Harapan
Keikhlasan
Kejujuran
Haruskah menjadi
persoalan atau kemestian ?
Jalan ini
dipilih
Kadang menangis
merintih
Kadang ketawa
bahagia
Mengapa ?
Buta mata tak
nampak dunia
Buta hati lebih
merbahaya
Thabat lah hati memilih kebenaran
Jangan buta
ditipu nafsu dan syaitan
Di dada hati
Mahukan itu
Ingin disimpan
sampai mati..
Andai dirasa itu
raja yang agung
yang pemurah
lagi gagah
cantik dan kaya
kasih
mendamai..
pasti cinta
terus dikerah
menyerah..
Andai dikenali
Itulah ubat bagi
hati
Penenang dikala
lara
Kekasih buat
jiwa
Yang paling
dicintai
Mungkin penyelamat di akhirat nanti
Hilangnya
merindukan
Meliar bila
ditinggalkan
Bagai unta di
padang pasir..
Sesudah sayang
dihambatkan
Rugi..sangat
rugi
Sesalan tiada
erti
Tanda jiwa mati
Bila tidak mahu memiliki
Bila tidak mahu memahami
Jasadnya jua isi
Tawaran Syurga
memujuk
Biarpun tombak
menyusuk
Fahamilah..
Maralah memburu..
Maralah memburu..
Kejarlah..
Sabarlah..
Dampingilah..
Meski jauh..
Meski sukar..
Jiwa ingin
mendekati
Kehidupan memahamkan
erti..
Itulah kebenaran
Kembara nikmat
hakiki
Memelihara Kalam
Ilahi
Sungguh mencabar
diri
Duhai Al-Quran
Kumaksudkan di
sini
I hati_ARIA I
I 08 Sya'ban 1433 H / 28 Jun 2012 I
I Bayt Dzuu Fadhleen I
I Bayt Dzuu Fadhleen I
No comments:
Post a Comment