Wednesday, May 2, 2012

DI PENGHUJUNG

 Kepimpinan : Teman seperjuangan MPPMJ 2011/2012


Gigih ketitir meneguh harapan
menginfak diri dalam perjuangan
segigih hujan membersih arang hitam
menyiram siang & malam..

Biar mujahid mujahidah itu
harungi lautan samudera
jelajahi bumi persada
membela agama menyubur hati
mengindah dunia menabur budi
memburu cinta Allah & Kekasih Ilahi..

Biar mujahid mujahidah itu
meski ditohmah badai menerjah
terus bertumah melangkah
berbekal sabar & istiqamah
menyambung kembara harakah
perjuangan sirah nabawiyyah..

Walau antartika tak berujung
ruh jihad tetap berkunjung
kerana yang ingin disanjung
Islam & kalimah Allah Yang Agung
biar syahid syahidah menjadi penghujung..
      

" ركود الماء يفسده فراغ الشاب يقتله " 
  Statiknya air akan merosakkannya, ( statiknya ) pemuda dengan masa lapang akan membunuh dirinya - pepatah arab -


" Bukan mudah menjadi seorang yang istiqamah , 
kerana ia memerlukan iman yang sejahtera & hati yang tabah. "



Tahfiz Az-Zikr : Teman seperjuangan Gen 5 & murabbi

No comments: