Tuesday, December 21, 2010

~ أيا مَنْ يَدَّعِيْ الفَهْمْ

12:18 PM 0 Comments
Alhamdulillah diri ini masih diberi nikmat kehidupan.Hadirnya puisi yang agak menyentuh hati.Mungkin ada juga bait-bait indahnya yang terkena batang hidung sendiri.Masya Allah.Sungguh,bahasa itu memang indah.Betul!Lebih-lebih lagi bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Al-Quran juga bahasa yang digunakan oleh kekasihNya yakni Bahasa Arab.Tak bermakna saya tak suka bahasa lain kerana bahasa itu 'cantik' tidak kira bahasa apa pun.Cuma yang teristimewa itu adalah Bahasa Arab.

Adakah Bahasa Arab itu Bahasa Ahli Syurga ? Sila klik di sini.

Hari ini,ada sedikit perkongsian buat pembaca.Saya amat lemah bahasa dan mungkin tidak dapat menterjemahkannya dengan tepat.Jika terdapat sebarang kesilapan, harap dapat maklumkan kepada saya.Tetapi, apa yang saya lampirkan tidak lari jauh dari maknanya,Insya Allah.Ia melalui kefahaman & rujukan saya daripada sahabat arab.Semua sahabat-sahabat arab saya tidak sama dalam menyatakan makna dan kefahaman setiap patah perkataan.Walau bagaimanapun,ia sedikit sebanyak membantu saya dalam memahami puisi ini.Puisi ini terlalu mendalam,boleh buat kelas tambahan.Mendalami maksud,tatabahasa dan sebagainya.

Buat para ibu atau para bapa yang ingin mendodoikan anak kecil,boleh juga dodoikan anak dengan sajak ini selain biasa dengan dendangan ayat Al-Quran,zikir,nasyid,lagu dan sebagainya.Kakak-kakak dan siapa pun yang tidak didodoikan boleh juga cuba dengar.Sekali-sekala tukar 'taste'. Kalau anak tak boleh tidur,jangan salahkan saya ye.=)


Wallahi..jameeel..


Puisi : أيا مَنْ يَدَّعِيْ الفَهْمْ
Dibaca oleh : Meshary Rashid El-e'fasy
Link rujukan : Alunan puisi.


أيا مَنْ يَدَّعِيْ الفَهْمْ*** إِلَى كَمْ يَا أَخَا الوَهْمْ

تُعَبِّيْ الذَّنْبَ وَالـَّذمّْ*** وُتُخْطِيْ الخَطَـأَ الجَمّْ

Wahai orang yang mengaku 'faham'! *** sampai bila lakonanmu wahai saudara?

(al-waham : pretend/pura-pura/diragukn~identitinya)

Menuang penuh dosa dan kejahatan *** terus melakukan dosa yang banyak

  • penyajak (berdakwah / menasihati) orang yang melakukan dosa.Orang yang 'faham'.Orang yang 'faham' itu sebenarnya tidak faham,dia hanya berpura-pura(kerana itu dipanggil 'ya akho al-waham' ).

  • faham : termasuk orang yang mampu/pandai/dapat menyelesaikn masalah/orang yang melakukan kebaikan dan seumpama dengannya.Terkeluar baginya orang gila,dipaksa dan tersalah.

- Orang yang mengaku 'faham' : dia mengajak orang buat baik tapi dalam pada masa yang sama dia menunjukkan akhlak yang buruk / dia menyuruh orang buat baik tapi semasa itu dia buat jahat & terus melakukan keburukan.(Sedar tapi ego dan terasa dirinya sahaja yang benar).

  • "tuabbi" maksud : diumpamakan orang yang menuang air .Maka dalam puisi orang yang 'faham' terus ('mengalir') membuat dosa sehingga melimpah ruah/banyak(aljam) dalam dirinya.

> solah-olah meminum dosa ,mengumpul dosa sehingga dia penuh dengan dosa

> memenuhkan bekas air dengan dosa – apa yang dia kumpul itu adalah benda tidak baik

  • khoto' maksudnya : kesilapan/kesalahan/ dosa kecil / besar – mereka buat kesalahan/dosa-dosa kecil & terus melakukan sehingga menjadi dosa besar & terus melakukannya .Seperti fitnah ,kejian dan lain-lain.
  • boleh dikaitkan juga dengan ayat Al-Quran la taqrabuz zina " jangan mendekati zina".


مَا بَانَ لَكَ العَيْبْ*** أَمَا أَنْذَرَكَ الشَّيْب
وَمَا فِيْ نُصْحِهِ رَيْبْ*** وَلا سَمْعُكَ قَدْ صَمّْ

Apakah kau tak nampak ada aib terzahir pada dirimu? *** apakah ( kau perasan ) uban (kepala) telah memberi pengajaran padamu?

dan pada nasihatnya(uban kepala) tiada keraguan *** dan bukannya pendengaranmu itu tuli(pekak)

  • uban di kepala menunjukkan dia sudah tua tetapi tidak sedar lagi akan kejahatan/kesilapannya dan tidak bertaubat / tidak berhenti melakukan dosa. Sedangkan nasihat 'uban'-maksudnya uban itu adalah tanda umurnya semakin meningkat & kubur semakin mendekat.Tiada keraguan pada 'nasihat uban' – memang lumrah kalau orang tua kebanyakannya akan ada uban.Bukannya tipu,jelas dia sudah tua.Jadi segeralah berhenti melakukan kejahatan dan bersedia mencari dan memperbanyakkan amalan kebaikan sebagai bekalan untuk ke akhirat.

  • pendengaran tuli : dia ada telinga tapi buat-buat(sengaja) tak dengar,dia tahu itu salah tapi masih melakukannya.Kononnya dia tidak itu salah.Buat-buat lupa dan tidak mendengar atas nasihat yang diberi padanya.Orang beri nasihat/perbetulkan dirinya namun dia menolaknya.


أَمَا نَادَى بِكَ المَوْتْ*** أَمَا أَسْمَعَكَ الصَّوْتْ
أَمَا تَخْشَى مِنَ الفَوْتْ*** فَتَحْتَاطَ وَتَهْتَــمّْ

Bukankah kematian telah memanggilmu? *** Tidakkah kau didengarkan dengan suara itu (kematian)

Tidakkah kau takut akan kehilangan ? *** maka berwaspadalah kamu & ambil beratlah

  • Kematian memanggil : tandanya daripada uban tadi
  • Didengarkan dengan suara kematian : contoh : hari ini dia dengar berita/tahu ada orang meninggal,esok pula dia dengar orang meninggal di tempat lain , lusa di negara lain..selalu dia dengar berita kematian/masih terdapat berita kematian manusia.
  • Takut akan kehilangan : Tidakkah dia takut jika tidak sempat bertaubat/memperbetulkan kesalahan?Kerana mungkin nyawanya/kesempatannya akan hilang/diambil oleh Allah.Hilang waktu / kesempatan untuk bertaubat / tiada kesempatan untuk melakukan kebaikan.
  • Contoh lain : takut akan kehilangan orang yang dia zalimi/sakiti/lakukan kesalahan terhadapnya dan tidak sempat meminta maaf/perbetulkan kesalahan/memulangkan semula haknya.
  • Waspada & ambil berat : sepatutnya perkara-perkara itu ( jahat/dosa) menjadikan dia lebih berjaga-jaga (lah) & haruslah dia berasa bimbang atau gelisah(kerana selalu banyak melakukan dosa kecil/kejahatan/kezaliman berbanding kerja baik ).Bila berwaspada maka dia terus tinggalkan,cuba menjauhkan diri atau tidak melakukan.


فَكَمْ تَسْدَرُ في السَّهْوْ*** وَتَخْتَالُ مِنَ الزَّهْـوْ
وَتَنْصَبُّ إِلَى اللَّهْـوْ*** كَأَنَّ المَوْتَ مَا عَمّْ

Berapa banyak kecuaianmu dalam kealpaan? *** dan kau terus berjalan (dada mendabik takbur) penuh keangkuhan

Terus mendirikan hiburan ( seronok tak ingat dunia) ***

Seolah-olah kematian tidak dapat mengatasimu

  • "tasdur" – terus dia kumpul kealpaannya( enggan,ego untuk berhenti dari mengumpul keburukan,terus mengumpul harta sehingga lupa Tuhan).Boleh juga sibuk dengan dunia sendiri dan terus lalai(dengan keburukan).
  • "takhtal" : berjalan dengan penuh kengkuhan , dada mendabik.Erti kata lain dalam puisi >suka menunjuk-nunjuk,suka dipuji,bongkak dengan harta/kepandaian.(Walaupun pada hakikatnya kesemua nikmat itu bukan dia punya tetapi milik Allah)
  • "tansob" : terus buat,mengadakan,& mengajak pula manusia sekelilingnya di dunia supaya menyertai bersama melakukan kerja (buruk/dosa) itu.
  • "kematian tidak dapat diatasi" : seolah-olah kematian tidak akan datang,seolah-olah segala harta /kepandaian/kemampuan/kuasa /anak-anak/apa sahaja kepunyaannya akan kekal sampai bila-bila,seolah-olah berita kematian manusia tak akan ada di dunia atau seolah-olah dia tidak akan menghadapi kematian atau hari kiamat.


وَحَتَّـامَ تَجَافِيْـكْ*** وَإِبْطَاءُ تَلافِيْـكْ
طِبَاعَاً جَمَّعْتْ فِيْكْ*** عُيُوْبَاً شَمْلُهَا انْضَمّْ

Berapa lama pengasinganmu itu? ***dan lambatnya(kelewatan) pencegahanmu

Memang ia pasti terkumpul pada dirimu *** keaiban kuat menyelubungi dirimu

  • "tajafi" : pengasingan : yang difahami di sini adalah > sampai bila hendak terus melakukan perkara yang lama(kesalahan/lalai dll),berapa lama lagi kamu nak buat perkara xelok itu & bila nak baiki kelemahan serta kekurangan?bila nak tinggalkan perkara-perkara itu,bila kamu nak menjadi orang yang benar2 amanah & tdk berpura-pura?
  • Contoh lain : dengan mengatakan "nantilah.."/"esoklah.."/"belum bersedialah.." dan seumpamanya.Berasa selesa dengan kejahatan diri dan orang lain kemudian menangguh untuk diperbetulkan sehingga tua (uban )..tidak berwaspada pada dosa dan lupa tentang kematian..
  • "Lambat cegah": Lambat-lambatkan/tangguh-tangguh/tak nak usaha nak tinggalkan yang buruk.
  • "Tibaa'n" : semula jadi : maksudnya memang manusia jika dia melakukan sesuatu yang buruk atau baik,maka terkumpullah pada dirinya atau dapatlah dia apa yang dia inginkan .
  • Contoh lain : Jika dia berusaha ingin jadi kaya ,InshaAllah dia akan kaya tapi jika tidak dapat di dunia maka akan dapat diakhirat. Lumrah, apa yang dikumpulkan pada manusia,jika banyak dia buat keburukan,maka buruklah yang akan terzahir pada dirinya,begitu jaga sebaliknya.Dapat atau tidak apa yang diiginkan itu adalah perhitungan oleh yang Maha Menghitung dan tersembunyi segala hikmah setiap yang terjadi .Rujuk surah Al-Baqarah : ayat 216.
  • "Uyuban" : aib ( keburukan dari kelakuan diri/akhlak ),segala aib yang dia kumpulkan semakin susah nak buang/nak tinggalkan sebab kuat menyelubungi dirinya atas kelambatan/penangguhan.Jadi,pengajarannya hindarlah sebelum terkena(lebih baik).Kalau keburukan melekat lebih-lebih pada hati susah hendak dibuang.


إَذَا أَسْخَطْتَ مَوْلاكْ*** فَمَا تَقْلَقُ مِنْ ذَاكْ
وَإِنْ أَخْفَقْتَ مَسْعَاكْ*** تَلَظَّيْتَ مِنَ الهَـمّْ

Jika kau menyebabkan kemarahan TuanMU(Allah)*** apakah kau tidak khuatir akan itu?

(tetapi)Sekiranya Dia menggagalkan jalanmu *** meluap-luaplah kebimbinganmu(kegelisahanmu)

  • " qolaq " : khuatir / risau
  • Dia menggagalkan jalanmu : maksud lain , bila Allah tidak memperkenankan permintaan dia/apa yang dia usahakan tidak dapat/dia ingin berjaya tapi gagal,mestilah dia akan marah( tapi yang dia buat Allah marah tak mengapa pula)
  • Meluap2 kegelisahan : tidak puas hati,
  • contoh : mungkin membebel mengapa aku dapat harta sedikit orang lain dapat banyak,kenapa aku usaha banyk tapi tidak berjaya,dia usaha sedikit capai pula kecemerlangan.Dia selalu mengungkit-ungkit(sedangkan Allah tidak mengizinkan sesuatu mungkin atas sebab dalam pada masa yang sama dia ada buat dosa tadi tapi tidak sedar pun akan hal itu)


تُعَاصِيْ النَّاصِحَ البَرّْ*** وَتَعْتَاصُ وَتَـزْوَرّْ
وَتَنْقَادُ لِمَنْ غَــرّْ*** وَمَنْ مَانَ وَمَنْ نَمّْ

Kau ingkar penasihat yang baik itu(Allah) *** Buat maksiat & kau menipu

Tunduk pada sesiapa yang memperdaya *** pada si pembohong & si pembelot


  • penasihat : sesiapa sahaja pemberi nasihat (kearah kebaikan ) : Allah : maksudnya kata lain juga ,dia ingkar segala arahan 'Tuan segalanya/Pencipta segalanya' yang juga Penasihat bagi dirinya(nasihat melalui pensyaria'tan).Nasihat 'Tuannya' ke arah kebaikan
  • maksiat & tipu : dia menjadi penipu ,sebenarnya dia tak beriman dengan Allah tapi disebabkan dia ingin menyeru orang buat baik(kerana ingin pandangan ramai manusia dan nama),dia perpura-pura dihadapan manusia. Dia tidak beramal melalui hati ( seperti orang munafik ).
  • Sebaliknya dia patuh: ikut / berkawan / bersekongkol bersama 'manusia' yang banyak memperdayakan manusia lain (org kafir/munafik/pezalim/pelaku maksiat dan lain-lain ) juga patuh pada pembohong Allah & pembelot agama.Nau'zubillah



وَتَسْعَى في هَوَى النَّفْسْ*** وَتَحْتَالُ عَلَى الفَلْسْ
وَتَنْسَى ظُلْـمَةَ الرَّمْسْ*** وَلا تَذْكُــرُ مَا ثَمّْ

Kau mencari cinta hawa nafsumu *** kau memperdaya semata (krn) wang

Kau lupa kegelapan kubur *** kau lupakan semua di sana

  • " tas'a " : berusaha bersungguh untuk mendapatkn sesuatu /mencintai
  • contoh maksud : dia lebih menyintai /pentingkan dirinya juga hawa nafsu dari orang lain,dia ingin penuhi matlamat/impiannya(lebih kepada kelazatan dunia) – maklumat tambahan : nafsu & hawa nafsu adalah berbeza –hawa nafsu lebih kepada bisikan syaitan untuk melakukan larangan Ilahi.
  • " Tahtal " : memperdaya - maksud – mungkin dia sanggup melakukan apa sahaja
  • Wang : menunjukkan simbol harta – harta menunjukkan apa yang dimiliki manusia(termasuk anak & isteri).
  • Kegelapan kubur : dia lupa kubur nanti tak kan ada bersama apa yg di akumpulkan di dunia,gelap..tiada siapa dengannya
  • Lupa semua di sana : lupa bahawa amalannya akan menentukan segalanya di akhirat nanti,lupa akan kematian dan lupa yang berkaitan dengannya.


وَلَوْ لاحَظَكَ الحَظّْ*** لََمَا طَاحَ بِكَ اللَّحْظْ وَلا كُنْتَ إِذَا الوَعْظْ*** جَلا الأَحْزَانَ تَغْتَمّْ

Sekiranya kau lupa peringatan itu *** kebinasaan akan mengawasi dirimu *** ---- *** kesedihan akan membelenggu dirimu



سَتُذْرِيْ الدَّمَّ لا دَمْعْ*** إِذَا عَايَنْتَ لا جَمْعْ
يَقِيْ فِيْ عَرْصَةِ الجَمْعْ*** وَلا خَالَ وَلا عَـمّْ

Mengalir(dr matamu) darah bukan air *** engkau yang menyaksikan bukan mereka ** perlindungan dalam perhimpunan itu *** tiada pak cik(saudara belaha yah) tiada pak cik(saudara belah ibu)

  • bila dia dah dimasukkan dlam kubur,jika dia tak nak ambil pengajaran,kebinasaan & kesedihan akan menemani dirinya
  • dia akan sedih sorang2,sedih sgt2(air mata darah)
  • a'yanta : diri sendiri akan menyaksikan apa yg berkalu dalam kubur tu sbb semua orang dah balik rumah dr pengebumian,tanah dah ditimbus
  • arsotul jama' : arsoh : halaman rumah , al-jama' semua : kita lihat di Negara arab halaman rumah mereka adalah tempat berkumpul ..Tetapi d dlm ayat ini adalah ' hari perhimpunan' ßslps mati
  • perhimpunan ketika itu tiada siapa pn yg dpt melindungi tiada ayah /ibu/sesiapa sja melainkn amalan kita


كَأَنِّيْ بِكَ تَنْحَــطّْ*** إِلَى اللَّحْدِ وَتَنْغَـطْ
وَقَدْ أَسْـلَمَكَ الرَّهْطْ*** إِلَى أَضْيَقَ مِنْ سَـمْ

Sebaik sahaja kamu rebah *** ke liang lahadlah (kamu)

Dan di benamkan(direndam)*** kaum kerabat melambaimu

sehingga sesempit lubang jarum

* rebah : menyerah



هُنَاكَ الجِسْمُ مَمْدُوْدْ*** لِيَسْـتَأْكِلَهُ الدُّوْدْ
إِلَى أَنْ يَنْخَرَ العُوْدْ*** وَيُمْسِيْ العَظْمُ قَدْ رَمّْ

Disanalah tubuhmu terbaring(lurus)***dijadikan makanan ulat***sehingga ke tulang temulang(sumsum)*** disakiti tulang hancur musnah


وَمِـنْ بَعْدُ فَلا بُدّْ*** مِنَ العَرْضِ إِذَا اعْتُدْ
صِـرَاطٌ جِسْرُهُ مُدّْ*** عَلَى النَّارِ لِمَــنْ أَمّْ

Selepas itu pasti! *** dari pameran jika telah ditetapkan

Jalan itu jambatannya Lumpur***ke neraka bagi yang ingin menuju

  • " al-a'rdh " : hari kiamat
  • " I'tad " : suatu hari yang pasti terjadi(waktu yang telah ditetapkan)


فَكَمْ مِنْ مُرْشِدٍ ضَلّْْ*** وَمِنْ ذِيْ عِــزَّةٍ ذَلّْْ
وَكَمْ مِنْ عَـالِمٍ زَلّْ*** وَقَالَ : الخَطْبُ قَدْ طَمّْ

Berapa ramai petunjuk yang sesat?*** berapa ramai punya kerendahan maruah?

Berapa ramai ilmuan yang sesat? *** dia pun berkata : kata-kata telah membanjiri

** rujukan surah An-Naziat : 34



فَبَـادِرْ أَيُّهَا الغُمْرْ*** لِمَنْ يَحْلُوْ بِهِ المُـرّْ
فَقَدْ كَادَ يَهِيْ العُمْرْ*** وَمَا أَقْلَعْتَ عَنْ ذَمّْ

Maka pergilah segera wahai yang pemurah ***siapa yang melepaskannya rasa pahit

Hampir telah tamat usia***apa yang kau lepaskn(adalah) dosa



وَلا تَرْكَنْ إِلَى الدَّهْرْ*** وَإِنْ لانَ وَإِنْ سَـرّْ
فُتُلْفَى كَمَنْ اغْتَـرّْ*** بِأَفْعَى تَنْفُثُ السَّمّْ

Tidak aman(selesa) selamanya *** walaupun lembut walaupun senang

Terus dirimu diperdaya*** dengan ular pancutannya berbisa(racun)



وَخَفِّضْ مِنْ تَرَاقِيْكْ*** فَإِنَّ المَوْتَ لاقِيْكْ وَسَـارٍ فِيْ تَرَاقِيْكْ*** وَمَا يَنْكُـلُ إِنْ هَمّْ

Dan rendahkanlah keegoanmu *** kerana maut mendekatimu

Dan berjalan dalam kerongkongmu***& apa yang berhenti setelah pasti kedatangannya



وَجَانِبْ صَعَرَ الخَدّْ*** إِذَا سَاعَدَكَ الجَدّْ
وَزُمَّ اللَّفْظَ إِنْ نَدّْ*** فَمَا أَسْعَدَ مَنْ زَمّْ

Elakkanlah berlaku sombong *** bila mendapat kemuliaan

Dan tepati percakapan apabila diungkapkan *** tiada yang lebih bahagia dari orang yang mengotakan kata2nya



وَنَفِّسْ عَنْ أَخِيْ البَثّْ*** وَصَدِّقْهُ إِذَا نَثَّ
وَرُمَّ العَمَــلَ الرَّثّْ*** فَقَدْ أَفْلَحَ مَنْ رَمّْ

Berilah kelegaan dari kesusahan saudaraku*** dan percayalah jika diceritakan kesedihannya

Dan dibaikilah perkerjaan yang buruk(selekeh/teruk/lusuh/lama) *** berjayalah(bagi) orang yang memperbaikinya

- ringan-ringankanlah kerja2 saudara kita

- bila seseorang menceritakan kesusahannya, jika berkesempatan ringankanlah kesusahannya.Jika dia bersedih, maka bantulah kurangkan kesedihannya.



وَرِشْ مَنْ رِيْشُهُ انْحَصّْ*** بِمَا عَمَّ وَمَا خَـصّْ
وَلاتَأْسَ عَلَى النَّقْـصْ*** وَلاتَحْرِصْ عَلَى اللَّمّْ

Dan memercikkan dari bulu romanya *** dengan yang umum dengan apa yang khas

Jangan putus asa dengan kekurangan *** dan janganlah terlalu fokus mengumpul harta(apa2 sahaja)



وَعَادِ الخُلُقَ الرَّذْلْ*** وَعَوِّدْ كَفَّكَ البَذْلْ
وَلا تَسْتَمِعِ العَذْلْ*** وَنَزِّهْهَا عَنِ الضَّمّْ

Dan jauhkanlah sifat negatif *** biasakanlah tanganmu dengan memberi

Jangan dengari hiburan melalaikan *** dan jauhkan ia daripada menyertainya

* rujukan Surah Al-Isra' : 29



وَزَوِّدْ نَفْسَكَ الخَيْرْ*** وَدَعْ مَا يَعْقُبُ الضَّيْرْ

وَهَيِّءْ مَرْكَبَ السَّيْرْ*** وَخَفْ مِنْ لُجَّةِ اليَّمّْ


Bekalkanlah dirimu dengan kebaikan *** tinggalkanlah apa yang membahayakan

Persiapkanlah kenderaan untuk perjalanan *** dan ia menjadi ringan pada (menongkah) arus lautan


بِذَا أُوْصِيْكَ يَاصَاحْ*** وَقَدْ بُحْتُ كَمَنْ بَاحَ
فَطُوْبَى لِفَـتَىً رَاحْ*** بِآدَابِــــيَ يَأْتَمّْ

Demikianlah wasiatku padamu duhai sahabat*** dan sejatilah bagi orang yang terbuka/ikhlas

Eloklah bagi pemuda yang pergi(pemergian) *** dengan akhlak yang sempurna


Antara mutiara dariku :

1) Bersyukurlah jika mendapat sahabat yang teringin benar sahabatnya yang lain melakukan kebaikan dan sahabat yang melakukan keburukan kembali kepada kebenaran.

2) Penasihat tidak putus-putus memujuk sahabat atau orang yang diseru ke arah jalan Allah.

3) Menceritakan bahawa taubat itu tidak pun rugi malah ada keuntungan dan ada masih ada orang yang menyayangi.

4) Usaha,doa dan keyakinan pada Tuhan(Allah).

5) Jangan menangguhkan dalam meminta keampunan dari sesiapa pun lebih-lebih lagi daripada Allah.

6)Menjaga hati itu sangat penting. Niat itu bermula dari hati sebelum melakukan sesuatu.

7)Seterusnya lain-lain pengajaran yang sangat banyak dalam qasidah ini.



" Keindahan dan kemuliannya ( Bahasa Arab ) itu adalah Al-Quran. "

( Kata Syeikh Ma'mun : Imam Masjid Universiti Yarmouk, Irbid , Jordan )


hati_ARIA

Saturday, December 18, 2010

Indahnya Islam..

12:41 PM 0 Comments



Beautiful...Dengan nama Allah.Alhamdulillah,betapa bahagia manusia hidup dalam keadaan masih diberi cahaya Allah.Tetapi ada antara manusia yang masih memilih keadaan yang gelap kerana buta mata hatinya yang tidak dapat membezakan antara hak dengan yang batil.Semoga kita dihindarkan daripada keadaan itu.


Perkongsian Al-Quran dengan orang Islam dibolehkan.Tetapi, adakah pemilikan Al-Quran dibenarkan kepada orang bukan Islam ?

Menurut apa yang saya pelajari,orang kafir tidak dibenarkan memilikinya.

Antara jual beli yang dilarang atas sebab kemudaratan adalah menjual Al-Quran kepada orang kafir.

Haram ke atas orang muslim menjual mushaf( Al-Quran) kepada orang kafir sama ada sebuku atau sebahagian( juzuk ) daripadanya.Hal ini adalah kerana Al-Quran adalah kitab yang suci melambangkan keagungan agama Islam itu sendiri.Oleh itu hanya orang muslim yang berhak memiliknya.

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar Radiallahu Anhuma :sesungguhnya NAbi Muhammad S.A.W bersabda(mafhumnya) :" Dilarang bermusafir dengan Al-Quran ke tanah
( negara ) musuh."
( Fathul Bari, Riwayat Muslim )


Nabi S.A.W melarang seorang muslim membawa mashaf bersamanya ke negara musuh(kafir) kerana ditakuti mashaf itu akan dihina,dibakar dan sebagainya.

Sekiranya tiada kebarangkalian mashaf dihina,maka dibolehkan.Tetapi terdapat perbezaan beberapa pendapat ulama' dari segi kesahihan jual beli.

Pendapat jumhur ulama' : Tidak sah jual beli kerana tidaklah harus pihak musuh memilikinya.

Pendapat Al-Hanafiah : Sah jual beli dengan syarat :-
1)wajib mengeluarkan dari pemilikan(terkeluar dari hak milik).
2) Memastikan kitab suci tidak dihina.
3) Menjaga nama baik Islam daripada diburukkan.


Contohnya ( Al-Hanafiah ) :

:: Jual Beli ::
Seorang kafir membeli Al-Quran daripada seorang muslim kemudian menjualnya kembali kepada seorang muslim yang lain(terkeluar hak milik).
- Maka sah jual beli.


Terkecuali daripada itu :-
1) Baju atau cenderahati yang ditulis ke atasnya sesuatu dari ayat Al-Quran.
2) Hiasan dinding atau ukiran yang dibeli oleh orang kafir.
3) Duit yang tertulis padanya ayat Al-Quran.
-->kerana semua itu tidak dimaksudkan Al-Quran pada zatnya.


Segala kekurangan bolehlah ditambah di sini.Mari kongsi bersama ~




Rujukan :
- Fiqh Al-Muamalat ( Juz 1 )

Wednesday, December 15, 2010

Persis sekuntum bunga..

12:16 PM 0 Comments
Alhamdulillah 3x.Dia memperkenalkan ku sahabat dan teman agar ku tak lelah dalam larian.




وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّه عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "
( Al-Anfal : 63 )



' BINGKISAN RINDU '

Antara kita tiada rahsia,
Susah dan senang tetap bersama,
terpatri namamu ,
kau tak kan ku lupa..

Sudah bertahun lama
kita tidak lagi bersua..
Hanya tinggal kenangan
yang tak mungkin kita lupa..

Kirimkan khabar selalu
seiring hembusan bayu..
Sekadar pengubat rindu
rasa di kalbu..

Pantas masa berlalu
meninggalkan kita semua..
tanpa disedari
bertambahlah usia kita..

Potret lama masih ku simpan
ku bingkaikan kenangan..
hingga terkadang ku
tersenyum sendirian..

Oh perjalanan kita masih jauh
jalanan berliku bakal kita tempuh..

Imbaslah kenangan semalam
jadi azimat penguat semangat..
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia selalu..

Padaku kau penghibur duka
pengubat hati resah kecewa..
dikala malamku
kau bawa cahaya..

- Lyric by Fareast -



' SELAMAT BERJUANG sahabat '


kerana ukhwah persis sekuntum bunga nan indah,
kerana ukhwah antara senjata dakwah,
berukhwahlah mengikut sunnah,
bermatlamatkan Mardhatillah..


" Ya Allah,kuatkan hati kami ini dalam merentas benua mehnahMu.Kami bimbang,karam di tengah samuderaMu.Kuatkan ranting-ranting perjuangan kami agar kami tidak goyah bila hairnya ribut dugaan yang membingkis perjalanan kami,yang menyekat nawaitu ini,yang menghalang gerak langkah menusur arahMu.Qudusnya kasihMu..pautkanlah dan genggam eratlah diri kami agar tidak jauh dariMu "..


* semoga kami tidak lalai dengan amanah kepada Al-Quran pemberi cahaya walau dunia mengasak dada * kerana ia yang amat tepat menjadi teman sejati..
( Tangan mengigil nak tulis..hati takut )


يا ربنا , يا سيدا , يا صاحب للنجوى , يا منتهى كل شكوى
اللهم نجنا من النار و ادخلنا الى الجنة أمنين


ibu ayah sahabat yang amat kurindui.. sahabat yang amat berdedikasi..begitu jua keluarga yang tetap di lubuk hati..

Tuesday, November 30, 2010

Tak Layak?

11:41 AM 0 Comments



Ingin tulis semula quote pesanan ikhlas dari Al-'abid Alharamain - Imam Fudhail Ibn Iyadh.



' Penghafal Al-Quran adalah pemegang panji Islam, tidak layak baginya bermain-main bersama orang yang suka bermain, tidak lupa diri bersama orang yang lupa diri, tidak berkata yang lagha [sia-sia/tidak ada nilai] bersama-sama orang yang suka berkata lagha. Itu semua perlu dilakukan demi menjaga keagungan haq Al-Quran'



Tidak dinafikan pesanan itu ditujukan kepada 'penghafal Al-Quran' atau keadaan orang yang ingin@sedang menghafal Al-Quran.Tapi bukankah pemain bola sepak tidak layak baginya bersama orang yang tidak suka main bola sepak?Lebih-lebih lagi bila dia terpilih mewakili sesebuah negara dalam sesuatu perlawanan.Dia mesti bersama-sama 'team'nya & berlatih sebaik mungkin.

Begitu juga orang yang menuntut ilmu,tidak layak baginya bersama orang yang malas,buruk akhlaknya & selalu ponteng kelas ( Dr selalu tanya siapa yang tak datang ).

Maksud tak layak bukanlah kita harus putuskan hubungan dengan orang yang malas.Ingat,syaitan suka cara ini.Cuma jangan layakkan diri dengan golongan-golongan itu.Ye,iman manusia turun naik.Kalau hampir atau sudah jatuh cepat-cepat bangun.Kalau salah cepat-cepat betulkan.Sama-samalah kita sokong-menyokong.Ya dak?

Kerajaan rugi kalau ada orang menolak biasiswa yang ditawarkan kepada yang layak?Allah rugi ke kalau tak nak (termasuk yang malas) hafal quran?Allah rugi kalau kita tak ikut perintahNYA?

Ada kisah katak yang agak
terkenal : Al-Kisah..

Suatu hari pertandingan lumba lompat terpantas antara katak diadakan di negeri katak.Si Katak Tempang turut mengambil bahagian.Acara pun bermula.Jangan ketawa!

" Ha ha ha.." Riuh dengan sorakan juga gelak tawa macam ada pertunjukan badut.

Semua katak berlari pantas dengan bersungguh-sungguh kecuali katak tempang.Pergerakannya amat perlahan tapi tetap juga dengan kesungguhan & keazaman untuk sampai ke garisan penamat.Akhirnya Si Katak Tempang tiba di garisan penamat walaupun ia tahu piala kejohanan tidak akan dapat.Semasa dia melompat,katak-katak lain menghina & mencacinya.


" Dah la tu,kalau tempang buatlah cara katak tempang.Tak layak pun menang.Ha ha ha! " . Kata-kata yang kurang semangat turut dilontar.

Katak tempang tak kisah pun asalkan dia mesti sampai ke garisan penamat.Jarak tak penting asalkan habis,katanya.Ia dengan caranya.


" Apa rahsia Si Katak Tempang tetap hendak meneruskan loncatan walaupun tiada sokongan & dicemuh? "


" Katak Tempang pekak,macam mana nak dengar cacian atau cemuhan katak-katak lain..he he he. " Sambut sahabat Si Katak Tempang.

***


1) Janganlah menzalimi orang yang lemah.

2) Teruskan usaha.Kalau ada orang ajak main contohnya tapi kerja yang dipertanggungjawabkan banyak lagi tak siap,bukanlah buat-buat pekak macam katak itu tapi teruskanlah siapkan kerja sampai habis & tolak ajakan dengan baik.Orang ajak buat baik,janganlah pula menutup telinga.

Islam itu ada tawazun.Tawazun ( keseimbangan ) perlu dalam hidup manusia.Bukan kena study 24 jam,solat 24 jam,main 24 jam,berhibur lebih banyak dari segalanya dan lain-lain.Maka imbang-imbangkanlah ye.

Nasihat buat diri sendiri & orang lain.Pasti Dia uji diri ini apa yang telah dinukilkan.Doakan yang terbaik sesama saudara ye.

Allahu yusahhil a'laina.

"Lompat! Apek , lompat !".." Aya! " <-- ingat lagi? =)

wallahu a3lam.




Monday, October 25, 2010

Kalau Tak Suka,Pulangkan..

11:12 AM 0 Comments




***

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”

“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..”

“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.

“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.

Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.

“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”

“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”

“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.

“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.

“Abang!”

“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.

“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”

Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”

“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk

“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..

Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


***


Sekadar perkongsian artikal dari seorang sahabat saya.Semoga bermanfaat.





Sunday, October 17, 2010

Hati Ini

11:35 AM 0 Comments
Assalamualaikum. Semoga para pembaca sekalian dalam keadaan sihat sentiasa, inshaAllah.

Jika roomate saya suka membaca buku 'Bahagiakan Hatimu' karangan Ibnu Qayyim, saya pula agak suka membaca apa-apa buku berkenaan dengan hati. Buku atau bacaan ilmiah kadang dapat mengisi 'aktiviti' hati..kerana hatilah tempat syaitan berteleku & selalu membisik agar kita mengikuti jejaknya.

Di sini saya ingin berkongsi artikal daripada Facebook yang dikongsi bersama sahabat-sahabat saya.Terima Kasih buat 'guruku', Kak Munira atas perkongsian ini.

***

Suhaimi Abdul Rahim October 11 at 1:29pm Reply • Report

Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada
Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa
Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya.Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan. Untuk merasakan
bahawa Allah itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan
Maha Kaya. Untuk merasakan Allah itu Maha Pemurah, Maha
Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk
merasakan Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha
Bijaksana dan sebagainya.

Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa
bertuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha
Sempurna. Hati yang rasa hebat, gerun dan takut kepada Allah.
Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh Allah. Hati yang
merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam
pentadbiran alam ini. Hati yang merasakan bahawa tidak ada
sesuatu jua pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan
Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan.
Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa
akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.

Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya?
Ada yang berkata berzikir dan merasa bertuhan ini akan
ati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada
Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa
Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya.
menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran:

Maksudnya:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati
Allah itu hati akan tenang." (Ar Raad: 28)

Kalau dilihat sekali imbas, mungkin dapat kita berpegang
kepada maksud ini. Tetapi ada pula ayat lain yang membawa
maksud yang berlainan atau yang berlawanan seperti ayat yang
di bawah:

Maksudnya: "Orang mukmin itu, apabila disebut nama
Allah, gementar hati-hati mereka." (Al Anfaal: 2)

Nampak macam kedua-dua ayat ini bertentangan dan berlawanan
maksudnya. Bagaimana pula hati orang berzikir yang
gementar boleh rasa tenang atau hatinya yang tenang boleh rasa
gementar pada waktu yang sama. "Gementar" dan "tenang"
adalah dua perasaan yang berlawanan dan berbeza.

Kalau begitu apakah yang sebenarnya yang patut dirasakan
oleh hati apabila kita berzikir atau mengingat Allah? Patut tenang
atau patut gementar? Disebabkan ada ayat yang mengatakan hati
patut tenang dan ada pula ayat yang mengatakan hati patut
gementar (bergelora), maka kita sepatutnya merasakan keduadua
perasaan ini sekali gus. Kalau tidak kita tidak selaras dengan
kehendak Al Quran. Kalau rasa hati kita tidak selaras dengan
kehendak Al Quran, nyata bahawa kita yang salah. Al Quran
tidak salah kerana Al Quran itu adalah kalamullah. Mari kita
kupas perkara ini, moga-moga kita dapat memahami.

Yang dikatakan tenang itu adalah berkaitan hubungan hati
kita dengan dunia dan hal-hal yang bersifat keduniaan. Kalau
kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti hati kita akan tenang
dengan hal urusan dunia. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu
besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan
hati
kita. Dunia ini kecil dan remeh. Bak kata orang putih... "of
little significance". Nikmatnya kecil. Siksaannya juga kecil.
Segala-gala di dunia ini remeh dan kecil.

Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan
Tuhan hati mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang
beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora
dengan Tuhan. Mereka kenal Tuhan. Justeru itu mereka rasa cinta
dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan
Tuhan. Mereka rasa sentiasa di awasi oleh Tuhan. Rasa-rasa ini
mengisi dan mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa rasa
Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala
apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala apa yang ada di
dalam hati-hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan.
Bila Tuhan kata "Jadi"...maka jadilah. Mereka rasa Allah boleh
matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan
sangat pedih.

Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila berzikrullah.
Ada tenang dan ada gementar. Tenang dengan dunia dan halhal
dunia tetapi gementar dengan Tuhan. Lagi kuat gementar
dan bergeloranya hati seseorang itu dengan Tuhan maka lagi
tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat.
Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada
kemanisannya.
Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita
diperhamba oleh dunia. Tenang dengan Tuhan juga azab. Itu
tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita. Kedua-duanya akan
membawa kecelakaan kepada kita di dunia, lebih-lebih lagi di
akhirat.

***

Sunday, October 3, 2010

Beware of setan

1:37 PM 0 Comments

Just want to share. Beware of setan for your relegion and your own safety .


A must watch video.
(http://www.facebook.com/video/video.php?v=1626088580893)


Lets Zikirullah together..because the concept of charity,it is so widely..








From Rasulullah S.A.W : " whoever many remember Allah (dhikr), Allah loves him"
(Narrated - Dailami from Aisha R.A).

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya. (Riwayat Dailami dari Aisyah r.a).




Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)


Cuma,Mahyuddin Misto dan Mustafa Bugho ada menyebut di dalam kitab AlWafi bahawa afdhal(lebih baik) orang yang mempunyai harta lalu mendermakan harta tersebut berbanding orang yang bersedekah dengan cara yang selain mendermakan harta bendanya. Ini adalah soal kelebihan kepada orang-orang yang dikurniakan dengan kemewahan dan harta yang banyak tetapi tidak pernah lupa kepada segala nikmat yang Allah kurniakan.

"TUNGGU SAYA!"..Ok semua,jom tolong-menolong.


As'adu Allahu a'laikum.

Saturday, October 2, 2010

FIQH : Puasa Enam dalam bulan SYAWAL ( 1 )

3:23 AM 0 Comments
Bismillah dengan nama Allah.

PAbila anak-anak di'momok'kan oleh ibu mereka atau sesiapa sahaja,sekiranya mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,akan dianugerahkan hadiah yang lumayan.PAstinya mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.Ya kan?Sedangkan hadiah itu belum dibeli atau berada di rumah.Namun mereka percaya ibu akan memberikannya.

Pabila pekerja-pekerja pejabat atau sesiapa pun yang bekerja,di maklumkan oleh bos mereka,sekiranya mereka melakukan kerja dengan baik atau cemerlang akan dinaikkan pangkat dan digandakan jumlah gajinya(melainkan jika bos muflis).Sedangkan duit belum dikeluarkan tapi mereka percaya pada bos mereka bahawa 'ganjaran' pasti akan diberikan,pasti mereka berusaha sebaik mungkin.

Itulah 'keyakinan' orang yang akan diberikan ganjaran oleh yang manusia yang 'berkuasa'.JAdi,marilah sama-sama meningkatkan usaha memperbanyakkan ibadah kita.Walaupun ganjaran itu tidak diterima di dunia,ibadah kerana Allah pasti ada pahala dan pasti akan diterima diakhirat sana.Mengapa kita boleh yakin ibu ayah dapat memberikan hadiah kepada kita?Mengapa kita boleh menyakini bos akan memberikan ganjaran jika kita memenuhi syaratnya?Mengapa bukan pada yang Maha Pemberi segala harta?Yang MAha KAya..dan Yang Maha Memampukan bagi yang tidak terdaya..beruntunglah kita ada Allah yang lebih jauh,tidak setanding kuasa pemberian nikmatNya dan 'hadiahNya' daripada manusia(hamba Yang Dia Ciptakan).



صوم ست في شوال
Puasa enam dalam bulan Syawal

Adakah puasa enam suatu keutamaan dan padanya suatu kelebihan?Adakah perlu atau boleh berpuasa berturutan atau berpisah-pisah?



1- Ya,puasa enam adalah suatu keutamaan dalam bulan Syawal dan padanya kelebihan.Seperti di dalam hadith,Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ "
( Hadith Riwayat Muslim-Sohih: Kitab Puasa Syarah An-Nawawi 8/56 )
( HR Muslim,Ahmad,abu Daud,AT-Tarmidzi,Ibnu Majah )

Maksudnya : Sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan kemudian diikutinya(disusulinya)dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal (pahalanya) seperti berpuasa selama 1 tahun.

Digalakkan untuk menyambungnya setelah bepuasa penuh dalam bulan Ramadhan.Sekiranya ada hari-hari yang perlu diganti semula( qodho') ,maka lebih baik menyempurkan puasa gantinya. Umpamanya kita ingin melakukan solat sunat,seharusnya kita menyempurkan solat wajib dahulu,kemudian diikuti solat sunat.

Kerana keberhasilan pahal sunat itu setelah yang wajib.Nabi telah bersabda :

" ... من صام رمضان ثم أتبعه" -
" Sesiapa yang telah berpuasa Ramadhan kemudian disusulinya..

- Puasa Ramadhan : Wajib berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan
* tidak dinyatakan dalam hadith berpuasa 'sebahagian/beberapa hari' dalam bulan RAmadhan,kemudian disusulinya..
- Kemudian menyambungnya : barulah melakukan puasa sunat(6 hari) setelah puasa penuh
( termasuk hari yang perlu diganti( qodho').


Berpuasa secara berturutan adalah lebih baik dan amat digalakkan.Namun dibolehkan secara berselang-seli.Tiada paksaan kerana mengikut keadaan individu itu sendiri,cara yang mudah baginya.Perintah Allah tidak menyukarkan hambaNya.Cara berturut-turut adalah suatu inisiatif mengelakkan dari sifat tertangguh dan menghidari dari kemasalan yang boleh membawa ibadat sunat tidak dapat disempurnakan.

Rujukan : Fatwa Ibnu A'thimin Rahimahullah-Kitab Dakwah ( 53-1/52 )

__________________________________________________________________

2-Jelas puasa enam hari Syawal adalah sunat.Walaupun Imam Malik bin Anas(meninggal 179H) menganggapnya makruh.Namun pendapat tersebut tidak kuat.Beliau mengatakannya makruh kerana tidak melihat ahli ilmuan di Madinah melakukannya dan bimbang puasa tersebut dianggap wajib oleh mereka yang jahil disamping riwayatnya tidak kukuh disebabkan rawi Sa'd bin Sa'id bin Qais ada masalah hafalan jika dia bersendirian(infirod) dalam riwayat.
( Al-Muwatta',(1/330-bil:857)

3- GANJARAN . Berasaskan hadith inimaka kita fahami bahawa sesiapa yang melakukan dua perkara,

Perkara 1 : Berpuasa pada Ramadhan
Perakara 2 : Berpuasa enam hari pada Syawal

* Maka ganjarannya seperti dia berpuasa setahun.Ertinya ,jika dia hanya berpuasa Ramadhan,dia tidak dapat fadhilat(kelebihan) ini.Demikian juga jika dia hanya berpuasa 6 hari Syawal tanpa diselesaikan puasa Ramadhan,maka tidak juga memperoleh ganjaran ini.

Tafsiran " seperti berpuasa setahun " .Kiraan berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W :

من جاء بالحسنة فله عشر أمثاله )

Maksudnya : Dan satu kebaikan (digandakan) maka baginya sepuluh seumpamanya.


" جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة "

Maksudnya : Allah telah jadikan suatu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya maka sebulan sama dengan sepuluh (bulan) bersama puasa enam hari cukuplah setahun.

( HR An-Nisaie dan Ibnu Majah )



(من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها )

Maksudnya : Dan satu kebaikan (digandakan) maka baginya sepuluh seumpamanya.

* Kira Matematik =)
Formula : 1 = 10


1 tahun = 360 hari(bulan Islam)

1 bulan Ramadhan 30 hari :

30 hari x 10 = 300 hari

________

6 hari bulan Syawal :

6 hari x 10 = 60 hari

________

Ramadhan + 6 hari Syawal = setahun

sama kiraan gandaan,

300 hari + 60 hari = 360 hari
______________
Mudah : 36 x 10 = 360


***
Berpuasa secara berturut-turut atau boleh berpecah-pecah?


1- Mengikut asas hadith:

" من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر "
(HR Muslim )


Nabi Muhammad tidak menyatakan 'cara begini begitu' tetapi yang dinyatakan adalah mengenai 'puasa' dalam bulan Syawal itu sendiri.Walaupun ada yang berpendapat yang afdholnya berturutan selepas hari raya ' kemudian disusulinya',namun puasa enam ini tetap diperoleh sesiapa sahaj yang berpuasa enam hari tersebut dalam Syawal sekalipun bukan berturut-turut selepas hari raya.

Kata Imam Nawawi : " Afdholnya dilakukan puasa enam hari berturut-turut selepas hari raya.Jika dilewatkan sehingga akhir Syawal tetap mendapat 'fadhilat' 'disusuli enam hari' kerana ia menyusuli enam hari dalam Syawal " ( Syarah Sahih Muslim,8/238 )