Friday, July 2, 2010

~ fil hawa' wala fil qolb? ( Di udara atau di hati? ) ~


Assalamualaikum.Bismillah pembuka bicara.

Kuliah Summer Sem sangat menguji diri.Semasa cuti sebelum kuliah bermula banyak cabaran juga lautan ombak yang perlu diredahi.Antaranya mengganti sementara jawatan Ketua Helwi PERMAI serta menjalankan beberapa program bermanfaat.Alhamdulillah,kami mahasiswa Irbid berpeluang bersemuka dengan aktivis Gaza ( Lifeline for Gaza ) pada 3 Jun 2010 yang lalu.Kami penonton yang pertama mendengar kisah perjuangan mereka.

in memory..

Tetapi sungguh,adakala diri sangat lemah bagaikan dihempap tong gas,ada masanya diri sangat bersemangat seperti kanak-kanak hiperactive.Balai polis,hospital,mahkamah,dewan dan rumah arab tempat percutian saya ketika itu.Menguruskan program-program di dewan,menyelesaikan kes ahli di balai polis & mahkamah,membawa ahli ke hospital & banyak lagi perkara.


Selalu ingat kata-kata seorang senior yang kini bakal pulang ke Malaysia selepas mencapai kecemerlangannya di sini.

" Pengorbanan bukti cinta yang berpanjangan. Datang program, buat kerja(persatuan atau apa sahaja) ketika anda suka, mampu, tiada rasa terbeban, mungkin anda tidak dapat merasakan beratnya pengorbanan. tetapi tuntutan pengorbanan lebih daripada itu. Saat kita lemah, sibuk, rasa terbeban, dihimpit kesusahan, tetapi ketika itu juga kita mampu beri segala yang kita ada- itulah pengorbanan. Ketika rasa susah dan berat hati, tetapi kita cuba untuk memberi- itulah pengorbanan."


Lagi-lagi pengorbanan menjadi seorang pemimpin orang lain & diri sendiri.


Rejab mengetuk hati.

Summer
memang sangat panas,tetapi kepanasan yang Allah datangkan bukan untuk menyusahkan tetapi ujian pada manusia yang Dia cipta.

" Sabar sikit tak boleh ke?Ini baru suhu kepanasan dunia,lagi panas suhu neraka.Semoga dijauhkan dari api neraka ". Hati memujuk diri sendiri.

Ye ..banyakkan bersabar & life must go on walau sepanas mana pun bumi.Pesan ibu sabar & taqwa sebagai bekalan.

Bila saya kata panas ada lagi yang lebih terasa panas kerana mereka tiada tempat berteduh.

Bila saya kata lapar ada lagi manusia yang lebih lapar dari saya kerana tidak cukup makanan.

Bila saya kata malas ada orang lain yang teringin melakukan kerja yang saya malas buat kerana mereka tiada peluang & ruang untuk melakukannya.

You must be more a grateful person! Look at them. Stop & please..

Chad,Haiti,PAlestin,Kenya,Burundi,Liberia,Zimbabwe,Zambia,India,Thailand,Uganda,Eritrea ,Cameroon,Tanzamia,Indonesia,Malaysia,Jordan & many more. If we can't feed a hundred people than just feed one..a little help is a big profit to them. Don’t waste our food & our money.

JOM PUASA & SEDEKAH LILLAH ! =)







" Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) perbuatan mereka. Maka siapa yang mengerjakan kebaikan seberazarrah(pun), nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah(pun), nescaya dia akan melihat (balasan)nya."
( Al Zilzal, 99 : 6-8)



Imam At-Thabrani pula meriwayatkan dari Anas bin Malik RA bahawa apabila tibanya bulan rejab, Baginda mendoakan,mafhum yang bermaksud : “Ya Allah, berkatilah (hidup) kami di bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan ramadhan.”( HR At-Thabrani) 

A little help is a big profit to them.


" Tidak bersama tidak bermakna tidak merasa tetapi jika bersama kita akan lebih terasa "

Adakah semuanya itu sekadar di udara atau di hati?

Wallahua'lam.

No comments: