Hukum
syarak tentang perbincangan ini :
Situasi
yang pertama : Hukum
persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu
dikembalikan embrio tersebut ke dalam rahim si isteri.
Pendapat
yang pertama : HARUS mengikut pandangan Majma’ al-Fiqh al-Islami[1]
. Harus melakukan kaedah IVF dalam situasi ini dan ini merupakan pandangan
kebanyakan ulama’ masa kini dan juga keputusan Persatuan Kedoktoran Islam.[2]
Pendapat
yang kedua : Tiada keharusan dalam melakukan IVF walaupun dalam situasi ini,
dan pandangan ini adalah pandangan yang mengHARAMkannya.
Pendapat
yang paling rajih merupakan pendapat yang pertama. Dalilnya ialah :-
·
Sesungguhnya jelas di sini pensabitan nasab kepada kedua ibu bapanya
(suami isteri tersebut) kerana sumbernya(sperma dan ovum) datang daripada
mereka. Oleh sebab anak itu mendapat nasabnya maka, dia berhak untuk disabitkan
hak pewarisan dan hak lain-lain sperti anak-anak yang dilahirkan melalui kaedah
normal.
·
Perbuatan persenyawaan di luar rahim disempurnakan dengan menggunakan
air mani pasangan suami isteri, kemudian di masukkan ke dalam rahim isteri, ini
merupakan gambaran atau ibaratnya sama sahaja seperti melakukan persetubuhan
normal oleh suami isteri, yang anak itu dinasabkan kepada pemilik sperma dan
telur tersebut.[3]
·
Memiliki zuriat merupakan salah satu tujuan perkahwinan dalam islam, dan
kaedah IVF merupakan salah satu cara untuk mencapai kepada tujuan tersebut.
·
Ini merupakan salah satu cara untuk merawat masalah tidak dapat
melahirkan anak (sama ada masalahnya daripada pihak isteri mahupun suami)
dengan syarat sperma dan ovum mestilah daripada pasangan suami isteri yang sah.
·
Penyempurnaan perbuatan IVF ini adalah dengan kerelaan pasangan suami
isteri dan pada waktu hubungan suami isteri masih kekal(belum bercerai).
·
Doktor yang melaksanakan kaedah ini perlulah daripada kalangan doktor
Muslim yang boleh dipercayai dalam agama dan ilmu kedoktorannya.[4]
Situasi
yang kedua : Hukum
persenyawaan air mani daripada pasangan suami isteri dilakukan, selepas itu
embrio tersebut diletakkan ke dalam rahim isteri kedua (kes poligami).
Kebiasaanya
keadaan ini berlaku apabila perempuan yang mendermakan telurnya mengalami
masalah kesihatan, seperti rahim lemah atau dengan kehamilan itu akan
menyebabkan dia mendapat masalah kesihatan serta sebab-sebab lain. Untuk
gambaran situasi ini, insyaAllah kita akan bincangkan dalam fasal yang ketiga.
Situasi
ketiga – kesembilan:
Dalam
situasi berbaki ini, ia melibatkan individu selain suami isteri yang sah. Maka
TIDAK BOLEH melakukannya, dan ia merupakan perbuatan yang diHARAMkan syarak
kerana ia boleh menyebabkan masalah percampuran nasab dan menghilangkan sifat
keibuan yang sebenar. Bahkan ia membawa kepada kerosakan yang sangat besar
terhadap dunia.
Dalil
HARAM terhadap baki situasi IVF :
·
Diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W : “Tidaklah halal bagi sesiapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyiram benihnya kepada tanaman lelaki
lain.”[6]
Ini untuk mengelakkan berlaku hasil yang
merosakkan nasab.
Maka, hadis ini
melarang meletakkan air mani dengan cara situasi yang ketiga hingga yang
kesembilan atas dasar takut-takut berlakunya percampuran nasab, dan tidak
diketahui kepada siapa untuk menasabkan anak yang lahir dalam cara ini.
·
Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi dalam sunannya daripada Syatir
bin Syakil daripada ayahnya berkata : “Aku datang kepada Nabi yang mulia, maka
aku berkata, wahai Rasulullah : Ajarkanlah aku perkara yang aku perlu
berlindung daripadanya”, Maka bersabda Rasulullah “Katakanlah : Allah
sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kejahatan pendengaran, penglihatan,
lisan, hati dan mani.”[7]
Secara zahirnya
hadis ini menyatakan ‘kejahatan mani’ yang memberi maksud berlindung daripada
melakukan persetubuhan yang haram, dan juga ditafsirkan sebagai penggunaan yang
haram iaitu seorang lelaki meletakkan air maninya ke dalam rahim bukan
isterinya dan ini merupakan hakikat dalam gambaran melakukan IVF kepada mereka
yang tidak mempunyai ikatan suami isteri.
·
Sebarang hubungan antara perempuan dan lelaki yang tidak berlandaskan
hukum syar’ie merupakan hubungan yang sia-sia dan diharamkan oleh syarak.[8]
·
Tidak sah disisi syarak seorang lelaki memasukkan air maninya ke dalam
rahim perempuan yang tidak halal untuknya, dan ini (walaupun dengan cara IVF)
menyerupai kepada perbuatan zina (dari segi hasilمن حيث المآل ) iaitu anak yang lahir bukan dari ikatan suami
isteri yang sah.
Masalah
1 : Hukum Syarak dalam hak pewarisan kepada anak hasil IVF yang dilakukan
selepas kematian suami :
Gambarannya
: Telah sempurna persenyawaan luar rahim (tabung uji) dengan benih suaminya
yang telah meninggal dunia sebelum sempat meletakkan embrio tersebut ke dalam
rahim si isteri, namun si isteri tetap meletakkan embrio tersebut ke dalam
rahimnya walaupun setelah kematian suaminya. Bagaimanakah hak pewarisan kepada
anak yang dihasilkan melalui perbuatan ini?
Hukum memasukkan embrio yang telah disenyawakan
diluar rahim selepas kematian suaminya adalah HARAM. Dan perempuan ini boleh
dijatuhkan hukuman ta’zir.
Ini kerana, hubungan perkahwinan antara dia dan
suaminya telah berakhir dengan sebab kematian suaminya. Oleh itu, memasukkan
air mani ke dalam rahimnya waktu ini adalah tidak sah.[9]
Hukum
syarak dalam pewarisan anak yang dilahirkan dengan cara ini adalah seperti
berikut :-
Anak ini TIDAK BOLEH mendapat hak pewarisan kerana
ia adalah hasil persenyawaan selepas kematian suaminya, dan mereka yang
bersetuju dengan pandangan ini ialah daripada kalangan Hanafiah[10]
dan juga Syafi’iah[11].
Ibnu
Abidin al-Hanafi menyebut :
Dapatlah difahami di sini, persenyawaan pada hukum
syarak samalah dengan hukum bersetubuh, dan seorang lelaki hanya boleh
melakukan persetubuhan ketika hayatnya, bahkan mustahillah sekiranya persetubuhan
boleh dilakukan selepas kematian. Sepertimana yang kita ketahui, dengan
persetubuhan inilah terbinanya nasab terhadap anak yang dilahirkan, akan tetapi
dalam hal ini persenyawaan selepas kematian suami maka di sana tidak terbinalah nasab, penafian nasab
anak ini kepada bapanya (pemilik sperma) memberi makna kepada penafian
pewarisan juga.
Para Fuqaha’ telah meletakkan kaedah dalam
pewarisan : Jika telah dithabitkan nasab, maka boleh keatasnya mendapat hak
warisan harta[13].
Kerana inilah anak yang dilahirkan dengan cara ini tidak berhak untuk
mendapatkan hak pewarisan di sisi al-Hanafiah.
Kesimpulannya, anak yang berhak mendapat hak nasab
ialah yang lahir dari hasil persenyawaan luar rahim ketika suami isteri masih
hidup. Sekiranya suami meninggal kemudian si isteri masih melakukan
persenyawaan tiadalah ketetapan nasabnya. Tiada ketetapan nasab memberi makna
tiadanya ketetapan pewarisan juga.
Dalil Syariah TIDAK BOLEH mewariskan anak yang lahir dengan cara ini.
Tidaklah
dinasabkan anak ini kepada bapanya (pemilik sperma) dan perempuan yang
melakukan perbuatan ini akan menanggung perbuatannya ini di dunia dan akhirat.
·
Hubungan suami isteri akan terputus dengan sebab kematian suaminya, maka
tiada lagi ikatan perkahwinan antara keduanya selepas kematian salah seorangnya[14].
·
Perbuatan ini merupakan perkara yang diharamkan, dan perlulah memberi
denda kepada perempuan tersebut atas sebab perbuatannya. (Jika memberi hak
pewarisan ibarat menggalakkan lagi perbuatan haram ini)
·
Nabi Muhammad S.A.W memberi nasab kepada anak yang dilahirkan daripada
persetubuhan syar’ie, dan menafikannya kepada persetubuhan yang haram seperti
zina. Maka, anak hasil daripada zina tidak berhak kepada bapanya, bahkan ia
berhak dinasabkan kepada ibunya. Hadis Rasulullah S.A.W :
"..penzina
(muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga
mati"
Persetubuhan
juga mustahil dilakukan suaminya dengan rela selepas kematiannya. Begitu juga dengan persenyawaan(sperma dan ovum)
selepas kematian suaminya.
·
Syariat Islam sangat menjaga keturunan daripada berlakunya percampuran
nasab atau hilang keturunan. Sesungguhnya cara ini menghilangkan keturunan dan
berlaku percampuran nasab.
Masalah
2 : Hukum IVF dengan menggunakan air mani lelaki yang diambil sebelum berkahwin.
Gambaran
: Seorang lelaki menyimpan spermanya sebelum berkahwin (انزال) dan kemudian dia berkahwin dengan seorang wanita.
Setelah mereka berkahwin, wanita itu melakukan persenyawaan luar rahim
menggunakan sperma (yang diambil sebelum berkahwin tadi) dan dimasukkan ke
dalam rahimnya. Adakah dibenarkan?
Dalil
yang tidak membenarkan:
·
Sebahagian ulama Fuqaha’ Asy-Syafi’iah[16],
menyatakan TIDAK BOLEH melakukan persenyawaan dengan sperma yang diambil
sebelum aqad. Mereka mensyaratkan sperma yang diambil selepas berkahwin sahaja
bole digunakan dan persenyawaan hendaklah dilakukan ketika sah sebagai suami
isteri.
Dalil
yang membenarkan:
·
Sperma dan ovum yang digunakan adalah dari orang yang sama, sama ada
belum atau sudah berkahwin. Dengan syarat persenyawaan dilakukan selepas
berkahwin.
·
Hanya boleh menggunakan kaedah ini ketika wujudnya keperluan mendesak
seperti sakit.
Fasal 2 : Memilih jantina janin
Sepertimana yang kita ketahui, anak merupakan satu
anugerah yang sangat bermakna dalam perkahwinan.Bahkan pemilihan jantina juga
sangat penting.Kebiasaannya kehadiran anak lelaki sangat dinantikan
kehadirannya dalam keluarga kerana dikatakan mempunyai banyak kelebihan.
Sebagai contoh, di zaman arab jahiliyyah dahulu
mereka terasa sangat terhina sekiranya mendapat anak perempuan lalu mereka
sanggup membunuh anak tersebut hidup-hidup. Adat orang cina pula anak lelaki
penting untuk mewariskan perniagaan dan sebagainya.
Oleh sebab ini, wujudlah kepercayaan karut marut
dalam masyarakat baik Arab jahiliyyah mahupun Melayu.Sekiranya tidur dalam
tepung anak yang dikandungkan adalah anak lelaki, dan siapa yang mahukan anak
perempuan tidurlah dengan barli dan banyak lagi kepercayaan.
Hukum
syarak dalam pemilihan jantina janin :
Permasalahan
ini tidak dibahaskan dalam mazhab-mazhab fiqah dan tidak tercatat dalam kitab
mereka tentang permasalahan ini. Para ulama’ masa kini telas membahaskan hukumnya :-
·
Pendapat yang pertama : BOLEH memilih jantina janin dalam semua kaedah[17]
dengan syarat ia tidak membawa kepada kemudaratan terhadap perempuan tersebut
seperti mana hadis Nabi :
“tidak mudarat
dan tidak memudaratkan”
(*terdapat
sebahagian ulama' masa kini yang hanya membenarkan kaedah-kaedah tertentu
sahaja).
Dalil
pendapat yang mengharuskan :-
·
Berdoa untuk mendapat anak lelaki adalah HARUS, (apa yang dibolehkan
untuk kita buat maka dibolehkan untuk berdoa) tetapi syarat berdoa ialah tidak
meminta kepada yang haram. Seperti dalam al-Quran:
“Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian
kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku
pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu
seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi
Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.”
Surah Maryam : 5 – 6.
·
Akan wujudnya darurat yang menyebabkan pasangan suami isteri terpanggil
untuk memilih jantina anak. Contohnya seperti wujud penyakit yang hanya menimpa
kepada lelaki mahupun perempuan sahaja pada masa hadapan, sebagai contoh
penyakit genetik yang dibawa oleh kromosome.
·
Kaedah syar'iah ialah [asal kepada semua perkara adalah harus sehingga
datangnya dalil yang mengharamkannya]. Isu pemilihan jantina ini tidak ada
dalil yang mengharamkannya[20],
maka hukumnya kekal HARUS.
Ketetapan
yang diletakkan hasil ijtihad dalam keharusan memilih jantina janin :-
Sesugguhnya
pemilihan jantina merupakan isu yang bahaya, sekiranya tidak dilakukan mengikut
ketetapan, ia akan membawa kepada pelbagai masalah yang merosakkan. Berikut ketetapan yang telah diletakkan oleh
syariah :
·
Isu pemilihan jantina tidak menjadi isu yang am atau perkara yang biasa
dalam masyarakat, dan tidak dilaksanakan melainkan setelah mengikut ketetapan[21].
·
Adanya penyakit genetik yang memerlukan kepada pemilihan jantina anak
seperti wujudnya penyakit yang dibawa oleh kromosome, jika ia hanya menimpa
anak lelaki sahaja atau sebaliknya.
·
Wujudnya hajat yang membawa kepada keinginan pemilihan jantina. Seperti
sepasang suami isteri yang hanya dikurniakan anak lelaki dan berhajat untuk
memiliki anak perempuan walaupun seorang atau sebaliknya.
·
Bebas daripada sebarang pencampuran nasab dan hilangnya nasab[22].
[1] Fiqh Tibiyyah Mu’asarah
(1/135)
[2] Qadaya Tibbiyah Mu’asarah,
keputusan al-Fiqhi tentang IVF (1/135)
[3] At-Tantawi, Fatawa Ali
at-Tantawi, (1/102)
[4] Qadaya Tibbiyah Mu’asarah
(1/140)
[5] Majalah al-Fiqhi al-Islami,
Keputusan Mujama’ al-Fiqhi al-Islami dalam perkara IVF dan bayi tabung uji pada
Daurah yang ke-2, 1987 Masihi, (1/328)
[6] Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi
: Hadis Hasan
[8] Qadaya Tibiyyah Mu’asarah
(1/24)
[9] Qadaya Tibiyyah Mu’asarah,
(1/22)
[10] Ibnu Abidin, Radda Muhtar
‘ala Darul Muhtar, kitabut talaq, babul ‘idah (5/180)
[11] Asy-Syirbini, Mughnil
Muhtaj, Kitabul Li’an, fasal qazaf az-zawaj zaujatuhu, (6/530)
[12] Ibnu Abidin, Radda Muhtar
‘ala Darul Muhtar, kitabut talaq, babul ‘idah (5/180)
[13] Assirkhusi, al-Mabsut, kitab
at-talak, babul li’an, (7/57)
[14] Asyarbini, Mughnil Muhtaj,
Kitab Ummahatul Aulad, (6/540)
[15] Al-Bukhari, Sohih
al-Bukhari, 2421
[16] Asyarbini, Mughnil Muhtaj,
Kitab Ummahatul Aulad, (6/540)
[17] Kata-kata Doktor Muhammad
Uthman Syabir, Qadaya Tibiyyah Mu’asarah, (2/299)
[18] Ahmad, Musnad, Hadis Hasan
2856
[19] Salah seorang yang
menyatakan pandangan ini ialah Doktor Rajihul Kardi, Doktor Hamam Sa’id dalam
Qadaya Tibiyyah Mu’asarah dan juga Syeikh Abdul Aziz Ali Syeikh.
[20] As-Suyuti, al-ashbahu
wan-naza’ir (1/131).
[21] Al-Islam wal Musykilat
al-Mua’sarah nadwatul injab, Doktor Muhammad Asyqar.
4 comments:
Mohon share utk manfaat bersama. Syukran jazilan
Harap maaf kalau saya salah ye....bukan kah kita yakin dan redha atas qada' & qadar Allah?
Tidak kah IVF ini bertentangan dengan pekerjaan Allah?
Bukankah Allah sudah mengajar kami seperti diajarkan nabi zakaria terdahulu?
Sutera Ungu: Silakan
Muhammad Iskandar: Ya benar, saudara. Teknik IVF pada zaman moden ini juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar para hambaNYA. Khoir in shaa Allah. Pasti Allah mengurniakan pahala buat pasangan yang bersabar dan berusaha mendapatkan zuriat.
Post a Comment