Sunday, January 8, 2012

DUNIA : BUKAN HARIMAU MALAYA

11:16 PM 0 Comments
Detik serangan harimau bintang

DUA orang membantu seorang lelaki yang diserang seekor harimau bintang di Guwathi, India kelmarin.



NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.
Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.

Thursday, January 5, 2012

ZAKAT : Zakat Fitrah di Perantauan

8:46 PM 0 Comments



" Sesungguhnya Kami telah jadikan setiap sesuatu dengan ukurannya "
( Al- Qamar : 49 )


Beberapa Persoalan dan Panduan
Berkaitan Pembayaran Zakat Fitrah di Perantauan
----------------------------------------------------------------------------


Apakah Maksud Zakat Fitrah:

Zakat fitrah ialah zakat yang dikenakan kerana sempurnanya puasa (al-fitr) di bulan Ramadhan. Ia juga digelar zakat Ramadhan, "zakat puasa", "zakat badan" atau "zakat kepala" atau zakat individu untuk membezakannya dari zakat ke atas harta.

Tuesday, January 3, 2012

PERPISAHAN TERAKHIR

8:58 AM 0 Comments
Kepada ALLAH kita kembali



Setiap insan pasti merasa saat itu. Apa yang kita suka,siapa yang kita kasih & sayang,semua yang kita ada dan segala yang membuatkan kita bahagia,mungkinkah dapat membantu kita di akhirat sana? Mengharap kasih ibu,anak,suami,isteri dan sahabat mengirim pahala, apa mungkin ia dapat dikirim. Tiada siapa yang dapat membantu ketika itu. Nasib kita di sana ( akhirat ) tidak semuanya sama. Benarlah, hanya amalan dan taqwa sebagai bekalan. Mati sebaik-baik peringatan buat yang masih bernyawa.