Saturday, October 5, 2013

USRAH : BULATAN KASIHKU

9:07 PM 0 Comments
Bulatan kasihku, kekuatanku.

Bulatan itu yang menyuburkan kasih sayang dan keakraban hubungan antara saya dan sahabat-sahabat. Kadang, tidak selalu duduk dalam bulatan tetapi selalu dalam bulatan kasih dengan pelbagai aktiviti. 

Ia lebih berharga jika dibina atas dasar iman dan taqwa dengan penuh keihklasan kepada Allah dan ketaatan kepada pemimpin yang adil. 'Bulatan kasih' yang dimaksudkan adalah usrah ( اسرة ). Berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga. Keluarga sendiri dan juga 'sekeluarga' bersama teman-teman. Ada juga yang menamakannya Smart Circle dan pelbagai lagi.

Setiap hari, jadikan kehidupan lebih aman dan emosi lebih tenteram. Kurangkan marah serta bersangka-sangka pada manusia. Lakukan yang terbaik segala yang kita mampu pada hari ini dengan apa yang telah dirancang. Esok untuk hari esok. Mencuba, berfikir bertindak dan menjadi positif




Semasa beramal mahupun berbudi kepada yang bergelar manusia, buanglah harapan menggunung bahawa orang akan berterima kasih kepada kita, mengingati kita atau mengenang budi disebabkan kita pernah membantunya. Ditakuti sedikit sebanyak menghakis keikhlasan di hati.




Ya Allah jika kami merindui, rindukanlah kami pada hati-hati yang melabuhkan rindu dan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan kami untuk menyintaiMU dan berjuang di jalanMU


Usrahku kecintaanku. 

Serlahkan aura positif disekelingmu. Nescaya bertambah besar bulatan kasih dalam hatimu. Kuatlah demi menjadi penyambung mata rantai dakwah Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wasallam, baginda adalah insan pertama yang membina usrah penuh dengan kasih sayang. Sollu a'lan nabi.

Berusrahlah walaupun di tempat kerja. Beberapa minit dengan pengisian yang berharga, membaca Al-Quran atau bersama mencari penyelesaian tentang suatu masalah yang dikongsikan. Mungkin itu antara amal yang membawa kita ke syurga.

Perkongsian bersama. Senyum.