Monday, April 25, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali-8.

9:32 AM 0 Comments


Siri 4

~ Calon-calonnya ~

PR : Bakal Saff Kepimpinan HELWI@PERMAI


Vote SITI FATIMAH BT ISMAIL for KETUA HELWI





Vote NAFEESA AYESHA AHMAD FAUZI for TIMBALAN KETUA HELWI





Vote NURFADHILAH HUSIN for AHLI MAJLIS TERTINGGI




Vote RAIHANA AHMAD NAZRI for AHLI MAJLIS TERTINGGI





Vote AFIFAH HAMDAN for MAJLIS MAHASISWA YARMOUK





Vote NURUL KAUTHAR MOHD KHARI for MAJLIS MAHASISWA JUST.



Friday, April 22, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali-8.

10:50 AM 6 Comments

Siri 3

KEMPEN?

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa-apa pun kalimahNYA dulu. Saat ini saya perlu menukilkan sesuatu kepada ahli PERMAI tercinta walau pun sedang berhadapan dengan kesibukan kerja kuliah yang masih belum siap, persiapan pembentangan Fiqh Medic, kelas tasmi3, dan hal-hal lain pada esok hari. Saya pasti ada orang yang lebih sibuk dari saya. Nukilan ini bukan disebabkan surat penarikan diri ditolak kerana segala ketetapan setiap sesuatu hanya dariNYA tetapi saya berasa terpanggil untuk mengatakan sesuatu tentang pilihanraya PERMAI kali ke-8 pada tahun ini.

Ini sebahagian usaha kecil yang saya mampu lakukan, selebihnya saya letak pada Allah untuk menentukannya. . Saya tidak mahu artikal ini mengeruhkan lagi keadaan atau memecah belahkan ummat sebaliknya lebih mempertahankan hubungan juga demi Islam tercinta. Allah uji kita semua untuk menentukan pemimpin. Allah uji keyakinan kita.


Saya mohon agar diri ini dinilai sebaiknya. UNDILAH SITI FATIMAH BINTI ISMAIL sebagai KETUA HELWI. Kejam sungguh agaknya saya. Jom kita nilai antara saya dan dia. Paling penting saya nak kempen dia bukan saya.


ANISATUL-QALBI BINTI MOHD SOFIYUDDIN.


1) Telah bergiat aktif dua tahun berturut-turut di medan kepimpinan PERMAI.

- Bukan saya sakit tenat atau meningkat usia dan tidak berdaya, tetapi PENGALAMAN yang telah sedia ada sudah cukup bagi saya. Bukan bermakna saya akan meninggalkan ahli PERMAI hanya semata saya telah merasakan cukup, bukan juga saya membiarkan kepimpinan terkapai-kapai menjaga 'anak-anak' PERMAI begitu sahaja. Jika begitu, kejamlah saya hanya menggunakan orang bila diperlukan,hanya menggunakan ahli bila masuk pimpinan, hanya bersama bila ada jawatan, hanya untuk mengambil manfaat, setelah itu dibuangnya jauh-jauh seperti botol air yang kosong dibuang setelah habis airnya kerana air tujuannya.

- Tak bermaksud kalau saya naik juga, saya tolak. Kuasa itu dari Allah. Kekuatan itu juga dari Allah.

2) Ingin memberi peluang kepada ahli lain.

- Berilah kepercayaan kepada ahli lain untuk membawa PERMAI. " Kullum riim ma nawa " ( setiap sesuatu bergantung apa yang diniatkan ). Maka sandarkan dihati apa yang kita niatkan, yakin dia boleh membawa kita dalam PERMAI,Insha Allah kita akan dapat. Dia boleh dijadikan contoh dan teladan, dia boleh memahami kita.


SITI FATIMAH BINTI ISMAIL.

Saya mengenalinya sejak pertama kali dia menjejakkan kaki di bumi Jordan. Pertama kali menyambut ketibaannya & adik-adik lain lapangan terbang, seolah-olah ada sesuatu yang bermakna pada dirinya. Walaupun saya bukan kakak kandungnya, namun saya telah bersamanya selama dua tahun dalam PERMAI,juga sebagai teman yang agak rapat dalam Kelab Az-Zikr(Tahfiz) yang amat kami sayangi. Disebalik hidup bersama Az-Zikr, hakikatnya kedua-dua dari kami ini sukar dilepaskan oleh guru-guru tahfiz untuk memegang amanah di medan kepimpinan PERMAI.

1) Deen list.

- Adik Fatimah ini sangat layak untuk dijadikan qudwah, sangat cemerlang dalam akademik selari dengan input komen Tuan Haji Sulaiman Ismail selaku Pengarah Jabatan Pendidikan Malaysia Jordan dalam Facebook baru-baru ini akademik juga perlu dijadikan aspek utama yang perlu dinilai sebelum seseorang dpilih menjawat sesuatu jawatan dalam persatuan . Sehinggakan ada yang cemburu dengan kecemerlangannya. Walhal usahanya lebih kurang sama dengan rakan yang lain & tidak terlalu menekan. Itulah anugerah dari Allah.

2) Tidak terlalu beremosi & mampu sesuaikan diri dalam banyak keadaan selain dirinya bersifat tegas.

- Sentiasa terukir senyuman dibibirnya walaupun kadang ada kepahitan yang dia rasai.

3) Sangat menjaga hafalan & cemerlang dalam hafalannya.

- Dia amat mencintai Al-Quran. Sungguh, pemimpin yang mencintai Al-Quran & mempraktikkan apa yang ada di dalamnya, Allah akan memelihara dirinya & orang yang bersamanya, Insha Allah.


3) Tidak dikenali?Nak yang glamour ye.

- Tidak dikenali namanya tidak mengapa, yang penting mengenali akhlaknya yang mulia. Bila naik nanti, insha Allah akan terkenal juga. Jangan pula anda undi tidak kenal siapa dia, maksud saya untuk mengenali dirinya dengan lebih jauh dalam pimpinan, boleh dikenali nanti. Tiada masalah.


4) Bagaimana sifat kepimpinannya?

- Dia bukan dari kalangan AMM/AMT? Tak boleh?Boleh =) Dari mana saya nilai? Pertama dia cemerlang dalam memimpin dirinya. Kedua kerana dia pernah menjadi ajk & pernah menjadi timbalan program begitu juga sering bersamanya dalam progrm-program PERMAI. Terbaru, dia sebagai Timbalan Pengarah KARISMA.Mungkin saya tidak pernah bersamanya dalam mesyuarat tetapi ..

1- Fatimah sangat bertanggungjawab & sangat memahami

2- Kerja on the spot

3- Sesuai menjadi contoh putri-putri lain,akademiknya yang cemerlang, qurannya, dengan amanah ketua naqibah program PINTAR, ketua batch, dengan petahnya dia menyampaikan sesuatu perkongsian & menghormati idea-idea orang lain.

4- Sangat ringan tulang. Dia akan melakukan sesuatu dengan usahanya yang terbaik.

5- Rajin pun rajin.

6-Tgas & amat risau sekiranya berlaku masalah melibatkan kumpulan yang disertainya lebih-lebih lagi dengan ahli tahfiz sekelas.

7- Bersemangat dalam melakukan kerja.

8- Berakhlak sudah pastinya.

Setiap manusia ada kelebihan & kekurangan. Jika kesalahan yang anda nampak pada seseorang bukan bermakna tiada langsung kebaikan pada dirinya. Mungkin detik itu dia tidak mengetahui, mungkin juga dia sedang mempelajari. Tegurlah dengan 'tangan' jika mampu, jika tidak dengan lisan, jika tidak dengan hati.

Ambillah pemimpin yang boleh berlaku adil & kuat serta amanah. Juga melihat aspek-aspek yang lain.

Peranan ahli & pemimpin, bila bergabung dengan baik, diadun bersama, Insha Allah baik keadaannya.

Sekiranya pemimpin itu terpilih, berilah komitmen semampunya. Jika dia yang terangkat & bergiat aktif bergerak, sebaliknya ahli tidak bergerak atau memberi komitmen, tak jadi juga. Bukan pemimpin sahaja yang penting, bukan ahli sahaja tetapi sinergi kedua-duanya membawa kegemilangan bersama.

Sekian. Segala komen,pendapat,kritikan & perkongsian amat dialu-alukan oleh penulis. Semoga ia memberi manfaat bukan hanya pada ahli PERMAI tetapi sesiapa sahaja, tidak kira dapat digunakan untuk saat ini atau hari-hari seterusnya.



إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ

(إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Terjemahan : " Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanah kepada YANG BERHAK MENERIMANYA, dan apabila kamu menetapkan hukum dengan di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat "

( Surah An-Nisa' : 58 )



PERMAI yang damai. Selamat menilai.

Allahu ma'ana ainama kunna.


Sejak pilihanraya, aktif benar blog penulis(no komen). Semakin berpilihanraya semakin merindui kuliah bersama Dr Mahmud Al-Kholidi.

Thursday, April 21, 2011

Pilihan Raya MPPMJ 2011.

10:09 PM 2 Comments




Bismillah.


" Allah permudahkanlah, penuh-penuh. " Setiap hari mulai hari ini, ada program penting selain kuliah. Strategi-strategi. Setiap hari dia menyusun jadualnya, untuk diri,keluarga & orang yang berkaitan dengannya. Jadual tetap jadual, sama ada diri & orang ramai dapat memenuhi jadual dirinya, itu terserah pada Allah. Paling penting, dia merancang setiap hari & laksanakan. Dateline itu penting. Dirinya semakin ketat dengan disiplin masa sejak kebelakangan ini. Sebelum ini,dia masih ada rasa kasihan terhadap sesiapa yang lewat jika berjanji dengannya, kali ini jika tidak dapat dibuat pada waktu yang ditetapkan, bermakna terbatal atau temujanji akan dibuat pada waktu lain (mengikut keadaan ). Takut.


Allah bersumpah 'demi masa', sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang dan mngerjakan kebajikan serta saling menasihati akan kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.
( surah Al-Ikhlas : 1-3 )



Hangat Pilihan Raya bukan hanya di tanah tumpah sendiri tetapi di sini juga, tapi ini PR kecil-kecil saja cik & mak cik, belum sampai tahap negara lagi. Doakanlah mereka ini dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada ummat walau di mana jua mereka berada.


Hari ini tarikh akhir penamaan calon PR MPPMJ 2011 pula. Bertujuan menentukan barisan 'kerusi' PANAS pimpinan yang bakal menaungi pemimpin-pemimpin di setiap daerah Irbid(PERMAI), Mafroq, Mu'tah & Amman. Matlamat utama untuk ummat tercinta, mahasiswa Malaysia Sejordan juga selainnya.



" Disebabkan kamu lewat, saya denda cari sarang semut sekarang " kata fasilatator kepada dia.
Apa kelebihan & kekurangan semut dari banyak sudut?
Surah apa yang berkaitan dengan semut dalam Al-Quran?





Pilihan Raya PERMAI kali-8.

9:37 AM 0 Comments
Bismillah. Sebelum baca,anda sudah menunaikan solat atau belum? Jika belum, jangan lupa solat dulu & berjemaah ye. Terima kasih.


Siri 2.


Semalam ramai yang sibuk buat teka-teki siapa yang akan tercalon dan bakal berada di kerusi 'panas' PERMAI. Dia tak mahu menduga apa-apa tetapi calon yang dinamakannya naik untuk bertanding. Alhamdulillah. Sedang dia bergegas siap untuk ke kelas awal pagi itu.

" Awak tahu nama awak tercalon lagi? " tanya teman serumahnya.

" Eh, calon apa ni? " buat-buat pelik dan tak tahu kononnya.

Selepas membaca doa keluar rumah, difikirnya lagi tentang hal itu. Dalam kotak fikiran & peti hatinya bergetus " Allah..Allah..Engkau Yang Maha Mengetahui. Engkau yang Maha Memampukan bagi yang tidak terdaya. Engkau mengkehendaki sesuatu bagi sesiapa yang Engkau kehendaki. Apalagi, pasang strategi plan A, kalau tak dapat plan B " tersenyum sendiri berteman gundah dihati. Dia risau semakin hari & waktu adakah diri & tindakannya terlalu 'keduniaan' atau 'keakhiratan'.


Senggang waktu antara kuliah, dia mereka ayat untuk menarik diri. Sokongan ibu bapa itu agak kuat juga kadangnya. Tapi bukan pada dia, jangan menipu diri sendiri & orang lain kalau nak selamat dunia akhirat. Nak kata ibu & ayah tak bagi? Mereka pasti menyokong ( percaya sungguh pada anak perempuannya ). Tapi yang penting awlawiyat,keutamaan. Yang utama sebelum solat adalah wudhu' & akhir solat adalah salam. Begitu. Bukan tidak berpesatuan langsung tapi dia meletakkan syarat-syarat untuk dirinya menerima & menolak sekiranya dia tercalon. Keadaan yang bagaimana harus ditolak. Hai,banyak demand betul dia ini.

Alasan tersendiri, tiada paksaan untuk menarik diri. Jangan sampai menzalimi diri.

Baginya alasan tahun akhir kuliah syariah untuk tidak dilantik, dia sedikit setuju. Tapi seandainya mereka yang tercalon memang betul-betul layak & berkebolehan. Tak perlu tarik ye kakak-kakak @ adik-adik. Bercakap soal kelayakan, ramai yang menganggap dirinya tidak layak. Bercakap soal akademik, ye ini paling releven dia rasa. Semua orang ada target ingin cemerlang akademik. Sekiranya yang terangkat itu lemah dirinya, ditakuti melemahkan dirinya sendiri & orang lain sepanjang di medan. Padahal seawalnya dulu sangat bersemangat tika terlibat dalam kepimpinan. Dan memang , ini bukanlah jalan yang sebahagian mereka pilih dahulunya . Masing-masing ada cita-cita yang ingin digapai . Bahkan mungkin ada juga yang pada mula , memang rela berada dalam medan itu , tetapi setelah melihat sakit peritnya , letih , kutukan yang bertubi-tubi , kalau diikutkan hati ingin sahaja ditinggalkan jawatan itu masa itu juga andai diberi peluang. Ini yang perlu dijauhi, bukanlah ditengah-tengah perjalanan menyalahkan pihak persatuan atau terus membisu dan kerja menjadi kaku. Kebajikan diri perlu dijaga katanya tetapi bagaimana pula amanah yang ada & kebajikan orang selainnya? Semoga dijauhi dari keadaan ini & mereka yang akan bertanding nanti terus bersemangat dan niat dapat sentiasa diperbaharui. Bukan boleh main terjun sahaja ke dalam air atau dari atas bangunan kemudian ada orang sambut atau ada tilam empuk. Ya kan?

Huh, berat untuk menentukan pemimpin. I would be greatful if you are our team leader. Soalnya siapa? Pemimpin muslim yang kuat,adil,amanah,tegas,cepat,tangkas,dapat membuat keputusan yang tepat & padat berlandaskan syariat. Berfikiran kritis. Bak kata rakan-rakan " otak perlu berlapis-lapis, tak kan ini pun awak tak tahu ". Dush! Kena sebiji bila ditanya senyap saja. Jauh sekali dia dengan kelayakan2 itu. " Lembik awak ni, pemimpin perlu lebih kuat! " bila kerja yang diberi lambat diserahkan semasa dilatih didalam hutan. " Andai Nabi Muhammad S.A.W sering mengatakan penat & mengeluh, tambah tiada kesabaran yang tinggi, tidak sampai dakwah pada ummatnya ( kita juga ) " kata ibu pada dia.


I decide what do i want.

Hati berada dalam badan bukan pada tangan. Hati-hati manusia hanya ditanganNYA. Istikharah ye kakak-kakak dan adik-adik. Istisyarah juga. Dia sibuk menghubungi senior-senior & calon-calon lain petang itu. " Akak, ustazah kita kata kalau akak tak naik, pasti akak akan boleh pergi jauh dari keadaan sekarang. Sebab ketika akak buzy pun dapat buat sebanyak ni, apatah lagi jika tak berjawatan ", kata sahabat kelas Az-Zikrnya@Quran. Kisah dulu " coach, saya tak mampu. Saya nak tarik diri ". " Teruskan selagi saya kata berhenti, saya tahu awak mampu" dia terlutut.Guru silatnya memberi keyakinan & semangat untuk menumpaskan pihak lawan ketika dia berlatih.

Allah. Yakin dengan Allah. Bila hati sudah tetap dengan keputusan, syaitan akan lebih kuat membolak-balikkannya. Maka jaga keyakinanmu pada Dia. Siapa petunjuk hidupmu?

Usulnya bukan pemimpin yang glamour, kacak atau cantik yang dipilih tetapi kekuatannya pada Allah & bertindak berlandaskan syariat. Jika Allah yang kuat dihatinya, insha Allah hati-hati lain boleh bersama dibawah satu rabitah(ikatan) iaitu Allah. Bukan ikatan fikrah, bukan ikatan 'geng putih@hitam@keras@lembut', bukan ikatan 'sebulu' dan lain-lain. Syarat wajib & syarat tambahan itu lain.

Rasailah nikmat & carilah hikmah dalam kepimpinan atau pencalonan. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa + sibuk itu & ini + di bumi anbiya' ini, di mana belum tentu orang lain dapat merasai seperti dia & kita perolehi.

_________________________________________



_________________________________________




Tanya diri : Hal ana qaid naajih/qai'dah naajihah?( Adakah saya pemimpin yang berjaya )
Good leeders need to be...??

_________________________________________


Terima kasih kepada yang mencalonkan diri saya. Tahniah & takziah kepada calon-calon tersebut :

SYABAB JUST
1. Wan Muhammad Najib bin Wan Mohd Daud
2. Ahmad Hidayat Hasni bin Mat Isa
3. Ulya Aqamah bin Husamudin
4. Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor
5. Muhammad Naim Bin Deraman

SYABAB YARMOUK
1. Muhammad Sahel bin Nordin
2. Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin
3. Ammar bin Ismail
4. Muhammad Iz’aan bin Azalan
5. Ahmad Firdaus bin Kadir

AKHAWAT JUST
1. Nurul Kauthar Binti Mohd Khari
2. Siti Fatimah binti Ismail
3. Raihana binti Ahmad Nazri
4. Nur Farah Aisyah binti Nazim
5. Farhanah binti Tajurudin


AKHAWAT YARMOUK
1. Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi
2. Anisatul Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin
3. Afifah binti Hamdan
4. Sarah binti Abdul Razak
5. Nurul Hasna' Binti Hazni




___________________________________________

p/s : Harap anda dapat kongsikan pendapat. Semoga pendapat & komen anda dapat memberi manfaat pada diri ini & pembaca jika bukan saat ini, mungkin esok, lusa, tahun hadapan atau setelah 10 tahun akan datang bersama cucu-cucu & cicit yang comel.

Allahu a'lam.

Sunday, April 17, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali ke-8.

12:12 PM 2 Comments

Siri 1.


Alhamdulillah,syukur kerana kita masih diberi nyawa untuk terus memperbaiki diri & terus beramal demi mengangkat agamaNya. Bersyukur tidak terhingga, saya telah banyak dididik oleh Allah antaranya diberi peluang menjadi ahli kepimpinan PERMAI. Walaupun sering kali merasakan tidak layaknya diri. Perubahan pada diri amat dirasai, namun tidak dinafikan terlalu banyak kelemahan diri yang masih terzahir lagi. Tapi saya bukan sendirian, kerana Allah hadirkan kekuatan bersama insan-insan yang hebat dalam barisan. Ada ahli yang memahami & membantu menambah lagi semangat untuk terus maju membangunkan ummat. Penglibatan saya bersama kepimpinan PERMAI sesi 2010/2011 kali ini semakin melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka dan duka tika susah dan senang bersama, yang tak terlukis gambarannya. Terima kasih yang tidak tertinggi kepada teman-teman seangkatan khususnya,yang terlibat secara tidak langsung umumnya dan sahabat-sahabat yang tidak putus mendoakan & memberi semangat serta meringankan beban. Juga tidak lupa kepada senior-senior dan kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu & tidak jemu-jemu membantu.


Masih segar dalam ingatan kerana dimarahi 3 hari lalu. Saya tahu itu marah sayang.Saya tahu itu marah untuk mendidik. Sesuai dalam keadaan saya yang sedang melakukan kesilapan walaupun pada saya itu bukan kesilapan. Tapi dengan didikan itu, saya tahu kenapa saya dikatakan silap. Jika tidak dimarahi, mungkin saya terus melakukan kesilapan yang sama tanpa disedari. Lagi-lagi saya bergelar pemimpin yang memimpin ahli di sini. Pemimpin tidak semestinya benar dalam segala tindakan kerana dia juga manusia yang kadang melakukan kesilapan. Agama itu nasihat. Tak perlu saya lebih-lebihkan mengenai apa, siapa & bagaimana. Pasti yang terjadi bukan sia-sia.
( Dan bagi siapa yang mengadu, lain kali jumpa saya dulu kalau hendak orang lain marahkan kesilapan saya,menyedarkan atau bertanya dulu mengapa saya bertindak begitu, at least saya bersedia & tak terpinga-pinga. Lagi satu pada orang yang lain pula, tak perlu menyampaikan secara 'layang' kepada orang lain. Tapi bagus,saya tabik dengan tindakan kalian. Kalau diberi tahu & bersedia, tak terjadilah seperti apa yang anda harapkan. Apa-apa pun terima kasih daun keladi =). )


" Awak beruntung sebab dapat terjun dalam masyarakat melalui kepimpinan persatuan & boleh berhadapan dengan kata-kata yang pedas. Lagi dengan tindakan-tindakan yang kadang bagi saya tak boleh untuk saya menghadapinya. Andai pun saya boleh berhadapan, pasti saya cepat mengeluh,putus semangat & menitiskan air mata kerana tidak dibiasakan dengan keadaan itu kerana tidak ada banyak pengalaman, lebih-lebih lagi sekiranya ada masalah peribadi. " Kata seorang sahabat saya@ahli persatuan yang mengakui dirinya sering duduk di rumah serta jarang bertemu ahli-ahli lain melainkan di kelas kuliah & mengikuti program persatuan. Tambah lagi kental 'mengental' jiwa saya. Dalam hati saya : " hanya Allah yang tahu ". Ting.


" Sabar itu penting. Tapi bukan sabar sehingga menggadaikan maruah. Itu belum lagi sehingga dibaling najis seperti Nabi Muhammad S.A.W ". Ibu berkata sambil tersenyum seolah-olah tiada apa yang terjadi. Teringat kata-kata itu sewaktu diri menjadi pengawas sekolah masa kecil dahulu, yang sering mengadu & meminta pendapat ibu akan tindakan rakan-rakan. Kata untuk mendidik diri lebih sabar. ( Tertunduk kepalaku ).


Melihat di bumi PERMAI, setiap suatu fatrah pasti bertukar tampuk kepimpinannya. Begitulah sunna-tul Allah. Suatu yang asli dan benar itu kadang tidak lama. Bagai bunga mawar yang asli pasti kan layu juga bila tiba masanya, kemudian tumbuh mekar lagi mawar yang baru. Fatrahnya untuk mengembang mekar dan menyembahkan kelopak paling cantik pula mengambil masa, dari biji bunga hinggalah menjadi bunga yang sebenar-benarnya. Lebih-lebih lagi bunga yang baru pertama kali ditanam. Melainkan bunga yang palsu & tipu, pasti mekarnya lebih tahan lama dari yang asli. Pembikinannya pula lebih cepat dari yang asli. Namun bunga yang palsu bukan dengan usahanya sendiri, malah dengan tipu daya tanpa adanya kasih sayang, hanya pentingkan diri.


Seperti sejarah-sejarah kepimpinan Islam dahulu, Saidina Umar Al-Khattab menjadi pemimpin selepas Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Uthman dan seterusnya. Begitu juga pemimpin yang terkenal seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan Imam Hassan Al-Banna. Itulah contoh-contoh pemimpin yang dibantu Allah & berjaya mengukir sejarah kegemilangan. Tapi di bumi PERMAI bukanlah mempunyai target membangunkan sejarah kegemilangan sebegitu rupa, sedangkan diri, keluarga@ahli pun masih belum cukup kuat, kemampuan dan potensi juga kecil sahaja. Hanya angan-anganlah katanya. Ya angan-angan boleh menjadi kenyataan,tambahan pula ia sedikit sebanyak membantu ke arah itu. Andai pun sejarah tidak berulang pada zaman hidup kita, moga biarlah ia tertegak pada generasi seterusnya. Jika tidak cuba ditempa jiwa-jiwa ke arah semangat ingin berkorban dalam bumi PERMAI yang kecil ini, bagaimana pula untuk mengorbankan jiwa dalam keadaan yang lebih sukar dari keadaan ini? Bukan dimaksudkan dengan mengorbankan akademik & harta sehingga menzalimi diri sendiri, tapi pengorbanan yang digariskan syariat dan boleh difikir dengan akal yang waras.

Bertukar tampuk kepimpinan lebih awal dari sebelum ini bukanlah kerana mereka itu zalim seperti yang terjadi pada revolusi di Turnisia,Mesir dan negara seumpanya. Tapi adanya sebab-sebab tertentu dan mengikut prosuder yang benar. Berubahnya tampuk kepimpinan setiap suatu fatrah, itu adalah ketentuan dari Allah pastinya, dan dapat memberi contoh kepada manusia perbandingan antara orang-orang hak dan orang-orang batil, antara orang-orang taat atau orang-orang yang menentang. Supaya manusia mengakui adanya kelemahan dan menyedari kehebatan Allah Ar-Rahman. Mensyukuri peluang yang diberi hakikatnya untuk mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa.

Siapa yang menginginkan dan merebut-rebut kuasa? Kerana amal@kerja kepimpinan itu bukanlah mudah semudah olahraga atau menyelam ke dasar lautan mencari dan mengutip mutiara atau memanjat pokok kelapa paling tinggi memetik buahnya. Anda juga tidak menginginkan kerana jawatan itu terjejaknya kaki di neraka. Tidak,bukan? Lazimlah sekiranya ada yang berasa takut sekiranya tercalon dalam pilihan raya. Insha Allah pilihan raya di sini bersih. Belajar berpilihan raya di sini, sedikit sebanyak membantu anda bekerja,bertindak,mempraktikkan & menilai sebelum berpilihan raya di tanah tumpah darah sendiri. Sambil mempraktikkan apa yang telah di pelajari dalam muhadharah@kuliah di sini. Setiap orang pasti akan menjadi pemimpin suatu hari nanti tetapi bila, dimana, bagaimana & bersama siapa, saya serahkan saja pada yang Maha Mengetahui.


Tapi yakinlah sekiranya anda terangkat bukan dari meminta-minta amanah itu, pasti Allah akan bantu. Bila ada rasa bangga & sombong bila tercalon, mungkin kerja tidak akan sempurna sampai bila-bila. Ini sungguh bahaya cik. Moga terhindarlah diri kita. Dari Allah yang memampukan & memberi kuasa, serta kekuatan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dari Allah juga yang melumpuhkan dan menumbangkan musuh-musuh yang Dia kehendaki. Pada Allah juga tanggungan segala rezeki. Menambahkan lagi wasilah anda untuk ke syurga. Tidak sama orang-orang yang duduk di rumah dengan orang-orang keluar menunaikan amanah berjihad di jalan Allah. Kuatkan diri & rajinkan diri sehingga ke akhirnya walau apa pun terjadi, biar naik bersama turun bersama, susah senang bersama. Ikhlaskan hati, terus berusaha sebaik mungkin dan cuba bersabar dalam menempuh cabaran & ujian yang mendatang kerana anda terpilih dari kalangan yang terpilih. Belajarlah segalanya dari peluang yang tidak mungkin orang lain dapat seperti yang anda perolehi. ( Nasihat dari penaja, diutamakan untuk penaja. )


Melainkan ciri-ciri yang berhak digulingkan pada pemimpin itu, maka dia berhak digulingkan mungkin dengan serta-merta. Saya mendoakan agar sesiapa yang tercalon moga dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia & akhirat. Begitu juga JPR yang bertungkus lumus bekerja.


Jika anda masih ingat lagi sejarah perlantikan Khalifah Abu Bakar, di situ betapa pentingnya segera memilih seorang pemimpin dari mengebumikan jenazah Nabi Muhammad S.A.W. Kedua-duanya sama penting, tetapi yang lebih utama menurut ulama' adalah pemilihan pemimpin kerana berkaitan menaungi urusan ummat@masyarakat.


Setiap orang yang dipimpin wajib mentaatinya kecuali pada perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T.

ا "(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً )"س

Terjemahan : " Wahai orang-orang yang beriman. Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad),
dan Ulil Amri ( pemegang kekuasaan ) di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah ( Al-Quran ) dan Rasul ( As-Sunnah ), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. "
( Surah An-Nisa' : 59 )


اذا كان ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم
Jika terdapat 3 orang ketika bermusafir, maka lantiklah salah seorang dari mereka.
- Diriwayatkan oleh Abu Daud dari hadith Abi Hurairah /sunan Abu Daud bab 87 -


Juga apa yang telah diriwayatkan dalam Sahih Muslim ( No. 1835 ) J 3/1466.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم

._ من أطاعني فقد أطاع الله ,ومن يعصني فقد عصى الله , ومن يطع الأمير فقد أطاعني , ومن يعص الأمير فقد عصاني ))

Daripada Abi Hurairah R.A daripada Nabi Muhammmad S.A.W bersabda mafhumnya : " Siapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah, dan siapa yang mengingkariku maka dia telah mengingkari Allah, dan siapa yang mentaati amir ( pemerintah/pemimpin ) maka dia telah mentaatiku, dan siapa yang mengingkari amir maka dia telah mengingkariku. "


La to'ah fil ma'siah..

Juga dalam Sahih Muslim bab wajib taat pemerintah pada selain maksiat ( yang tidak bertentangan dengan syariat ) & haram taat pada maksiat.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : " السمع و الطاعة على المرء المسلم فيما أحب و كره, إلا ان يؤمر بمعصية " س
Seperti juga dalam Sahih Al-Bukhari daripada Abdullah bin Amru R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W bersabda mafhumnya : Dengar dan taat ke atas setiap muslim itu pada apa yang disukai atau tidak disukai, kecuali diperintahkan ( melakukan ) maksiat.
- Sahih Al-Bukhari No.7144 & Sahih Muslim No.1839 -

* maka hilanglah hak ketaatan sekiranya diperintahkan melanggar perintah Allah.


Sekian. Ini hanya pendapat peribadi.


Wallahu ta'la A'lam.


Antara rujukan :
1- Pengalaman sendiri
2- Fiqh Al-Jihad : Al-Ustaz Al-Dr Mahmud Al-Khalidi
3- Nizom Al-hukum fil Islam : Al-Ustaz Al-Dr Mahmud Al-kholidi






Fiqh Medic.

11:54 AM 0 Comments



Semakin berdebar rasanya. Doakan team saya dipermudahkan. Pasal apa berdebar ni? Sebab jadi perasmi program ke? Habis tu kalau bukan perasmi, apa dia? Tak mengapa lah, anda mahu jawapannya? Nantikan di hari seminar Fiqh Medic. Sila klik link dibawah ye.


FIQH MEDIC
" Sinergi Menjana Kegemilangan "


Ahli kumpulan saya ( Team Khatan@Geng K ) ditugaskan mengkaji & membincangkan tentang isu berkhatan. Jangan bisik-bisik, saya tahu ini perkara sulit dan berkenaaan tempat sulit. Ops. Apalagi, ingin menambah ilmu tentang khatan? Jom sama-sama hadirkan diri ke seminar Fiqh Medic nanti. Sila rujuk link untuk maklumat lanjut. Jumpa di sana!


Min ra'yi Syeikh Muhammad Hasan a'n al-khitan;-
http://www.youtube.com/watch?v=-OBy0G2QgHk&feature=related



Saturday, April 16, 2011

Perginya 'abah' yang disayangi.

1:07 PM 0 Comments


Bismillah..


Minggu cuti asrama kali ini Anisa tidak pulang ke rumah. Cuti kali ini dia ingin ke rumah atuk & nenek sebelah bapanya di Shah Alam. Lagi pun rumah atuk lebih dekat dengan asrama. Biasanya giliran nenek sebelah ibu sewaktu dia pulang ke rumah nanti kerana rumah nenek sebelah ibu agak dekat. Selain membersihkan rumah dalam & luar, dia suka meringankan kerja atuk & neneknya dengan mencukupkan bahan-bahan dapur atau keperluan rumah lain sekiranya habis, lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan mereka. Kadang mereka pergi membeli-belah bersama ( maknanya dia tak cukup duit sebaliknya atuk yang belanja ^^ ). Mengeratkan ukhwah & kasih sayang juga. Begitulah rutin sewaktu dia pulang bercuti, waktunya dibahagikan untuk keluarga,atuk & nenek,keluarga penjaga-penjaga sewaktu kecilnya,jiran tetangga & rakan-rakan yang lain sekiranya dia berkesempatan.

Di dapur rumah nenek..

Anisa : Nenek, boleh Anisa bantu? Biar cucu nenek yang masak hari ini.
Nenek : Boleh. Nenek nak masak Telur Masak Merah. Permintaan atuk untuk menu hari ini.
Nenek sambil mengukir senyuman.
Anisa : Mesti nenek ada resepi tersendiri. Bukan Anisa tak tahu nek, risau pula nanti rasanya jadi lain dari yang lain. Apakata nenek ajarkan cara-caranya dahulu, kemudian Anisa praktikkan. Tapi nenek jangan bagitau atuk siapa yang masak. Kalau atuk tanya, biar cucu nenek yang jawab ye nek.
Mereka berdua ketawa kecil.Itulah kali pertama dan terakhir dia menyediakan menu masakan permintaan atuknya.


***



Jordan-Sabtu,19 Februari 2011 : Dalam kesibukan menyertai program sukan peringkat Irbid anjuran PERMAI, petang itu dia menerima khabar dari pak ciknya di Amman bahawa atuknya telah meninggal dunia. Ayahnya menyampaikan berita melalui pak ciknya. Inna lillah-hi wa inna ilaihi raji'un. Ketika dia menghubungi ibunya untuk mendapatkan berita lanjut, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan dari hati lembutnya. Dia lebih banyak membisu diiringi manik-manik jernih yang tumpah di pipinya.

" Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya. Semua ok. Anak ibu jangan bimbang. Nanti bila keadaan dah stabil, telefon semula dan cuba cakap dengan nenek ye, tenangkan hati nenek. " Antara kata-kata ibunya yang sedang memandu dari mengambil salah seorang adiknya di asrama ke rumah atuk.

Dia tidak menyangka tahun lepas adalah tahun terakhir dia berhari raya bersama atuk kerana pada asalnya dia tidak merancang untuk pulang ke Malaysia. Hikmah perancangan dariNYA sangat cantik.




Atuk, cucumu,dia & mereka..

Merindui kepimpinanmu sebagai imam

Merindui kepimpinanmu sebagai ketua keluarga

Merindui suasana solat berjemaah & makan bersamamu

Merindui kemesraan & ketegasanmu sebagai datuk

Merindui akhlakmu yang mulia pada sesiapa saja

Merindui semangatmu yang kuat, azammu yang tinggi

Merindui semua suasana tika bersama denganmu

Mengagumi dirimu sebagai guru

Mengagumi anugerah Allah pada kepakaran yang engkau miliki

Belum sempat aku berguru denganmu, kini dirimu pergi buat selama-lamanya..


Dialah atukku dialah 'abah' pada anak-anaknya juga pada sesiapa yang mengenali dirinya.

Atuk bernama Ahmad bin Yusuf. Orang ramai memanggilnya 'abah'. Atuk pernah menjadi seorang pengetua Sekolah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam,Selangor ketika zaman mudanya. Kemudian berhijrah ke Shah Alam ditugaskan menjadi Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam suatu ketika dahulu. Juga pernah menjadi tabib diraja selepas bersara menjadi imam, lagi mencurahkan baktinya sebagai guru di masjid yang sama dia menjadi imam. Pernah juga menjadi hakim tilawah peringkat antarabangsa. Pernah juga dianugerahi tokoh Maal Hijrah dan boleh mengubati penyakit misteri dengan anugerah ilmu yang Allah anugerahkan kepadanya. Hari-hari yang dilaluinya penuh dengan amal kebaikan, ruang yang lapang tidak kurang zhikirnya pada Ar-Rahman malah makin bertambah. Sering bangun malam menambah kekuatan & tali ikatan antara hamba dan Pencipta Alam. Dihormati & disegani serta mempunyai ramai kenalan dalam & luar negara. Juga lain-lain amanah,gelaran & anugerah yang diterimanya. Cukuplah itu sahaja sedikit sebanyak tentang diri atuk.

Sebelum atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia meminta anak-anak pulang bertemu dengannya.Namun, tidak semua sempat ketemu. Semua adik-adikku sempat bersalaman dengan atuk kecuali adik lelakiku yang berada di luar negeri dan aku masih di bumi anbiya' ini. Dahi & kepala mereka sempat dikucup. Adik-adik sempat menyatakan sesuatu pada atuk & atuk sempat menyampaikan pesanan. Terharu bila terkenang.

Terima kasih sepupuku atas kiriman gambar


Aku di Jordan,setiap kali menghubunginya, atuk tetap mengatakan bahawa dia masih sihat dan kuat walau pada hakikatnya atuk tidak mampu lagi berbuat apa-apa melainkan terbaring di atas katil. Atuk menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.55 malam waktu Malaysia pada 19 Februari 2011 disisi anak lelakinya(bapaku) juga bersama isterinya yang tercinta iaitu nenekku.Solat jenazah ditunaikan keesokan harinya di Masjid Negeri jam 10.15 pagi diimami oleh anak lelakinya,pak cikku Nizhomuddin. Sejumlah 3000 lebih makmum dan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam di hadapan Masjid Negeri. Allah telah membenihkan kasih sayang atuk melalui kehadiran orang ramai di majlis pengebumiannya. Juga dihadiri kerabat diraja dan mufti. Diiringi cuaca yang agak tenang pada hari itu. Alhamdulillah.

Nenek bakal tinggal bersama keluargaku setelah peninggalan atuk. Nenek amat beruntung kerana masih punya anak-anak & cucu-cucu yang amat menyanginya.


Tarbiyahmu sebagai murabbi

pesananmu tetap dihati

kan ku tetap tabahkan diri

menongkah arus ombak duniawi

meskipun kita jauh dibatasi bumi

hidup dan mati hanya kerana Ilahi..


Moga rohmu atuk dicucuri rahmat Allah Rabbul Izzati.

Atuk yang menamakan cucunya, Anisatul-Qalbi..


( وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ )

Terjemahan : Dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan . Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

( Al-Baqarah : 155 )


(الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ )

Terjemahan : (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata " sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNYa lah kami kembali "

(AL-Baqarah : 156)



"اللَّهُ يَتَوَفَّى الأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُون "

Terjemahan : Allah memegang nyawa (seseorang) saat kematiannya dan nyawa (seseorang) yang mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. sungguh,pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda ( kebesaran ) Allah bagi kaum yang berfikir.

( Az-Zumar : 42 )