Lafaz Bismillah saya mulakan =)..
"Alhamdulillah, selesai satu kerja amanah" getus hatinya setelah selesai melayangkn mesej ke dalam Yahoo Group PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid).
"Qalbi, apa yang awak tulis tu boring la..panjang sangat" seorang kakak menegurnya.
"Kenapa boring?" dia kembalikan persoalan & terus menerima segala komen.
Dia lebih suka mendengar komen manusia di sekelilingnya daripada manusia yang gemar berbicara & berbisik dengan manusia lain tanpa pengetahuannya. Di sini menganyam ketupat,di sana dok mengumpat, apa boleh dapat? Sama-sama kita nasihat. Kemudian dia mengoreksi diri merendahkan hati.
"Qalbi,akak suka baca posting tu, " hamba Allah yang sangat dia segani memberi komen untuk penulisan yang sama.
"Alhamdulillah, tapi qalbi tidak sehebat akak, sahabat Qalbi & senior-senior yang lain," asyik ayat yang sama muncul dari bibirnya.
"Qalbi,jadilah diri awak yang sebenar. Kalau Qalbi kata kami hebat, awak juga hebat, " dia terus mendengar & cuba mencari sesuatu disebalik kata hamba yang diseganinya.
Teringat pesan ibu: "Hamba Allah berbeza-beza. Ada yang beriman,ada yang tidak. Ada yang rajin ada yang malas. Begitu juga pandangan orang sekeliling, tidak semua orang terima apa yang kita terima & tidak semua kita boleh terima apa yang orang lain terima. Tidak semua orang faham apa yang kita faham & tidak semua perkara kita faham apa yang orang lain faham ".
So miss your advice oh ibu. Actually,my parents are currently in Makkah right now. May Allah give them strength.
Membaca melalui hati, menulis melalui hati, melihat dengan mata hati, senyum dari hati..segalanya dari hati. Bila hati mengatakan tidak,maka tidaklah kata jasad. Penulisan sebaik mana pun jika hati pembaca mengatakannya tidak/boring/tak nak, maka terimalah pembaca apa yang dikatakan oleh hati.
Gurau kakak: " Awak selalu ingat Nabi kita pesan bukan?"
" Orang mukmin umpama satu jasad,jika sebahagian jasad terasa sakit,maka sebahagiannya akan turut merasainya(hadith sahih)".. kan awak kata hati akak hati awak juga? Kalau hati akak sedih, hati awak pun sedih kan? Jadi perut awak, perut akak juga la kan? So, awak tak perlu makan sebab akak dah tolong makankan makanan awak ". Mereka tersenyum.
Aku nasihatkan hatiku: Jika penulis 'teratak' ini menulis hanya untuk melegakan hatinya. Maka sangatlah rugi baginya & tiadalah apa yang diperolehinya sehingga hujung nyawa.
<<Iklan>>
"Ayam tu keras lagi.Biarkan dulu rendaman tu. Azan dah berkumandang..adik,jom solat berjemaah. Nanti kita sambung" Dia suka mendahulukan Allah.
Selepas setengah jam. "Adik ,jom makan. Nasi Ayam dah siap!". Mereka menjamah. Dia terasa diperhati olehNYA.
~~tulisanku terhenti di sini~~kerana Dia(Allah)~~koreksi hikmah Ilahiyyah~~
WAllahua'lam
No comments:
Post a Comment