Kalam kuasawan kaya
Aku kurang percaya
Kuasawan kata "Janji ditepati"
Aku dengar "Janji dimungkiri"
Royalti?
Oh, cukai naik lagi..
Oh, petrol dibuang subsidi..
Kuasawan jerit "Kami Mendengar"
Aku dengar, mereka kata dengan jegil mata
"Kamu dengar? Kuasa ini aku punya. Harta kamu, aku jaga. Kamu lawan, kamu papa"
Kuasawan kata, ini masa balas budi
Aku kata, tak reti beza kerajaan dan parti
Macam mana terlepas jadi menteri
Macam SPM dapat 10 di
Kuasawan kata, lima ratus untuk rakyat
Sepuluh juta mereka sebat
1 bilion dirembat
Hai, tanah peneroka pon nak lipat?
Kuasawan kata, kita kaya
Hutang Malaya bawah PERKAPITA
Lima puluh, hanya untuk telur dan gula, KAYA!!
Kuasawan kata, kami saksama
Curi seringgit dipenjara
Curi lembu jadi ketua wanita
Curi 24 juta jadi orang nombor dua!!
Kuasawan kata, 24 juta ini hasil tabung
Aku rasa dia samun tabung
Key dabelyu es pi
TABUNG haji
Kuasawan kata, kita merdeka
Undi Bi En tak apa
Undi Pi Ar dibuang kerja
Tak mengundi, jadi hantu pilihan raya
Usahawan kata, kayo den
Kuasawan kata, 20 persen, 20 persen
Kuasawan kata, hapuskan rasuah
Aik, macam lebih sudu dari kuah
Sekolah runtuh berapa buah?
Stadium rebah?
Hospital punah?
Mahkamah?
Kuasawan kata, hidup Melayu!
Aku dengar, hirup Melayu!
Felda masuk bursa
MAS 'masuk' AirAsia
Batu Putih melancong ke negeri singa
Gas berlabuh di Songkhla
Kuasawan kata, Twitterku sejuta
Aku lihat telur sahaja
Kuasawan kata, kita selamat
Kau fikir, kita selamat?
Oh kuasawan, Malaya terluka
Akan ku pilih, kuasawan papa
Lebih jujur dalam bicara
Lebih cermat urus harta
Lebih murah harga kereta
Tulis baca diajar percuma
Modal sekati untung sejuta
Janji Jingga ke Putrajaya
Merah hijau putih biru muda
Disusun oleh : Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min.
web @hasanhusaini
web @hasanhusaini
No comments:
Post a Comment