Tuesday, January 3, 2012

PERPISAHAN TERAKHIR

Kepada ALLAH kita kembali



Setiap insan pasti merasa saat itu. Apa yang kita suka,siapa yang kita kasih & sayang,semua yang kita ada dan segala yang membuatkan kita bahagia,mungkinkah dapat membantu kita di akhirat sana? Mengharap kasih ibu,anak,suami,isteri dan sahabat mengirim pahala, apa mungkin ia dapat dikirim. Tiada siapa yang dapat membantu ketika itu. Nasib kita di sana ( akhirat ) tidak semuanya sama. Benarlah, hanya amalan dan taqwa sebagai bekalan. Mati sebaik-baik peringatan buat yang masih bernyawa.


DETIK-DETIK DI HOSPITAL

Dirinya hanya mampu berbaring. Beliau tidak putus memuji Allah & banyak berbicara sayu dengan kalimahNYA. Presiden HPMI tidak mampu bergerak aktif lagi seperti dulu. Alhamdulillah, kami barisan kepimpinan MPPMJ diberi kesempatan menziarahinya. Sahabat-sahabatnya yang sanggup berkorban masa menemani & menjaga dirinya, tambahan tidak putus mendoakan dan menyelitkan semangat buatnya. Terkenang, buku-buku juga 'menemaninya' ketika itu. Mungkin selepas sembuh nanti, harapan meneruskan bakti dalam memelihara ilmuNYA tercapai. Semakin hampir dengan peperiksaan ketika itu, namun semangatnya seolah-olah tidak luntur. Dipundaknya berbagai amanah yang dipikul. Mungkin juga dalam fikirannya banyak perkara yang disimpan. Tapi, beliau dilihat tenang.



PERPISAHAN TERAKHIR

Sepanjang tahun ini, mereka yang baik-baik 'meninggalkan' dunia. Pensyarah, junior berjasa, tuan bangunan asrama, kakak sahabat dan yang lain. Setiap kali berita itu sampai teringat pula pada atuk.

" Orang-orang baik cepat dipanggil pulang " kata orang.

Mungkin dari cara itu Allah menyelamatkan mereka dari sisi gelap dunia yang jauh. Allahu a'lam.

Kali ini, presiden Himpunan Mahasiswa-Pelajar Indonesia ( HPMI ). Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahu akbar. Semoga ahli persatuan & sahabat terus bersemangat meneruskan perjuangan sahabat mereka. Tidak lupa kepada keluarga beliau, semoga diberi kesabaran & ketabahan. Takziah saya ucapkan. Memohon agar Allah memudahkan segala urusan mereka pada malam ini & hari-hari seterusnya. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNYA yang soleh. Allah yarhamhu.

Al-Fatihah..


Catatan mereka buat yang telah pergi, Ustaz Abdul Aziz :



BUKAN HANYA UNTUK MEREKA YANG SAKIT

Berdoalah, jangan hanya untuk mereka yang sakit. Tetapi buat mereka yang sihat. Doakan yang sihat terus sihat, yang sakit diberi kesembuhan. Saudara-saudara kita, para da'ie, kenal atau tidak, yang selalu berbuat baik..tokoh-tokoh yang sedang bergiat berjuang sekalipun tidak dalam keadaan sakit.

Agar apapun kebaikan yang mereka lakukan, semoga terus hidup dan bernafas panjang.

Allahumma ameen...



Terjemahan : " Allah memegang nyawa (seseorang) saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. sungguh,pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran ) Allah bagi kaum yang berfikir. "
( Az-Zumar : 42 )


Berpisah sudah segalanya
Diiringi doa & air mata
Selamat tinggal kepada semua
Yang menemuiNYA syaratnya bukan tua..


Pasti semua merasa
Pada sesiapa yang dikehendakiNYA
Tiada siapa dapat menduga di mana dan bagaimana
Semoga baik pengakhiran kita..
(Husnul khatimah)

Ameen..


9 Safar 1443 H,
3hb Januari 2012 M,
9 malam,
Irbid, Jordan.



No comments: