Sunday, March 25, 2012

BIARLAH RAHSIA


بسم الله الرحمن الرحيم

Sengaja ingin mengajak pembaca mendengar video ini. Tajuknya " Diari Rahsia ". Apa yang perlu dirahsiakan, bahananya bila rahsia dibongkarkan dan pelbagai lagi persoalan. Mungkin perbincangan tajuk ini khusus bagi yang sudah berumah tangga, namun ia juga boleh memberi pengajaran kepada yang belum mendirikan rumah tangga. Agama itu nasihat. Jom !

Fahami. Koreksi. Refleksi & aplikasinya harus mengikut situasi.





Orang hebat sebelum berkahwin belum tentu hebat selepas berkahwin.

Hebat dalam pendidikan. Hebat dalam berbicara. Hebat dalam beribadah. Hebat dalam persatuan. Hebat dari banyak segi. Banyaknya maksud hebat dari pelbagai dimensi.

Mereka yang menganggap selepas berkahwin sama hebatnya sebelum berkahwin adalah mungkin mereka merasakan diri mereka hebat. Hakikatnya, dua alam kehidupan itu amat berbeza.

Jika hebat dalam dua-dua keadaan, Alhamdulillah. Semoga istiqamah. Moga kita semua hebat di hadapan-NYA.


" Lelaki & wanita yang hebat juga adalah mereka yang menjaga akhlak ( kata-kata & perbuatannya ), berusaha mengendalikan emosi diri serta orang lain dengan cara terbaik, sanggup berkorban & bertolak ansur agar tidak menjadi beban kepada insan di sekelilingnya. Moga rahmat-NYA mengiringi. " - Anisatul- Qalbi -


Hidup berumah tangga bukan untuk mengejar kehebatan dan bukan sebagai gelanggang mempamer kekuatan sebaliknya hidup untuk saling lengkap melengkapi agar menjadi hamba yang terbaik di hadapan-NYA. Ia juga sebagai gelanggang menanam kebahagian yang berpanjangan.

Tidak dinafikan kehidupan semasa bujang mampu melatih diri sebagai persediaan sebelum berkahwin tetapi bukan dalam semua situasi.

Ingin berlatih memujuk isteri, aplikasi yang hakiki dapat dibuat selepas berkahwin. Jangan cuba berlatih dengan orang yang tidak sepatutnya. Di sinilah boleh timbulnya fitnah.

Contohnya mengaplikasikannya terhadap rakan wanita di tempat kerja, yang menjadi timbalan dalam urusan persatuan dan seumpamanya.

Begitu juga dengan wanita yang belum berkahwin. Apa yang patut menjadi rahsia seorang wanita, tutup dan simpanlah.

Profesional dalam bekerja, di luar kerja menjaga. Batasan syariat yang memagari demi menyelamatkan keadaan keduanya dari tragedi yang tidak diingini.

Bila tabiat ketika bujang sukar dihakis di mana apa yang patut menjadi rahsia boleh dikongsikan kepada sesiapa pun. Maka, tidak mustahil apa yang patut menjadi rahsia rumah tangga terbongkar kepada sesiapa sahaja.

Tidak hairanlah setelah berumah tangga tiada lagi yang menjadi rahsia. Tiada lagi manisnya sebuah perkongsian.


" Isteri yang bijaksana adalah isteri yang pandai menjaga rahsia rumah tangga."
~Naasir As-Syafie dalam bukunya, Happiest wife in the world ~ 
 
Jangan kerana rahsia, kita berbalah. Jangan kerana rahsia, kita berpecah. Berhati-hatilah. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang pandai menjaga rahsia.


اللّهمّ اغفر لنا ذنوبنا و استر عيوبنا وارفع درجاتنا على ما قمنا به تجاهك ربّنا يا رحيم

" Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan tutuplah segala kekurangan diri kami ( aib ) dan tinggikan darjat kami pada apa yang telah kami lakukan terhadap-Mu Tuhan kami, Wahai Yang Maha Mengasihani. "




Sekadar pandangan dari orang bujang. Takut juga. Allahu a'lam.

I 3.55pm I
I 25 Mac 2012 I
I Syari' dhoha, Irbid I

No comments: