Alhamdulillah.
Sihat ke demam?Demam final exam?Kher Insya Allah.Teruskan usaha.Kita bangkit sama-sama.Cuba sama-sama.Kalau bukan kita,siapa lagi?(Malu saya dengan kuih bangkit).
Post kali ini sebab teringat persoalan yang diajukan oleh seorang adik dalam program bersama dengan 'orang besar & disegani' baru-baru ini.Tentang logo halal."Kenapa rakyat Malaysia perlu menggunakan & memohon logo halal?Bukankah Malaysia negara Islam?Sepanjang saya berada di Jordan,tak pernah jumpa logo halal?".Jawapan yang telah diberikan oleh 'VIP' kepada persoalan adik :
1- " kalau kita nak menggoreng keropok untuk dijual, mesti menggunakan minyak yang bersih,bukan minyak jelatah.Ya kan?Halalan toyyiba..
2- Tempat masak atau dapur mesti bersih.Juga bahan yang digunakan.
3- Produk-produk yang dihasilkan & mendapat pengesahan logo halal boleh dipasarkan dalam pasaran antarabangsa ( luar negara ).Kerana produk yang ada tanda halal lebih dipercayai.
4-Mendapat kepercayaan warga asing atau pelancong luar negara.
Cuba adik2 perhatikan, ada tak pelancong asing nak beli makanan di gerai-gerai tepi jalan yang tak ada logo halal berbanding makanan di restoran yang ada logo halal?Kita kena fikir luar kotak..
" Halal itu bukan semata-mata halal sembilahannya,bahan di dalamnya,halal makanannya tetapi juga kebersihan(hygiene@hygienic) dan aspek yang lain.Pihak JAKIM perlu memantau dahulu kesemua aspek tersebut barulah logo halal dapat diberikan kepada pengusaha atau penjual." kata 'VIP' itu.
Serba sedikit saya ingat kata-kata itu.Kalau ayat tak sama tapi maksudnya serupa,insya Allah.
Saya terfikir juga akan hal-hal yang lain semasa mendengar jawapan 'Puan VIP'.
Lihat,dengar & fikir tentang pandangan Dr Asri yang dipaparkan :-
Dengar dari mula sampai habis ye.Apa-apa pun, yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
" Orang bukan muslim tahu bahawa orang muslim sentiasa dan bersedia berkorban dengan jiwa dan harta demi Islam.Mereka tidak cuba melukakan perasaan orang-orang Islam,tidak akan cuba merosakkan nama Islam,gambaran & bentuknya.Tetapi mereka akan cuba menghadkan maknanya dalam ruang sempit yang menghilangkan sudut-sudut yang kuat & praktikal padanya.Setelah itu ,ditinggalkan untuk orang-orang Islam 'kulit' Islam yang berupa gelaran,rupa bentuk & gambaran yang tidak mengeyang apatah lagi untuk menggemukkan.Lantas mereka menanamkan kepada umat Islam kefahaman bahawa ISlam adalah satu perkara & kemasyarakatan (perkumpulan) satu perkara yang lain. Islam adalah satu perkara & undang-undang adalah satu perkara lain(yang tiada kaitan dengannya).Islam adalah perkara & masalah-masalah ekonomi tiada hubungan dengannya.Islam adalah satu perkara & pengetahuan umum satu perkara lain yang tiada kaitan.Jika Islam itu tiada kaitan dengan ekonomi, politik,kemasyarakatan & pengetahuan.Apakah Islam itu? "
( Petikan : Fiqh Daulah oleh Imam Yusuf Al-Qardawi )
Tapi ada juga golongan non-muslim yang mencederakan orang muslim.Lebih dahsyat orang muslim yang membunuh saudaranya sendiri.
Doakan saya dan umat yang lain.Esok lusa saya dan rakan-rakan bakal menduduki peperiksaan Fiqh Muamalat.
" Kalau seseorang itu lain pendapatnya daripada kita..jangan kita katakan dia Wahabi atau dia terkeluar mazhab ( & seumpama dengannya)..jangan..jangan. " -Dr Asri-
- Allah knows better that me -
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment