Friday, March 16, 2012

SERANGAN ZIONIS

[1] 18 Terbunuh Serangan Zionis Ke Atas Gaza


Gaza, 16 Mac - Serangan Udara oleh Angkatan Tentera Israel ke atas Gaza telah menyebabkan 18 kematian dan 53 kecederaan sehingga kini. Serangan yang bermula pada 9 Mac lepas menurut Israel bertujuan melumpuhkan serangan roket oleh pejuang Palestin ke atas negara haram Israel.



Rakyat Palestin yang terkorban akibat keganasan Israel


Tentera Israel juga telah melancarkan operasi pencerobohan ke atas rumah penduduk Gaza dan menyoal siasat warga Palestin. 12 orang penduduk dilaporkan telah ditahan oleh tentera Israel dalam operasi tersebut.
Selain itu, ramai bekas tawanan Palestin yang baru dibebaskan dalam peristiwa pertukaran tawanan Hamas Palestin dan Zionis Israel juga ditangkap semula sejak awal tahun ini. Seramai 200 orang warga Palestin ditahan dalam operasi ketenteraan Israel di wilayah Hebron bermula Januari 2012.
Dalam pada itu, Khaled Al-Batesh, pemimpin gerakan Jihad Islam di Gaza menegaskan bahawa tiada ruang perdamaian antara Palestin dan Israel ekoran tindakan agresif Israel yang semakin melampau.
Kenyataan ini disokong oleh Doktor Ismail Radwan, pemimpin Hamas di Gaza yang meminta dunia Arab dan pemimpin negara Islam untuk mengambil tindakan ke atas Israel.
Tindakan ketenteraan yang agresif ini disifatkan sebagai kegagalan 'Perjanjian Damai' antara Palestin dan Israel yang dipelopori oleh Mesir.

Sumber : MPPMJ





























































































































































































































[2] Serangan rejim Zionis, warga tua terbunuh







Jumaat, 16-03-2012 - Serangan udara oleh rejim Zionis pada tengahari Ahad lalu telah mengorbankan seorang lelaki Palestin berusia 60 tahun dekat kawasan perniagaan di Bandar Gaza, kata sumber tempatan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC). Menurut mereka, warga emas yang terbunuh itu, Adel Isy, merupakan seorang pengawal keselamatan kepada ladang keluarga Wahidi yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.
Seorang kanak-kanak Palestin dan seorang pengantin baru juga terbunuh pada awal Ahad lepas dalam dua serangan berbeza yang dilakukan oleh rejim Zionis, manakala 4 orang yang lain tercedera. Mangsa terbaru ini menjadikan angka korban rakyat Palestin seramai 18 orang dalam serangan bertubi-tubi oleh rejim Zionis ke atas Gaza yang bermula Jumaat lepas.

Sumber : palestinkini

No comments: