Tuesday, March 6, 2012

BERKHATAN : ISU DAN CABARAN ( Akhir )


TEKNIK & KAEDAH
KAEDAH UMUM
Kaedah ini adalah evolusi bagi kaedah klasik. Dalamkaedah ini, semua prosedur telah mengikut peraturan yang ditetapkan dan kaedah ini dapat meningkatkan lagi keberhasilan perkhatanan. Perkara yang umumnya terlibat atau dilakukan ketika melaksanakan kaedah ini adalah:
1) Pembiusan
2) Penggunaan pisau bedah yang lebih tepat
3) Tenaga doktor yang professional
4) Teknologi jahitan benang yang dapat menyatukan kulit. Dengan adanya kelengkapani ni, kadar infeksi selepas operasi dapat dikurangkan.

FLASHCUTTER
Kaedah ini merupakan perkembangan secara tidak langsung dari kaedah Electrocautery. Melalui kaedah ini, sebilah logam yang sangat tipis dan diregangkan sampai menjadi seperti benang logam digunakan untuk memotong kulit di hujung zakar (kulup/prepuce) . Logam tersebut kemudiannya dipanaskan dengan menggunakan bateri atau pembekal elekrik (DC power supply). Tujuan pemanasan logam tersebut dilakukan adalah untuk membunuh bakteri yang kemungkinan terdapat padazakar. Selain itu, pemanasan juga dilakukan untuk mempercepat pemotongan kulitberkenaan. Oleh kerana alat ini menggunakan bateri, alat ini ini memudahkan doktor yang memilikinya melakukan proseskhatan dari rumah ke rumah.

LONCENG ATAU IKAT
Dalam kaedah ini, tidak ada pemotongan dilakukan dan melalui kaedah ini, orang yang akan disunatkan tidak akan rasa sakit.Namun, kaedah ini memerlukan waktu yang agak lama untuk selesai iaitu maksimum selama 2 minggu. Banyak kontroversi berlaku ke atas kaedah ini kerana kemungkinan untuk berlaku infeksi (jangkitan) adalah amat tinggi. Kaedah khatan secara ikat adalah seperti berikut:
1. Seluruh bahagian penis dibersihkan.
2. Bahagian kulit yang akan dipotong dan diukur.
3. Kulit yang telah diukur kemudian diikat menggunakan seutas benang.
4. Ikatan dibiarkan hingga menjadi nekrosis (kulit mati).
5. Kemudian, nekrosis menjadi lembik dan mudah dibuang.
6. Proses khatan selesai dengan memberi ubatanti-infeksi kepada orang yang disunat.
Kita dapat lihat bahawa melalui kaedah ini, nekrosis akan berlaku, iaitu kulit akan mati kerana tidak terdapat aliran darah. Oleh itu, kaedah ini sangat tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kemaluan.

TARA KLAMP
Tara Klamp ini ditemukan oleh seorang professoriaitu Dr. Tara Gurcharan Singh pada awal tahun 1990. Tara Klamp ini diperbuat daripada plastik dan hanya digunakan sekali sahaja. Melalui kaedah ini, kulit yang dibuang akan dilebarkan, kemudian kulit tersebut akan ditahan dengan TaraKlamp. Dalam masa 3-5 minit, kulit tersebut akan tercabut dengan sendirinya disebabkan oleh tekanan dari Tara Klamp itu. Walaupun kaedah ini menggunakant ekanan, tanpa menimbulkan rasa sakit, pendarahan dan jahitan.

LASER CARBONDIOXIDE (karbon dioksida)
Kaedah ini menggunakan laser untuk proses pemotongan kulit di hujung zakar (kulup/ prepuce). Kaedah ini merupakan kaedah tercepat selain menggunakan kaedah klasik kerana disokong oleh teknologi yang maju. Proses berkhatan dengan menggunakan laser adalah seperti berikut:
1. Kulit penutup zakar akan diberikan ubat bius disekitar pangkal penis
2. Kulup/ prepuce yang akan dipotong kemudiannya diukur dan ditahan dengan menggunakan klamp.
3. Laser kemudian dihalakan tepat ke arah klamp tersebut
4. Setelah selesai proses pemotongan, klamp tersebut akan dibuka.
5. Selepas itu, zakar akan dijahit agar hasil potongannya tidak terlalu nampak apabila zakar yang dikhatan itu sembuh, dan ia juga bertujuan untuk mencegah luka daripada merebak.
Kaedah khatan ini memakan masa lebih kurang 15 minit, bergantung kepada komplikasi. Proses pemotongan pula hanya memakan masa kurang dari 1 minit kerana kaedah ini menggunakan laser. Biasanya kaedah ini disarankan kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 12 tahun.
SUNATHRONE (ALAT KHATAN)
SUNATHRONE merupakan alat berkhatan plastik pakai buang yang diperbuat daripada "foodgrade‟ plastik dan diletakkan pada kulup alat sulit lelaki bergantung kepada saiznya. SUNATHRONE akan tertanggal dengan sendirinya setelah luka khatan itu sembuh. Pesakit tidak perlu datang untuk kali kedua semata-mata bertujuan untuk menanggalkan alat khatan pakai buang yang sering kali menyakitkan.
Pada mulanya doktor akan mengukur diameter alat sulit untuk menentukan saiz bersesuaian dengan menggunakan alat yang dinamakan ’Sunameter’.
- Doktor akanmemberikan suntikan bius.
- bahagian kulit di hujung zakar (kulup/ prepuce) yang hendak dibuang akan ditanda
- tiub akan dimasukkan ke dalam bahagian yang ditandai tadi.
- Alat pengunci dipasang pada bahagian berkenaan untuk memastikan kedudukan tiub berada pada kedudukan yang tepat dan diketatkan. Untuk memastikan ia diketatkan dengan sempurna, peralatan yang dinamakan ’Sunalever’ digunakan bagi memudahkan kaedah berkhatan.
- Bahagian kulup yang hendak dibuang dipotong menggunakan peralatan khas seperti scalpel, gunting atau diathermy/cautery yang dipanggil oleh kebanyakan orang sebagai kaedah laser.
- Kemudian bahagian hujung tiub tadi akan dicabutdan yang tinggal hanyalah sebahagian kecil tiub berbentuk cincin dibiarkan melekat pada alat kemaluan.
- Cincin itu akan dibiarkan begitu dan akan ditanggalkan atau tertanggal sendiri apabila sembuh sepenuhnya beberapa hari selepas itu, biasanya antara 5 hingga 14 hari.

KAEDAH KHATAN BAGI PEREMPUAN
Berkhatan bagi perempuan ialah dengan memotong sedikit hujung daging yang berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan. Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3sentimeter).

Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa. Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen. Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa. Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik matapisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan. Bagi wanita dewasa pula,selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam.



KESUKARAN BERKHATAN
وتغتفرالمفسدة العارضة من أجل المصلحة الدائمة
Terjemahan :Tidak diambil kira keburukan yang terputus-putus , dalam usaha meraihkemaslahatn yang kekal dan berterusan.

لاتترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة
Terjemahan :Tidak harus meninggalkan maslahat yang pasti kerana takutkan kemudaratan yangtidak pasti dan menurut andaian yang lemah.[1]



HAEMOPHILIA
Haemophilia adalah penyakit yang melibatkan kegagalan fungsi darah di mana darah pesakit tidak dapat membeku secara normal disebabkan kekurangan faktor pembeku dalam darah (clotting factor). Pakar perubatan belummenemui ubat bagi merawat penyakit keturunan (genetic) ini dan pesakit akan menderita sepanjang hayat. Pesakit haemophilia akan mudah mengalami pendarahan walaupun hanya berpunca daripada kecederaan kecil seperti pendarahan dalam sendi tulang, pendarahan hidung dan pendarahan dalam otak. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walau bagaimanapun, aspek taharah (bersuci) bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci.
Namun begitu, mengikut kajian yang telah dilakukan oleh pakar perubatan di Turki terdapat teknik yang sesuai untuk mengkhatankan pesakit haemophilia sejak 12 tahun yang lepas. ‘Turkish Method’merupakan salah satu cara berkhatan yang tidak berlaku pendarahan dengan menggunakan ‘diathermic knife’. Berdasarkan kajian tersebut, pada tahun 2003, jumlah pesakit haemophilia yang berjaya dikhatankan dengan menggunakan teknikini adalah seramai 56 orang. Di Malaysia, selain daripada masalah kekurangan alatan yang moden, masalah kos yang terlalu tinggi juga dititik beratkan.Golongan pesakit yang berpendapatan rendah dan sederhana sudah tentu tidak mampu untuk berkhatan melalui teknik yang telah ditemui.

OBESITI
Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak terlalu banyak. Bagi kanak-kanak obes, masalah utama apabila ingin berkhatan adalah tisu persekitaran di kawasan kemaluan tebal disebabkan oleh lemak yang terlalu banyak. Ini menjadikan kepala zakar seolah-olah tenggelam ke dalam dan yang kelihatan cuma kulit sahaja. Hal ini boleh menimbulkan kesukaran apabila doktor ingin memberikan bius setempat kerana lemak yang terkumpul. Masalah lain seperti kesan bius yang singkat, masa menjalankan khatan lebih panjang. Penjagaan selepas khatan perlu lebih rapi dan yang paling utama ialah masalah bahagian hujung kulit yang perlu dibuang tidak habis dipotong. Ini menyebabkan apabila mereka telah besar dan tidak lagi obes,mereka mendapati kepala zakar telah tertutup semula dan tiada cara lain lagi selain daripada berkhatan semula.

UMUR BERKHATAN
Pertikaian mengenai umur berkhatan sering timbul dalam kalangan masyarakat bukan Islam.Terdapat juga segelintir yang mendakwa mengkhatankan kanak-kanak atau bayi yang masih kecil menyeksakan dan lebih agresif lagi, mereka mendakwa itu merupakan satu kezaliman bagi kanak-kanak kerana mereka masih lagi kecil dan tidak mampu mengawal emosi takut mereka apabila berhadapan dengan prosedur berkhatan. Ya, tidak dinafikan bahawa kawalan emosi itu sedikit sebanyak memberi kesan. Namun demikan, kita perlulah melihat dari aspek positif mengapa berkhatan itu sunat dan sangat digalakkandilakukan pada usia yang masih muda iaitu ketika masih lagi kanak-kanak.Tambahan pula, ada pendapat ulama yang mengatakan bahawa umur berkhatan adalah pada usia tujuh tahun selari dengan hadis Rasulullah SAW tentang tanggungjawab ibubapa menyuruh anak-anak medirikan solat ketika berumur tujuh tahun.[2]
Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed menyatakan bahawa jika kanak-kanak melalui pengalaman berkhatan lebih awal, maka mereka mudah melupakan traumanya memandangkan usia mereka masih muda.Selain itu juga, berkhatan pada usia muda dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat berkhatan.
Selain itu,menurut Pakar Urologi Prof Madya Dr. Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi,Pusat Perubatan UKM, Cheras, berkhatan lebih awal dapat mencegah penyakit dengan lebih awal sebagaimana saranan mencegah lebih baik dari mengubati.Contoh penyakit yang melanda kaum lelaki pada bahagian alat sulit ialah penyakit balanitis. Balanitis ialah infeksi yang berlaku akibat kekotoran yang terkumpul di bahagian kepala zakar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, berkhatan pada usia yang muda adalah pilihan yang paling bijak.Hal ini kerana, berkhatan pada usia muda dapat mengurangkan pengumpulan smegma pada bahagian kepala zakar, dan seterusnya mencegah infeksi. Sudah terang lagi bersuluh, dakwaan mengenai khatan pada usia muda adalah satu kezaliman sememangnya salah kerana ia lebih banyak membawa manfaat kepada kaum lelaki.

PENUTUP
Kesimpulannya, berkhatan adalah pembedahan kecil yang amat digalakkan kerana terdapat pelbagai kebaikan yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik. Persediaan fizikal dan minda amat penting kepada anak anda agar prosedur yang dijalankan selamat dan anak anda akan sembuh dengan cepat. Ramai manusia khususnya bagi kaum hawa telah mengabaikan amalan berkhatan ataupun berkhitan ini.
Benarlah apa yang dikhabarkan Rasulullahs.a.w bahawa Islam ini akan menjadi asing. Mengapa islam ini akan menjadi asing? Jawabnya mudah : Kerana manusia semakin jauh meninggalkan agamanya, mereka tidak mengenal syariat islam ini, tidak mengerti makna syahadat dan konsekuensinya, tatacarawudhu’, ibadah solat apalagi khatan bagi wanita. Sunnah lama yang telah dilupakan dan diabaikan.Kecuali orang yang dirahmati oleh Allah Ta’ala. Khatan adalah fitrah manusia, demikianlah sabda rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Khitan merupakan syariat islam yang mulia. Rasulullah bersabda kepada Ummu ‘Athiyah:

(احْفضيْوَلاَ تَنْهِكِيْ فَإِنَّهُ أَنْظَرُ لِلْوَجْهِ وَأَحْظَى لِلزَّوْجِ )
Khitanlah, jangan terlalu banyak, sesungguhnya itu lebih mencerahkan wajah dan menyenangkan suami”.
(HR. Abu Dawud, Al Hakim, Ibnu ‘Adi, Al Khatib AlBaghdadi)


[1] Ini adalah antarakaedah fiqh dalam menyelesaikan pertembungan antara keburukan dan kebaikansesuatu perkara. Buku Fiqh Awlawiyat.
[2] Tuhfah al-maudud biAhkam al-maulud, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, tahqiq Basyir Muhammad 'Uyun, m.s 125



Terima kasih kepada yang membantu dan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung demi menjayakan kertas kerja ini. Hanya Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

Tamat .

I 12 Rabi’ al-Akhir 1433H I
I Syari' Dhoha, Irbid. I

No comments: