Monday, February 1, 2010

~ cinta SYRIA (2) ~




betapa aku merindui..

tatkala meninggalkan kau pergi..

berikan kekuatan Ya Allah..

bila tubuh terasa lelah..


Alhamdulillah,sempat juga mengisi ruang di sini.Setelah pulang dari Syria banyak tugasan yang lain menjemput..

“Tak ada bahan ilmiah lain ke awak nak berikan pada orang?Asyik cerita pengalaman memanjang,buang masa la” tanya seseorang kepada saya.

Ilmu Allah itu luas.Roti berbagai jenis roti.Tetapi andai penjual roti jalanan selalu menjual roti biasa berbentuk bulat,mustahil roti itu tidak memberikan sesuatu yang berfaedah kepada makhluk sekelilingnya walaupun secebis.Bentuk bulat yang sama bukan bermakna bentuk bulat yang lain sama rasa.Walaupun dia tahu ramai manusia sangat suka pada roti yang berjenama namun dia tetap terus menjual dengan apa yang Allah datangkan padanya kerana dia mengerti Allah itu Maha Mengetahui & Maha Menghitung.Dengan adanya ilmu Allah itulah dia yakin seseorang pasti akan membelinya.Dia teringin juga ingin mempunyai sebuah kedai roti yang terkenal,boleh menarik lagi ramai manusia.Tapi dia tahu,Allah ingin dia terus maju dengan permulaan dia sebagai penjual roti di jalanan.Dia juga takut jika dia tidak menjual roti biasa berbentuk bulat itu,Allah akan menariknya semula.Maka tiadalah sesuatu yang boleh dia jualkan.Sedangkan Allah itu melihat pada usaha bukannya keputusan.Mustahil Allah datangkan sesuatu dengan sia-sia.^_^

___________________________________

Pengembaraanku..

Hari pertama

~ 24/01/2010 ~

Bertolak dari mafraq Jordan ke busra, Syria

Mengkaji sejarah Busra dan meneruskan perjalanan ke Aleppo

Bermalam disana


Memang excited bila dapat pergi travel ke bumi Syria.Galakan dari Allah juga =).

(ayat surah Ar-Rum:42)

قل سيروا في الأرض فانظروا كيف كان عقبة الذين من قبل
كان اكثرهم مشركين

Katakanlah(Muhammad),”Berpergianlah(berjalanlah) kamu di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang dahulu.

Tapi sebelum pengembaraan lagi Dia bagi ‘hint’ pada saya.Duit yang telah ‘ditelan’ mungkin Allah ingin saya lebih berjimat,juga Allah ingin menyelamatkan.InshaAllah pasti duit itu akan pulang kembali.Kamera itu rosak,mungkin Allah ingin saya tidak terlalu ‘syok’ mengambil gambar kerana ingin saya amati keindahan & sejarah Syria ciptaanNya dengan anugerah akal,mata & hati sedalam-dalamnya.Allah juga ingin saya lebih dekat denganNYA tanpa kamera^_^ mungkin.Jari telunjuk kanan yang luka sering mengingatkan Dia Maha Esa kerana jari tegak(seperti gaya sedang bersyahadah dalam solat) setiap masa sepanjang pengembaraan.Yes,ease comes after hardship!

“ In order that you may not be sad over matters that you fail to get,nor rejoice because of that which has been given to you..” (surah Al-Hadid:23)

maksud:Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput darimu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu..

Peserta travel dari 2 buah negara dan 2 bangsa(Melayu & Cina) telah menambahkan lagi keserian “Rehlah Ukhwah” MPPMJ kali ini,sebilangan pelajar luar negara dari Jordan dan 3 orang pelajar luar negara dari Rusia.Cukup dengan sebuah bas.

Kami peserta Irbid bertolak ke Mafrouq jam 8.30 pagi.Then,menaiki bas dari Mafrouq(Jam’eyah),Jordan menuju ke Bosra,Syria.Sebelum bas bergerak,seseorang telah memperkenalkan diri.

“Nama saya Nazri.” Ustaz Nazri menjadi guider kami sepanjang pengembaraan ke Syria.Dia bersama skuadnya(ada yang pernah menuntut di Syria dulu) yang cemerlang menguruskan pengembaraan kami.Adik(di Syria) ustaz turut sama menjadi guider.

Kami baca template yang telah diedarkan.Ustaz menerangkan serba sedikit tentang tentatif perjalanan dan lokasi-lokasi yang akan kami tuju.

Kami berhenti di suatu lokasi menunggu sebuah bas lagi tiba membawa peserta rehlah PRISMA ke Syria.Di sini,sesiapa yang belum menukarkan duit Jod kepada Lera bolehlah tukar di sini.(ayat skema)^~^.


Duit Lera Syria



kenapa tiba-tiba ada kambing?

Masa ni kami sedang tunggu bas peserta PRISMA..

Kambing oh kambing..nak join kami ke Syria juga ke?Doakan kami selamat pergi & pulang ye..


Sebelum itu,kami wajib melepasi halangan yang wajib kami hadapi..Hudud Jabir halangannya.Bunyinya macam pelik kan?Ye wajib,jika tak lepas,macam mana nak sampai Syria.^0^.


Hudud.. Alahai..ni belum sampai Syria lagi..Kamera dah start klik-klik


Penantian tidak menyeksakan selama lebih 2 jam di hudud^_^.Sempat masak 5/6 lauk agaknya.Bila nak sampai ??Tapi pengisian tetap ada ye..

Sepatutnya kami masuk ke hudud jam 8.30 pagi & keluar jam 11.00pagi.Tapi jam 11.30 pagi baru sampai hudud...So,ustaz Nazri mengarahkan kami melakukan solat jama’ taqdim zuhur & asar di sini sementara menunggu urusan di hudud selesai.Apalagi,dapatlah saya gunakan masa ni melepaskan rindu pada sahabat kenalan mantiqah Mafrouq(PRISMA).Ditambah kenalan baru seorang cina (non-Muslim)join travel PRISMA sekali.Speaking dengan dia,banyak soalan dilontarkannya.She seems curious to know Islam better.Antara soalan:

“ Kenapa kamu semua suka pakai tudung labuh macam ni?Kenapa tak pakai tudung yang lilit-lilit macam orang arab tu?”

Saya & sahabat pun menjawab dengan logik akal.Menurut sahabat saya,dia nak masuk Islam,tapi dia perlukan masa.Alhamdulillah syukur jika dia terima.

Akhirnya, perjalanan dapat diteruskan setelah ‘halangan’ kami lepasi.Sekarang bas bergerak menuju ke Bosra.

AHLAN WA SAHLAN SYRIA !! MA'AS SALAMAH JORDAN ^~^

Saya ceritakan sedikit mengenai kota ini ye.Mesti best kalau ada ‘buku tu’.Tempat ni menarik.Kalau Mesir gah dengan piramidnya,di Syria pula gah dengan kota lama Bosra ni.Ada apa di situ?Antaranya:

-Tempat bekas tapak kaki unta nabi

-Roman Amphitheater

-Tempat Buhaira menemui Nabi Muhammad SAW(sebelum kerasulan baginda)

-& banyak lagi..

Setelah saya khatam bacaan template,bab sejarah lokasi..^~^..hasilnya

Sebelum Nabi Muhammad SAW pergi berdagang ke Syam bersama Abu Talib, ketika umur baginda 6 tahun,Nabi telah singgah ke kota ini.Lagi,di kota inilah Buhairo’ meminta Abu Talib menjaga baginda Muhammad SAW daripada ancaman yahudi(kerana baginda ada tanda-tanda kenabian). Bosra adalah sebuah bandar yang terletak di selatan Syria.Bermula sebagai sebuah kota Nabatean.Bosra telah di jajah oleh Pemerintah Roman.Beliau telah menjadikan Bosra sebagai Kota Pentadbiran bagi kerajaan Roman di Tanah Arab dan dijadikan sebagai kunci perjalanan bagi menguasai sungai Jordan.Kota ini jatuh ke tangan Tentera Islam pada tahun 634/635.Bosra telah menjadi tempat tumpuan bagi orang-orang Islam yang berhenti sementara untuk pergi menunaikan Haji di Mekah.Antara tinggalan Rom yang terkenal di sini adalah Roman Amphitheater.Kota lama yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran,penjara,dan juga tempat bagi tamadun Rom ini cukup menraik. Kota yang di bina pada awal kurun ke-2 Masishi ini mampu memuatkan seramai 15,000 orang sekaligus pada satu-satu masa.Kubu-Kubu yang dibina pada pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah untuk menjamin pemuliharaan kota ini.


Collesium yang sangat cantik,besar,lebar lagi lapang =) Pengumuman tanpa 'mic'..buat PERTAMA di sini pun boleh agaknya ^~^




Eh..ada syabab nak buat persembahan ke tu? Sebab hari ni tak ada orang Syria nak mempersembahkan sesuatu pada kami..^_^





Semua orang dah turun nak pergi tempat lain.. kenapa saya tak turun-turun lagi ye..





Tinggi nye..on the top view




Persembahan dah habis la..jom pergi tempat lain=)





kami mula jelajah dari sini..




memang banyak tiang,semuanya ada sejarah tersendiri.. ..akhowat memang suka tiang-tiang besar ni =) ada tiang,ada je akhowat..tak ada tiang,tak ada akhowat..ber 'p_ _ _ _ g' Ops..maaf




Nampak tak ada bekas seperti katil 'baby' di atas tiang ni? Dulu Raja Rom pernah meletakkan anaknya di atas tu untuk menglindunginya daripada bahaya & binatang buas.Macan mana raja tu letak ye??





Roman Ruins North of the Citadel.
Cuba lihat sebelah kiri gambar,pintu( n ) macam gua kecil tu adalah ruang tandas.Besar kan tandas orang dulu?





Roman Ruins North of the Citadel




Lokasi bekas tapak kaki unta Nabi Muhammad SAW


"Kita tukar destinasi seterusnya dan akan terus ke Halab memandangkan pemandu bas kita kurang pasti jalan untuk ke Nawa.Jadi kita tersilap jalan. #~#Pak cik ni kata pada saya bahawa dia tahu jalannya,dia yakin..tapi,sekarang dia kata kurang pasti jalan untuk ke sana.tidak mengapa semua..tak perlu risau ye,kita akan jelajah Nawa pada akhir pengembaraan kita Insha Allah.saya telah maklumkan kepada pemandu yang kita nak pergi ke Nawa juga.Tiba di Halab nanti,kita akan terus ke hotel"(lebih kurang)ustaz Nazrie memberi makluman kepada semua.Tentatif kami terpaksa diubah.Tambahan pula masa sudah agak lewat & tempat lawatan di Nawa mungkin telah ditutup jika kami ingin ke sana.

Selepas itu kami ke Aleppo ( Halab ).Masa perjalanan dari Bosra ke Halab lebih kurang 5 jam.Pasti semua memahami apa yang kami lakukan sepanjang di dalam bas...ZZzzz.Kami harus rehat.Esok nak jelajah Aleppo pula.^_^Then kami check in hotel dan bermalam selama 2 malam.Jom ikut jelajah Halab.Pasti syok..insha Allah=)

"nasi..nasi.." tiba-tiba terdengar suara macam ada orang jual nasi dalam bas..mimpi ke?

Oo..dah sampai restoran..perut-perut mesti lapar kan?

Ustaz promot tu..sebab semua dok terlentuk je..bila promot nasi,semua celik=)

"Alhamdulillah" hati-hati bersyukur.

..inilah dia nasi pertama yang kami jamah..bukan lauk sardin ye tapi ayam gaya macam sardin..^~^

mungkin gaya nasi Syria..tapi nasi dia sedap(orang kata,saya tak rasa)


Sebelum jelajah Qol'ah Salahuddin di Halab.Nanti saya cerita sedikit tentangnya.

HALAB

Jami' Amawi atau pun Masjid Amawi adalah salah satu tempat yang cukup terkenal di Halab dan Syria khususnya.Ini kerana kesan-kesan sejarah yang banyak terdapat di sekeliling masjid ini dan juga kerana kedudukannya yang strategik di bandar Halab.Masjid ini terletak bersebelahan dengan Souq hamiyah,dan berada kira-kira 500 meter dari qal'ah Halab iaitu tempat tumpuan utama pelancong di bandar halab.Selain daripada itu,di dalam Masjid ini juga terdapat Makam Nabi Zakaria yang terpelihara dengan baik.Di luar perkarangan masjid terdapat sebuah taman kawasan rehat yang baik.

suara itu tiada kedengaran..

lama beradu teman berzaman..

minta dihurai segala kenangan..

hadirku bukan sekadar kedatangan..

~ hati_ARIA ~


to be continue..


10 comments:

Tartus said...

salam... adessss..baru tgk sonok baca,to be continue plak..ustazah,npe xsertakan jawapan ustazah kat sahabt cina tu?ape jawapan mngikut logik akal tu? best pnglmn ustazah...xsabar nk tggu yg seterusnya nie..abis sluruh episod,sy komen kseluruhan..hehehe..=)

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

wasalam.Alhamdulillah.

Insha Allah akn d'fikirkn semula jwpn tu ( bcoz jwpn tu lbih kpd kewanitaan ^^ )..

harap tiada penantian utk episod seterusnya..inshaAllah sy cuba nukilkn ( tugasn lain,sy prlu slesaikn )

syukron krn sudi mmbaca.moga bermanfaat kpd umat seluruhnya..kata kekasih Allah(Muhammad SAW) "sampaikan dariku walau sepotong ayat"~sebarkn

~WAllahua'lam-aku hanya hamba~

bee_nazirah said...

salam anisa...tahniah2..akhrnye ternukil gak kisah pngembaraan awk g sne...pnat kte bg smgt aritu...alhmdulillah ade hasilnye...hehe...jgn lupe smbg cte 2 k..kalo da continue, dont forget to tell me..i will make my time 4 u..but cant promise it...xnk jd munafiq if x smpt nk tgk..huhu...nway,truskn prjuangan x kire dlm ape bntuk wadah pn...moge khdpn lbey dbrkati n diredhoi..be urself in wateva u do k..kte sntese akn sapot awk dr jauh (if can categorise as jauh la..hehe..(^-^)

Suhana Shahril said...

Wah..pengembaraan yang penuh dengan pengalaman yang tiada nilainya.Beruntunglah Saudari kerana berkesempatan melawat tempat menarik dan bersejarah.

Unknown said...

nisa... bestnyer cter kamu..
ade souvienier tak tok kte?? hehe...
tahniah..

Siti Sarah said...

salam...
bestnye pergi jalan2 syria...
gud luck my fren!

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

To Nazirah :

Wassalam. Thanks ever such a lot my dear frenz for your lovely motivation. U will make your time with me? Orait, bi iznillah :)

You too, smg dpt menjalankan amanah dgn sebaiknya.

Thx again.dtg lagi, ahlenn ya habibti :)

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

To Syafiqah :

Alhamdulillah,best ;)Dah post J***H hari tu kan? tahniah2..

Mai ziarah lagi. Thx ever such a lot syafiqah :)

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

To Suhana :

Alhamdulillah.

Saudari juga, semoga Allah kabulkan segala hajat & impian :)

Jom ke Jordan, saya tunggu :)

Semoga Allah redha.

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

To Siti Sarah :

Alhamdulillah.

U too, good luck :)

Jemput ke Jordan :)

Semoga Allah kasih.