HUKUMBERKHATAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN
Dalam penetapan hukum,ulama' berselisih pendapat.
1) BERKHATAN BAGI LELAKI[1]
Pendapat pertama :Hukumnya wajib. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanifahdan ulama mazhab Syafie.
Antara dalil selain dalil yangtelah dikemukakan dalam bab pensyariatan di atas adalah :
[2]( ثُمَّأَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَمِنَ الْمُشْرِكِينَ )
Terjemahan : kemudian Kami mewahyukan kepada kamu (Muhammad ) , Ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah dariorang-orang yang musyrik.
Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta‘alamemerintahkan Nabi Muhammad s.w.t supaya mengikut ajaran-ajaran agama NabiIbrahim a.s dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim a.s itu ialah berkhatan.Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim a.s itu sendiriyang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((الفطرة خمس : الختان , والاستحداد، ونتف الإبط، وتقليم الأظافر، وقص الشارب ))
Terjemahan : Daripada AbuHurairah R.A. daripada Rasululullah S.A.W bersabda : Fitrah itu ada lima iaitu : khatan,mencukur bulu kemaluan, memotong bulu ketiak, memotong kuku, dan mencukur misai.
Pendapat kedua : Hukumnyasunat. Demikian pendapat dari kebanyakan ulama mazhab Imam Malik dan AbuHanifah. Pandangan yang sama dari Ibin Abi Musa dari ashab Ahmad hukumnyasunat.
الختان سنة للرجل , مكرمة للنساء ))))
Terjemahan : Khatanitu sunat bagi lelaki dan mulai bagi perempuan.
2) BERKHATAN BAGI PEREMPUAN[3]
Pendapat pertama : Hukumnya wajib. Pandangan ini dari ImamSyafie pada satu salah satu riwayatAhmad. Antara dalil yang dikemukakan adalah dari hadis Ummu Utayyah yangbertaraf hadith dhoif.
(( اخفضي ولا تنهكي فإنه أنضر للوجه وأحظى عند الزوج )) قال رسولالله :
Terjemahanan : Telah berkata Rasulullah SAW , kurangkanlahdan jangan berlebihan. Sesungguhnyayang menceriakan wajah dan disukai di sisi suami.
Pendapat kedua :Hukumnya sunnah. Pandangan ini dari Imam Abu Hanifah dan sebahagian mazhab ImamMalik. Juga riwayat lain dari Imam Ahmad.
قال رسول الله :) ( إذا التقى الختانان وتوارتالحشفة فقد وجب الغسل )).
Terjemahan : Telah berkata Rasulullah SAW , apabilabertemu dua khitan ( khitan lelaki dan perempuan ) , maka diwajibkan mandi.
Walaupun terdapat perselihan, dalam Fatwa Mesir yang telah disepakatiulama' pada tahun 1950 mengatakan bahawa khatan bagi perempuan adalah sunnah. Pemilihanitu juga berdasarkan dalil yang lebih sahih sanadnya.[4]
Selain itu, ada juga ulama' yang mengatakan khatan itu adalah suatukemuliaan bagi perempuan. Kesimpulannya, disepakati bahawa khatan bagi lelakiadalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, makapemerintah perlu bertindak ke atas mereka. Dan ia bukan dari syarat sahkeislaman seseorang atau syarat sah dalam menunaikan ibadah.[5]
Manakala bagi perempuan adalah sunnah.[6] Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliausetelah meneliti dalil-dalil yang ada. Katanya tiada dalil yang sohih sertaterlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan. Sebelum khatan dilakukan, lebih digalakkan melakukanpemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu atau tidak seorangwanita atau kanak-kanak perempuan itu berkhatan. Namun demikian, terdapatbanyak kelebihan sekiranya lelaki dan perempuan berkhatan. Kami akan perincikanpada perbahasan yang seterusnya.
Sekiranya seseorang itu menghadapi kesulitan untuk berkhatan sepertimenghadapi sesuatu penyakit pada tempat sulit tersebut atau akan lebihmemudharatkan dirinya sekiranya berkhatan, maka dia dibenarkan untuk tidakberkhatan. Keadaan ini selari dengan prinsip pensyariatan Islam bahawa sesuatu yangdisyariatkan bukan untuk memudharatkandan mengikut kemampuan seseorang. Kesihatanseseorang perlu diutamakan.
Terjemahan : danAllah tidak menjadikan di dalam agama sebarang daripada bebanan.
لاضرر و لا ضرار ) )
Terjemahan : Tiadakemudaratan dan tidak memudharatkan.
Iaitu tidak harus memulakanmudarat, dan tidak harus membalas sesuatu kemudharatan dengan kemudharatan yanglain.
[1] Al-hukum As-syarie fi khitan az-zukur wal-inas. DrMuhammad bin Lutfi As-Sibagh, m.s 6
[2] Surah an-Nahlu ayat123
[3] Al-hukum As-syarie fikhitan az-zukur wal-inas. Dr Muhammad bin Lutfi As-Sibagh, m.s 8,9 & 10
[4] Khitan Al-Inas baina tajrim wal-masyruiyyah, DrMahmud Ahmad Toha, Darul- Nahdhoh Al-Arabiah, m.s 22
[5] Al-hukum As-syarie fikhitan az-zukur wal-inas. Dr Muhammad bin Lutfi As-Sibagh, m.s 6
[6] Al-Khitan wa al-khifadh karangan Abdul GhalibAhmad Isa, cetakan pertama, m.s 17
[7] Surah al-Hajj ayat 78
HIKMAH &KELEBIHAN
Sesungguhnyasetiap amalan dalam Islam tentunya mempunyai hikmahnya. Biarpun Allah tidakmenjelaskan secara khusus hikmahnya tetapi daripada kajian sainstifik yangdilakukan pakar yang berkaitan menemui kebaikan mengapa amalan itudiperintahkan. Hikmah dan kelebihan itu boleh kita lihat dari tiga sudut iaitu sudut sudutkeagamaan, kekeluargaan dan sudut kesihatan.
AGAMA
Diantarasalah satu syiar islam ialah berkhatan yang merupakan tuntutan fitrah setiapinsan.Disamping itu, amalan ini dilaksanakan untuk menyempurnakan tuntutansyara’ dan sunnah seperti yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim a.s.
Terjemahan : Katakanlah(Muhammad) "benarlah (segala yang difirmankan) Allah". Maka ikutilahagama Ibrahim yang lurus dan dia tidak termasuk dalam kalangan orang-orangmusyrik.
Kepentingan berkhatan adalah untuk membezakanantara orang-orang islam dengan penganut-penganut agama lain.Namun begitusekarang ini orang-orang bukan Islam ada juga yang sudah mula berkhatan.
Berkhatan jugamerupakan suatu ikrar kesetiaan penghambaan terhadap Allah s.w.t dengan
patuhsegala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya. Sepertimana firmanAllah :
patuhsegala perintahNya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaanNya. Sepertimana firmanAllah :
Terjemahan : dan sesiapa yangmentaati Allah dan Rasulnya , maka dia menang dengan kemenangan yang agung.
Sepertiyang kita telah sedia maklum, Islam sangat menganjurkan agar setiap muslim menjagakebersihan termasuklah kebersihan pada anggota badan. Hal ini bagi mengelakkanterjadinya kekotoran yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit tertentu.
عن أبي مالك الأشعري أن النبي -صلى الله عليه وسلم قال: ((الطهـورشطر الإيمــان))
Terjemahan : Daripada Abi Malik al-'Asy'ari, sesungguhnya Nabi MuhammadSAW bersabda : Kebersihan itu sebahagian daripada iman.[3]
KEKELUARGAAN
Selain memenuhi tuntutan agama, kesedaran mengenai kebaikan berkhatantelah mendorong ramai lelaki moden melakukan amalan itu. Lelaki berkhatan turutmendapat kebaikan berkaitan hubungan seks. Zakar yang tidak ditutupi kulitlebih 'selesa' dan tidak mengalami gangguan ketika melakukan hubungan seks.
Dari sudutwanita pula, pemotongan sedikit hujung dari kelentit (clitoris) yangberada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelakidan wanita, dan kekuatan rangsangannya lebih sensitif dari zakar lelaki. Olehitu, berkhatan dapat mengeratkan hubungan intim dan kasih saying antara suamiisteri. Justeru, dapat mengelakkan pergolakan krisis rumahtangga.
Tambahan pula, sekarang ini telah timbul kesedaran di kalangan ibu bapauntuk mengkhatankan anak lelaki ketika usia beberapa hari. Proses ini dikatakanlebih mudah dan selamat. Kanak-kanak yang dikhatankan ketika usia bayi mempunyairisiko yang rendah mendapat jangkitan saluran kencing dan juga kencing malam.
Jelas sekali, semua peraturan yang ditetapkandalam Islam memberi kebaikan. Tidak benar jika dikatakan amalan itu satu bentukpenyeksaan. Ada pihak menakut-nakutkan orang bukan Islam agar tidak memelukIslam dengan alasan penderitaan yang terpaksa ditanggung semasa berkhatan.
KESIHATAN
Kebersihanmembawa kepada kesihatan. Beberapa kajian telah dibuat bagi menunjukkankelebihan berkhatan. Dr. Sobri Al-Qubbani dalam bukunya bertajuk `Kehidupan danSeksologi" menyebut bahawa khatan mendatangkan manfaat-manfaat berikutdari sudut kesihatan:
• Pembuangan kulit berkenaan (kulup/ prepuce)membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh,daki, pengumpulan lemak serta kuman yang terkumpul bahagian itu sekaligus menimbulkanbau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
• Mengurangkan risiko kanser prostat.
• Kanak-kanak yang berkhatan pada awal usia mendapat kurang risiko sindrom kencingmalam (nocturnal enuresis).
• Pembuangan kulit berkenaan (kulup/ prepuce)membebaskan seseorang daripada risiko penyakit kulit yang berpunca dari peluh,daki, pengumpulan lemak serta kuman yang terkumpul bahagian itu sekaligus menimbulkanbau yang busuk dan terdedah kepada jangkitan.
• Mengurangkan risiko kanser prostat.
• Kanak-kanak yang berkhatan pada awal usia mendapat kurang risiko sindrom kencingmalam (nocturnal enuresis).
KANSER ZAKAR
Dr. Edgar J. Schoen pernah melakukan satukajian bersama rakan-rakannya dan mendapati daripada 89 kes kanser zakar, 87daripadanya adalah daripada kalangan lelaki yang tidak berkhatan. Justeru,mereka merumuskan, khatan mencegah lelaki daripada mengidap kanser zakar danpenemuan ini dimuatkan di dalam majalah ’Pediatrics’.[4]
Menurut Dr.Edgar J. Schoen lagi, luka yang sering berlaku di kulit yang menutupi zakarsemasa melakukan persetubuhan memudahkan lelaki yang tidak berkhatan dijangkitikuman penyakit jangkitan seksual, terutamanya sifilis, chancroid dan genitalherpes. Dr. Gerald Weiss pula menegaskan bahawa bahagian bawah kulit yangmenutupi kepala zakar menjadi tempat takungan pelbagai jenis kuman. Tanpakhatan, kanak-kanak lelaki berisiko mengalami infeksi yang kadangkalamengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Kajian dijalankan di luarnegara yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal perubatan antarabangsa melaporkankulit yang dibuang ketika berkhatan mempunyai potensi pra-malignan iaitu adakecenderungan untuk menjadi barah. Membuang kulit itu secara langsungmenghilangkan risiko mendapat barah terutama jenis karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma).
Kajian pemerhatian turut menunjukkan risiko kanserzakar adalah rendah di kalangan mereka yang berkhatan, lebih-lebih lagi bagimereka yang berkhatan ketika umur kurang dari satu tahun.
PHIMOSIS
Phimosis adalah keadaan kulit dihujung kemaluan lelaki tidak dapat ditarik atau tertarik ke belakang ketikaereksi (keadaan fisiologi di mana zakar menjadi pejal dan mengembang). Keadaanitu memberikan kesakitan kepada mangsa yang mengalaminya selain potensigangguan kepada perjalanan air kencing atau fungsi seksual. Ada juga kajianmenunjukkan phimosis ialah faktorrisiko untuk mendapat barah. Walaupun ada beberapa kaedah lain untukmerawatnya, berkhatan antara cara paling awal dilaksanakan dan berkesan. Jikapesakit melaksankan khatan, secara mudahnya kulit yang mengalami masalahtersebut akan dibuang. Lantas, menyelamatkan pesakit daripada penyakit ini.
JANGKITAN KUMAN SALUR KENCING DAN GANGGUAN FUNGSI BUAH PINGGANG
Berkhatan dapat mencegahjangkitan kuman salur kencing. Kajian telah membuktikan bahawa bayi yang berkhatanmempunyai 10 kali lebih rendah kadar risiko jangkitan kuman salur kencingberbanding mereka yang tidak berkhatan. Jangkitan kuman salur kencing padakanak-kanak kecil adalah serius kerana tanpa rawatan ia akan merosakkan fungsibuah pinggang dan mengakibatkan kuman tersebar ke seluruh tisu badan.[5] HumanPapillomavirus yang telah berada di pangkal zakar mempunyai potensi untuk memulakan jangkitan.
KANSER SERVIKS ( PANGKAL RAHIM )
Berkhatan juga mampumengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser zakar, prostat, sertakanser serviks (pangkal rahim) dan payudara kepada wanita. Telah dibuktikanbahawa kuman yang dinamakan HumanPapilloma Virus (HPV) adalah antara faktor pencetus kanser serviks dikalangan wanita. Kuman ini didapati berlindung di bawah kulit hujung zakar dandipindahkan kepada wanita semasa persetubuhan. Terdapat kajian menunjukkan jikasemua lelaki berkhatan, maka sebanyak 20% kadar kejadian kanser serviks bolehdielakkan. Namun, tiada kajian spesifik yang dilakukan bagi menyokong teori ini.
HUMAN IMMUNIDEFICIENCY VIRUS (HIV)
Pada 28 Mac2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan pentingberkenaan kaedah pencegahan kuman HIV. Kenyataan itu berbunyi, ‘Kajiansaintifik telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa lelaki berkhatanmengurangkan kadar perpindahan kuman virus HIV kepada wanita atau isteri.Seeloknya, berkhatan dilakukan sewaktu berumur lebih kurang satu tahun keranakadar risiko dan komplikasi prosedur lebih rendah’.
Berkhatanjuga telah mula diamalkan di negara yang berisiko tinggi akan jangkitan HIVseperti di beberapa buah negara di benua Afrika. Hasil kajian seperti yangpernah dibentangkan oleh penyelidik Amerika Syarikat, Dr Milton Amayun padaSidang Belia HIV/AIDS yang dianjurkan WorldVision International di auditorium Universiti Pengurusan Singapuramembuktikan kelebihan amalan ini.
Dalamkertas kerjanya, beliau menyatakan, mengkhatankan anak lelaki bolehmengurangkan risiko jangkitan HIV sebanyak 70 peratus berbanding mereka yangtidak dikhatankan. Katanya, amalan ini juga salah satu sebab kurangnya bilanganjangkitan HIV di kalangan lelaki yang mengamalkan berkhatan dari agamatertentu, terutamanya Islam. Penyelidik Perancis yang menjalankan kajian diAfrika Selatan dan penyelidik di Kenya yang dibiayai Yayasan Gates menunjukkandua pertiga lelaki dikhatankan tidak dijangkiti HIV. Kajian itu dijalankan keatas 3,000 lelaki yang disahkan tidak menghidap HIV. Malah, beliau berkata,keberkesanan ciri pencegahan jangkitan HIV bagi lelaki yang dikhatankan sekuatvaksin yang digunakan. Katanya, kulit luaran zakar lelaki yang tidak dibuangboleh menjadi tempat virus membiak dan merebak. Kajian Yayasan Gates itudijalankan ke atas golongan aktif seks iaitu lelaki berusia di antara 18 hingga24 tahun. Separuh daripada 3,000 lelaki itu dipilih secara rawak untukdikhatankan. Selepas mengikuti rapat perkembangan lelaki itu selama setahun,penyelidik mendapati setiap 10 lelaki kajian itu yang tidak dikhatankan sudahdijangkiti HIV, virus yang menyebabkanAIDS (Sindrom Kurang Daya TahanMelawan Penyakit). Kajian itu turut mendapati hanya tiga daripadalelaki yang disunatkan dijangkiti virus berkenaan, lapor akhbar The Wall Street Journal bertarikh 5Julai 2005.
[1] Surah Ali-'Imran ayat95
[2] Surah al-Ahzab ayat71
[3] Diriwayatkanoleh Imam Ahmad, Muslim dan Tarmidzi, seperti di dalam Al-Jami' As-Saghir,daripada hadith 40 Imam an-Nawawi.
[4] Dr danialZainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden,(thn terbitan 2007), ptsmillennia sdn. Bhd., m/s 153 bab 86
[5] 31 Dr DanialZainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden,(thn terbitan 2007), ptsmillennia sdn. Bhd., m/s 153 bab 86 (khatan dan sains)
bersambung..
No comments:
Post a Comment