Sunday, August 28, 2011

Krisis Somalia : MPPMJ Lancar Tabung Kemanusiaan

12:53 PM 0 Comments

SOMALIA

Saat ummat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa dengan penuh nikmat dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, pada saat itu juga puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.

“Perut cucu saya sudah kurus kering kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain,” kata seorang mangsa sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun.

Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Disebabkan tidak mampu lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.


Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Mereka hidup bergelut dengan maut. Kita di sini bagaimana?

Justeru, sebagai sebuah badan yang proaktif dan responsif, MPPMJ menyediakan satu wadah bagi mahasiswa di Jordan yang ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan. Selain itu, ia adalah merupakan salah satu usaha MPPMJ dalam memperkasakan peranan mahasiswa muslim daripada pelbagai aspek selari dengan tuntutan syara’.

Tabung bantuan kebajikan Somalia dilancarkan pada 28 Ogos 2011 melalui persatuan-persatuan zon (PZ) seluruh Jordan secara serentak. Kutipan dana yang diperolehi akan diserahkan terus ke negara darurat terbabit melalui Yayasan Amal Malaysia.

“Dan apakah jalannya yang engkau dapat mengetahui ,apakah amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? Iaitu memerdekakan hamba abdi, atau memberi makan di hari kelaparan, kepada anak yatim dari kaum kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. Kemudian mereka tergolong dalam kalangan orang beriman yang berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang”

(Surah al-Balad 12-17)

Semoga usaha kita yang tidak seberapa ini diberkati Allah. Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan ketika pintu-pintu syurga terbuka luas untuk hamba-hamba Allah yang ikhlas bersedekah.

PEMUDA-PEMUDI HARAPAN,

BERILAH MEREKA PELUANG,

HANYA JD 1…

Anisatul Qalbi Binti Mohd Sofiyuddin,
Pemangku Timbalan Presiden 2,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ),
Sesi 2011-2012.


Sumber : POrtal MPPMJ

Friday, July 1, 2011

Perantau

11:30 AM 0 Comments





Perantau musafir perjuangan

Tabahkanlah hatimu

Berjuang di rantau orang

Sedih pilu hanya engkau yang tahu


Ingatan anak dan isteri

Janganlah menghiris hatimu

Kerinduan desa nan permai

Janganlah melemahkan semangat juangmu


Diwaktu ujian badai terus melanda

Engkau tetap gigih berjuang

Membenarkan sabda junjungan

Terus memburu menuntut janji

Pastilah Islam gemilang lagi


Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghilang

Kerana itulah syarat dalam berjuang


Oh pejuang..

Di mana pun ada ketenangan

Di mana pun ada kebahagian

Bila insan kenal pada Tuhan

Kasih sayang dan pembelaanNya

Bagi insan yang menyerahkan jiwa dan raga

anak dan isteri kepada Allah


-By The Zikr@Nazrey Johani-





Perjuangan itu tidak bermusim..

Kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi wanita solehah..
Kesusahan bukanlah penghalang untuk terus membela daulah muslimah..

Duhai hati,
Pastikan niat itu sentiasa diperbaharui..kerana Ilahi..



Tuesday, May 31, 2011

Cacat & Upaya

5:29 AM 0 Comments

Alhamdulillah syukur masih dikurniakan tenaga bersama nikmat Islam & Iman.

Geleng kepala bila melihat keputusan peperiksaan akhir semester ini. Warna-warni keputusan bagi subjek yang saya ambil, dari markah yang 'paras leher'(gaya hampir lemas) hinggalah subjek yang hampir mencapai markah penuh. Melihat nombor yang kecil jumlahnya, bagai mimpi pun ada. Melihat jumlah yang besar, seperti tidak percaya. Apa-apa pun bersyukur dan bersabar. Usaha telah digembelengkan sedaya mungkin. Perlu koreksi diri dengan lebih mendalam barang kali. Mungkin juga dosa-dosa yang menimbun dan sebagainya. Mustahil segala diputuskan olehNYA itu sia-sia.

" Apa yang 'cacat' ye agaknya? Dimana ye silapnya " Getus hati sendiri.

Teringat kata-kata seorang rakan kepada rakan saya sewaktu zaman kecil-kecil cili padi, bila dia terpandang seseorang yang cacat, dia akan berkata..

" Aku rasa nak kahwin dengan dia(lelaki).Kesiannya..kalau aku kahwin dengan dia, boleh aku menjaganya. "..pelik...haih

Bila terjumpa yang sejantina, dia teringin ambil dan memelihara orang-orang istimewa ini seperti keluarganya sendiri. Sungguh, lain sungguh hatinya.

Cacat bukan bermakna cacat tidak berguna. Pasti,ada sesuatu potensi yang istimewa ada pada dirinya.


SYUKUR.

Bila bersyukur,pasti Allah tambah lagi. Bersyukurlah dengan apa pun yang ada pada kita sekarang ini.

Jika hari ini terpijak duri, mungkin hari esok dihadiahi mawar mewangi..
Jika hari ini jatuh terluka, mungkin esok dihadiahi penawar bahagia yang tidak disangka..

Bersabar & bersyukur. Allah sangat sayang dengan hamba yang bersabar. Pasti Allah bersamamu di setiap detik kesabaranmu..kerana mereka,dia,kau dan aku hamba Dia Yang Satu.




Rama-rama,

cantik..namun tak boleh berkata,

gerak geri & peribadinya,

kadang membuatkan manusia terpesona.

Si bisu,Si pekak,Si buta,

dia tetap manusia,

insan luar biasa,

namun masih ada yang mampu berusaha,

mengajak manusia ke SYURGA.

.الدِّينُ النَّصِيحَة
.." agama itu nasihat " ( HR Bukhari & Muslim )

Terima kasih kepada sahabat saya kerana semalam menghadiahkan rama-rama yang amat cantik sekali =)

Tuesday, May 3, 2011

Keputusan.

9:13 PM 0 Comments
Bismillah.

Subhanallah wa Alhamdulillah. Alhamdulillah Dia masih memberi nikmat kekuatan kepada hati kita dalam menyintai-NYA serta masih dihadiahkan peluang untuk berusaha memperkemaskan diri agar lebih cantik & hensem sebelum bertemu dengan-NYA.

Maaf lewat mengeluarkan berita tentang pilihanraya PERMAI.

Diumumkan, jumlah undian tertinggi bagi kerusi Presiden adalah saudara Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa. Bagi kerusi Ketua Helwi adalah saudari Siti Fatimah binti Ismail.


Berikut adalah nama-nama yang terpilih bagi Ahli Majlis Tertinggi PERMAI ;-


1-Muhammad Sahel bin Nordin

2-Wan Muhammad Najib Wan Mohd Daud

3-Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin

4-Muhammad Hatta bin Shafri

5-Muhammad Naim bin Deraman

6-Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi

7-Raihana binti Ahmad Nazri

8-Nurul Kauthar Binti Mohd Khari

9-Afifah binti Hamdan

10-Nurfadhilah binti Husin



Maklumat lanjut --> JPR PERMAI 2011.


Tahniah diucapkan kepada saff kepimpinan baru. Semoga mereka dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya, diberi kekuatan, dapat membuat keputusan dengan sebaiknya, menjaga kebajikan 'rakyat' dan dipermudahkan segalanya. Insha Allah.


" Kita tidak mahu ahli takut kepada persatuan tetapi takut kepada Tuhan "
- dipetik dari ucapan Ahmad Hidayat Hasni -




Langkah bermula memijak denai-denai..

Terus yakin menembusi rintangan andai pun hingga terkulai..

Berharap padaNYA agar impian tercapai..

bersama redha Allah yang ingin digapai..

Moga kita kan dapat bersama disyurga
yang selamanya indah,damai & permai..

Insha Allah.




Selamat beramal.