Saturday, January 30, 2010

~ Akhof Syuwai ~

11:25 PM 0 Comments
'Bila Kita Syahid' dari TV PERMAI..(Klik pada gambar)

Bismillah.Assalamualaikum. Ustaz Ismail kamus ada mengatakan: manusia ini kadang *suka di puji walaupun salah dan* tidak suka di keji walaupun betul.

Saya berikan contoh di sini yang mana anda boleh cuba jika anda mahu(p/s:tiada jaminan 'hundred percent'):~


* suka di puji walaupun salah :
Cucu :" Atok..atok ni nampak muda la,kacak lagi gagah.Ada peluang atok 'pasang' lagi satu ni.Lagi pun atok tiada teman di rumah ini semenjak nenek tiada. " kata Ali kepada datuknya.

Datuk :" eh ye ke ni??Tak adalah cu.Atok ni dah tua. " ingin kepastian sambil merendah diri tersipu malu ditambah lagi senyuman berlagu.


* tidak suka di keji walaupun betul :
Hana' : " Nurul..buruk sangat la lukisan awak ni.Sebelum orang lain mengatakan sesuatu yang mungkin mengguris hati awak,lebih baik saya yang mengatakannya dahulu. Apa kata awak cuba ubah warna langit itu,kelihatan senang bila orang memandangnya.." komen Hana kepada sahabatnya.


Nurul : " awak kata buruk sangat..ok la ni,cantik..biarlah saya melukis dengan gaya tersendiri.Jika awak tidak senang memandangnya,mungkin ada orang lain yang senang. " gaya bicara Nurul berubah sedikit setelah di komen.


__________________________________

Baik.Maka gunakanlah kata-kata kita dengan sebaiknya.Jika terlihat sahabat lain dalam kemurungan apa salahnya kita katakan sesuatu kepadanya agar kita sama-sama dapat meneruskan mujahadah di setiap jalan perhambaan.Sesungguhnya dunia tempat persinggahan.Mungkin sebahagian di antara kita terjatuh di tengah perjalanan ketika berjuang.
Seperti Nabi Muhammad S.A.W pernah bergurau dengan seorang tua bahawa tiada seorang pun penghuni syurga yang tua di dalamnya.

Sebenarnya ketika menukilkan ini,saya sedang menanti waktu untuk me 'register' subjek semester baru nanti.'Akhof Syuwai' ( saya takut sedikit ).Seperti sebelum ini,madah(subjek) yang telah saya susun dan senaraikan,tiadalah kedapatan melainkan hanya satu atau dua sahaja.Amatlah benar janji Tuhanku.Hanya pada Dia sebaik-baik perancangan.Semoga dipermudahkan sahabat-sahabat seangkatan dengan saya dalam pendaftaran.Tapi,kita akan merasa puas lagi nikmat dengan apa yang terjadi sekiranya tawakal dan redho itu kita letakkan tinggi di puncak perasaan setelah pelbagai usaha kita laksanakan.


Tidak ingin memanjangkan kalam.Sebelum itu,saya cuba mempraktikkan hadith ini sebelum ingin melontar kata,jom sama-sama..mafhumnya

Daripada Abu Hatim,Rasulullah S.A.W bersabda :" Lisan orang berakal berbicara dari balik hatinya,maka ketika hendak berbicara terlebih dahulu ia kembali kepada
hati nuraninya.Apabila ada manfaat baginya,ia berbicara dan apabila dia dapat akan bahaya(keburukan),dia menahan menahan diri "

Susah nak menjaga lidah yang tidak bertulang.Ye kan?Allah itu Maha Adil.Jika kita tidak dapat melihat keadilanNYA,maka ketahuilah kita sendiri yang membuang keadilan Allah itu.

Apa yang saya telah baca dalam riwayat Al-Imam Malik, At-Tirmidzi, Ibnu Majah:
Sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya seseorang berbicara dengan satu kalimat yang diridhai oleh Allah dan dia tidak menyangka akan sampai kepada apa (yang ditentukan oleh Allah), lalu Allah mencatat keridhaan baginya pada hari dia berjumpa dengan Allah.”

Demikianlah antara keutamaan menjaga lisan.Kita cuba sama-sama ye.Jika terlihat keluargaku,sahabatku jua saudara seislamku maka ajaklah dia berperilaku begitu kerana bukankah kita ingin bersama ke syurga Allah Yang Satu,Insha Allah.Jika aku alpa pada duniaku sendiri,gerakkan kealpaanku.Terima Kasih.'She She' =)

Teruskan dengan Dia..Maafkan saya.Saya tinggalkan kamu dengan ini..alunan masyuk^~^:-

1- Sekali Klik,Satu Catatan,Bersama menggempur perubahan.

2- Klik lagi , moga tersentuh hatimu.

~Sekian Wallahua'lam~

" Ya Allah ambillah kerja-kerja dari kami apa yang perlu kami lakukan di sini.Hindarkanlah kami dan janganlah ambil dari kami apa yang tidak perlu kami lakukan di sini "..amin

~ hati_ARIA ~

~ cinta SYRIA ~

9:04 AM 6 Comments

Sewajibnya nama Allah dulu kita sebut.Bismillah.Musyh a'rif keif biddi asykuroka Ya Allah.
Alhamdulillah akhirnya SYRIA dapat saya jejaki.Bermula dengan pelbagai ujian* yang Allah berikan pada saya.Betapa saya menyedari Allah ingin menghadiahkan saya sesuatu yang tiada sesiapa pun dapat memberikannya.Setiap ujian yang berlaku kerana Dia kasih & ingin mentarbiyahku.Sungguh,tarbiyahNya sangat lemah lembut:-

*23 Januari : 1-'cucuk' duit untuk ke SYRIA namun tiada sehelai pun yang keluar,resit juga ditelan sama (telan ditelan dalam jumlah yang agak besar-sehingga kini sedang berusaha keras agar pihak bank mengembalikannya semula,inshAllah).Namun,Allah itu Maha Mencukupi =)

: 2-Kamera kesayangan(hasil dari wang simpanan) tiba-tiba rosak & tiada kedai yang mampu membaikinya^-^.But I still have my handset ^+^.Alhamdulillah.

*24 Januari : 1-Bermula perjalanan dengan pening lalat.
2- Ketika berhenti solat di sebuah masjid menuju ke Boasro,terkunci dalam tandas masjid(tidak dikunci,terkunci sendiri)
Sahabat: " Qalbi,macam mana ni?nak panggil syabab?" setelah kakak2 cuba membukanya dengan sekuat hati.
Saya : " Tak perlu,tak perlu..semua yang diluar pintu sila ke tepi. DONGG!!! "
pintu terbuka luas.^ o ^.
" Maafkan aku pintu..maafkan aku masjid,tiada niat untuk merosakkan ".
3- Jari mengalirkan darah deras terkene besi tajam sewaktu keluar masjid kerana tiada pencahayaan.Alhamdulillah.

*sebelum ini abah sangat sukar memberi kebenaran saya keluar dari Jordan.Tetapi,bila saya memintanya kebenaran ke SYRIA,ringan ucapan abah mengatakan 'abah izinkan'.Rupa-rupanya Allah menyertakan dengan adanya syabab yang amat bertanggungjawab sepanjang perjalanan.Seperti lagak seorang ayah pun ada saya kira.=)Lagi-lagi yang sering mengira bilangan akhowat disetiap tamat penjelajahan suatu lokasi(hilang satu siapa nak ganti?).Ada juga adik yang bergurau " boleh jadi ayah angkat tu"^ ~ ^.JazakAllahu Khoiron jaza' kepada sahabat-sahabat,kakak-kakak,adik-adik & syabab.May Allah ease you all in each of your path towards Mardhotillah.

Selautan dakwat pena tak mampu kugunakan untuk menulis cerita bisu kenangan di sana.Insha Allah akan saya adakan pada 'post' khas yang lain jika berkesempatan.

Imam Hasan Al-Basri ada mengatakan : Orang yang banyak berzikir(ingat Allah) dia berfikir,dengan itu hatinya menjadi bersih.

Bila lihat laut di Latakia,kamu nampak apa ye?Saya nampak pasir,air yang membiru & lain-lain lagi..indah..subhanAllah!!Maka dengan pandangan mata itu apa yang kita dapat?Sekadar memuaskan niat di hati?..Saya pasti mereka yang mempunyai mata hati akan membiarkan matanya melihat dengan hati,hatinya membuatkan akal terfikir.Berfikirlah sehingga kamu merasai makrifatullah itu.Seseorang berilmu telah menyampaikan padaku:makrifatullah itu akan kamu capai & merasai pabila setelah 1) kamu mengetahui sifat-sifat Allah dalam al-Quran & Al-Hadith serta 2) cuba mencari sifat-sifat yang kamu tahu tadi dalam kehidupan ( alam semesta atau penciptaan manusia).

Gunakanlah 5 pancaindera itu dengan sebaiknya.Cuba teka mengapa gigi perlu digosok/dibersihkan setiap hari?Tetapi tidak mengapa jika badan kita tidak mandi dalam satu jangka masa yang agak lama.Berbeza dengan gigi,setelah kita menggunakan perkhidmatannya harus dibersihkan semula.Jika kita puasa,mengapa tidak perlu gosok gigi?Mengapa gigi sangat-sangat perlu dijaga?

Begini,adakah gigi mempunyai 'layer' yang banyak seperti kulit pada badan kita?adakah gigi kita boleh tumbuh(gigi kekal) lagi setelah patah berkali-kali? Berbeza dengan kulit tubuh badan,jika koyak berkali-kali boleh lagi tumbuh 'cell & layer' yang baru.Betul tak?So,jom jaga gigi.Sangat bagus bagi orang yang berpuasa,sebab tak perlu gosok gigi lebih banyak kali.Jimat ubat gigi.Jimat perbelanjaan barang mandi^~^Apalagi,ayuh puasa sunat sama-sama.=)

Bila berdamping dengan sahabat sejatiku(Al-Quran),pasti akan kuluahkan isi hatinya kerana itulah bait-bait cinta Tuhanku.Teringat Syria teringat (Ali-Imran:ayat 191)" (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ "

" Setiap yang benar,
betapa ditekan tetap menjalar,
tanpa dibajakan tetap mekar,
tanpa udara pun kan tetap subur.."

~ A.Samad Said ~
_______________________________________

Dari: " Akhowat Belakang "
Susunan oleh : ~hati_ARIA~
Telah dibacakan oleh: Ustaz Nazrie,Muktah,Jordan.
*Ilham:Jam 9mlm,28Januari2010*
*In a bus-"Rehlah Ukhwah" SYRIA MPPMJ*

" Tiada Rungkai Kata "

Bila sendirian bersila bertafakur
tetap mekar tetap akur
bukan menyelar tapi melakar
bukan sekelumit pada kadar
bahkan bumi mampu gegar
ku laungkan namaMu Allahu Akbar!

Ingin digapai ingin dicapai..
Hati...moga mendamai..

Pelangi indah melingkari perasaan..
Doa tenang menyadur keresahan..

SYRIA..kau membuktikan cinta itu buta
surat sejarahmu kini ku buka semula
Siraman budimu hangat terasa
Susukan cintamu kian membunga

Taubat bersama kesungguhan
Jadikan Aku! Jadikan Aku!
...memecah kedamaian...
hamba yang ikhlas disetiap amalan

Kadang..hawa nafsu menang bergelut
motivasi syaitan tiada surut
hati kalut kehidupan melalut
hilang...tenggelam...takut
Kembalikan aku! Kembalikan aku!
hamba yang ikhlas disetiap amalan

hilang..tenggelam..takut
pengajaran Nabi Ayyub ku sambut
Hanya padaMu Tuhan ku sujud

Jika dulu..inginku melamarmu
Jika dulu..hanya ku dengar namamu
Jika dulu..keindahanmu hanya ku lihat pada buku kaku
jua sejarah mutiaramu tidak pada mataku

Kini...syahdu,kau terima lamaranku
Kini..namamu ku pahat mati dalam kalbu
Kini..keindahanmu kan selalu dalam beyanganku
tetap sejarah mutiaramu kan selalu ku rindu
kerana...persinggahanku dibumimu
...sebentar lalu...

Namun..aku belum cukup
belumku puas..
menyimpan sususan budimu
kerana masa terus memburu
mungkin juga aku terus memburumu
SYRIA di hatiku

Tak perlu ku lukiskan
bukan mudah untuk ku lakarkan
tiada kuasa untuk ku rekodkan
sukar jua untuk ku pentaskan...

pada segala yang ku dapat
dalam "Rehlah Ukhwah" yang tersemat
ke SYRIA menjadi pengubat
pada hatiku terletaknya niat
MPPM..menjelaskan matlamat.

~TAMAT~

My heart is ringing call..
soul knelt in silence..no words
except Allah Alone....


قلبي رنين الكلمة..
ساجد الروح في صمت .. لا الكلمات ..
الا الله احد ..



Rehlah Ukhwah MPPMJ 2010 ke SYRIA
24-28 Januari 2010

Sekian,asifah.Maafkan saya jika saya silap.

Friday, January 29, 2010

~ Tudungkan aku ibu ~

12:59 PM 0 Comments


Aku cuba melayan tangan yang ingin digerakkan.Sungguh,tinggal menuntut ilmu di Jordan banyak memberi aku ilham serta pengajaran disepanjang jalan perhambaan.Hati sebagai raja pun memberi arahan,akhirnya mula mencoret mengisi ruang yang asalnya tiada ruang untuk diri dimanjakan.

Teringat aku tika sedang rancak mencoret,watak utama berasal dari Indonesia yang aku lahirkan dalam coretan membuatkan aku teringat kepada seorang teman.Dia bernama Kar(saja aku rahsiakan nama penuhnya) berasal dari Indonesia.Aku mengenalinya hasil perkenalanku dengan sahabat arab,Rona.Tidak perlu ku lebarkan kisah Rona.Kar ialah pembantu rumah keluarga Rona.

Suatu masa,aku terbaca 'post' di Yahoogroup PERMAI tentang pasangan pelajar yang ingin meminta bantuan mencarikan pembantu rumah sekitar kawasan terdekat,Irbid,Jordan.Tugas sebagai Timbalan Pengerusi Kebajikan & Keselamatan PERMAI menyerlahkan lagi tanggungjawabku.Inginku cuba membantu.Aku terus teringat kpada Kar & terus menghubunginya agar dapat membantu pasangan itu.Setelah dia memberikan nombor agen pembantu negara Indonesia(hakikatnya amat sukar mencari pembantu mengikut pilihan),dia bersahaja memanjangkan mesej perbualan.Kadang lucu kadang sayu.

Kar :"Anisa,kalau di pikir-pikir kamu itu lucu juga.Umur kamu berapa si an,kalau aku udah mahu 24..udah punya anak laki-laki masih kecil umur 1 setengah tahun..namanya Raihan Ali Firdaus.Menurut kamu,nama anak saya bagus enggak?"

Aku : "Lucu?Apa yang lucunya kak ?..Bagus akak namanya.Sangat cantik namanya..'wangian di syurga(firdaus)' kan? akak ingin memaksudkannya apa ye? Tapi kalau Raihan Firdaus(wangian syurga) sudah baik juga,inshaAllah.

Kar : "Terima kasih Anisa,tapi Anisa kalau kamu punya anak laki-laki mau di beri nama apa ya?Sebenarnya saya datang ke Jordan cuma pelarian dari suami.Saya ke sini tanpa pengetahuan suami.Suami saya tahu selepas aku ada di jordan,makanya di suruh pulang.Anak,saya tinggalkan semenjak umur 10 bulan.Kalau melihat foto anak saya,saya menangis merasa menyesal.Saya itu orangnya egois,enggak pernah dengar nasihat suami."

Aku : "umur saya 19 tahun..tidak tahu mahu kasi nama apa..perlu ada sepakatan dengan suami dan orang lain juga(belum terfikir).Banyak saja nama yang baik-baik,tetapi nama yang terbaik perlu kita pilih untuk anak kerana itu adalah harta yang terbaik,juga amanah yang paling bernilai di dunia & di akhirat(inshaAllah)..Mungkin akak harus pulang ketemu suami & anak.Suami akak sering memarahi akak?atau dia ada melakukan sesuatu diluar batasan Islam terhadap kakak?...kerana kakak egois?itu mungkin dulu kakak,tapi kini aku yakin,akak ibu & isteri terbaik buat anak & suamimu,tiada yang bisa menggantikan dirimu kerana kamu begitu berharga(sebab itu,suamimu suruh pulang)..teringat saya tentang suatu hadith(mafhumnya):" jika mati seseorang itu maka terputuslah segalanya kecuali 3 perkara: amal jariah yang ditinggalkan,ilmu yang dimanfaatkan & doa anak yang soleh(mendoakan)" "

Maafkan aku kakak....~Semoga Allah merahmati & memudahkan urusanmu kakak Kar & sekeluarga~

Mai kakak,adik dan teman.Jangan malu jangan segan.Cerita bisu tinggalkan pesanan,mungkin hanya cebisan.Aku mulakan dengan nama Ar-Rahman.

" TUDUNGKAN AKU IBU "


“Congratulation!Awak sungguh hebat!” Sofiah rakan sekuliah memujinya kerana berjaya menyelesaikan segala permasalahan yang diutarakan pensyarah sebentar tadi dengan cepat dan tepat.
Bab ‘Bisness Management Project’ agak sukar kali ini.
“Be enjoy but be professional and proficient,ok” itulah ungkapan yang sering diutarakan dan dipraktikkan dalam segala urusan kehidupannya.
Antara kata yang dikutip dari mantan presiden Britain sekaligus menjadi prinsipnya yang teguh.
Wafa,siapa yang tidak mengenalinya,dialah pelajar Indonesia Phd yang terbaik dalam kalangan pelajar Phd yang lain di University of Wales United Kingdom.Sejak dirinya bergelar Mahasiswa Master di University of Yarmouk lagi,kepintaran dan kecekapannya sudah terserlah.Terkenal juga dengan idealisme yang tinggi.
Pangkat mumtaz yang diraihnya menyebabkan pihak University of Yarmouk menghadiahkannya biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya dalam jurusan ekonomi dan perbankan Islam di negara orang putih.
***
Zaman dara remajanya diakhiri dengan sebuah perkahwinan.Tidak hairanlah jika dia digandingkan dengan seorang jejaka yang tidak kurang hebat seperti dirinya.Pasangan secocok yang amat berprestasi dan sepangkat meski berbeza profesion.
Wahidah adalah permata hati hasil buah percintaan mereka.Ketika ini,Wafa bekerja sebagai pembantu pengurus di salah sebuah syarikat terkenal di Indonesia sesuai dengan pangkat Phdnya.Kehadiran seorang putri bernama Wahidah telah menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bersama suaminya.Kononnya,hanya Wahidah sahaja yang dapat melengkapkan kebahagian mereka,maka nama putri mereka itu diambil dari kalimah bahasa arab,Wahidah yang bermaksud satu atau seorang atau pun tunggal.
Sesungguhnya seorang ayah haruslah menunaikan hak ke atas seorang anak sebelum anak itu menunaikan hak terhadapnya.Hak si anak pernah dikatakan oleh Saidina Umar:
“Memilihkan ibu yang baik , menamakan dengan nama yang baik serta mengajarkannya Al-Quran.”
***
Kerja Wafa semakin menggila ketika Wahidah meningkat usianya enam bulan.Bagai ketitir betina terbang bebas kerana hampir setiap hari dia terbang dari satu kota ke kota yang lain juga dari negara ke negara yang lain.
“ Wafa,tidakkah Wahidah itu terlalu kecil untuk kau tinggalkan? “ tanya Muna kepada sahabatnya.
“Don’t worry.Everything is ok!Be enjoy but be professional and proficient.Aku sudah menyiapkan segalanya buat Wahidah “ pantas balas seorang ibu pintar dengan yakin.
Kata-katanya itu bukanlah dusta.Ia terbukti kerana layanan dan keprihatinan untuk putri kecilnya semua diuruskan oleh seorang ‘baby sitter’ yang profesional.Senang Wahidah memanggilnya Mak Fatimah.Wafa hanya mengatur dan mengawal jadual Wahidah melalui telefon.Putrinya itu membesar dengan sempurna,bijak dan aktif.
“Nanti,bila Wahidah telah dewasa,ikutlah jejak ayah dan ibumu ya” harapan seorang nenek kepada cucu kesayangannya.
Kadang neneknya sering menonjolkan kebanggaan dan kehebatan kedua ibu bapanya kepada Wahidah tentang kejayaan,wang ringgit dan kehidupan yang senang.
***
Wahidah bagai si malaikat kecil buat semua.Kini umurnya genap tujuh tahun.
“Wahidah dah besar sekarang.Jadi,kena pakai tudung.” pinta Mak Fatimah lembut.
“Skirt ini dah tak sesuai dengan Wahidah.Esok kita beli baju yang lebih sesuai dan cantik ye” tambahnya lagi.
Wafa juga sering mengingatkan Mak Fatimah agar tidak lupa mengajarkan anaknya ilmu agama.Teringat Mak Fatimah sewaktu dia mendengar tazkirah ringkas di Masjid Ar-Rahman tempoh hari.
“ Suruhlah anak-anakmu solat sedang mereka berumur tujuh tahun. “ Hadith Nabi Muhammad S.A.W
Ulama’ suka mengambil pengajaran bahawa pendidikan anak bermula tujuh tahun.Ertinya jika Islam mengarahkan pendidikan solat dibentuk ketika berumur tujuh tahun,maka hendaklah dibentuk bersama pendidikan penutupan aurat,sosial dan pergaulan serta adab dalam kehidupan.


“dan pukullah mereka sedang mereka berumur sepuluh tahun”hadith Nabi S.A.W
Islam juga menasihatkan proses peringatan tersebut mengambil tempoh tiga tahun sehingga berumur sepuluh tahun.Barulah dibenarkan si anak dipukul atau dirotan jika melakukan kesalahan seperti meninggalkan solat.

Pakar motivasi juga ada menyatakan bahawa seseorang itu dianggap telah menasihati anaknnya apabila dia melontarkan 200 kali nasihat atau ungkapan yang sama barulah mendapatkan teori pelaziman.
***

Permintaan si malaikat kecil semalam membuatkan Wafa dan suaminya mengerti bahawa anak mereka amat memerlukan perhatian.Atas pengertian itu,lalu pulanglah mereka untuk menghabiskan waktu bersamanya.
“Dia minta adik?” nada suaminya yang merasai kelainan atas permintaan anak kesayangannya.
“ Biasalah tu,tak ada kawan nak diajak bermain.“ tambah suaminya,Adli sambil tersenyum sengih.
Namun kesibukan mereka belum boleh membuktikan yang mereka bersedia menghadirkan teman sepermainan buat Wahidah.Sungguh Wahidah ‘memahami’ orang tuanya.Dia juga tidak mahu banyak merengek,seperti dia mewarisi karakter ibunya.
Meskipun ibu dan ayahnya sering pulang lewat,Wahidah tidak pernah merungut.Bahkan dia setia menanti dan menyambut kepulangan mereka dengan wajah yang ceria.Layaklah dia dengan sapaan manja si malaikat kecil oleh Wafa dan Adli.
Beruntung benar pasangan berprestasi itu.Hidupnya senang.Keluarganya bahagia,ditambah pula mempunyai anak yang memahami dan menurut kata.Pasti,makhluk disekeliling mereka mungkin ada yang berasa iri hati.Tetapi ada juga makhluk yang semakin kencang berdoa agar bahtera rumahtangga mereka terus terbina kukuh.

***
Peristiwa ini berulang dalam beberapa hari sebelum Wafa dan suaminya berangkat ke Syria atas urusan perasmian syarikat baru Wafa.
Petang itu,Mak Fatimah ingin menemaninya ke taman permainan seperti biasa.Taman permainan sering dijadikan tempat berhibur bagi Wahidah.
“Tak nak pakai..tak nak pakai..Wahidah nak ibu yang pakaikan “ rengekan Wahidah kepada Mak Fatimah apabila diminta memakai tudung dan baju yang sopan ketika hendak keluar rumah.
Wafa dan Adli berfikir bahawa Wahidah baru hendak memasuki alam persekolahan.Jadi,dia meminta ditingkatkan lagi keprihatinan terhadapnya.Cuma dengan gaya bahasa yang agak berbeza.
Tanpa menghiraukan permintaan si malaikat kecil,terus mereka berangkat pergi.
Kali ini,Wahidah menangis ketika ditinggalkan mereka.
***
Fikiran Wafa menerawang teringatkan anaknya.Hatinya terasa lain.Perasaan kasih rindu terhadap anak kecilnya,tiba-tiba menghentak kuat ketika hari terakhir mereka berada di Syria.Dibuang jauh-jauh perasaan itu sebolehnya.Hari itu mereka akan pulang ke Indonesia.
“ Puan Muna , Wahidah di masukkan ke hospital.Dia ditahan di wad sekarang ini.“ amat terkejut Muna akan berita itu.
Pantas dia ke ICU menemui anak sahabatnya.Terus dilayangkan mesej ringkas kepada Wafa dan suaminya serta menasihati mereka agar tidak terlalu risau tentang keadaan anaknya.
Setibanya Wafa dan suaminya di pintu rumah banglo tiga tingkat itu,tiada lagi si malaikat kecil yang menyambut ceria kepulangan mereka.
Segalanya telah terlewat.Dunia bagaikan kelam sebentar.Dia tidak percaya apa yang berada di hadapan matanya.Sekujur tubuh kecil terbaring kaku dipembaringan.
Patutlah fikirannya sering terfikir akan anak tunggal kesayangannya sejak kebelakangan ini.Hati diselaputi kerinduan yang tidak pernah dialaminya sepanjang kesibukannya bekerja semenjak Wahidah kecil dahulu.
Sebelum dia tiba di rumah,teringin benar dia membelikan sehelai tudung putih buat Wahidah dan memakaikannya sendiri.Rupa-rupanya itulah permintaan terakhir yang sering dituntut Wahidah selama beberapa hari sebelum ibunya berangkat pergi.
Allah S.W.T punya perancangan lain.Wahidah si malaikat kecil telah dijemput oleh Yang Maha Mengasihi.



***
Memang Wafa teringin dan menyimpan niat bahwa dia akan memakaikan sendiri pakaian anaknya.
Wafa masih mempunyai peluang dan ruang untuk dia memakaikan pakaian dan tudung buat si malaikat kecilnya itu.
Siang itu,keinginannya termakbul.
Siap dimandikan,Wafa mengafankannya dengan kain dan tudung putih yang akan membaluti seluruh tubuh serta kepalanya.
“ Wahidah,ini ibu nak.Ini ibu yang pakaikan baju dan tudung buat Wahidah” ucapannya lemah di tengah-tengah kesunyian jemaah.
Ombak deras membantai pantai kembali tenang.Awan mendung kembali cerah.Semuanya seolah-olah mengerti dan meredhai pemergiaan si malaikat kecil.
Satu persatu helaian kain putih dipakaikan sehinggalah ke anak tudung sambil hatinya meruntun sedih mengharap Wahidah kembali membuka matanya.Perlahan-lahan sahabat Wafa menjauhkan Wafa dari tubuh kecil itu sambil berusaha menyembunyikan tangisan.
***
Ketika tanah yang masih merah basah menutupi jasad Wahidah,Wafa tetap berdiri disisi pusara.Berkali-kali Muna memujuk menariknya pulang.
Wafa mengatakan “ Ini sudah takdir.Sama sahaja jika si malaikat kecil aku ini berada disisi atau aku diseberang lautan,kalau sudah masanya,dia tetap akan pergi jua.Ya kan?”
Dia langsung tidak merasa memerlukan hiburan orang lain ketika itu.Suaminya tidak terpeta kata tegap berdiri melihat pusara anak kesayangannya.
Tiba-tiba Wafa menjerit sekuat hati “ Aku ibunyaaa!!”
“ Bangunlah anakku.Ibu janji,ibu akan memakaikan tudung buat Wahidah,berilah ibu peluang sekali lagi” rintihnya kesal.

Dia redha.
 
Air matanya terus membanjiri tanah yang menaungi jasad kecil Wahidah.Sungguh,dialah anak tunggal yang tiada gantinya buat Wafa dan Adli.
Hari semakin senja.Burung-burung kembali terbang pulang ke sarang.Bunga-bunga mewangi pun menyaksikan kepulangan mereka berdua.
***
~Sekian,Wallahua'lam~
Harta yang dipinjamkan haruslah dipulangkan semula kepada tuannya yang hak.Begitu juga anugerah harta yang tidak ternilai harganya di dunia dan akhirat.Allah mengurniakan anak yang bersifat sementara buat pasangan suami dan isteri,maka harus Allah mengambilnya semula.
Ranting yang patah mati mustahil boleh dicamtumkan lagi.Perkara yang manusia sering anggap remeh itulah banyak yang menimbulkan kekesalan tiada bertepi dan amat dirasai pabila ia pergi.Bukan segalanya boleh dijual beli.Kasih sayang serta cinta sejati tiada sesuatu yang boleh menjadi pengganti.Ingatlah segala kurniaan Allah dan hargailah sebaiknya sebelum ia kembali ke negeri abadi.
~aku hanya hamba>hati_ARIA<~



Tuesday, January 5, 2010

~ Kerana Punya Cinta ~

10:38 PM 2 Comments


Dengan nama Allah segala puji bagiNya,slawat atas Nabi Muhammad S.A.W junjunganNYA.

" Cinta itu bersemayam di dalam jiwa yang amat mendalam.Cinta perlukan kejujuran,kese
tiaan dan ketulusan.Cinta kerana selainNYA tak kan abadi & membuatkan diri binasa sendiri.Wahai sahabatku,kakakku,adikku..tiada kata bait-bait cinta yang boleh ku tuangkan agar tersusun rapi perilaku bicara hati..kerana cinta letaknya didalam hati,urusan Ilahi.Ayuh suburkan cinta kita padaNYA agar spirit dakwah kian menyala,suburi juga akhlak cinta sunnah Baginda agar terkesan dakwah pada madu'nya.Kadang luahan hati cinta manusia perlu dipenjarakan,mungkin tidak padan 'cinta' ketika itu.Namun,aku kini sangat mengerti..jangan sesekali memenjarakan cinta Dia..hatikan tersiksa..ia perlu dihadirkan setiap detik walau di mana jua.Moga cintaku padamu sahabat terus setia kerana aku tahu kita berkongsi Cinta Dia yang SATU.Salam percintaan di jalan dakwah.Moga terus thabat.Khas buatmu.."

Nukilanku tika ini..sedang merindui seorang sahabat yang jauh berjuta batu dari sisiku. Bila ingin kau membaca bicara bisuku,inginku pinta darimu..Bacalah dengan 'relax',kerana ketenangan akan membuahkan kedamaian hidup yang amat mendalam.Jika kau ingin mendengar dendangan lagu @ zikir bersama,dipersilakan.Tetapi jagalah hati kita bersama ye.Moga ia basah sentiasa dengan namaNYA.Kalau hendak minum kopi panas,jangan lupakan sahabat yang sedang giat 'study' disebelah bilikmu.=) mi goreng satu! Pabila pandanganku melihat segala makhluk disekeliling.."Aku bersyukur hari ini aku dikurniakan suatu kuasa yang membolehkan jari-jemari menari-nari di atas 'keyboard' untuk aku menuangkan bicara hati.Tapi,aku terasa amat hina kerana kelayakanku amat jauh berbanding 'blog writters' yang lain..kerana 'makanan penulisan' mereka banyak yang sedap jika hendak dihidangkan kepada hati & akal."..

Tidak ingin aku mencuri waktu 'study' ku ( kadang aku meminjam waktu itu pada hal-hal yang tak patut aku lakukan )..sungguh payah..payah.. Inginku meminta doa darimu.Fatrah 'final exam' kembali membuka jalan menuju cita.Jom kita doakan rakan-rakan & sahabat-sahabat yang sedang bermujahadah demi ilmu Allah.

"doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain ( sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut ) adalah doa yang pasti diperkenankan , disisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya,malaikat yang ditugaskan itu berkata : Amin dan bagimu seperti itu juga "
( Hadith Riwayat Muslim)



'STUDY! STUDY HARD! BELAJAR! BELAJAR!..aku perlu belajar sebab aku tak 'terror' T~T..tidak mengapa sahabat,yang lepas itu biarlah ia pergi,ambil ibrah dari markah yang lepas jika ianya kurang memuaskan..aku juga payah untuk meninggikan pointer..tapi ingatlah,aku sentiasa menyokongmu sahabat.KAU BOLEH!AKU BOLEH!KITA BOLEH! UMMAT ISLAM SENTIASA BOLEH..^~^ MARK~MARKAH,alahai markah..markah bukan sebarang markah tetapi suatu pemunasabahan,suatu pengislahan pada semua hal kerana Allah..kerana itulah dari diri kita disebalik markah walau bukan dapat ditafsirkan segalanya melalui markah..

Harapan PadaMU subur kembali

Wahai Tuhanku yang Esa
Bila kenangkan QoharMu
rasa gerun dihatiku kerana takutkan siksaMu
hambaMu rasa berputus asa
siapakah yang dapat membersihkan diri
dari segla dosa yang memburu..
setiap hari setiap ketika

Tika kenangkan ghofarMu
putus asa tiada lagi
semangatku pulih semula
harapanku subur kembali

ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnahMu itu penghapus dosaku..
mengganti hukumanMu di akhirat

di waktu mengenangkan rahmatMU
tersa diri kurang bersyukur
padaMu harusku bermohon
moga syukur bertambah

alangkah susahnya mendidik nafsu
yang tidak dapat melihat kebenaranMu
bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini..

~lirik oleh SAUJANA~

"..tidak mengapa orang tidak membeli karya kita ( tidak kisah ) tetapi kisahlah pabila orang yang membaca karya kita tidak memperolehi apa-apa.." petikan nasihat dari seorang penulis novel,Hilal Asyraf, juga pemilik laman ini ketika bengkel penulisan Kumpulan Karyawan Islam Jordan(KKIJ) diadakan baru-baru ini.

Sampai di sini.Maka terhentilah jari-jemari daripada 'menari'.Hati terdiam terpaku sendiri,muhasabah diri yang amat hina ini."Tuluskan niat..jelaskan matlamat"

Sekian.Maafkan segalanya ye.Halalkan semuanya.sokonganmu buat inspirasi..ramai yang sedang menanti kejayaanmu..

~WALLAHU A'LAM~