Sunday, May 23, 2010

Aku & Penjenayah

10:25 AM 2 Comments
SENYUM seindah pelangi.


Apa pula selepas ini? " Mat Cool,Mat Cool kawanku..mari main denganku..main-main selalu..main-main jangan jemu..jom main bersama..MAt Cool! "
Dulu,zaman aiskrim Mat Cool,gemar benar saya melagukannya.Biasalah,kanak-kanak terpengaruh dengan iklan.Mesti kamu pun begitu,ye kan?Jika bukan dengan iklan aiskrim pun,pasti ada jua iklan yang akan 'melekat' di kepala.Tapi pastinya,Mat Cool bukan kawanku =) Harap kamu semua 'cool' selalu.'Exam' menjelma jangan main-main 'selalu' ^_^.
Bila seorang kakak bagi teka-teki,saya pula tambah teka-tekinya.
Apa yang penting pada badan seekor ular?mesti bisanya kan..mungkin ada orang cakap kulitnya sebab dapat buat handbag,tapi bisa itu dapat masa hidup manakala kulit semasa ular itu mati.

Apa yang utama pada seekor burung?Sayapnya kan..mungkin ada orang cakap paruh & sebagainya..

Apa yang penting dalam permainan bola sepak?ada jawab: bola......ada orang jawab: gol...macam2 lagi
Apa yang paling penting menjadi seorang hamba Allah?macam-macam jawapan diberikan..ada orang kata :taat...ada yang kata :taqwa

Apa yang penting sebagai mahasiswa?Tentulah akademiknya,ye kan.. Konklusinya..setiap sesuatu ada satu yang paling penting.

Bahang terasa?Apa yang bahangnya?Final exam ke?Jom sama-sama cari semangat.
Cop!Sebelum itu,hampir terlupa mengenai penjenayah.Saya bukan hendak 'mengobrol'mengenai penjenayah kes rompakan,pecah rumah atau sebagainya.Tetapi,penjenayah biasa yang luar biasa di mana tiada terkandung dalam mana-mana Akta Kanun Keseksaan.Namun AWAS! Menjadi penjenayah seperti ini akan membuatkan hidup terseksa jika dirujuk menggunakan akal yang waras.

PENJENAYAH AKADEMIK.
Sila Klik..rugi tak baca(saya kata).
Menarik di dalamnya :-
AKIBAT LEMAH AKADEMIK
Kadang-kadang kita menganggap akademik hanya sebagai wasilah. Sekadar tiket untuk memenangi kepercayaan masyarakat. Seumpama lesen.
Tetapi kita sering lupa, lemahnya penguasaan diri terhadap ilmu-ilmu di kelas akan memberikan implikasi yang buruk di masa hadapan… bukan hanya semasa alam pekerjaan bahkan boleh melarat hingga ke Akhirat.
Syariatullah
Pelajar pengajian Islam yang tidak menguasai pengajiannya akibat lemah tahap pembelajaran akan terdedah kepada jenayah di masa depan.
“Ustaz, apa hukumnya zakat KWSP?”, tanya seorang jemaah di surau.
“Alamak… itulah benda yang pensyarah bincangkan tapi aku tak pergi kelas masa tu!” rungut si ustaz di dalam hatinya.
“Err… saya rasa tak payah kot!”, jawab si ustaz ala-ala mujtahid.
Tidakkah perbuatan itu suatu pengkhianatan? Memberikan panduan muamalat yang salah kepada masyarakat, mengingkari Syariat Allah SWT lantaran kecuaian dirinya sendiri semasa di alam pembelajaran. Semasa belajar sudah biasa tak buat homework, bila berceramah pun tak buat homework.
Itu jenayah terhadap Syariatullah.
Sunnatullah
“Err, pesakit diabetik ni nak suntik 1 unit atau 10 unit atau 100 unit insulin ya?”, seorang doktor muda berteka-teki di dalam dirinya.
Akibat kemalasannya terhadap kelas pengajian, atau belajar secara ala kadar, beliau menyuntik pesakitnya dengan 100 unit insulin sedangkan peraturan tubuh badan yang ditentukan Allah SWT hanyalah pada kadar 6 ke 10 unit.
Pesakit mati mengejut akibat hipoglesimik.
Berdosa atau tidak? Jenayah atau tidak?
Dosa terbit bukan hanya kerana melanggar hukum Syariat tetapi juga hukum Sains. Seorang ustaz yang tidak berkompetensi, sama sahaja dengan seorang doktor, jurutera, atau apa sahaja pekerjaan profesional yang tidak berkompetensi.
Mencetus mudarat..
Maka ala kadar dalam menguasai bidang pengajian masing-masing bukan sekadar masalah sikap yang biasa. Ia mampu membunuh!
Ke mana anda mahu membawa dakwah jika duduk di tengah masyarakat sebagai ustaz yang tiada amanah ilmiah atau doktor yang tiada amanah yang sama?
....yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!..sambungan dalam link.

**Doakan diri sendiri & sahabat-sahabat ye.Semoga kejayaan bersama kita semua,InshaAllah.

...be more flexible & professional person at the right place...

Wallahua'lam.Bittaufiq wan najah.Allahu yusahhil a'laina,inshaAllah.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur..

Thursday, May 13, 2010

~ Bakal Berlabuh ~

2:22 PM 0 Comments

Bismillah.

Sekurang-kurangnya 6 jam diperuntukkan dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat(AMM) PERMAI(2009/2010). Niat itu penting pastinya.Tapi hari ini, hanya 3 jam lebih sahaja bermesyuarat, kami AMM telah berjaya mengurangkan masa nampaknya. Bukan main gembira semua. Semuanya kerana taktik dan kesungguhan. Enjoy but be professional and proficient.

Adakah pemimpin itu hanya Presiden atau Perdana Menteri?
Adakah pemimpin itu hanya Timbalan Exco atau Biro-Biro dalam carta organisasi?
Adakah bapa sahaja pemimpin dalam keluarga?
Adakah pemimpin itu semata orang berkuasa?
Saya tidak tahu jawapan anda. Jawapan saya kita semua pemimpin. Pemimpin diri sendiri. Dalam kepimpinan ada pemimpin dan ketua pemimpin.
" Muhasabahlah diri masing-masing, sejauh mana kita laksanakan amanah yang diamanahkan Allah selama ini." Kata Presiden Persatuan Mahasiswa Irbid, Jordan.
" Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan 'turun' sebagai ahli kepimpinan PERMAI. Cukupkah usaha kita selama ini? Banyakkah lagi kerja yang belum diselesaikan?Semua perancangan selesai? Gembira dengan komitmen ahli yang amat menggalakkan?Kadang ada rasa susah mengajak sebilangan ahli PERMAI join program atau kebaikan? Sama-sama koreksi diri. " Tambahnya lagi.

" Manusia banyak ragamnya.Jika rasa susah sebagai pemimpin persatuan,ingatlah pengorbanan Nabi Muhammad SAW jauh lebih dari ini. Sebab itu, sebelum baginda diangkat menjadi pemimpin yang agung, baginda ditarbiyah dengan mengembala seekor kambing. Ha, eloklah bakal pemimpin sesi akan datang, kita bagi cadangan diadakan 'kursus kepimpinan' dengan merasa mengembala kambing." Selorohnya.





Gambar ketika saya di Syria

Kita sebagai seorang wanita mesti ingin menjadi wanita terbaik. Kita sebagai seorang lelaki mesti ingin menjadi lelaki terbaik. Begitu juga pemimpin. Presiden PERMAI dalam bicaranya :-


...ANTARA CIRI-CIRI PEMIMPIN TERBAIK...
1- Dia adalah seorang anggota atau ahli yang terbaik.
2- Dia yakin dengan kemampuan setiap anggota.
3- Mahir berkomunikasi ringan.
4- Dapat menciptakan suasana toleransi.




1- Seorang pemimpin pada waktu yang sama menjadi seorang anggota atau ahli. Jika dia seorang anggota masyarakat yang suka menipu, bagaimana mungkin dia menjadi seorang pemimpin yang amanah?

2- Mustahil seorang pemimpin mampu melakukan 1001 macam kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam satu masa. Manusia dijadikan Allah berbilang-bilang. Jadi, perlu mahir dan yakin dalam pembahagian tugas kepada orang yang menjadi tulang belakang, anak-anak, AJK atau Exco. Yakin dengan potensi dan kemampuan anggota. Bukan menyerahkan bulat-bulat segala urusan tapi yakin dengan kemampuan disertai bimbingan,pantauan juga kebersamaan.

3- " Tak nak makan ubat.Tak nak! " Budak ketakutan ubat.
Bagaimana jika anda seorang doktor atau ibu ingin memujuk seorang budak memakan ubat?Kadang perlu pujukan lembut dan ringan bukan? Jarang sekali harus membebel memanjang ditambah dengan paksaan. Begitu juga ahli yang dikatakan 'takut' atau mengelak berpersatuan. Faham dan kesedaran itu penting.

4- " Menghalalkan suatu yang haram untuk meringankan beban." Adakah suatu toleransi yang dibenarkan dalam Islam? Haram itu nyata dan halal itu nyata. Bertoleransilah pada tempatnya. Membolehkan judi bola sepak,saya rasa toleransi pemimpin kepada rakyat harus difikirkan sebaiknya.


" Ingin menjadi air yang bagaimana? Ingin menjadi seperti jus apa? Usahalah lebih, dekatkan dan rapatkan diri pada Allah ." Antara pengakhiran kalam Presiden.


" Kepimpinan yang berpengaruh itu bersifat fitrah atau hasil sesuatu yang diusahakan "


Setiap manusia tidak sempurna.Setiap pemimpin juga tidak sempurna. Semoga diri juga anda anda dan anda dapat kita sama-sama memperbaiki diri agar lebih baik dari sebelumnya. Selagi otot masih kuat, selagi muda berkudrat sebelum tua bertongkat ,selagi tangan masih bertenaga..tatkala ini berilah komitmen yang sebaiknya buat diri juga terhadap segala amanah yang telah Allah hadiahi.

He will help you at times of hardship, In shaa Allah.

WAllahua'lam.

Thursday, May 6, 2010

~PALESTIN-Belaan Allah Pasti Tiba~

1:34 PM 0 Comments


Bismillah ~ Words of Islam so beautiful~

" الدعاء سلاح المؤمن وعماد الدين ونور السماوات الأرض"
- Doa itu senjata orang mukmin,tiang agama dan cahaya(sinaran) yang menerangi langit dan bumi -
( Diriwayatkan oleh Abu Ya'la Al-Hakim )

Jangan biarkan mereka terus merobek kulit saudara kita.Jangan terus mereka mengalirkan darah kezaliman,janganlah membiarkan anak-anak kecil tiada tempat perlindungan.Jika anda ingin selesa pada hari ini,berilah peluang kepada mereka juga.Anda mampu,kita mampu..kamu kamu dan kamu mampu membantu.Berilah..walau sedikit.Selesalah kita,selesalah mereka.

"Ke mana hilangnya bantuan sebelum ini?Bukankah kami telah berikan?" Tertanya-tanya.
Jangan risau,telah diselidik,kali ini bantuan akan sampai kepada mereka,InshaAllah.

Yok!Jom!Ayuh bakal penghuni syurga sekalian(InshaAllah),kita menderma.For what? Untuk saudara muslim kita di GAZA,PALESTIN. Untukmu Palestin.

Lifeline 4 Gaza, atau Talian Hayat Untuk Gaza adalah satu usaha kerjasama di antara NGO-NGO di Malaysiauntuk menyertai kempen antarabangsa bagi menembusi kepungan Israel terhadap Gaza. Lifeline 4 Gaza akan bergerak bersama Free Gaza Movement yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERCdan Kispa di Indonesia dan NGO-NGO lain dari USA, Greece, Perancis, Sweeden, Jerman, Itali, Venezuela dan lain-lain.

Konvoi tersebut dijangka akan berlepas dari Istanbul pada 15 Mei 2010, disertai 20 kapal dan bot kargo. Konvoi kemanusiaan terbesar di dunia ini akan membawa bantuan asas keperluan seperti bahan pembinaan hospital, bahan perubatan, peralatan sekolah dan bahan-bahan makanan. Mereka juga akan diiringi oleh tokoh-tokoh politik dan tokoh-tokoh kemanusiaan sedunia yang prihatin terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Baca selanjutnya..klik di sini


"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

( Tafsir ayat surah Al-Baqarah : 261 )

" di sana kau meneguk air batu campur
di sini kami membaling batu menggempur..

Ingat yang jauh..
Tak lupa yang dekat..

" الدعاء هو العبادة"
- Doa itu ibadah -
( Diriwayatkan oleh Abu Daud & Al-Tarmizi )

~ Maha Benar JanjiNYA ~