Wednesday, November 28, 2012

SULAMAN REBEN SENTUHAN QALBI


Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam : Hari ini saya curi-curi masa bersama mak cik-mak cik di Kampung Tebuk Jawa untuk menuntut ilmu baru. Ilmu yang tiada di dalam buku. Menuntut ilmu apa pun haruslah dengan ketekunan, kesabaran, mempunyai masa yang panjang dan mempunyai mentor atau guru atau pembimbing. Pasti hasilnya memuaskan.

Terasa amat kerdil sekali berbanding orang lain kerana hanya saya seorang yang berusia 20-an, selainnya insan yang saya kira boleh dipanggil ibu dan nenek. Saya yang tidak biasa menjahit terpaksa menjahit hari ini.  Kalau sekadar jahitan baju biasa mungkin boleh. Tetapi ini jahitan sulaman reben !

Kehadiran saya dari jam 9.30 pagi hingga jam 5 petang. Sedari masa yang ada hanya beberapa jam. Saya memujuk diri. " Aku boleh ! "

Jika selama ini hobi saya memasak, membaca dan membantu orang. Mungkin sulaman reben menjadi hobi saya yang terkini : )

Bekalan jahitan dibekalkan. Pembimbing hanya memberi tunjuk ajar akan jahitan reben asas. Kemudian, penuntut akan dibiarkan menjahit mengikut kreativiti masing-masing sambil dipantau oleh mereka.

Berikut adalah antara hasil yang telah siap.

Jom pantau !



Ini sulaman reben pada sarung bantal.
Sepasang sarung bantal kecil seperti ini boleh mencecah harga RM 120-130.


" Setiap langkahan dan sentuhan menghendaki keyakinan dan kepercayaan. 
Keyakinan dan kepercayaan memerlukan ketetapan hati.
Bersabarlah atas segala kesulitan dalam menuntut ilmu. Kadang kita boleh bersabar dalam sesuatu keadaan, kadang tidak pada perkara yang lain. 
Maka, perbaikilah niat dan sentiasa memotivasikan dirimu. Allah sentiasa bersama pada setiap kesabaranmu dan mencintai orang-orang yang bersabar. Mohonlah dariNYA pertolongan. Teruslah mara teman-temanku demi Ilahi. "



Sulaman pada sarung kotak tisu.


" Maaf, saya sudah pening dan loya. Saya terpaksa berhenti. " Kata seorang mak cik yang tidak mampu menyiapkan sulaman reben pada begnya. Namun, mak cik tetap kuat semangat menunggu hingga ke akhir program.

" Tak mengapa, boleh sambung di rumah. Rehatlah " Kata pembimbingnya.

Masing-masing salaing memahami.



Ops ! Inilah kerja tangan saya yang belum siap pada kain perca.
Bagai budak baru mengenal huruf.
Begitulah, huruf 'A' banyak 'gaya' tulisannya kan..


" Belum siap cik ! " Saya merayu sebelum sulaman saya diadili oleh para hakim. Pada masa yang sama pertandingan turut diadakan.

Sulaman wajib pada beg yang telah diberikan. 
Saya tahu saya akan kalah. Tapi tak mengapa, tiada kegagalan setelah berusaha. Tiada seorang pun menyulam bentuk selain bunga. Malu sungguh. Tetap saya teruskan, bentuk 'LOVE' menjadi pilihan hati saya walaupun ia agak pelik pada pandangan mak cik-makcik. 




Sulamanku pada beg. Belum siap dan tidak memuaskan.  



Alhamdulillah untuk segalanya.

Selepas ini kena bersemangat menyiapkan kertas kerja lagi. Selamat bekerja semua.



I 28 Nov 2012 I
I Rabu I
I Kampung Tebuk Jawa I

1 comment:

Anonymous said...

Sаved as a faѵoritе, I liκe уоuг
site! http://www.sciaticacenter.org/cure-sciatica/