Saya yakin anda semua pernah mendengar istilah zon selesa. Ia adalah satu budaya peribadi iaitu berpuas hati dengan apa yang sedang dimiliki. Semuanya sudah cukup ‘baik’ sehingga dia tidak perlu lagi melakukan sesuatu untuk menjadi lebih baik.Merasa selesa dengan sesuatu keadaan sehingga berasa tidak perlu diperbaiki.
Enggan berfikir tentang masa hadapan,hanya ingin berfikir tentang perkara yang enak-enak sahaja. Mengapa harus bazirkan masa dengan berfikir tentang masa hadapan dan masalah ummah? Saya mahu memanfaatkan masa yang ada dengan perkara-perkara yang menyeronokkan dan selesa. Muda hanya sekali. Itulah apa yang mereka percaya.
Hakikatnya,mereka yang berazam ingin mencari keseronokan semata tidak akan pernah berpuas hati dengan keselesaan yang ada dan ingin terus mencari dan mencari keseronokan yang sebenar dan sudah pasti,ianya tidak berpenghujung. Malah,akhirnya menemui noktah kegagalan dan penyesalan.
Jelas tentang bahaya zon selesa? Mari kita berhijrah.
Zon selesa adalah musuh utama bagi insan yang menginginkan kecemerlangan dalam hidup di dunia dan akhirat. Dalam diri kita,ada banyak kekuatan yang tersembunyi. Kita berkuasa untuk memecahkan tembok penghalang dan memiliki kekuatan yang jauh lebih hebat daripada sebelum ini. Keazaman yang teguh dapat menghasilkan seribu satu keajaiban tanpa disedari. Niat dan kehendak teguh mendorong tindakan dan membawa kepada natijah yang cemerlang.
Kecemerlangan tidak diperolehi dengan mudah. Ada harga yang perlu dibayar. Kita harus mengharunginya dengan mujahadah. Inilah masanya untuk meninggalkan zon selesa dan melangkah kehadapan. Untuk berubah,tidak cukup dengan sekadar menginginkannya secara biasa-biasa tetapi mesti menginginkannya dengan berkualiti iaitu mahu berubah sekarang dan bukan esok atau akan datang. Teringat kata-kata sifu saya “Mengetahui sesuatu itu salah tetapi sering mengulanginya adalah suatu penyakit yang tidak dapat diubati melainkan diri sendiri yang mencari penawarnya”
Rahsia orang yang berjaya adalah mereka mempunyai satu kuasa yang dikenali sebagai ‘kuasa bertindak’. Mereka mempunyai kemampuan melaksanakan apa yang dirancang dan dapat melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu. Kesimpulannya,keazaman untuk berubah adalah tidak cukup andainya tiada kuasa bertindak. Firman Allah dalam kitab-Nya yang bermaksud :
Dalam kehidupan,kita sering menemui perkara yang mengecewakan. Anggaplah ia sebagai satu tarbiyah dan jangan cepat berputus asa. Sentiasa bersyukur dan yakinlah dengan hikmah aturan yang telah Allah tetapkan. Hargailah kesempatan yang masih diberikan Allah s.w.t ke atas hambanya dengan sebaiknya. Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian,melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh.
“When it rains all the birds fly for shelter but eagle alone avoids the rain by flying above the clouds.
Their problem is the same but their attitude differs”
Syahirah Salwa binti Md Harun
Timbalan Presiden 2
MPPMJ sesi 2011/2012
Sumber : MPPMJ
No comments:
Post a Comment