Monday, January 9, 2012

LAWAN TETAP LAWAN !


Lumba tetap lumba !

Musim peperiksaan pada sesi kali ini banyak isu semasa 'tergempak' yang terjadi. Jangan jadi katak dengan tempurungnya sahaja. Tidak lupa ulat hanya dengan 'daunnya'. Bukan di Malaysia sahaja banyak isu tergempak. Di Jordan pun ada. Begitu juga dengan isu mahasiswa. Bagi kes yang terdekat dan boleh saya bantu, saya beri apa yang termampu. Sama-samalah mendoakan agar pihak yang benar terus diberi kekuatan dan terus melangkah menegakkan kebenaran.

Perlu diingat dalam kesibukan berusaha, tidak semua usaha kita akan tercapai mengikut apa yang dihajati. Lebih-lebih lagi apa yang dinamakan permohonan . Jangan pula kita terlalu kecewa apabila suatu permohonan ditolak. Jawapan permohanan itu sendiri telah jelas, sama ada diterima atau tidak. Maka, persiapkanlah diri dalam dua situasi. Kadang, ramai yang sibuk menyiapkan diri apabila selepas permohanan diterima. Tetapi sayang - tidak ramai - yang berstrategi,membuat plan atau menyiapkan diri jika permohanan ditolak sehebat permohonan diterima.

Tetap ingin membela diri. Bagi yang menerima permohonan, jangan terlalu 'ketat' sehingga hilang keadilan dan pertimbangan. Jadi, janganlah kita menyalahkan orang lain andai permohonan ditolak. Mungkin Allah ingin memberi yang lebih baik dan mungkin juga tindakan kita salah atau tidak sesuai ketika itu.

" Jangan selalu mempertikai kenapa permohanan orang lain diterima, sedangkan pada khemat kita, diri sendiri lebih layak untuk diterima. Permohonan.."

Lain pula perdebatan dengan perlawanan. Tetapi tetap sama akhirnya, akan ada dua keadaan, sama ada menang atau kalah. Justeru,berlawanlah dan berdebatlah dalam gelanggang yang sesuai bagi sesuatu perkara itu.

Berlumba motor dalam gelanggang silat memang tak masuk akal. Bertumbuk dalam gelanggang bola sepak semasa perlawanan memang tak macho. Ops.

Menang bergaya, kalah bermaruah. Yang menang jangan terlalu megah, yang kalah jangan terus rebah tapi bermuhasabah.

Cuma ingin saya tekankan, jangan disamakan apa yang dinamakan permohonan,perlawanan dan perdebatan. Jika anda mohon dan meminta juga permohonan supaya diterima lebih-lebih dengan cara yang tidak sepatutnya - percayalah, mungkin ramai pihak akan terseksa dan tidak suka. Bila terpaksa terseksa. Bila rela, bahagia.

" Istimewanya permohonan ialah di sana masih ada ruang untuk perbincangan antara pihak yang terlibat. Kata orang - masih boleh promot diri, atau memujuk orang. Maka tunjukkan kesungguhan dengan sifat rasional dan realistik. "

Apa pun yang terjadi letakkan keyakinan pada Dia. Suatu hari kebenaran yang anda inginkan akan menjadi realiti. Teruskan berusaha dan berdoa ye. Kerana yang dinilai oleh Allah itu usaha. Yakin dengan kemampuan diri. Yakin dengan pertolongan Allah. Trust Allah, you can do it !

Mohon tetap mohon ! Debat tetap debat ! Lawan tetap lawan !






Maaf ye, andai ada yang terasa. Tiada niat ingin mengganggu jiwa.

Semoga diri ini semakin ikhlas.

Allahu a'lam.



No comments: