Monday, December 28, 2009

~ TIKET KE SYURGA ~

8:25 AM 0 Comments
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tiket ke syurga

Suatu petang, ketika haziq dan ayahnya sedang minum kopi di anjung rumahnya..

best betul lah kerajaan negeri Kedah ye ayah”. Haziq memulakan bicara memecah kesunyiaan

awatnya?” Soal ayahnya inginkan kepastian

ya la.. xpernah dalam sejarah bola sepak kat Malaysia ni, dapat tengok bola kat stadium free”. Jelas haziq.

ohh.. a’ah.. yang Selangor menang 5-1 hari tu.

tapi abah, kenapa kata 'free' tapi 'still' kena ambik tiket?” Tanya haziq sambil mengerutkan dahinya.

yer lah, kalau xde tiket.. takut penonton 'exceed' limit.. mau pecah stadium tuh.”. jelas ayahnya dengan panjang lebar.

Ooo.. macam tu..” ujar haziq sambil mengangguk-angguk kepalanya tanda faham.

Tapikan ayah.. ada yang tak dapat masuk..” jelas haziq

A’aah.. biasalah dah ramai sangat.. xmuat..” jelas ayahnya sambil matanya terkebil-kebil menghirup kopi panas.

Kesian la kat depa kan ayah, mai jauh-jauh tapi xdapat tiket”.keluh haziq

Yer lah, kalau datang jauh sekali pun tapi dah sampai lambat.. time kaunter tiket dah tutup.. tiket dah habih.. so xboleh la masuk..” jelas ayahnya.

Ooo…” haziq mengiyakan kata-kata ayahnya sambil mengangguk-anggukan kepalanya.

Esok kita mati esok macam tu lah jugak.

Maksud ayah?” Tanya haziq minta kepastiaan

Yer lah.. kita anggap stadium tu syurga. Nak masuk syurga.. mesti ada “tiket”. Walaupun kalau nak ikutkan selagi kita beriman, kompom dah masuk syurga. Tapi kita tetap perlukan tiket.

Erm.. tiket? Soal haziq sambil sesekali menggaru – garu pelipisnya yang tidak gatal.

A’aah tiket… dan tiket tuh pula mesti lah di perolehi sebelum “kaunter di tutup”. Ayahnya menambah.

"Kaunter? Erm.." soal haziq dengan sedikit mulutnya ternganga..keningnya bertambah kerut sambil cuma memikirkan maksud ayahnya itu.

Yer lah… Stadium itu umpama syurga.. kita perlukan “tiket” iaitu pahala. pahala ni kita boleh perolehi sebelum “kaunter ditutup”.

“Ohh…”
haziq mula memahami apa yang dimaksudkan oleh ayahnya.

Kaunter tu pulak tempoh untuk beramal yang kita ada sebelum sampai kiamat. Kalau dah kaunter di tutup yakni kiamat.., xguna segala amal kita selepas tuh.. tambah ayahnya, cuba memahamkan anak sulungnya itu.

“Owh…” Haziq mengangguk- angguk kepalanya sambil tersengih..

Cuma beza antara kaunter tiket nak masuk stadium dengan “kaunter tiket” nak masuk syurga ialah.. kaunter tiket nak masuk stadium hanya ada dekat dengan stadium… selalunya sebahagian daripada banggunan stadium… tapi kaunter tiket nak masuk syurga ada di mana-mana.. so tiket nak masuk syurga.. boleh di dapati di mana-mana.. iaitu amalan ibadah yang kita boleh lakukan bila-bila masa.. dan di mana-mana sahaja. Amal ibadah bukan sekadar terikat pada solat, puasa, zakat, dan haji semata-mata.. tapi keseluruhan cara hidup kita.. sekiranya cara hidup kita mengikut syariat islam.. dan pekerjaan dan kerja buat kita ni semua diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt, maka ia akan menjadi “tiket” kepada kita untuk ke syurga. Terang ayahnya dengan panjang lebar

OOoowh.. macam tu.. tapi ayah.. selalunya kita kerja kan untuk duit.. sebab kalau kita kerja untuk ibadah semata-mata mesti kita tak ambik duit.

Herm.. bukan macam tu haziq.. duit tu hanya hasil. Bukan tujuan. Macam contoh kita sembahyang la.. kerana nak menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah. Tapi hasilnya kita jugak mendapat tubuh badan yang sihat kerana perbuatan solat tu adalah satu exercise badan.

Owh… tapi ayah.. kalau kita kerja kerana nakkan wang semata-mata, macam mana?

“Kalau kita niat semata-mata wang.. maka dia xdapat la ganjaran pahala.. macam solat tadi lah… kalau dia niat kerana nak exercise badan semata-mata so dia just dapat badan sihat la… tapi tak dapat la pahala.”

“Owh… macam tu…” haziq mula faham apa yang cuba disampaikan oleh ayahnya.

Ada satu kata-kata: Kalau tanam padi, lalang akan tumbuh sama, Tapi kalau tanam lalang, padi takkan tumbuh sama”..kalau kita cari akhirat.. maka dunia mesti datang sama.. kalau kita dok kejar dunia.. maka akhirat xkan ikut sama.

Ini bukan sekadar renungan buat teman-teman,jua bukan hanya untuk difikir-difikirkan,bahkan sebagai pegangan untuk kita terus laksanakan amalan-amalan yang diredhai Allah sekaligus mencapai matlamat dalam menggapai cinta & syurga Allah….InsyaAllah..Mana yang baik ambil & yang kurang sama-sama perbaiki…


~ "Perkongsian dari "Munajat Sufi ~

Monday, December 21, 2009

~UKHWAH TERIKAT , KEK COKLAT PENGIKAT~

1:47 PM 0 Comments
Dengan namaMu Allah kami mulakan.

Empat hati,empat jiwa berlainan jasad berkeinginan sama.

"Ya Allah,aku teringin makan kek coklat.Perkenankanlah" Hati-hati meminta dengan penuh percaya.Meminta pada siapa?Akal yang dikurniakan oleh Allah terus berfikir untuk merealisasikan keinginan hati.Akal menilai maka terkeluarlah gaya bahasa empat hati pada empat lisan walau lapan telinga semuanya tidak dihimpunkan untuk mendengar.Akhirnya jasad diminta berjasa pada sebuah keinginan agar dapat merasakan kenikmatan jua doa & tawakal tidak ketinggalan.

Begitulah hidayahNYA pabila sampai pada hati-hati yang dikehendakiNYA.Hati dapat merasakan dan percaya Allah itu ada dan hanya Dia yang mesti disembah kemudian akal memikirkan segala kebaikan menilai segala kejadian dengan menerima Allah itu ada jua mencari kewujudanNYA mencapai damai.Namun belum cukup puas dan terbukti jika disimpan dan dikongsi hanya dengan hati dan akal.Maka,terbuktilah pabila dia mengungkapkannya dengan lisan "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah".Nah,bukti sudah dia seorang muslim.Bukan cukup terhenti pada kalam yang dilafazkan pada lidah,tapi harus terus dan terus dibuktikan melalui perlakuan di setiap penjuru jasad pada semua perkara yang di perintahkanNYA,pada segala segi tindak tanduk serta amalan.

Akal:"makan kek..keinginan hati tidak melanggar perintahNYA.Aku boleh mengikut telunjuknya."
Hati:"pandai kamu menilai.segerakanlah kamu perintahkan jasad merealisasikannya."
Akal:"jangan terburu-terburu.jangan kamu mengikut hawa nafsu duhai hati.bersabarlah sedikit waktu,bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?"
Hati:"salahkah aku hanya meminta kek coklat berperisa oren bermandikan coklat cair bertakhtakan strawberi?hanya satu kek coklat,bukannya sepuluh!!
Akal:"aku tahu,tapi kamu harus kau ingat hati,jasad kini bukan berada di Malaysia tapi di Jordan.Kos sara diri agak tinggi.Bukankah baru sebentar tadi kamu merasakan "nasi ayam".Ketahuilah sifat terburu-buru itu adalah sifat syaitan.Perut pun sudah habis waktu bekerja.Mungkin keinginanmu boleh direalisasikan di lain waktu yang lebih sesuai.Betul tak perut?
Perut dan Jasad:"kami setuju".

KEMBALI ke alam nyata..
KEMBALI padaNya wajib dipercaya..
KEMBALI..bila?dimana?bagaimana?
hanya Dia yang mengetahuinya..Istighfar..basahkan jiwa

ayuh kembali sebentar melayan cerita hamba>>AWASI MASAMU!!

Kakak 1: " saya teringin makan kek coklat "
Kakak 2: "eh,saya pun sama teringin "

kemudian..

Adik 1: " teringin nak buat kek coklat "
Adik 2: " kita pun "

Itulah dia empat jasad yang tinggal sebumbung di negara bumi anbiya'.Timbulnya

Maka wujudlah tepung,telur dan lain-lain 'sahabat' seumpama dengannya yang boleh digandingkan bersama untuk merealisasikan " kek coklat ".

Teringat Saidatina Fatimah(anak Nabi Muhammad S.A.W) mengisar tepung sehingga tangannya pecah-pecah.

Setelah semuanya siap di adun kemudian di kukus.Maka terhasillah "kek coklat".Inilah dia hasilan yang pertama dari empat seteman.

..rupanya sungguh tidak comel tapi kelazatannya hanya Dia yang tahu

Rapatnya ukhwah mereka seperti rapatnya tepung dengan telur yang tidak bisa diceraikan semula setelah teradun.Sedih , tawa dan duka dirasai bersama.Bukan hanya solat,memasak,mengemas rumah berjemaah tetapi "kek coklat" harus di adun berjemaah,dikukus berjemaah,menghiasnya berjemaah dan merasakan kelazatannya secara berjemaah.Sungguh nikmat pemberian Tuhan.

Adik 1 : " dah azan,kita solat dahulu ye.nanti kita sambung buat kek".
Kakak 1:"kek terlalu sedap pun tidak berguna jika solat dilewat-lewatkan".

Hadirnya dua orang adik membawa 1001 rahmat dan berkat terhadap rumah sewa yang agak sederhana itu.Rentetan kisah " kek coklat " tidak berakhir dengan hanya sekadar satu " kek coklat " itu sahaja.

Rezeki..

" ..Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia beri jalan keluar baginya.Dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya).Sungguh,Allah itu melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. "(surah At-Tolaq:2-3)

Secara tidak sengaja 4 seteman menerima tempahan dari teman-teman..Alahai,rajin sungguh.

"akak,kita ada 2 tempahan esok..tapi kita ada program persatuan kan?Macam mana?Terima tak?".."insha Allah kita terima saja.kita tolong buatkan."

Suka duka bersama kek juga 4 seteman berkongsi..

"kakak!!! habis la kak..sangat beruntung kita semua masih dipanjangkan umur."
"kenapa dik??"
"kek hangus terbakar(hitam sungguh)"
"awak tak dengar alarm clock awak?(but kek pn ada alarm^~^..penting masa kan)
"kita semua tidur mati agaknya,semua penat.."
"Alhamdulillah,semua selamat..tidak mengapa,kita buat lagi ye"..(adik mula sedih )


kek ke-2..

kek ke-3


ke-4

hasilan ke-10

dan banyak lagi hasilan 'ukhwah yg terikat'..

..jika dulu,hanya yang kecil..tetapi sekarang wujud yg besar..

Maka..itulah dia hikayat 4 seteman,kek coklat menjadi pengikat.Bukan hasilan mesin tetapi hasil jalinan ukhwah tangan-tangan 4 sehati .

~WAllahua'lam~