Saturday, November 19, 2011

Resepi Pie


Sekadar gambar hiasan



Bismillah. Ingin berkongsi resepi dari teman kepada teman-teman sekalian. Pie banyak jenisnya. Jom cuba resepi ini.

Kita mulakan dengan pastry dahulu ye. Kemudian intinya. Intinya pula banyak jenis dan anda boleh buat mengikut pilihan atau buat semuanya :). Zaman canggih la ni pastry ready made pun ada..semua ada. Terpasuk pie, cheese kek dan lain-lain lagi. Tinggal masukkan ke dalam mulut. Biasanya sesuatu yang asli tak sama dengan yang ready made. Dari segi bahannya, juga dari segi kualiti untuk menjamin kesihatan.




PASTRY

Bahan-bahannya :

160 g butter
80g gula
esen vanilla
sedikit garam
1 biji telur
250 gram *tepung

*boleh tambah@kurangkan mengikut kesesuaian


CARA MEMBUATNYA :

1) Pukul butter+gula+esen vanilla+ garam sampai lembut sahaja, jangan sampai kembang, nanti akan berminyak
2) Masukkan telur & kacau sampai sebati
3) Masukkan tepung sikit demi sedikit.... sehingga doh menjadi sebati. Doh yang sepatutnya ia lembut..
4) Bakar 170C selama 15 minit ( mengikut jenis pastry yang anda minati )

* Jika tart telur.. bakar sekejap sahaja dahulu.. kemudian bakar lebih lama setelah inti telur diletakkan.
* Jika pastry cheese/castard..bakar separuh masak.


INTI TELUR :

3biji telur
100 g gula
250 ml susu segar
1 s/b tepung kastard
1 s/k esen vanilla
garam

* Campur kan semua bahan ( mix sekejap, jangan sampai berbuih )


INTI CASTARD :

500ml susu segar
2 biji telur
50 g tepung kastard
100 g gula
1 s/k esen vanilla

* Campurkan semua dan kacau sehingga sebati
masak kan atas api dengan api yg kecil sehingga pekat..


HIASAN

Anda boleh buat mengikut pilihan sendiri antaranya :

1) Buah blueberry,strawberry,kiwi
2) Jem blueberry,strawberry,kiwi
3) Krim ( seperti di atas kek )

dan sebagainya mengikut kesusaian..




Baik. Selamat mencuba ye! Seedaap..=)

Maaf ye. Gambar pie saya semua dah terpadam dari folder gambar.


~hati_ARIA~

No comments: