Sunday, March 11, 2012

KEKUATAN ITU DARI ALLAH

" Anisatul-Qalbi dipersilakan ke hadapan, " doktor pensyarah memanggilnya pagi itu ketika sesi penyerahan kertas peperiksaaan.

Dapat sahaja kertas yang diberikan, dirinya senyap tertunduk. Markahnya sederhana.

" Kamu ada masalah ? " soal doktor seakan mengharap anak didiknya mendapat markah yang lebih tinggi atau markah penuh.

" Maafkan saya doktor, saya telah mencubanya, " serba salah.

Setahunya, dia telah mengulang banyak kali subjek itu.

Namun dia tetap bersyukur. Alhamdulillah.

----------------------------------------

Memang perjuangan ingin menjadi hamalatul Quran bukan mudah, banyak pengorbanan yang diperlukan. Saya bantu setakat yang termampu, awak berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Semoga Allah sentiasa melapangkan masa-masa kita untuk Al-Quran. Sentiasalah perbaharui niat.[ sahabat Anisatul-Qalbi ]

" Siapa Anisatul-Qalbi ? Sila ambil kertas kamu, " dipanggil lagi namanya oleh doktor bagi subjek yang lain.

Dia ke hadapan sambil hatinya berdebar. Doktor tersenyum.

Sebaik kembali di tempat duduk, teman-teman yang lain mengerumuninya dan mengucapkan tahniah. Markahnya antara yang tertinggi, hampir saja markah penuh. Alhamdulillah 3x. Allah, terharu rasanya.

Setibanya pulang dari universiti dia terus sujud dan berdoa tanda kesyukuran.

Semahunya dia tidak mahu kesibukan menjadi fitnah terhadap pelajaran. Semahunya juga tidak mahu kesibukan menjadi alasan terhadap ketidak bersamaan dengan teman sejatinya,Al-Quran.

Teringat pada malam sebelum peperiksaan subjek itu, dia masih belum menyempurnakan ulang kaji. Usahanya hanya dikerah menghafal dan mengulang Al-Quran. Ada kelas tasmi' pada malam itu. Selepas maghrib dia bersungguh keluar rumah seorang diri. Sahabatnya tidak dapat pergi sekali kerana tidak berkesempatan.

Hatinya sedikit tidak tenang jika diri tidak hadir ke kelas tasmi' walaupun dapat memberikan alasan yang agak munasabah seperti alasan peperiksaan. Pulang dari kelas tasmi', terus diselak buku pelajaran. Lega.



Mungkin markah tinggi yang Allah berikan padanya sebagai peniup semangat agar istiqamah menghafaz dan meneruskan ulangan Al-Qurannya.

Mungkin markah yang tinggi itu berkat dari keyakinan dirinya terhadap Allah akan segala usaha pada malam itu.

Manakala markah yang sederhana itu bukan bermakna Allah tidak ingin mengurniakan yang lebih baik dan hakikatnya itulah yang terbaik. Dia percaya, Allah suka pada hambanya yang terus istiqamah berusaha. Allah sentiasa rindu pada suara hamba-Nya yang suka meminta, kerana itu Dia ingin hamba-Nya terus berbicara memohon dengan sabar dan yakin.

Ibu hanya mampu mendoakan. Teruskanlah berusaha anak ibu. Biar pun sedikit tetapi 'cair' dan dapat diamalkan. [ Ibu ]


Sabar itu indah

Alangkah besar nikmatnya anugerah Allah,

Memuliakan dirimu dengan kitabNya,

Siang dan malam kau bermujahadah,

Bersusah payah menghafaznya.

Jangan lekas berputus asa,

Ia kan berbalas juga,

Kerana setiap yang susah ada hikmahnya,

Berusahalah, berdoalah dan bertawakkallah.

Bukan semua orang mendapat apa yang dicita,

Sedangkan Allah punya kuasa mengurniakannya,

Bersabarlah dalam mujahadah,

Kerana sabar itu terlalu indah.


- klik : lirik dari Al-Anwar -


قال بعض الحكماءالعلماء: ليس الشأن أن تُحِبّ، إنما الشأن أن تُحَب
Ada Al-hukama' yang bijaksana berkata : " Bukanlah yang penting ( menjadi hal ) itu kamu mencintai, sebaliknya yang penting ( menjadi hal ) itu adalah : kamu dicintai. "

Cinta Allah itu adalah yang teragung. Sungguh, mengharap agar diri ini termasuk dalam golongan hamba-Nya yang dicintai. Allah, layakkah hamba-MU ini ?


Allahu a'lam.



I 3.30 pm I
I 18 Rabiul Akhir 1433H I
I Syari' Dhoha, Jordan I

No comments: