Saturday, December 18, 2010

Indahnya Islam..




Beautiful...Dengan nama Allah.Alhamdulillah,betapa bahagia manusia hidup dalam keadaan masih diberi cahaya Allah.Tetapi ada antara manusia yang masih memilih keadaan yang gelap kerana buta mata hatinya yang tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil.Semoga kita dihindarkan daripada keadaan itu.


Perkongsian Al-Quran dengan orang Islam dibolehkan.Tetapi, adakah pemilikan Al-Quran dibenarkan kepada orang bukan Islam ?

Menurut apa yang saya pelajari,orang kafir tidak dibenarkan memilikinya.

Antara jual beli yang dilarang atas sebab kemudaratan adalah menjual Al-Quran kepada orang kafir.

Haram ke atas orang muslim menjual mushaf( Al-Quran) kepada orang kafir sama ada sebuku atau sebahagian( juzuk ) daripadanya.Hal ini adalah kerana Al-Quran adalah kitab yang suci melambangkan keagungan agama Islam itu sendiri.Oleh itu hanya orang muslim yang berhak memiliknya.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Radiallahu Anhuma :sesungguhnya NAbi Muhammad S.A.W bersabda(mafhumnya) :" Dilarang bermusafir dengan Al-Quran ke tanah
( negara ) musuh."
( Fathul Bari, Riwayat Muslim )


Nabi S.A.W melarang seorang muslim membawa mashaf bersamanya ke negara musuh(kafir) kerana ditakuti mashaf itu akan dihina,dibakar dan sebagainya.

Sekiranya tiada kebarangkalian mashaf dihina,maka dibolehkan.Tetapi terdapat perbezaan beberapa pendapat ulama' dari segi kesahihan jual beli.

Pendapat jumhur ulama' : Tidak sah jual beli kerana tidaklah harus pihak musuh memilikinya.

Pendapat Al-Hanafiah : Sah jual beli dengan syarat :-
1)wajib mengeluarkan dari pemilikan(terkeluar dari hak milik).
2) Memastikan kitab suci tidak dihina.
3) Menjaga nama baik Islam daripada diburukkan.


Contohnya ( Al-Hanafiah ) :

:: Jual Beli ::
Seorang kafir membeli Al-Quran daripada seorang muslim kemudian menjualnya kembali kepada seorang muslim yang lain(terkeluar hak milik).
- Maka sah jual beli.


Terkecuali daripada itu :-
1) Baju atau cenderahati yang ditulis ke atasnya sesuatu dari ayat Al-Quran.
2) Hiasan dinding atau ukiran yang dibeli oleh orang kafir.
3) Duit yang tertulis padanya ayat Al-Quran.
-->kerana semua itu tidak dimaksudkan Al-Quran pada zatnya.


Segala kekurangan bolehlah ditambah di sini.Mari kongsi bersama ~




Rujukan :
- Fiqh Al-Muamalat ( Juz 1 )

No comments: