Pengikut yang menemani..

KETITIR MENYEPI


بسم الله الرحمن الرحيم


Secerah mentari
setenang bulan di langit Ilahi

Ingin berlari puas
di langit yang luas tanpa batas

Diasak..diterjah
memberkas jiwa
tetap membohongi rasa

Saat jasad masih berpadu nyawa
hati dipeluk kuat kasih-NYA
nikmatnya membunga

Kehidupan hari ini
tidak semudah semalam
bukan seperti pengorbanan pada hari ini
sebagai insan bergelar hamba Ilahi

Ada yang perlu dikorbankan
ada yang terpaksa dilepaskan

Dalam duka
pelajaran hujan menyapa
siang dan malam
diam terus menyiram
menikam dendam
dengan kesabaran
menumbuhkan harapan

Menyulam impian terbaik
hamparan dicarik

Cuba lagi
dan terus mencuba lagi

Biar ketitir menyepi
tapi bukan seorang dai'e
meskipun jasad menunggu mati

Namun gundah si pelangi
andai ketitir terus menyepi
sanggupkah alam bernyawa lagi

Ketitir menyepi
membayang indah segala mimpi
menjadi realiti
memohon setiap langkah dan pergerakan
diiringi redha Rabbul Izzati
membawa ke syurga
yang kekal abadi..



~ hati_ARIA ~




I 11.11 pm I
I 24 Rabi'ul Akhir 1433H I
I Syari' Dhoha, Irbid I

No comments: