Sunday, January 15, 2012

BERKHATAN : ISU DAN CABARAN ( 1 )

9:26 PM 0 Comments
Jordan : Bersama tetamu,pengkritik & penasihat
- Prof Dr Zabidi Azhar Mohd Hussin & Dr Mohamad Nor Sundari.





PENDAHULUAN

SEJARAH KHATAN
Islam mengajarkan kepada ummatnya untuk sentiasa membersihkan diri,baik dari segi mandi, berwudhuk mahupun bertayammum. Ianya adalah bertujuan agar umatnya sentiasa berada di dalam keadaan suci lagi menyucikan daripada segala bentuk najis pada seluruh anggota tubuh badan dalam menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T.
Salah satu ajaran yang disyariatkan oleh Islam kepada umatnya adalah berkha'tan, atau memotong sebahagian kulit yang menutupi alat kemaluan laki-laki atau perempuan. Dari segi bahasa, kata 'khitan' berasal dari bahasaArab, yakni -Kha-ta-na-.yang bererti memotong atau mengerat.

Friday, January 13, 2012

PINANGLAH DAKU KERANA DAKWAH

7:38 AM 0 Comments


Salam,

Malas juga nak cakap tentang perkara ini. Sebab rasa macam tak ‘best’ asyik cakap pasal kahwin, sebab kahwin ini wasilah, sedangkan tujuan utama tetap ibadah kepada Allah dan menjadi khalifahNya.

Namun saya kira isu ini agak berat di saat ketika dakwah menjadi satu perkara yang amat phenomenan di era mihwar jahriyah ini. Menyebabkan unsur-unsur penjagaan dan juga kemanisan dalam berBM(Baitul Muslim) ini sedikit dicemari dengan tindakan peribadi mahupun perasaan duat itu sendiri.

Baitul Muslim ini urusan besar.



Monday, January 9, 2012

LAWAN TETAP LAWAN !

10:00 AM 0 Comments

Lumba tetap lumba !

Musim peperiksaan pada sesi kali ini banyak isu semasa 'tergempak' yang terjadi. Jangan jadi katak dengan tempurungnya sahaja. Tidak lupa ulat hanya dengan 'daunnya'. Bukan di Malaysia sahaja banyak isu tergempak. Di Jordan pun ada. Begitu juga dengan isu mahasiswa. Bagi kes yang terdekat dan boleh saya bantu, saya beri apa yang termampu. Sama-samalah mendoakan agar pihak yang benar terus diberi kekuatan dan terus melangkah menegakkan kebenaran.

Sunday, January 8, 2012

DUNIA : BUKAN HARIMAU MALAYA

11:16 PM 0 Comments
Detik serangan harimau bintang

DUA orang membantu seorang lelaki yang diserang seekor harimau bintang di Guwathi, India kelmarin.



NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.
Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.

Thursday, January 5, 2012

ZAKAT : Zakat Fitrah di Perantauan

8:46 PM 0 Comments



" Sesungguhnya Kami telah jadikan setiap sesuatu dengan ukurannya "
( Al- Qamar : 49 )


Beberapa Persoalan dan Panduan
Berkaitan Pembayaran Zakat Fitrah di Perantauan
----------------------------------------------------------------------------


Apakah Maksud Zakat Fitrah:

Zakat fitrah ialah zakat yang dikenakan kerana sempurnanya puasa (al-fitr) di bulan Ramadhan. Ia juga digelar zakat Ramadhan, "zakat puasa", "zakat badan" atau "zakat kepala" atau zakat individu untuk membezakannya dari zakat ke atas harta.

Tuesday, January 3, 2012

PERPISAHAN TERAKHIR

8:58 AM 0 Comments
Kepada ALLAH kita kembali



Setiap insan pasti merasa saat itu. Apa yang kita suka,siapa yang kita kasih & sayang,semua yang kita ada dan segala yang membuatkan kita bahagia,mungkinkah dapat membantu kita di akhirat sana? Mengharap kasih ibu,anak,suami,isteri dan sahabat mengirim pahala, apa mungkin ia dapat dikirim. Tiada siapa yang dapat membantu ketika itu. Nasib kita di sana ( akhirat ) tidak semuanya sama. Benarlah, hanya amalan dan taqwa sebagai bekalan. Mati sebaik-baik peringatan buat yang masih bernyawa.