Monday, August 17, 2009

~ PESAN PADA DIRI ~

1:56 PM 0 Comments
** TANDA HATI MASIH HIDUP **

1) kuatnya seseorang itu berpegang pada agama Allah.

2) keberaniannya berpegang pada yang haq dan menyatakannya

3) tiada takut kecuali Allah.

4) takut untuk murka pada Allah.

5) menjauhkan diri segala yang diharamkan Allah dan mengelakkan dari derhaka.

6) hati masih boleh bergetar mengalun ZIKRULLAH.


~ HOW IS YOUR LIVE TODAY? HOW ABOUT YOUR IBADAH? ~


..=) ASSALAMUALAIKUM MY FRIENDS. For you & me.." Do not give up on yourself , because change is usually slow. You will encounter obstacles that will discourage you , but do not let these obstacles defeat you "


Allah said : "..Invoke Me , I will respond to your invocation .." ( Al-Mu'min : 60 )


So,be happy and smile always.SMILE IS FREE!! A SMILE LIKE A RAY OF SUNSHINE AND A SMILE DOES NOT COST ANYTHING , BUT ITS GIVE A GREAT DEAL.

Hatimu disakiti ? Muhasabahlah kembali wahai hamba. Dunia ini bagaikan penjara bagi orang-orang mukmin kerana dia ingin bebas di syurga nanti. Bukan sikit pedih yang ditagih. Ya aku hanya pandai berbicara padamu kerana diriku tidak merasai apa yang engkau rasa. Tapi aku pada nukilanku di sini. Hanya sekadar hamba yang tidak mampu mengubah takdirNYA. Jika aku mampu wahai sahabat, akan aku bersamamu setiap detik, namun makna persahabatan bukan dengan makan bersama, tidur bersama, bergurau & menangis bersama. Bukan itu tujuan kita di dunia. Mencari sahabat untuk mencari cintaNYA.

Andai semuanya sukar untuk kita bersama, cukuplah jika kita mencintai Dia bersama. Hati kan tetap subur hingga ke syurga, jika kita layak menghuninya. Maafkan aku, andai aku telah melukai hatimu duhai teman. Tiada niat untukku berpekerti sebegitu.

Jika hari ini, engkau katakan daku sombong. Cuba kau lihat waktu kesombonganku ketika itu. Tidak akan sekali aku menyombongkan diri tika seruanNYA memanggilku. Tapi bukankah aku telah mengajakmu?Engkau sukar berdamping denganNYA, tetap juga dengan 'dia', yang pasti bukan kekal cintanya. Moga tidak terjadi begitu. Baik, Dia pasti redha andai kalian berada dijalanNYA. Aku hanya pilih Dia,maafkan aku sahabat.> SeruanNYA-hanya DIA yang perlu disembah. Berjihad KERANA DIA< aku tetap juga memanggilmu teman, untuk kita bersama. Tapi, engkau ingin bermain lagi. Daku tidak kisah andai permainanmu itu tidak melupakaNYA. Mungkin aku tidak akan sombong lagi ketika itu.

Semoga dirimu dan aku sentiasa diberkati Allah. Maaf untuk semuanya.


** MAY ALLAH EASE US IN EACH OF 
OUR PATH TOWARDS MARDHATILLAH **





Sunday, August 2, 2009

~ SESAAT BERLARI ~

3:31 AM 0 Comments
"Ya Allah,ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini.Peliharalah & hindarilah diri kami daripada kerja-kerja yang tidak perlu kami lakukan di sini..amin"

Alhamdulillah,saya sudah dapat membuka & boleh edit blog.Tetapi,peperiksaan akhir semakin hampir.Terlalu banyak lembaran serta kitab yang perlu saya singkap untuk difahami,diingati & diamalkan jua disebarkan. Peperiksaan saya pada 11/8/2009 & 12/8/2009. Saya doakan kepada yang sedang berjuang agar cemerlang hendakNya.Tetapi ingat ye semua,yang paling utama tuluskan niat. "Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat" -hadith.

Anda risau? Tiada hasil? Jangan risau! Jika amalan yang kita lakukan tiada harganya dihadapan manusia, ingatlah harga dan nilainya tetap wujud di sisi Yang Maha Menghitung dan Maha Melihat tetapi semuanya itu bergantung kepada niat di hati setiap jasad. Dont give up ye semua ! Dia sentiasa disisi.

Terlalu banyak ingin saya nukilkan.

Sepanjang pengembaraan diri pada musim 'soyfi' ini terlalu banyak Hikmah Ilahiyah yang menempiasi diri yang kerdil ini. Sayangnya Dia pada diriku. Pengembaraan musim 'soyfi' sangat berwarna-warni. Adakalanya melayan duka, adakalanya membelai kegembiraan. Perasaan lain seperti simpati,marah & sebagainya turut hadir tanpa surat jemputan=) mewarnai perasaan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon sejuta kemaafan atas segala kekurangan yang terdapat di dalam blog ini. InsyAllah saya akan memperbaiki dari masa ke semasa.Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang sudi membaca segala coretan, memberi komen, cadangan serta dorongan. Bukanlah tujuan coretan untuk mengangkat martabat mana-mana pihak tetapi untuk mengangkat agama Allah itu sendiri. Amat mustahil untuk diri yang terlalu kerdil ini mengangkat Islam itu sendiri tetapi dengan kerjasama dari jasad yang sedang wujud dihadapan skrin sekarang ini dan umat seluruh alam.


Wallahua'lam.Sekian sahaja. Doakan saya terus tabah menempuh segalanya. InsyAllah.