Pengikut yang menemani..

Pilihan Raya PERMAI





Alhamdulillah syukur masih dapat meneruskan hidup.Dalam FirmanNYA,Surah Al-Mulk ayat 2 bermaksud : " (Allah)Dia yang telah menjadikan mati & hidup untuk menguji kamu,siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. "

" Qalbi,nampaknya awak tercalon lagi,kali ini PERMAI..dalam MPPM tahun ni pun awak tercalon.." kata seorang sahabat kepada saya.

Lebih hangat nampaknya hidup saya pada Summer Sem ini. Pagi ini ada senior siswa PERMAI 'tag'(FB) saya akan artikalnya.Ingin saya kongsikan pada semua.Ada masa 1/2 jam lagi ni nak pergi kuliah,semalam tak pergi kuliah sebab tak sihat =(.

*************
Disediakan oleh : -Syphoon-
Kawasan :Irbid, Jordan
Tittle : Analisa Politik.


Bismillah... Segala puja & puji buat-Mu, selawat & salam buat junjungan tercinta SAW... Lewat ini aku perhatikan pilihanraya kampus di peringkat Jordan. Ada yang hambar, ada yang hangat, ada yang kontroversi. Ada yang agak mengecewakan, ada yang memuaskan. Penelitian & analisa perlu dilakukan untuk menambahbaik & menunjukkan kematangan mahasiswa di Jordan ini dalam berpolitik peringkat kampus.

Jangan pandang bawah saja, pandanglah atas juga!

Izinkan aku untuk membuat beberapa pendirian terlebih dahulu sebelum melangkah kepada analisa secara umum.

1) Analisa ini merupakan pandangan peribadi. Anda yang membaca berhak menolak atau menerimanya. Aku hanya harapkan semua yang membaca ini berfikir secara teliti selepas membaca untuk memilih calon yang masing-masing fikirkan terbaik untuk pilihanraya-pilihanraya akan datang.

2) Kita tika ini berada dalam suasana & masyarakat yang masing-masing memahami Islam. 2 perkara yang ingin aku tegaskan :

a- Menjaga adab & tingkah laku serta tidak memburukkan antara satu sama lain. Akhir-akhir ini kedapatan unsur-unsur onar dalam pilihan raya di Jordan. Memburuk-burukkan calon, memainkan isu peribadi & menggunakan amarah & emosi dalam berkempen. Hal ini amat mendukacitakan.

b- Menggunakan demokrasi untuk memilih yg terbaik, & bukannya memanipulasi untuk menaikkan calon-calon sendiri demi kepentingan individu/kumpulan tertentu.
i - Sinergi dalam bermasyarakat adalah untuk mencari yang terbaik untuk semua. Bukan semata untuk memilih siapa yang berkenan, tapi SIAPA YANG LAYAK. Alasan seperti 'Eh, dia tu lagi cool la, hot pula tu' menunjukkan ketidakmatangan kita dalam bersiasah.
ii- Politik cantas-mencantas adalah amalan sekular. Elakkan berbuat demikian. Cari dengan rasional akal fikiran, kalau perlu istikharah, silakan. Jangan membuta tuli ikut hati & perasaan.

Jangan sampai ketuk kawan kita pula!

ANALISA PERMAI

PERMAI saban tahun menerima bilangan ahli baru yang ramai. Tambahan dengan ahli senior yang sedia ada, pertambahan ini memerlukan kepada mereka yang berpengalaman & memahami waqi' setempat untuk mengurus & mentadbir PERMAI. Pengalaman & seniority dewasa ini amat diperlukan. Analisa sejak 2 tahun ke belakang apabila Presiden daripada golongan pertengahan (tahun 3) menunjukkan yang penglibatan para senior dalam aktiviti & program PERMAI semakin menurun. PERMAI memerlukan barisan kepimpinan yang mampu untuk memahami persekitaran(waqi') & mengikat ahli. Dengan jumlah yang semakin ramai, sekali lagi aku tegaskan, pengalaman & seniority merupakan aset penting.
Pengalaman yang aku maksudkan adalah baik pengalaman kepimpinan dalam apa jua peringkat, dan juga secara spesifiknya pengalaman berada dalam kabinet PERMAI itu juga. Saban tahun dapat kita lihat akan adanya muka-muka baru dalam kabinet PERMAI yang digandingkan dengan mereka yang mewarisi tampuk kepimpinan PERMAI. Idea-idea baru dapat dijana, dalam masa yang sama dapat disesuaikan dengan pemahaman waqi' daripada mereka yang lama. Ketiadaan aspek ini aku rasakan kurang sesuai untuk meletakkan seorang Presiden atau Ketua HELWI daripada mereka yang tidak terlibat dengan PERMAI sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) pada sesi sebelumnya. Segala permasalahan yang tidak sampai kepada pengetahuan ahli banyak dibincangkan dalam mesyuarat AMM. Sudah pasti mereka yang tidak mempunyai latar belakang sebagai AMM sebelum itu akan mengambil masa untuk catch up kembali yang mana perlu untukgo through kesemua butiran-butiran sepanjang sesi-sesi sebelumnya.
Kesemua calon-calon yang dikempenkan untuk calon presiden adalah bagus-bagus belaka, daripada mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, & berada dalam tahun akhir Namun cubalah tolak tambah pengalaman dalam kabinet PERMAI & pemahaman waqi', aku rasakan kita akan bertambah yakin siapa yang perlu untuk kita undi bagi kedua kerusi ini.


Keputusan di tangan kita semua. Kita yang akan menentukan siapa yang berhak untuk berada di tempat tersebut
Meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, adalah satu perlakuan zalim. Maka cubalah berlaku seADILnya untuk maslahat keseluruhan. Sinergi memilih yang terbaik. Bukan calon aku, bukan calon kau. Tetapi calon yang paling layak. Untuk semua. Wallahua'alam.
************



Thx a lot pada senior .Begitu ye.So,bila senior buat statistik,pemimpin harus lebih realistik!Statistik senior boleh d'kira dalam statistik keselamatan jg ni sbb termasuk dalam hadaf JKK KK 09/10(PERMAI harmoni)~~^^

PENCALONAN

Petang itu surat pencalonan & surat bantahan ada di tangan saya.Hati risau , resah & agak gementar.Hanya pada Dia kami serahkan.Dalam waktu yang sama,sahabat saya juga tercalon.Terus saya menelefon & bertanya bagaimana keadaannya.Saya rasa memang ramai calon dalam keadaan agak 'gementar' ketika itu.Mungkinlah ada yang 'cool'.Sahabat ini menitiskan air mata,bercakap dengan penuh kerisauan..penuh debar & sayu saya mendengarnya.MasyaAllah,Subahana Allah , nama baru dicalonkan belum diputuskan keputusan pilihanraya.Surat bantahan penarikan bagi dirinya telah pun siap,saya memujuknya.Dia juga memujuk saya.Kami agak rapat.Ini kali pertama kami bercakap di telefon dalam tempoh yang agak lama.
Ye benarlah menanggung amanah itu berat rasanya.Ya Allah,semoga Allah dapat membimbing diri kami agar lebih terpimpin.Pemimpin itu akan dipandang dalam apa jua sudut pada dirinya,dari bangun tidur sampai tidur semula..itu baru pandangan di dunia belum lagi pandanganNYA.Banyakkan istikharoh & solat hajat padanya.Sekecil-kecil kesalahan pemimpin yang pada mulanya 'atas angin' boleh jadi 'taufan besar' yang membumikan banyak benda dan perkara.Dalam pada yang sama janganlah hanya pada pemimpin harus dipersalahkan.Rakyat juga harus bersama kerajaan kerana "anak cerminan ibu & bapa,suami cerminan isteri"..jadi rakyat juga cerminan pemimpin.Ya tak?Jika terserong arah jalan pemimpin itu atau tersalah,maka tegurlah..jika dia terus berkeras dengan sengaja & jauh dariNYA harus kita turunkan.Saling lengkap-melengkapi.Jadilah kita teman kepada rakyat andai kita seorang pemimpin yang memahami.Jadilah kita teman kepada pemimpin andai kita seorang rakyat yang berbudi bukan sebagai seorang musuh,lawan & ORANG YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN ! ^^ Semoga dijauhkan dari fitnah dunia,manusia,wanita & fitnah kepimpinan.

JOm sama-sama rujuk Surah An-Nisa' : firmanNYA bermaksud ..

"Sungguh,Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,& apabila kamu menetapkan hukum kepada manusia hendaklah kamu menetapkannya dgn adil(58)..Wahai orang2 yang beriman!Taatilah Allah & taatilah Rasul(Muhammad S.A.W) & ulil amri(pemegang kekuasan@pemimpin) di antara kamu.Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah(Al-quran) & Rasul(As-Sunnah),jika kamu beriman kepada Allah & hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama(bagimu) & lebih baik akibatnya.(59)"






Allahumma iftah a'laina abwab al-kher wa abwab as-salamah wa abwab al-quwwah wa abwab al-maghfiroh wa abwab al-mawaddah wa abwab ar-rohmah wa abwab an-nikmah wa abwab al-ilm wa abwab ar-rizk wa abwab Al-Jannah YA FATTAH YA A"LIM YA RAHMAN YA RAHIM.






Tiada kata zohiri & maknawi yang paling cantik & indah selain kalimah TAKBIR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAH MAHA BESAR!! ALLAH IS GREAT!!






I'm Sorry..be happy..don't worry..

Tajdid niat di hati..

Jom ahli PERMAI kita pi mengundi !!

=)
Vote for FarhanaH as a Ketua Helwi !



p/s : sesiapa yang tak nak undi,ambil lah peluang sebab 'hantu' pun nak mengundi.
Bila di tanya " siapakah yang kamu angkat semasa di dunia sebagai pemimpin ??"..maka jawablah amalan & anggota...






_ Allah knows better than me@Allahua'alam_


1) JPR PERMAI 2010
2) Video Calon-calon ( Siswa )
3) Calon Hidayat

1 comment:

ainshams said...

selamat bertanding qalbi!!
http://mataamatberharga.blogspot.com/2010/07/undian-kempen-pilihan-raya-dan.html