Saturday, August 11, 2012

EVAKUASI PELAJAR MALAYSIA SYRIA




Berita Nasional.

PENYUNTING : HAYATI AFFANDI
PENYAMPAI : ZAMHURI HAMZAH


  • PROSES BAWA PULANG PELAJAR MALAYSIA DARI SYRIA DIJANGKA SELESAI SABTU INI.  

PELAJAR MALAYSIA

Kumpulan pertama 7 pelajar Malaysia dari Syria dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa K-L pukul 2.55 petang nanti. Manakala kumpulan kedua pelajar akan dibawa keluar dari Damsyik menerusi beberapa penerbangan hari ini.  Proses membawa pulang pelajar Malaysia dari negara itu dijangka selesai sepenuhnya Sabtu ini. Ia disahkan oleh Duta Besar Malaysia ke Syria, Encik Mat Dris Yaacob ketika dihubungi RTM.

Terdapat 108 rakyat Malaysia menetap di Syria.  Mereka terdiri daripada 101 pelajar dan 7 pegawai dagang, selain lima kakitangan kedutaan.  8 pelajar enggan pulang,  namun 7 daripada mereka ketika ini berada di luar Syria.

((BTV))




  • SYRIA PERLU PEMIMPIN BAHARU YANG MAMPU PENUHI HASRAT RAKYAT,  JIKA PRESIDEN BASHAR AL-ASSAD BERUNDUR.


RUSIA-SYRIA

Seorang pemimpin yang tegas dan berpendirian kukuh, amat diperlukan bagi menggantikan Presiden Bashar al-Assad, jika beliau terpaksa berundur. Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, P-B-B Vitaly Churkin, berkata, pemimpin itu perlu melaksanakan pembaharuan yang boleh memenuhi hasrat seluruh rakyat Syria. Beliau menyatakan demikian dalam wawancara televisyen.  Katanya, kegagalan mengadakan dialog antara kerajaan dengan pembangkang, merupakan faktor yang akan terus mengheret Syria ke dalam kancah konflik berpanjangan.

Sementara itu, laporan dari Beirut menyebut, sekurang-kurangnya 80 maut dalam keganasan terbaru. Menurut Pemerhati Hak Asasi bagi Syria, tujuh daripada mangsa adalah orang awam.  Pertubuhan yang berpangkalan di Britain itu mendakwa, tentera kerajaan secara berterusan menggunakan helikopter dalam serangan di bandar Herak.

Turki menutup laluan sempadan dengan Syria atas faktor keselamatan.  Menurut pihak berkuasa Turki, penutupan sempadan di Karkamis dibuat selepas pemberontak Syria menguasai kawasan berhampiran dengan pagar kawalan berhampiran Jarablus, minggu lalu.  Pihak berkuasa Ankara juga menetapkan hanya rakyat Syria dibenar memasuki Turki melalui sempadan.

((AP/AFP/REUTERS))




25 Julai 2012

PENYUNTING : HAYATI AFFANDI
PENYAMPAI : AHMAD MUZAFARUDDIN ISKANDAR



TURKI-SYRIA


Turki menutup sempadannya dengan Syria bermula hari ini, hingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan. Seorang pegawai Turki berkata, langkah tersebut diambil demi menjaga keselamatan rakyat negara itu. Penutupan sempadan dibuat selepas kumpulan pemberontak menawan dua pos sempadan dalam pertempuran dengan tentera yang setia kepada kerajaan. Terdapat 7 pos di sempadan Jordan-Syria, sepanjang 900 kilometer itu.


((AFP))




No comments: