Tuesday, February 7, 2012

CINTAI NABI MUHAMMAD S.A.W


Ramai insan berbanggaterhadapmu
seluruh isi duniaterpesona jua
malah berzhikir seiringnamamu
sehinggakan terungkap katacinta
engkaulah mujahid tarikandunia..


Pada subuh Isnin yang hening,tanggal 12 Rabiul Awal menjadi detik bersejarah. Tahun gajah membawa kemunculanseorang bayi lelaki padanya suatu keajaiban. Yatim ketika dilahirkan. AyahnyaAbdullah bin Abdul Muthalib pergi dahulu meninggalkan. Ibunya Aminah tinggalsendiri menyambut kehadiran pembela agama sepanjang zaman. Lahirnya Nabipilihan,Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah membawa rahmat pada sekalianalam.

Firman Allah Subahanahu WaTa'ala dalam surah Al-Anbiya' ayat 107 :

وَمَاأَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya : Dankami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagiseluruh alam.



Setiap muslim wajib beriman dengankerasulan baginda Muhammad S.A.W. Allah berfirman dalam surah Al-Fath ayat 13 :

وَمَن لَم يُؤمِنبِاللَّهِ وَرَسولِهِ فَإِنّا أَعتَدنا لِلكٰفِرينَ سَعيرًا

Maksudnya : Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepadaAllah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir ituapi neraka yang menjulang-julang.



Teringat dialog dalam perjanjian aqabah kedua semasa Al Barra’ sedangmembuat ucapan dan penegasannya itu.

Abu Al- Haitham bin Al-Tihan berkata :
" Wahai Rasulullah, sesungguhnya antara kami dan orang Yahudi terpatrisatu perikatan dan akan kami putuskan perikatan tadi, seandainya Allah telahmenolongmu ( Rasulullah S.A.W ) mendapat kemenangan yang membolehkan kamu (Rasulullah S.A.W ) beredar pulang ke pangkuan keluarga dan kaummu sendiri,adakah( rela) kamu meninggalkan kami?"

Rasulullah S.A.W tersenyum kemudian berkata:
“ Tidakkah kita ini sudah sedarah sedaging, dan runtuh sama-sama runtuh,aku ini sebahagian daripada kamu dan kamu sebahagian daripadaku, akanku perangi sesiapayang memerangi kamu dan berdamai dengan sesiapa yang kamu damaikan.”

Begitu tinggi kasih sayangNabi terhadap ummat baginda. Betapa pun jauh langkah baginda, namun tidak sesekaliummatnya ditinggalkan dalam kebuntuan, kesakitan dan kesusahan. Susah dansenang dirasai bersama.

Baginda menaruhkan pemikiran,darah, keringat dan segala yang dimilikinya demi ummat yang tercinta.Sehinggakan nyawa baginda menjadi taruhan. Fatimah ditanya oleh Aisyah buatkali kedua apa yang dibisikkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W kepadanyasebelum kewafatan baginda.

Fatimah menjawab :
" Ya, ketika akumendekatinya, baginda berkata : "Wahai Fatimah, Jibril telah membawa wahyu kepadaku sekali setahun dan pada tahun ini sebanyak dua kali. Ayahandamudiberi pilihan antara dunia dan Allah Ta'ala." Lantas baginda memilihAllah Subhanahu Wa Ta'ala. Aku diberitahu bahawa nyawanya akan dicabut padahari itu. Lalu aku pun menangis."

Perbanyakkanlahmembaca Al-Quran. Hargailah pengorbanan Nabimu yang bersusah payah menerimawahyu, betapa berat di pundaknya. Tidak lain dan tidak bukan kalimah suci itubuat peneman, pedoman dan panduan demi ummatnya. Alangkah ruginya seseorang itutiada masa untuk Al-Quran sekalipun dia seorang ahli jutawan, ahli politik dan sebagainya.Bacalah dengan hati. Semoga sampai titipan cintamu pada kekasih Ilahi.




Bagindapernah bersabda :

" Sebaik-baik ibadah ummatku (adalah) membacaAl-Quran "

( Riwayat Al-Baihaqi dalam"as-sya'b" – 1865 )

Sekalipun keperitan yangdialami baginda ketika sakaratul maut, namun baginda tetap mengingati danmembela ummatnya. Sakitnyasakaratul maut itu berpuluh kali ganda, ia lebih perit daripada pedang yangditusuk ke dalam.

Maka, merintihlah bagindademi ummatnya :
"Ya Allah,beratkanlah ( sakaratul maut ) ke atasku, ringankanlah (sakaratul maut ) ke atas ummatku "

Betapa baginda mencintai, disaat akhir pemergiaannya masih terungkap kata ;
Ummatku ! Ummatku !Ummatku !

Bila diteliti dari banyaksegi, apakah ada sesuatu yang layak untuk kita taruhkan buat baginda ?

Sungguh dalam kesan cintaNabi Muhammad Rasulullah S.A.W. Bilal bin Rabah terasa sungguh sayu sehinggabeliau tidak mampu menyempurnakan azannya kerana terkenangkan baginda MuhammadRasululullah S.A.W.

Apabila beliau melaungkan " Asy-ha-du an-na Muhammad Rasululullah" yang bermaksud " aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Rasulullah " , berteriakmanusia di rumah dan ada yang keluar lantas mereka bertanya " adakahdiutuskan semula Rasulullah? "

Bagaimana hati kita bila mendengarnama baginda ?

Setiap hari nama NabiMuhammad S.A.W dilaung-laungkan. Itu tanda sambutan 'kelahiran Nabi' bukan hanya sekali dalam setahun tetapiberatus kali. Nama baginda dibesar-besarkan di seluruh pelusuk dunia tanpahenti seiring nama Rabbul Izzati. Teman-teman, jawablah seruan azan apabiladilaungkan. Kerana menjawab laungan azan itu sunnah. Moga hati dapat sentiasaberhubung dengan baginda Muhammad Rasulullah S.A.W.


Baginda yang wajib disayangi berdasarkan firman-Nya dalam surah AliImran, ayat 31 :

قُلْ إِنْكُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah: " Sekiranyakamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimudan akan mengampuni dosa-dosa kamu ". Dan Allah MahaPengampun, Maha Penyayang.

Saban tahun tarikh itudiperingati. Ada yang membuat perarakan sambil berselawat pada hari MaulidurRasul boleh dikira sebagai bukti kecintaan terhadap baginda. Ada yangmenghadiri program-program ilmiah seperti ceramah dan sebagainya.

Begitulah mereka sanggupbersusah payah, membelanjakan wang dan melapangkan waktu demi insan tercintayang telah banyak berkorban dan memberi sinar.

Tanda cinta bukan satu.Taruhan cinta pada baginda bukan hanya pada sesuatu tempoh. Semangat cinta danpenghargaan itu tidak hanya ketika sambutan Maulidur Rasul. Jika buktinya hanyapada hari kelahiran sahaja, di mana letaknya bukti kecintaan terhadap bagindapada hari-hari selainnya ?

Biarpun baginda tidak lagibernafas pada ketika ini, namun biarlah sunnah baginda terus hidup dan bernafaspanjang. Patuhilah perintah baginda. Pertahankanlah martabat, nama baik bagindadan musuhilah musuh-musuh baginda.

وَيَنْصُرُونَاللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Maksudnya : danmereka yang membantu ( mempertahankan ) Allah ( agama ) dan Rasul-Nya. Merekaitulah orang-orang yang benar.

( SurahAl-Hasyr : ayat 8 )


Mulakan kehidupan sehariankita dengan cara yang disyariatkan dan mengikut sunnah. Moga akhirnya ia akanmembuahkan hasil yang manis serta dapat memberi manfaat pada orang lain. InshaAllah.

Keluarlah wahai pemuda danpemudi, teruskan langkahmu melanjutkan dasar perjuangan hidup baginda, memperjuangkanIslam yang hakiki iaitu Islam yang merangkum segenap bidang kehidupan sama adadari segi budaya, ekonomi dan sebagainya.

Didiklah anak-anakmu wahaiayah dan ibu, supaya menyayangi serta mengikut jejak langkah nabimu denganselalu berkongsi dan menyebarkan pengajaran sirah baginda Muhammad RasulullahS.A.W.

Semoga pejuang-pejuang agamayang telah lahir pada hari ini dan bakal dilahirkan dapat sentiasa menjagaagama-Nya dan memelihara sunnah baginda. Selain itu, menjadi hamba yang ikhlas, selalumenghembuskan nafas-nafas keislaman dan dijauhkan dari sengketa yang membawakepada perpecahan.


Buat diri dansahabat-sahabat sekalian,

Harapan agar rindu, kasihsayang dan cinta yang kita titipkan terhadap baginda mendapat keberkatan dan rahmat-NYA.Tambahan pula, dapat dijadikan sumber kekuatan untuk terus memperjuangkan agama-NYA dan mengabdikan dirikepada Allah. Juga memberi sinar untuk terus sabar dan tabah dalam menerimapelbagai bentuk ujian kerana itu adalah jalan untuk meningkatkan martabat iman.

Bersamalah kita berusahamenyelusuri dan mempraktikkan sunnah dalam membela usrah dan daulah muslimahagar dunia dan seisinya mendapat barakah. Insha Allah.

Allahu a'lam.




Mengharap..
derap langkah detik ini
bukan ukiran terakhir cinta kami
nescaya benarlah hikmah
semaian cinta dihati
kerana yang Maha Agung
siratan cinta yang kekal abadi..

Ya Habibullah
Ya Rasulullah
ikutan kami..




Rujukan penulis :
1) Fiqh As-Sirah An-Nabawiyah - Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti
2) Ihya' U'lumuddin,Imam Ghazali - Imam Zainuddin, Abi Hamid

No comments: