Jordan : Bersama tetamu,pengkritik & penasihat - Prof Dr Zabidi Azhar Mohd Hussin & Dr Mohamad Nor Sundari. |
PENDAHULUAN
SEJARAH KHATAN
Islam mengajarkan kepada ummatnya untuk sentiasa membersihkan diri,baik dari segi mandi, berwudhuk mahupun bertayammum. Ianya adalah bertujuan agar umatnya sentiasa berada di dalam keadaan suci lagi menyucikan daripada segala bentuk najis pada seluruh anggota tubuh badan dalam menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T.
Salah satu ajaran yang disyariatkan oleh Islam kepada umatnya adalah berkha'tan, atau memotong sebahagian kulit yang menutupi alat kemaluan laki-laki atau perempuan. Dari segi bahasa, kata 'khitan' berasal dari bahasaArab, yakni -Kha-ta-na-.yang bererti memotong atau mengerat.
KRISTIAN
Agama kristian juga mewajibkan pengikutnya untuk mengamalkan khatan. Di dalam kitab Injil, terdapat beberapa penyataan berkaitan suruhan berkhatan. Ini menunjukkan agama Kristian juga mengamalkan khatanseperti mana yang diamalkan oleh orang Islam.
ISLAM
Amalan berkhatan telah bermula sejak dahulu lagi. Sejumlah riwayat mengatakan bahawa khatan ini sudah dikenali sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. dan setengah riwayat mengatakan khatan telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. Malahan bangsa-bangsa terdahulu juga melakukan perkara yang sama. Ajaran berkhatan yang diajarkan Nabi Ibrahim a.s. diikuti oleh para Nabi dan Rasul sesudahnya,serta kepada seluruh umat.
YAHUDI
Masyarakat Yahudi terus-menerus mengamalkan amalan berkhatan tersebutsejak zaman Nabi Ibrahim sehinggalah sekarang. Golongan Yahudi yang mengamalkan amalan wajib ini tidak hanya tertakluk kepada Yahudi Orthodoks sahaja,ianya diamalkan juga oleh golongan Yahudi Sekular (Zionis), Yahudi Arab,Yahudi Eropah dan Kristian Orthodoks.
Ini kerana masyarakat Yahudi berpegang kepada semua ajaran-ajaran di dalam Taurat, manakala semua amalan Taurat adalah kelangsungan amalan dari kitab Zabur yang dipimpin oleh NabiDaud.a.s.
DEFINISI
Dari sudut bahasa : Al-Khitan ( الختان ) dari kata terbitan kho-ta-na ( خَتَنَ) bermaksud potong atau sunat. Manakala bagi perempuan disebut Al-khifadh( الخفاض ) dari kata terbitan khofadho (خَفَضَ) bermaksud menurunkan atau mengurangkan.[1]
Dari sudut istilah : memotong kulit (qulfah) yang menutupi kepala zakar (kulup/ prepuce) bagi lelaki. Bagi perempuan pula memotong sedikit daging di hujung kelintit (clitoris) yang berada di sebelah atas lubang farajnya.[2]
Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
PENSYARIATAN & TUNTUTAN
DALIL-DALIL YANG MENSYARIATKANBERKHATAN:
Sumber utama pensyariatan dalam Islam adalah dariAl-Quran dan As-Sunnah. Walaupun tidak terdapat dalil yang jelas dari Al-Qurantentang berkhatan , tetapi terdapat hadith sahih yang menunjukkan pensyariatan berkhatan.
Dalil Al-Hadith :
عن أبي هريرةرضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( الفطرة خمس : الختان , والاستحداد، ونتفالإبط، وتقليم الأظافر، وقص الشارب ))
Terjemahan : Daripada AbuHurairah R.A. daripada Rasululullah S.A.W bersabda : Fitrah itu ada lima iaitu : khatan,mencukur bulu kemaluan, memotong bulu ketiak, memotong kuku, dan mencukur misai.[3]
عمّار بن ياسرقال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من الفطرة : المضمضة, والاستنشاق,وقص الشارب, والسواك, وتقليم الأظفر, ونتف الإبطا، والاستحداد، والاختتان ))
Terjemahan : Daripada 'Ammar binYasir berkata: bersabda Rasulullah: daripada fitrah[4]iaitu berkumur, memasukkan air dalam hidung, memotong misai, bersiwak, memotongkuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan berkhatan.[5]
حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة،حدثنا أبو معاوية، عن حجاج، عن عمرو بن شعيب، عن أبيه، عن جده، قال : قال رسولالله :) ( إذاالتقى الختانان وتوارت الحشفة فقد وجب الغسل )).
Terjemahan : Diberitakan oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah, diberitakanoleh Abu Muawiyah daripada 'Amru bin Shu'aib daripada bapanya, daripadadatuknya berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila bertemu dua khitan (khitan lelaki dan perempuan ) , makadiwajibkan mandi.[6]
[1] Tuhfah al-maudud bi Ahkam al-maulud, IbnuAl-Qayyim Al-Juziyah, tahqiq Basyir Muhammad U'yun, m.s 107.
[2] Khitan Al-Inas baina tajrim wal-masyruiyyah,Dr Mahmud Ahmad Toha, Darul- Nahdhoh Al-Arabiah, m.s 10
[3] Sahih Muslim,Al-Imam Ibin Al-husaini Muslim IbnAl-Hujjaj Al-Qusyairi An-Nisaburi, Maktabah Ar-Rusd, Riadh. Kitab At-Thoharahbab khisal al-fitrah. Hadith 49 & 50 m.s 75.
[4] Fitrah itu ada dua : 1-Fitrah keimanan yang berhubung kait dengan hati iaitu makrifatullah dan beriman denganNya. 2-Fitrah pengendalian seperti yang disebutkan dalam hadith ini. Fitrah pertama untuk menyucikan roh dan membersihkan hati. Manakala fitrah kedua bagi menyucikan badan dan mencantikkan penampilan luaran, maka fitrah utama bagi badan adalah khitan.
- Buku Tarbiyah Al-Aulad fi Islam karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan, cetakan ke-42, jilid 1, bab "khitan al-maulud wa ahkamuhu" m.s 82.
[5] Sahih Muslim,Al-Imam IbinAl-husaini Muslim Ibn Al-Hujjaj Al-Qusyairi An-Nisaburi, Maktabah Ar-Rusd,Riadh. Kitab At-Thoharah babkhisal al-fitrah. Hadith 49 & 50 m.s 75.
[6] Buku Fath Al-Bari Syarah Sahih Al-Bukhari Ibn Rajab Al-Hanbali, cetakan pertama, Kitab Al-Ghusl bab 28, "iza iltaqaal-khitanan", no.hadith 291 m.s 366.
bersambung...
SEMINAR FIQHMEDIC ‘11
BERKHATAN : ISU & CABARAN
Dibentang oleh:
Anisatul-QalbiMohd Sofiyuddin
Haninah Zulkifli
Disediakan oleh:
Anisatul-Qalbibt Mohd Sofiyuddin
Haninah Zulkifli
Nurulhanan btAhmad
Nurhidayati btMohd Rafy
Zuhal Syuwa btMohd Yasin
Intan Nur Jannahbt Razali
Nur 'Izzati btIdris
Nursyuhada btZulkipli
No comments:
Post a Comment