Jika roomate saya suka membaca buku 'Bahagiakan Hatimu' karangan Ibnu Qayyim, saya pula agak suka membaca apa-apa buku berkenaan dengan hati. Buku atau bacaan ilmiah kadang dapat mengisi 'aktiviti' hati..kerana hatilah tempat syaitan berteleku & selalu membisik agar kita mengikuti jejaknya.
Di sini saya ingin berkongsi artikal daripada Facebook yang dikongsi bersama sahabat-sahabat saya.Terima Kasih buat 'guruku', Kak Munira atas perkongsian ini.
***
Suhaimi Abdul Rahim October 11 at 1:29pm Reply • Report
Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada
Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa
Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya.Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan. Untuk merasakan
bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan
Maha Kaya. Untuk merasakan Allah itu Maha Pemurah, Maha
Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk
merasakan Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha
Bijaksana dan sebagainya.
Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa
bertuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha
Sempurna. Hati yang rasa hebat, gerun dan takut kepada Allah.
Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh Allah. Hati yang
merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam
pentadbiran alam ini. Hati yang merasakan bahawa tidak ada
sesuatu jua pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan
Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan.
Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa
akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.
Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya?
Ada yang berkata berzikir dan merasa bertuhan ini akan
ati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada
Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa
Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya.
menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran:
Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa dengan mengingati
Allah itu hati akan tenang." (Ar Raad: 28)
Kalau dilihat sekali imbas, mungkin dapat kita berpegang
kepada maksud ini. Tetapi ada pula ayat lain yang membawa
maksud yang berlainan atau yang berlawanan seperti ayat yang
di bawah:
Maksudnya: "Orang mukmin itu, apabila disebut nama
Allah, gementar hati-hati mereka." (Al Anfaal: 2)
Nampak macam kedua-dua ayat ini bertentangan dan berlawanan
maksudnya. Bagaimana pula hati orang berzikir yang
gementar boleh rasa tenang atau hatinya yang tenang boleh rasa
gementar pada waktu yang sama. "Gementar" dan "tenang"
adalah dua perasaan yang berlawanan dan berbeza.
Kalau begitu apakah yang sebenarnya yang patut dirasakan
oleh hati apabila kita berzikir atau mengingat Allah? Patut tenang
atau patut gementar? Disebabkan ada ayat yang mengatakan hati
patut tenang dan ada pula ayat yang mengatakan hati patut
gementar (bergelora), maka kita sepatutnya merasakan keduadua
perasaan ini sekali gus. Kalau tidak kita tidak selaras dengan
kehendak Al Quran. Kalau rasa hati kita tidak selaras dengan
kehendak Al Quran, nyata bahawa kita yang salah. Al Quran
tidak salah kerana Al Quran itu adalah kalamullah. Mari kita
kupas perkara ini, moga-moga kita dapat memahami.
Yang dikatakan tenang itu adalah berkaitan hubungan hati
kita dengan dunia dan hal-hal yang bersifat keduniaan. Kalau
kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti hati kita akan tenang
dengan hal urusan dunia. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu
besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan
hati kita. Dunia ini kecil dan remeh. Bak kata orang putih... "of
little significance". Nikmatnya kecil. Siksaannya juga kecil.
Segala-gala di dunia ini remeh dan kecil.
Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan
Tuhan hati mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang
beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora
dengan Tuhan. Mereka kenal Tuhan. Justeru itu mereka rasa cinta
dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan
Tuhan. Mereka rasa sentiasa di awasi oleh Tuhan. Rasa-rasa ini
mengisi dan mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa rasa
Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala
apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala apa yang ada di
dalam hati-hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan.
Bila Tuhan kata "Jadi"...maka jadilah. Mereka rasa Allah boleh
matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan
sangat pedih.
Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila berzikrullah.
Ada tenang dan ada gementar. Tenang dengan dunia dan halhal
dunia tetapi gementar dengan Tuhan. Lagi kuat gementar
dan bergeloranya hati seseorang itu dengan Tuhan maka lagi
tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat.
Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada
kemanisannya.
Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita
diperhamba oleh dunia. Tenang dengan Tuhan juga azab. Itu
tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita. Kedua-duanya akan
membawa kecelakaan kepada kita di dunia, lebih-lebih lagi di
akhirat.
***
No comments:
Post a Comment