Saturday, December 8, 2012

MUSLIMAH CELIK POLITIK

12:08 AM 0 Comments

- Women's Power - 
Wujudkah Perjuangan Muslimat PAS?





Women's Power : Dewan Muslimat PAS mencecah usia 59 tahun daripada tarikh penubuhannya pada 3 Januari 1953. Objektif penubuhanyan adalah untuk memimpin ahli-ahli wanita supaya dapat mengambil bahagian tertentu bersama ahli lelaki PAS bagi mencapai tujuan Persatuan Islam SeMalaya (PAS) dan juga berusaha meninggikan taraf kehormatan serta memelihara maruah kaum wanita. Apakah sumbangan Dewan Muslimat Pas kepada wanita dan mengapa Dewan Muslimat PAS kurang menonjol di bandingkan dengan rakan partinya yang lain. Ikuti kupasannya bersama Ketua Penerangan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al Jundi.


Boleh ikuti video Women's Power di link berikut.


Di akhir ucapan, beliau sempat berpesan kepada seluruh jentera muslimat PAS di 
seluruh negara : 

" Memperhebatkan kerja. Kita adalah jentera gerakan Islam, antara sifat gerakan Islam ini melakukan kerja secara Itqan dan Ehsan. Itqan, melakukan dengan sempurna, sesempurna yang boleh. Ehsan itu bahawasanya kita(merasa sentiasa) diperhatikan oleh Allah Taala. Jangan sampai kita kata nak menang tapi sebenarnya kita tak buat kerja untuk menang. ( Rujukan Surah As-Soff : ayat 2-3 ) "


Monday, December 3, 2012

PRU-13 : " KUASAWAN "

1:33 AM 0 Comments


Kalam kuasawan kaya

Aku kurang percaya



Kuasawan kata "Janji ditepati"
Aku dengar "Janji dimungkiri"
Royalti?
Oh, cukai naik lagi..
Oh, petrol dibuang subsidi..



Kuasawan jerit "Kami Mendengar"

Aku dengar, mereka kata dengan jegil mata
"Kamu dengar? Kuasa ini aku punya. Harta kamu, aku jaga. Kamu lawan, kamu papa"


Kuasawan kata, ini masa balas budi
Aku kata, tak reti beza kerajaan dan parti
Macam mana terlepas jadi menteri
Macam SPM dapat 10 di



Kuasawan kata, lima ratus untuk rakyat
Sepuluh juta mereka sebat
1 bilion dirembat
Hai, tanah peneroka pon nak lipat?



Kuasawan kata, kita kaya
Hutang Malaya bawah PERKAPITA
Lima puluh, hanya untuk telur dan gula, KAYA!!



Kuasawan kata, kami saksama
Curi seringgit dipenjara
Curi lembu jadi ketua wanita
Curi 24 juta jadi orang nombor dua!!



Kuasawan kata, 24 juta ini hasil tabung
Aku rasa dia samun tabung
Key dabelyu es pi
TABUNG haji



Kuasawan kata, kita merdeka
Undi Bi En tak apa
Undi Pi Ar dibuang kerja
Tak mengundi, jadi hantu pilihan raya



Usahawan kata, kayo den
Kuasawan kata, 20 persen, 20 persen



Kuasawan kata, hapuskan rasuah
Aik, macam lebih sudu dari kuah
Sekolah runtuh berapa buah?
Stadium rebah?
Hospital punah?
Mahkamah?



Kuasawan kata, hidup Melayu!
Aku dengar, hirup Melayu!
Felda masuk bursa
MAS 'masuk' AirAsia
Batu Putih melancong ke negeri singa
Gas berlabuh di Songkhla



Kuasawan kata, Twitterku sejuta
Aku lihat telur sahaja



Kuasawan kata, kita selamat
Kau fikir, kita selamat?



Oh kuasawan, Malaya terluka



Akan ku pilih, kuasawan papa
Lebih jujur dalam bicara
Lebih cermat urus harta
Lebih murah harga kereta
Tulis baca diajar percuma
Modal sekati untung sejuta
Janji Jingga ke Putrajaya 
Merah hijau putih biru muda





Disusun oleh : Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min.
web @hasanhusaini

Saturday, December 1, 2012

Berpolitik Dengan Diri Sendiri Sebelum Berpolitik Dengan Orang Lain.

2:52 AM 0 Comments



Politik Diri (Siasatu An-Nafs)

Politik menjadi suatu isu utama pada suatu negara. Cara untuk memerintah, cara untuk mentadbir dan sebagainya. Saban hari kita mendengar pelbagai mehnah, perangai dan celoteh politik dunia. Namun ramai antara kita lupa untuk bersiasah dengan diri sendiri. Berpolitik dengan diri sendiri sebelum berpolitik dengan orang lain. Padahal itu suatu perkara yang lebih utama.

Jiwa ini juga mesti kita uruskannya, supaya kita dapat pujuk ia kearah lebih baik. Setiap hari kita pujuk jiwa kita kearah lebih baik. Orang arab, mereka membawa unta merentasi padang pasir. Makin lama, unta menjadi makin penat, dan akan ada orang yang bernyanyi , dengan lagu yang unta itu suka. Lagu itu memberi ransangan kepada unta untuk teruskan berjalan.  Macamtulah juga dengan jiwa kita. Memang untuk menghadapi kehidupan dan mehnah kehidupan, ia suatu yang memenatkan dan meletihkan. Tetapi kita perlu memujuknya dengan sesuatu yang dapat menyebabkan keletihan itu di lupakan dan kita dapat bangkit dan terus berjalan menghadapi kehidupan. Dan meneruskan perjalanan ini sehingga suatu destinasi yang telah Allah tetapkan dan tentukan

Perjalanan hidup ini sebuah kembara, dan kita tidak tahu bila ia akan berhenti. Kita melakukan sesuatu setiap hari, melangkah dan terus melangkah menghadapi kehidupan, dan jiwa manusia bagaikan roda. Kadang – kadang ia naik, kadang-kadang ia menurun. Kata Umar Ibnu Khattab r.a : “Sesungguhnya jiwa ini ada ketikanya ia meningkat, dan ada ketikanya ia turun, apabila ia bangkit, maka banyakkanlah amal (sunat), tapi apabila ia dah turun, peganglah ia dengan fardhu (kewajipan).”

Banyak benda yang kita mesti atur, tentang diri kita ini, supaya kita dapat susun ia. Sebab itu apabila Rasulullah dengar Abdullah bin ‘Amr solat malam tanpa henti, baginda berpesan dan menasihatinya : “Jika engkau melakukan perkara itu, engkau akan melemahkan matamu (tidak segar) dan membosankan dirimu. Untuk diri mu ada hak, dan untuk keluarga mu ada hak, untuk Tuhan mu (Allah) ada hak, dan berikan pada setiap yang berhak itu akan haknya.”

Maka, ketika mana jiwa kita naik dan meningkat, perbanyakkanlah perkara nawafil (sunat) seperti solat sunat, sedekah, berpuasa dan seumpama dengannya. Ketika mana jiwa kita menurun, peganglah ia, supaya ia tidak jauh dari perkara-perkara fardhu (wajib) seperti solat 5 waktu, berpuasa (bulan ramdhan), menunaikan zakat dan seumpama dengannya. Sempena tahun baru hijrah ini, hijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik. Moga Redha dan Rahmat Allah sentiasa bersama kita! Amin!




Teks ini telah ditulis oleh :