Pengikut yang menemani..

Satu Akidah, Satu Ukhwah

Amman - Rombongan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ),yang diketuai oleh Presiden Saudara Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi telah melawat Presiden Himpunan Pelajar-Mahasiswa Indonesia Jordan (HPMI) Saudara Abdul Aziz Bin Abdul Rahman yang sedang dirawat di Hospital Islam Amman, akibat mengidap penyakit Luekemia.

Saudara Abdul Aziz merupakan salah seorang pelajar Master dan bakal menamatkan pengajiannya pada fasal ini.

Turut hadir bersama barisan kepimpinan MPPMJ, Timbalan Presiden PERMATA, Saudara Fakhrul Hayyi Bin Mohammad dan YDP KMKJ, Saudara Ihsan Fadli Bin Che Min. Ketibaan beliau dan rombongan disambut kepimpinan HPMI dan ahli.



Presiden MPPMJ berkata “walaupun kita bukan dari satu negara akan tetapi talian Aqidah yang telah terjalin tak mengenal sempadan, semoga Allah menjadi saksi ikatan persaudaraan ini, marilah sama-sama kita mendoakan kesihatan Saudara Abdul Aziz dan saya berharap agar semua warga MPPMJ dapat menjaga kesihatan terutamanya di musim sejuk ini”.

Sumber : MPPMJ

No comments: