

Andai kau perlukan bantuan & kekuatan,

Maka mohon & tawakkallah kepada Allah!!


AKU & KAMU


Di kejauhan ini

Bayu menari-nari seolah-olah

Membawa satu perhitungan

Tentang sebuah ikatan

Tentang eratnya pertalian

Tentang Dia..


Untukmu wahai sahabat..

Wajahmu yang menampakkan keayuan

Solat pengikat diri

AlQuran surat cinta teman sejati..

Malumu menambahkan keserian

Seri akhlakmu sutera keindahan

Seiring iman menjadi pakaian


Untukmu wahai sahabat..

Di kejauhan ini

Ku alun lagu berwasiat

Pesanan ikhlas sepanjang liku dijalan dakwah

Agar kita kan tetap bersama

Demi membela usrah muslimah

Yang menjadi teras ummah


Buatmu wahai sahabat..

Ku dendang lagu berwasiat

Pesanan ikhlas sepanjang liku dijalan dakwah

Agar kita tetap bersama

Mari bersama kita junjungi

Demi membela daulah muslimah

Menjadi matlamat suci


Dari hatiku buatmu sahabat..

Ku ukir indah ucapan berwasiat

Namun selautan kata tak dapat

Mengungkap keindahan ukhwah yang terikat


Buatmu duhai sahabat..

Berbungalah aku sebagai teman

Agar ukhwah yang dipatri

Tersimpul mati..dierat kerana Robbul Izzati

Biar ia mampu menongkah ombak duniawi

Kadang menerkam membaham diri


Buatmu duhai sahabat..

Bunga harapanku berkembang

Terselinap kasih buatmu teman

Maniskanlah ukhwah dengan kemanisan iman..

Tautan jiwa bukan kerana aliran darah

Tapi dipateri kerana Allah..

Halanglah ia dari dicemari

Pagarilah ia dari dinodai

Tautkanlah ia dalam darah sanubari


Sahabat..

Yang ada bukan jujur pada diri

Tapi yang tinggal adalah ikhlas pada naluri hati

Kerana Ilahi..untuk Yang Maha Mengasihi

Mujahidah buat Yang Maha Menyintai

Kekalkanlah ia sehingga di akhirat

Yang kekal abadi..


~ hati_ARIA ~


My heart is ringing call..
soul knelt in silence..no words
except Allah Alone....


قلبي رنين الكلمة..
ساجد الروح في صمت .. لا الكلمات ..
الا الله احد ..


~asifah~ WAllahua'lam ~

~ SERIUS ~

11:17 AM 0 Comments
" senyum itu sedekah...."


In the Name of Allah,the Most Gracious,the Most Merciful

Ulfatul-Hanaie tiba awal di kuliah hari ini,10 minit sebelum kuliah bermula.Seperti biasa,dia akan ‘cop’ dahulu tiga kerusi.Dua tempat untuk temannya Widadi & Sofiah.Jika dia lewat tiba,teman yang lain pula akan melakukan perkara yang sama.Tetapi sebenarnya Ulfah lebih gemar duduk bersebelahan dengan teman arab.

Ternyata dia bukan pelajar yang terawal,kelihatan seorang pelajar perempuan Malaysia sedang duduk di kerusi bahagian tepi dewan kuliah.

” Eh,biasanya dia datang lambat.Alhamdulillah,mungkin dia ingin lebih baik dari semalam.Macam aku..agak saja” Hati Ulfah berbicara sendirian sambil langkahnya menuju kea rah temannya,Sofiah.

Tidak pula temannya itu melakukan apa-apa.Hanya duduk & termenung.Mulutnya pula bergaya seperti rupa ‘sudu’.Orang lama kata macam ayam berak kapur.Ulfah melabuhkan punggungnya.Senyumannya terukir bagai bunga segar mendapat air setelah layu.Ingin dihadiahkan pada temannya.Tetapi baru saja mulutnya ingin melontar kata,”Maafkan saya,saya tiada ‘mood’ nak cakap dengan orang buat masa sekarang.Jangan tanya kenapa.Bila saya dah ok,saya akan cerita.Jika tidak saya ceritakan,harap awak faham .” kata Sofiah.Agak tegas bunyinya.

“Aku ada buat salah pada dia ke?” getus hatinya.

Widadi sampai jua akhirnya.Pelajar arab yang lain juga turut tiba.

“ Kenapa dengan sahabat awak tu?Nampak serius je hari ni.” Bisik Ulfah ke telinga Widadi

“Siapa?Sofiah?Bukan ke sahabat awak juga?Entah la,ada yang tak kene agaknya tu.Doakan hati & keadaannya dia baik,InsyAllah.Nanti kita tanya dia bila keadaan mengizinkan.” Kata pendek Widadi.

Kelas pun bermula.

**( sekadar cerita,tiada kaitan antara yang hidup/meninggal dunia )**


Dalam menghadapi berbagai aktiviti,adakalanya manusia sampai ke tahap kejenuhan sehingga minda manusia menjadi letih.Kadang-kadang dalam setiap hal,kita perlu pendingin otak atau penegang wajah agar tidak terus tegang & serius ketika bekerja,belajar & sebagainya.Pemidato menyelitkan kata,cerita atau ucapan lucu dalam pidatonya supaya pendengar tetap setia mendengar dan tidak mengantuk.Begitu juga guru di sekolah.Bila lucu,pasti senyuman terukir bukan?Jadi senyum dapat membahagiakan hati & meringankan beban hati secara tidak langsung dalam keadaan serius.Senyum bagi diri sendiri & kepada saudara yang lain.Senyum pemanis wajah.Orang lama kata harimau yang sedang marah boleh tenang.Senyum itu sedekah.Nabi bersabda maksudnya:”senyum kamu kepada saudaramu adalah sedekah”.Tak perlu beli & jual senyuman.Allah telah hadiahkan kepada setiap insan.Maka mari kita gunakan.Tapi,jangan pula tergedik-gedik kamu ingin memberi senyuman kepada lelaki ye wahai wanita.Begitu juga sebaliknya .Lilin yang keras boleh cair tau tanpa api.Pastikan niatmu ketika senyum.Bukan maksudnya serius sangat ketika berjalan.Tundukkan pandangan & buat biasa saja(Itu masuk bab lain).Bila dilontarkan bunga senyuman si isteri kepada si suami yang baru pulang dari kerja,pasti berbunga juga hati si suami walau sekelumit.Eh,bukan pengalaman tetapi kebenaran..Tak percaya ?Tanya mereka yang telah berumah tangga.Detik ini,saya ingin berkongsi kisah yang agak lucu pada zaman dulu.

Senyum seindah suria

yang membawa cahaya

senyumlah dari hati...duniamu berseri.

Senyum umpama titian

dalam kehidupan..


KISAH 1 : SEMALAM LEMBU, SEKARANG GAJAH

Diceritakan bahawa ada seorang Arab Badwi yang lain telah solat di belakang seorang Imam yang sedang solat subuh.Setelah membaca Al-Fatihah,imam membaca Surah Al-Baqarah.kebetulan Arab Badwi tadi sedang punya suatu keperluan & ingin segera menyelesaikan solatnya.Tapi,walau bagaimanapun dia tetap ikut imam.Sehingga apabila selesai solat,dia pergi ke tempat hajatnya,ternyata dia telah terlepas peluang.

Keesokannya harinya dia pergi pula ke masjid yang sama untuk mengerjakan solat Subuh di belakang imam yang sama.Kali ini , si imam membaca surah Al-Fil setelah membaca Al-fatihah pada rekaat pertama.

Tiba-tiba arab Badwi tadi memutuskan solatnya(ubah niat tak ikut imam) & keluar dari saf solat.

“ Semalam engkau membaca Al-Baqarah ( lembu ) dan habis sehingga siang.Sekarang engkau baca pula Al-Fil ( gajah ). Sedangkan gajah lebih besar daripada lembu. Aku ingat sampai tengah malam pun engkau tak selesai membacanya.” Komen Badwi itu kepada imam sambil melangkah keluar dari masjid.

~WAllahua’lam~hati_ARIA~