بسم الله الرحمن الرحيم
BEKAL DAN SENJATA
Ingin digapai ingin dicapai
Hati,moga mendamai
Setiap hari berlainan keinginan hati
Setiap minggu banyak perkara menunggu
Setiap bulan mungkin melimpah harapan
Dia yang memampukan bagi yang tidak terdaya
Dialah tempat segenap doa
Bagi setiap ujian yang menyapa
Kerana Dia
Suka sesiapa yang meminta
Kerana Dia
Senang pada bicara hambaNya
Kadang hawa nafsu menang bergelut
Motivasi syaitan tiada surut
Hati kalut kehidupan melalut
Berdoa dan sujudlah,pasti syaitan takut
Mustahil tiada lelah tiada terdaya
Mengharungi samudera ombak dunia
Mustahil dalam kasih yang didambakan
Tiada penat dalam perjalanan
Sungguhpun batu menjadi debu
Sungguhpun hitam bertukar kelabu
Biarkan doa menyadur perasaan
Biar keresahan berganti ketenangan
Biar ketidakmungkinan berganti harapan
Berdoalah pasrah dengan yakin dan sabar
Tingkatkan tawakkal bertemankan keikhlasan
Hanya pergantungan mutlak pada Tuhan
Dia tak pernah gagal memperkenankan
Maha Benar Janji Ar-Rahman
Mungkin tak perlu merungkai kata-kata
Untuk selami dalamNYA hikmah ujian
Usaha dan kepayahan membuktikan perhambaan
Mohonlah,agar ikhlas disetiap amalan
Duri yang diberi hari ini
Mungkin mawar mewangi hadiah hari esok
Tidak hadir hajat hari ini
Kerana apa yang diminta
Tidak semuanya perlu pada manusia
Mohonlah terus tanpa putus
Tanpa ragu dan mengeluh
Tumpahkan..
Segala kegundahanmu
Panjatkan kesyukuran..
Pada setiap kurniaan Tuhanmu
Sembahkanlah..
Apa jua hajat di hatimu
Ramai yang memandang ringan
Hanya diukur pada wajah ungkapan
Sedang hikmahnya sarat dengan kekuatan
Tak siapa mampu meneka pada kekebalan
Tak seberat batu bata
Hanya bibir perlu berbicara
Sesiapa sahaja
Dimana pun berada
Bila-bila masa
Sangat padan disetiap perkara
Doa
Itulah bekal
Itulah senjata
"Doa itu senjata orang mukmin."
Disusun oleh : hati_ARIA
12 Mac 2011
4 petang
Irbid,Jordan.
______________________________________
Abah : " Apa barang tak berjuang lagi dah angkat bendera putih.."
Macam rupa ayat gengster tapi nada abah cool. Ketika itu si putri abah katakan 'takut' untuk mencuba & terus mara. Abah memberi semangat untuk teruskan perjuangan. Bagai digertak. Oh sungguh terasa di kalbu. Terima kasih abah atas setiap sokonganmu :)
Ayuh! Kita terus mara berusaha dan terus berD.O.A. Semoga segala yang terbaik itu berpihak kepada kita. Ameen.
No comments:
Post a Comment