Saturday, October 5, 2013

USRAH : BULATAN KASIHKU

9:07 PM 0 Comments
Bulatan kasihku, kekuatanku.

Bulatan itu yang menyuburkan kasih sayang dan keakraban hubungan antara saya dan sahabat-sahabat. Kadang, tidak selalu duduk dalam bulatan tetapi selalu dalam bulatan kasih dengan pelbagai aktiviti. 

Ia lebih berharga jika dibina atas dasar iman dan taqwa dengan penuh keihklasan kepada Allah dan ketaatan kepada pemimpin yang adil. 'Bulatan kasih' yang dimaksudkan adalah usrah ( اسرة ). Berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga. Keluarga sendiri dan juga 'sekeluarga' bersama teman-teman. Ada juga yang menamakannya Smart Circle dan pelbagai lagi.

Setiap hari, jadikan kehidupan lebih aman dan emosi lebih tenteram. Kurangkan marah serta bersangka-sangka pada manusia. Lakukan yang terbaik segala yang kita mampu pada hari ini dengan apa yang telah dirancang. Esok untuk hari esok. Mencuba, berfikir bertindak dan menjadi positif




Semasa beramal mahupun berbudi kepada yang bergelar manusia, buanglah harapan menggunung bahawa orang akan berterima kasih kepada kita, mengingati kita atau mengenang budi disebabkan kita pernah membantunya. Ditakuti sedikit sebanyak menghakis keikhlasan di hati.




Ya Allah jika kami merindui, rindukanlah kami pada hati-hati yang melabuhkan rindu dan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan kami untuk menyintaiMU dan berjuang di jalanMU


Usrahku kecintaanku. 

Serlahkan aura positif disekelingmu. Nescaya bertambah besar bulatan kasih dalam hatimu. Kuatlah demi menjadi penyambung mata rantai dakwah Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wasallam, baginda adalah insan pertama yang membina usrah penuh dengan kasih sayang. Sollu a'lan nabi.

Berusrahlah walaupun di tempat kerja. Beberapa minit dengan pengisian yang berharga, membaca Al-Quran atau bersama mencari penyelesaian tentang suatu masalah yang dikongsikan. Mungkin itu antara amal yang membawa kita ke syurga.

Perkongsian bersama. Senyum.


Monday, February 18, 2013

Hidup Mulia atau Mati Syahid

2:16 AM 4 Comments
Credit to : Pengembara Dunia

Melihat langit malam,
Indahnya berteman bintang & bulan,
Zikrullah mengungkap kalam..

Sentiasa ada ruang untuk bersyukur,
Sentiasa ada ruang untuk bersabar,

Sentiasa ada ruang untuk menimba pahala,
Sentiasa ada ruang untuk menghapus dosa,

Kurnian-NYA bermodal nyawa,
Amanah & kewajiban melebihi masa,

Kuatlah jiwa,
Niat kerana-NYA segala,

Bagi yang ikhlas menjunjung agamaNYA,
sabarmu peneman duka lara di dunia,
Syurga buatmu pengganti luka, 
andai itu yang pernah kau rasa..

Bahagiamu di dunia, di akhirat kau kecapi selamanya..

! هيّا بالجهاد
Jom berjihad !

[ Hidup mulia atau mati syahid ]




By : hati _ ARIA
       10.47 malam
       Sabak Bernam
       Selangor.
     

Monday, January 7, 2013

MEMBACA Al-QURAN ITU SENAMAN

8:42 PM 0 Comments

Hari ini baca, esok tak baca. Sehari baca, setahun tinggal. Setahun baca, dua tahun tinggal.

Allah. Allah. Allah.

Moga Allah memberi kekuatan buat kita membaca Al-Quran walau sesibuk mana pun mengurus hal-hal dunia.

Kadang, kita ini terlalu berkira dan sambil lewa dengan hal-hal akhirat. Sebaliknya hal-hal dunia sangatlah lebih masanya.

Apa pun moga seimbang urusan kita hari ini, esok dan seterusnya.

Rehat mereka daripada medan jihad adalah rehat bersama kitab suci al-Quran, bukan rehat yang kosong.
Seorang mujahidin daripada Liwa' Habib Al-Mustafa menghabiskan masa rehatnya seketika dengan mentadabbur al-Quran.
Doakan mereka. 
- Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria -

Teringat kata-kata seorang guru.

" Kalau boleh kamu mengulang Al-Quran sampai nak 'muntah' ". Maksudnya sehingga kita benar-benar hafal dengan sebaiknya sehingga habis daya.

Tambahannya, cuba menghafal Al-Quran di waktu atau di tempat yang banyak cabaran agar di waktu yang sibuk bagaimana pun kita masih mampu menghafal. Berbanding memilih di tempat yang selesa sentiasa, apabila berada di tempat yang banyak cabaran, nanti kita tidak mampu menghafalnya.

Umpama cabarannya menghafal di atas seekor unta yang sedang bergerak di tengah padang pasir yang amat terik sekali. Realitinya, cabaran sibuk bekerja juga boleh menjadi cabaran yang paling kuat sekali.

Menghafal di tempat yang sepatutnya.

Fuh. Mencabar. Ya, sungguh mencabar dalam perjuangan menghafal dan memelihara Al-Quran. Jika tidak 'diikat' ( dijaga ) dengan baik maka terlepaslah ia.


Jom bingkas bangun! Capai Al-Quran dan baca!


Al-Quran itu pedoman.