Dengan nama Allah segala puji bagiNya,slawat atas Nabi Muhammad S.A.W junjunganNYA.
" Cinta itu bersemayam di dalam jiwa yang amat mendalam.Cinta perlukan kejujuran,kesetiaan dan ketulusan.Cinta kerana selainNYA tak kan abadi & membuatkan diri binasa sendiri.Wahai sahabatku,kakakku,adikku..tiada kata bait-bait cinta yang boleh ku tuangkan agar tersusun rapi perilaku bicara hati..kerana cinta letaknya didalam hati,urusan Ilahi.Ayuh suburkan cinta kita padaNYA agar spirit dakwah kian menyala,suburi juga akhlak cinta sunnah Baginda agar terkesan dakwah pada madu'nya.Kadang luahan hati cinta manusia perlu dipenjarakan,mungkin tidak padan 'cinta' ketika itu.Namun,aku kini sangat mengerti..jangan sesekali memenjarakan cinta Dia..hatikan tersiksa..ia perlu dihadirkan setiap detik walau di mana jua.Moga cintaku padamu sahabat terus setia kerana aku tahu kita berkongsi Cinta Dia yang SATU.Salam percintaan di jalan dakwah.Moga terus thabat.Khas buatmu.."
Nukilanku tika ini..sedang merindui seorang sahabat yang jauh berjuta batu dari sisiku. Bila ingin kau membaca bicara bisuku,inginku pinta darimu..Bacalah dengan 'relax',kerana ketenangan akan membuahkan kedamaian hidup yang amat mendalam.Jika kau ingin mendengar dendangan lagu @ zikir bersama,dipersilakan.Tetapi jagalah hati kita bersama ye.Moga ia basah sentiasa dengan namaNYA.Kalau hendak minum kopi panas,jangan lupakan sahabat yang sedang giat 'study' disebelah bilikmu.=) mi goreng satu! Pabila pandanganku melihat segala makhluk disekeliling.."Aku bersyukur hari ini aku dikurniakan suatu kuasa yang membolehkan jari-jemari menari-nari di atas 'keyboard' untuk aku menuangkan bicara hati.Tapi,aku terasa amat hina kerana kelayakanku amat jauh berbanding 'blog writters' yang lain..kerana 'makanan penulisan' mereka banyak yang sedap jika hendak dihidangkan kepada hati & akal."..
Tidak ingin aku mencuri waktu 'study' ku ( kadang aku meminjam waktu itu pada hal-hal yang tak patut aku lakukan )..sungguh payah..payah.. Inginku meminta doa darimu.Fatrah 'final exam' kembali membuka jalan menuju cita.Jom kita doakan rakan-rakan & sahabat-sahabat yang sedang bermujahadah demi ilmu Allah.
"doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain ( sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut ) adalah doa yang pasti diperkenankan , disisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya,malaikat yang ditugaskan itu berkata : Amin dan bagimu seperti itu juga "
( Hadith Riwayat Muslim)
'STUDY! STUDY HARD! BELAJAR! BELAJAR!..aku perlu belajar sebab aku tak 'terror' T~T..tidak mengapa sahabat,yang lepas itu biarlah ia pergi,ambil ibrah dari markah yang lepas jika ianya kurang memuaskan..aku juga payah untuk meninggikan pointer..tapi ingatlah,aku sentiasa menyokongmu sahabat.KAU BOLEH!AKU BOLEH!KITA BOLEH! UMMAT ISLAM SENTIASA BOLEH..^~^ MARK~MARKAH,alahai markah..markah bukan sebarang markah tetapi suatu pemunasabahan,suatu pengislahan pada semua hal kerana Allah..kerana itulah dari diri kita disebalik markah walau bukan dapat ditafsirkan segalanya melalui markah..
Harapan PadaMU subur kembali
Wahai Tuhanku yang Esa
Bila kenangkan QoharMu
rasa gerun dihatiku kerana takutkan siksaMu
hambaMu rasa berputus asa
siapakah yang dapat membersihkan diri
dari segla dosa yang memburu..
setiap hari setiap ketika
Tika kenangkan ghofarMu
putus asa tiada lagi
semangatku pulih semula
harapanku subur kembali
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnahMu itu penghapus dosaku..
mengganti hukumanMu di akhirat
di waktu mengenangkan rahmatMU
tersa diri kurang bersyukur
padaMu harusku bermohon
moga syukur bertambah
alangkah susahnya mendidik nafsu
yang tidak dapat melihat kebenaranMu
bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini..
~lirik oleh SAUJANA~
Bila kenangkan QoharMu
rasa gerun dihatiku kerana takutkan siksaMu
hambaMu rasa berputus asa
siapakah yang dapat membersihkan diri
dari segla dosa yang memburu..
setiap hari setiap ketika
Tika kenangkan ghofarMu
putus asa tiada lagi
semangatku pulih semula
harapanku subur kembali
ujian menimpa menekan di jiwa
tak sanggup meneruskan perjuanganku
mehnahMu itu penghapus dosaku..
mengganti hukumanMu di akhirat
di waktu mengenangkan rahmatMU
tersa diri kurang bersyukur
padaMu harusku bermohon
moga syukur bertambah
alangkah susahnya mendidik nafsu
yang tidak dapat melihat kebenaranMu
bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini..
~lirik oleh SAUJANA~
"..tidak mengapa orang tidak membeli karya kita ( tidak kisah ) tetapi kisahlah pabila orang yang membaca karya kita tidak memperolehi apa-apa.." petikan nasihat dari seorang penulis novel,Hilal Asyraf, juga pemilik laman ini ketika bengkel penulisan Kumpulan Karyawan Islam Jordan(KKIJ) diadakan baru-baru ini.
Sampai di sini.Maka terhentilah jari-jemari daripada 'menari'.Hati terdiam terpaku sendiri,muhasabah diri yang amat hina ini."Tuluskan niat..jelaskan matlamat"
Sekian.Maafkan segalanya ye.Halalkan semuanya.sokonganmu buat inspirasi..ramai yang sedang menanti kejayaanmu..
~WALLAHU A'LAM~
Sekian.Maafkan segalanya ye.Halalkan semuanya.sokonganmu buat inspirasi..ramai yang sedang menanti kejayaanmu..
~WALLAHU A'LAM~
2 comments:
kerana punya cinta~
haha..
Thanks 'mama' cik santun :)
Post a Comment