Thursday, May 13, 2010

~ Bakal Berlabuh ~


Bismillah.

Sekurang-kurangnya 6 jam diperuntukkan dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat(AMM) PERMAI(2009/2010). Niat itu penting pastinya.Tapi hari ini, hanya 3 jam lebih sahaja bermesyuarat, kami AMM telah berjaya mengurangkan masa nampaknya. Bukan main gembira semua. Semuanya kerana taktik dan kesungguhan. Enjoy but be professional and proficient.

Adakah pemimpin itu hanya Presiden atau Perdana Menteri?
Adakah pemimpin itu hanya Timbalan Exco atau Biro-Biro dalam carta organisasi?
Adakah bapa sahaja pemimpin dalam keluarga?
Adakah pemimpin itu semata orang berkuasa?
Saya tidak tahu jawapan anda. Jawapan saya kita semua pemimpin. Pemimpin diri sendiri. Dalam kepimpinan ada pemimpin dan ketua pemimpin.
" Muhasabahlah diri masing-masing, sejauh mana kita laksanakan amanah yang diamanahkan Allah selama ini." Kata Presiden Persatuan Mahasiswa Irbid, Jordan.
" Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan 'turun' sebagai ahli kepimpinan PERMAI. Cukupkah usaha kita selama ini? Banyakkah lagi kerja yang belum diselesaikan?Semua perancangan selesai? Gembira dengan komitmen ahli yang amat menggalakkan?Kadang ada rasa susah mengajak sebilangan ahli PERMAI join program atau kebaikan? Sama-sama koreksi diri. " Tambahnya lagi.

" Manusia banyak ragamnya.Jika rasa susah sebagai pemimpin persatuan,ingatlah pengorbanan Nabi Muhammad SAW jauh lebih dari ini. Sebab itu, sebelum baginda diangkat menjadi pemimpin yang agung, baginda ditarbiyah dengan mengembala seekor kambing. Ha, eloklah bakal pemimpin sesi akan datang, kita bagi cadangan diadakan 'kursus kepimpinan' dengan merasa mengembala kambing." Selorohnya.





Gambar ketika saya di Syria

Kita sebagai seorang wanita mesti ingin menjadi wanita terbaik. Kita sebagai seorang lelaki mesti ingin menjadi lelaki terbaik. Begitu juga pemimpin. Presiden PERMAI dalam bicaranya :-


...ANTARA CIRI-CIRI PEMIMPIN TERBAIK...
1- Dia adalah seorang anggota atau ahli yang terbaik.
2- Dia yakin dengan kemampuan setiap anggota.
3- Mahir berkomunikasi ringan.
4- Dapat menciptakan suasana toleransi.




1- Seorang pemimpin pada waktu yang sama menjadi seorang anggota atau ahli. Jika dia seorang anggota masyarakat yang suka menipu, bagaimana mungkin dia menjadi seorang pemimpin yang amanah?

2- Mustahil seorang pemimpin mampu melakukan 1001 macam kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya dalam satu masa. Manusia dijadikan Allah berbilang-bilang. Jadi, perlu mahir dan yakin dalam pembahagian tugas kepada orang yang menjadi tulang belakang, anak-anak, AJK atau Exco. Yakin dengan potensi dan kemampuan anggota. Bukan menyerahkan bulat-bulat segala urusan tapi yakin dengan kemampuan disertai bimbingan,pantauan juga kebersamaan.

3- " Tak nak makan ubat.Tak nak! " Budak ketakutan ubat.
Bagaimana jika anda seorang doktor atau ibu ingin memujuk seorang budak memakan ubat?Kadang perlu pujukan lembut dan ringan bukan? Jarang sekali harus membebel memanjang ditambah dengan paksaan. Begitu juga ahli yang dikatakan 'takut' atau mengelak berpersatuan. Faham dan kesedaran itu penting.

4- " Menghalalkan suatu yang haram untuk meringankan beban." Adakah suatu toleransi yang dibenarkan dalam Islam? Haram itu nyata dan halal itu nyata. Bertoleransilah pada tempatnya. Membolehkan judi bola sepak,saya rasa toleransi pemimpin kepada rakyat harus difikirkan sebaiknya.


" Ingin menjadi air yang bagaimana? Ingin menjadi seperti jus apa? Usahalah lebih, dekatkan dan rapatkan diri pada Allah ." Antara pengakhiran kalam Presiden.


" Kepimpinan yang berpengaruh itu bersifat fitrah atau hasil sesuatu yang diusahakan "


Setiap manusia tidak sempurna.Setiap pemimpin juga tidak sempurna. Semoga diri juga anda anda dan anda dapat kita sama-sama memperbaiki diri agar lebih baik dari sebelumnya. Selagi otot masih kuat, selagi muda berkudrat sebelum tua bertongkat ,selagi tangan masih bertenaga..tatkala ini berilah komitmen yang sebaiknya buat diri juga terhadap segala amanah yang telah Allah hadiahi.

He will help you at times of hardship, In shaa Allah.

WAllahua'lam.

No comments: