Bismillahi wa a'la barokatillah.
Semoga para pembaca yang dikasihi Allah sentiasa sihat,ceria dan terus kuat mempertahankan agamaNYA.
LANGKAH DI HARI SAYYIDUL AYYAM
02 Sya'ban 1433 Hijrah bersamaan 22 Jun 2012. Hari Jumaat.
Apa maknanya disebalik tarikh dan hari itu? Mungkin ada makna mungkin juga tiada makna apa-apa. Biar saya maknakan. Maknanya berbaki 3 kali Jumaat sebelum saya berangkat meninggalkan bumi Jordan setelah tamat pengajian di sini. Tarikh ini juga tarikh bermakna dan istimewa bagi saya. Tambahan, mengharap hari ini, dapat memberi makna dalam memahami erti hidup.
Langkahan di hari penghulu segala hari. Melangkah kembara kali-2 dan terakhir ke maqam-maqam di dataran syuhada' , Muktah.
ABDULLAH BIN RAWAHAH
Peperangan Muktah sungguh memberi kesan dan banyak pengajaran bagi sesiapa yang ingin mengambil pengajaran.
Abdullah Bin Rawahah mengambil tempat di medan ini. Peperangan yang terjadi di Muktah, Jordan bersamaan bulan Jamadil Awal tahun ke-8 Hijrah. Beliau adalah sahabat yang diamanahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk mengetuai angkatan tentera Islam dan memegang panji Islam selepas Zaid Bin Harithah dan Jaafar Bin Abu Thalib ( Jaafar At-Tayyar ).
Baginda mengutus sebuah pasukan besar dalam peperangan Muktah, yang dipimpin oleh Zaid bin Haritsah. Lalu baginda saw bersabda :
(HR Bukhari 7/393 dari hadith Ibnu Umar, Ahmad 5/291,300,301 dari hadith Abu Qatadah).
Abdullah Bin Rawahah memberikan semangat kepada kaum Muslimin, beliau berkata :
Kamera silap setting tarikh.
Abdullah Bin Rawahah merupakan seorang penulis dan penyair yang terkemuka. Rasulullah S.A.W sangat menyukai nukilan syairnya sehingga mendapat pujian. Ada juga yang mengatakan ibnu Rawahah penyair kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Selain baktinya dalam peperangan Muktah, penulisan syairnya juga banyak mengabdikan kejayaan Islam.
Entah mengapa saya begitu teruja dengan syairnya, Abdullah Bin Rawahah :
" Tetapi sesungguhnya aku meminta pada Yang Maha Pemurah keampunan
dan tusukan yang mematikan dapat melenyapkan segala kekotoran
atau tikaman ( tombak ) dengan tanganku yang tersedia terlatih
yang boleh mengoyakkan isi perut dan hati
sehingga apabila mereka ( orang ) melewati kuburukanku,mereka berkata :
semoga ALLAH menjadikannya sebagai pejuang dan ia menjadi kenyataan
* * * *
semoga ALLAH menjadikannya sebagai pejuang dan ia menjadi kenyataan
* * * *
Sesungguhnya kulihat pada dirimu kebaikan yang kuketahui
dan ALLAH maha mengetahui bahawa penglihatanku tidak menipuku
Engkau adalah Nabi dan sesiapa yang diharamkan syafaatnya ( Nabi )
di hari perhitungan kelak, maka takdir telah menghinakannya
Semoga ALLAH meneguhkan kebaikan yang Dia berikan padamu
sebagaimana Dia meneguhkan Musa dan menolongmu
seperti mereka yang diberi pertolongan "
Sungguh berat hati ingin meninggalkan maqam ini. Hanya mampu mengadu dan berdoa padaNYA. Semoga air mata yang tertumpah tidak menjadikan langkahan dan hidup hari ini sia-sia, menjadi penghapus dosa dan menjadi saksi bahawa diri pernah menjejak ke sini. Sedarnya diri hamba tidak layak bersama para sahabat, moga diri ini terus thabat mempertahankan apa yang telah para sahabat perjuangkan demi agama Islam terchenta. Bi iznillah.
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad, ya robbi solli a'lahi wa sallim.
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad, ya robbi solli a'lahi wa sallim.
I catatan 2.58 pm I
I 4 Sya'ban 1433/24 Jun 2012 I
I Bayt Dzuu Fadhleen I
I 4 Sya'ban 1433/24 Jun 2012 I
I Bayt Dzuu Fadhleen I
No comments:
Post a Comment