Sunday, April 17, 2011

Pilihan Raya PERMAI kali ke-8.


Siri 1.


Alhamdulillah,syukur kerana kita masih diberi nyawa untuk terus memperbaiki diri & terus beramal demi mengangkat agamaNya. Bersyukur tidak terhingga, saya telah banyak dididik oleh Allah antaranya diberi peluang menjadi ahli kepimpinan PERMAI. Walaupun sering kali merasakan tidak layaknya diri. Perubahan pada diri amat dirasai, namun tidak dinafikan terlalu banyak kelemahan diri yang masih terzahir lagi. Tapi saya bukan sendirian, kerana Allah hadirkan kekuatan bersama insan-insan yang hebat dalam barisan. Ada ahli yang memahami & membantu menambah lagi semangat untuk terus maju membangunkan ummat. Penglibatan saya bersama kepimpinan PERMAI sesi 2010/2011 kali ini semakin melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka dan duka tika susah dan senang bersama, yang tak terlukis gambarannya. Terima kasih yang tidak tertinggi kepada teman-teman seangkatan khususnya,yang terlibat secara tidak langsung umumnya dan sahabat-sahabat yang tidak putus mendoakan & memberi semangat serta meringankan beban. Juga tidak lupa kepada senior-senior dan kepada mereka yang sudi berkongsi ilmu & tidak jemu-jemu membantu.


Masih segar dalam ingatan kerana dimarahi 3 hari lalu. Saya tahu itu marah sayang.Saya tahu itu marah untuk mendidik. Sesuai dalam keadaan saya yang sedang melakukan kesilapan walaupun pada saya itu bukan kesilapan. Tapi dengan didikan itu, saya tahu kenapa saya dikatakan silap. Jika tidak dimarahi, mungkin saya terus melakukan kesilapan yang sama tanpa disedari. Lagi-lagi saya bergelar pemimpin yang memimpin ahli di sini. Pemimpin tidak semestinya benar dalam segala tindakan kerana dia juga manusia yang kadang melakukan kesilapan. Agama itu nasihat. Tak perlu saya lebih-lebihkan mengenai apa, siapa & bagaimana. Pasti yang terjadi bukan sia-sia.
( Dan bagi siapa yang mengadu, lain kali jumpa saya dulu kalau hendak orang lain marahkan kesilapan saya,menyedarkan atau bertanya dulu mengapa saya bertindak begitu, at least saya bersedia & tak terpinga-pinga. Lagi satu pada orang yang lain pula, tak perlu menyampaikan secara 'layang' kepada orang lain. Tapi bagus,saya tabik dengan tindakan kalian. Kalau diberi tahu & bersedia, tak terjadilah seperti apa yang anda harapkan. Apa-apa pun terima kasih daun keladi =). )


" Awak beruntung sebab dapat terjun dalam masyarakat melalui kepimpinan persatuan & boleh berhadapan dengan kata-kata yang pedas. Lagi dengan tindakan-tindakan yang kadang bagi saya tak boleh untuk saya menghadapinya. Andai pun saya boleh berhadapan, pasti saya cepat mengeluh,putus semangat & menitiskan air mata kerana tidak dibiasakan dengan keadaan itu kerana tidak ada banyak pengalaman, lebih-lebih lagi sekiranya ada masalah peribadi. " Kata seorang sahabat saya@ahli persatuan yang mengakui dirinya sering duduk di rumah serta jarang bertemu ahli-ahli lain melainkan di kelas kuliah & mengikuti program persatuan. Tambah lagi kental 'mengental' jiwa saya. Dalam hati saya : " hanya Allah yang tahu ". Ting.


" Sabar itu penting. Tapi bukan sabar sehingga menggadaikan maruah. Itu belum lagi sehingga dibaling najis seperti Nabi Muhammad S.A.W ". Ibu berkata sambil tersenyum seolah-olah tiada apa yang terjadi. Teringat kata-kata itu sewaktu diri menjadi pengawas sekolah masa kecil dahulu, yang sering mengadu & meminta pendapat ibu akan tindakan rakan-rakan. Kata untuk mendidik diri lebih sabar. ( Tertunduk kepalaku ).


Melihat di bumi PERMAI, setiap suatu fatrah pasti bertukar tampuk kepimpinannya. Begitulah sunna-tul Allah. Suatu yang asli dan benar itu kadang tidak lama. Bagai bunga mawar yang asli pasti kan layu juga bila tiba masanya, kemudian tumbuh mekar lagi mawar yang baru. Fatrahnya untuk mengembang mekar dan menyembahkan kelopak paling cantik pula mengambil masa, dari biji bunga hinggalah menjadi bunga yang sebenar-benarnya. Lebih-lebih lagi bunga yang baru pertama kali ditanam. Melainkan bunga yang palsu & tipu, pasti mekarnya lebih tahan lama dari yang asli. Pembikinannya pula lebih cepat dari yang asli. Namun bunga yang palsu bukan dengan usahanya sendiri, malah dengan tipu daya tanpa adanya kasih sayang, hanya pentingkan diri.


Seperti sejarah-sejarah kepimpinan Islam dahulu, Saidina Umar Al-Khattab menjadi pemimpin selepas Saidina Abu Bakar, kemudian Saidina Uthman dan seterusnya. Begitu juga pemimpin yang terkenal seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan Imam Hassan Al-Banna. Itulah contoh-contoh pemimpin yang dibantu Allah & berjaya mengukir sejarah kegemilangan. Tapi di bumi PERMAI bukanlah mempunyai target membangunkan sejarah kegemilangan sebegitu rupa, sedangkan diri, keluarga@ahli pun masih belum cukup kuat, kemampuan dan potensi juga kecil sahaja. Hanya angan-anganlah katanya. Ya angan-angan boleh menjadi kenyataan,tambahan pula ia sedikit sebanyak membantu ke arah itu. Andai pun sejarah tidak berulang pada zaman hidup kita, moga biarlah ia tertegak pada generasi seterusnya. Jika tidak cuba ditempa jiwa-jiwa ke arah semangat ingin berkorban dalam bumi PERMAI yang kecil ini, bagaimana pula untuk mengorbankan jiwa dalam keadaan yang lebih sukar dari keadaan ini? Bukan dimaksudkan dengan mengorbankan akademik & harta sehingga menzalimi diri sendiri, tapi pengorbanan yang digariskan syariat dan boleh difikir dengan akal yang waras.

Bertukar tampuk kepimpinan lebih awal dari sebelum ini bukanlah kerana mereka itu zalim seperti yang terjadi pada revolusi di Turnisia,Mesir dan negara seumpanya. Tapi adanya sebab-sebab tertentu dan mengikut prosuder yang benar. Berubahnya tampuk kepimpinan setiap suatu fatrah, itu adalah ketentuan dari Allah pastinya, dan dapat memberi contoh kepada manusia perbandingan antara orang-orang hak dan orang-orang batil, antara orang-orang taat atau orang-orang yang menentang. Supaya manusia mengakui adanya kelemahan dan menyedari kehebatan Allah Ar-Rahman. Mensyukuri peluang yang diberi hakikatnya untuk mendekatkan diri pada Yang Maha Kuasa.

Siapa yang menginginkan dan merebut-rebut kuasa? Kerana amal@kerja kepimpinan itu bukanlah mudah semudah olahraga atau menyelam ke dasar lautan mencari dan mengutip mutiara atau memanjat pokok kelapa paling tinggi memetik buahnya. Anda juga tidak menginginkan kerana jawatan itu terjejaknya kaki di neraka. Tidak,bukan? Lazimlah sekiranya ada yang berasa takut sekiranya tercalon dalam pilihan raya. Insha Allah pilihan raya di sini bersih. Belajar berpilihan raya di sini, sedikit sebanyak membantu anda bekerja,bertindak,mempraktikkan & menilai sebelum berpilihan raya di tanah tumpah darah sendiri. Sambil mempraktikkan apa yang telah di pelajari dalam muhadharah@kuliah di sini. Setiap orang pasti akan menjadi pemimpin suatu hari nanti tetapi bila, dimana, bagaimana & bersama siapa, saya serahkan saja pada yang Maha Mengetahui.


Tapi yakinlah sekiranya anda terangkat bukan dari meminta-minta amanah itu, pasti Allah akan bantu. Bila ada rasa bangga & sombong bila tercalon, mungkin kerja tidak akan sempurna sampai bila-bila. Ini sungguh bahaya cik. Moga terhindarlah diri kita. Dari Allah yang memampukan & memberi kuasa, serta kekuatan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dari Allah juga yang melumpuhkan dan menumbangkan musuh-musuh yang Dia kehendaki. Pada Allah juga tanggungan segala rezeki. Menambahkan lagi wasilah anda untuk ke syurga. Tidak sama orang-orang yang duduk di rumah dengan orang-orang keluar menunaikan amanah berjihad di jalan Allah. Kuatkan diri & rajinkan diri sehingga ke akhirnya walau apa pun terjadi, biar naik bersama turun bersama, susah senang bersama. Ikhlaskan hati, terus berusaha sebaik mungkin dan cuba bersabar dalam menempuh cabaran & ujian yang mendatang kerana anda terpilih dari kalangan yang terpilih. Belajarlah segalanya dari peluang yang tidak mungkin orang lain dapat seperti yang anda perolehi. ( Nasihat dari penaja, diutamakan untuk penaja. )


Melainkan ciri-ciri yang berhak digulingkan pada pemimpin itu, maka dia berhak digulingkan mungkin dengan serta-merta. Saya mendoakan agar sesiapa yang tercalon moga dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia & akhirat. Begitu juga JPR yang bertungkus lumus bekerja.


Jika anda masih ingat lagi sejarah perlantikan Khalifah Abu Bakar, di situ betapa pentingnya segera memilih seorang pemimpin dari mengebumikan jenazah Nabi Muhammad S.A.W. Kedua-duanya sama penting, tetapi yang lebih utama menurut ulama' adalah pemilihan pemimpin kerana berkaitan menaungi urusan ummat@masyarakat.


Setiap orang yang dipimpin wajib mentaatinya kecuali pada perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T.

ا "(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللَّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً )"س

Terjemahan : " Wahai orang-orang yang beriman. Taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad),
dan Ulil Amri ( pemegang kekuasaan ) di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah ( Al-Quran ) dan Rasul ( As-Sunnah ), jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Demikian itu, lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. "
( Surah An-Nisa' : 59 )


اذا كان ثلاثة في سفر فليؤمروا أحدهم
Jika terdapat 3 orang ketika bermusafir, maka lantiklah salah seorang dari mereka.
- Diriwayatkan oleh Abu Daud dari hadith Abi Hurairah /sunan Abu Daud bab 87 -


Juga apa yang telah diriwayatkan dalam Sahih Muslim ( No. 1835 ) J 3/1466.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم

._ من أطاعني فقد أطاع الله ,ومن يعصني فقد عصى الله , ومن يطع الأمير فقد أطاعني , ومن يعص الأمير فقد عصاني ))

Daripada Abi Hurairah R.A daripada Nabi Muhammmad S.A.W bersabda mafhumnya : " Siapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah, dan siapa yang mengingkariku maka dia telah mengingkari Allah, dan siapa yang mentaati amir ( pemerintah/pemimpin ) maka dia telah mentaatiku, dan siapa yang mengingkari amir maka dia telah mengingkariku. "


La to'ah fil ma'siah..

Juga dalam Sahih Muslim bab wajib taat pemerintah pada selain maksiat ( yang tidak bertentangan dengan syariat ) & haram taat pada maksiat.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : " السمع و الطاعة على المرء المسلم فيما أحب و كره, إلا ان يؤمر بمعصية " س
Seperti juga dalam Sahih Al-Bukhari daripada Abdullah bin Amru R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W bersabda mafhumnya : Dengar dan taat ke atas setiap muslim itu pada apa yang disukai atau tidak disukai, kecuali diperintahkan ( melakukan ) maksiat.
- Sahih Al-Bukhari No.7144 & Sahih Muslim No.1839 -

* maka hilanglah hak ketaatan sekiranya diperintahkan melanggar perintah Allah.


Sekian. Ini hanya pendapat peribadi.


Wallahu ta'la A'lam.


Antara rujukan :
1- Pengalaman sendiri
2- Fiqh Al-Jihad : Al-Ustaz Al-Dr Mahmud Al-Khalidi
3- Nizom Al-hukum fil Islam : Al-Ustaz Al-Dr Mahmud Al-kholidi






2 comments:

Aeman said...

nak kempen roomate boleh?

hik2. takleh lagi kan? oops kene tggu waktu berkempen.

Anisatul-Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin said...

ada niat baik tapi simpan dulu hasrat tu ye cik =)

siiikit lagi,jgn lupa buat sepanduk,opss