Sunday, March 25, 2012

BIARLAH RAHSIA

7:07 AM 0 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Sengaja ingin mengajak pembaca mendengar video ini. Tajuknya " Diari Rahsia ". Apa yang perlu dirahsiakan, bahananya bila rahsia dibongkarkan dan pelbagai lagi persoalan. Mungkin perbincangan tajuk ini khusus bagi yang sudah berumah tangga, namun ia juga boleh memberi pengajaran kepada yang belum mendirikan rumah tangga. Agama itu nasihat. Jom !

Fahami. Koreksi. Refleksi & aplikasinya harus mengikut situasi.





Orang hebat sebelum berkahwin belum tentu hebat selepas berkahwin.

Hebat dalam pendidikan. Hebat dalam berbicara. Hebat dalam beribadah. Hebat dalam persatuan. Hebat dari banyak segi. Banyaknya maksud hebat dari pelbagai dimensi.

Mereka yang menganggap selepas berkahwin sama hebatnya sebelum berkahwin adalah mungkin mereka merasakan diri mereka hebat. Hakikatnya, dua alam kehidupan itu amat berbeza.

Jika hebat dalam dua-dua keadaan, Alhamdulillah. Semoga istiqamah. Moga kita semua hebat di hadapan-NYA.


" Lelaki & wanita yang hebat juga adalah mereka yang menjaga akhlak ( kata-kata & perbuatannya ), berusaha mengendalikan emosi diri serta orang lain dengan cara terbaik, sanggup berkorban & bertolak ansur agar tidak menjadi beban kepada insan di sekelilingnya. Moga rahmat-NYA mengiringi. " - Anisatul- Qalbi -


Hidup berumah tangga bukan untuk mengejar kehebatan dan bukan sebagai gelanggang mempamer kekuatan sebaliknya hidup untuk saling lengkap melengkapi agar menjadi hamba yang terbaik di hadapan-NYA. Ia juga sebagai gelanggang menanam kebahagian yang berpanjangan.

Tidak dinafikan kehidupan semasa bujang mampu melatih diri sebagai persediaan sebelum berkahwin tetapi bukan dalam semua situasi.

Ingin berlatih memujuk isteri, aplikasi yang hakiki dapat dibuat selepas berkahwin. Jangan cuba berlatih dengan orang yang tidak sepatutnya. Di sinilah boleh timbulnya fitnah.

Contohnya mengaplikasikannya terhadap rakan wanita di tempat kerja, yang menjadi timbalan dalam urusan persatuan dan seumpamanya.

Begitu juga dengan wanita yang belum berkahwin. Apa yang patut menjadi rahsia seorang wanita, tutup dan simpanlah.

Profesional dalam bekerja, di luar kerja menjaga. Batasan syariat yang memagari demi menyelamatkan keadaan keduanya dari tragedi yang tidak diingini.

Bila tabiat ketika bujang sukar dihakis di mana apa yang patut menjadi rahsia boleh dikongsikan kepada sesiapa pun. Maka, tidak mustahil apa yang patut menjadi rahsia rumah tangga terbongkar kepada sesiapa sahaja.

Tidak hairanlah setelah berumah tangga tiada lagi yang menjadi rahsia. Tiada lagi manisnya sebuah perkongsian.


" Isteri yang bijaksana adalah isteri yang pandai menjaga rahsia rumah tangga."
~Naasir As-Syafie dalam bukunya, Happiest wife in the world ~ 
 
Jangan kerana rahsia, kita berbalah. Jangan kerana rahsia, kita berpecah. Berhati-hatilah. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang pandai menjaga rahsia.


اللّهمّ اغفر لنا ذنوبنا و استر عيوبنا وارفع درجاتنا على ما قمنا به تجاهك ربّنا يا رحيم

" Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan tutuplah segala kekurangan diri kami ( aib ) dan tinggikan darjat kami pada apa yang telah kami lakukan terhadap-Mu Tuhan kami, Wahai Yang Maha Mengasihani. "




Sekadar pandangan dari orang bujang. Takut juga. Allahu a'lam.

I 3.55pm I
I 25 Mac 2012 I
I Syari' dhoha, Irbid I

Saturday, March 17, 2012

KETITIR MENYEPI

2:22 PM 0 Comments

بسم الله الرحمن الرحيم


Secerah mentari
setenang bulan di langit Ilahi

Ingin berlari puas
di langit yang luas tanpa batas

Diasak..diterjah
memberkas jiwa
tetap membohongi rasa

Saat jasad masih berpadu nyawa
hati dipeluk kuat kasih-NYA
nikmatnya membunga

Kehidupan hari ini
tidak semudah semalam
bukan seperti pengorbanan pada hari ini
sebagai insan bergelar hamba Ilahi

Ada yang perlu dikorbankan
ada yang terpaksa dilepaskan

Dalam duka
pelajaran hujan menyapa
siang dan malam
diam terus menyiram
menikam dendam
dengan kesabaran
menumbuhkan harapan

Menyulam impian terbaik
hamparan dicarik

Cuba lagi
dan terus mencuba lagi

Biar ketitir menyepi
tapi bukan seorang dai'e
meskipun jasad menunggu mati

Namun gundah si pelangi
andai ketitir terus menyepi
sanggupkah alam bernyawa lagi

Ketitir menyepi
membayang indah segala mimpi
menjadi realiti
memohon setiap langkah dan pergerakan
diiringi redha Rabbul Izzati
membawa ke syurga
yang kekal abadi..



~ hati_ARIA ~




I 11.11 pm I
I 24 Rabi'ul Akhir 1433H I
I Syari' Dhoha, Irbid I

Friday, March 16, 2012

SERANGAN ZIONIS

12:56 AM 0 Comments

[1] 18 Terbunuh Serangan Zionis Ke Atas Gaza


Gaza, 16 Mac - Serangan Udara oleh Angkatan Tentera Israel ke atas Gaza telah menyebabkan 18 kematian dan 53 kecederaan sehingga kini. Serangan yang bermula pada 9 Mac lepas menurut Israel bertujuan melumpuhkan serangan roket oleh pejuang Palestin ke atas negara haram Israel.



Rakyat Palestin yang terkorban akibat keganasan Israel


Tentera Israel juga telah melancarkan operasi pencerobohan ke atas rumah penduduk Gaza dan menyoal siasat warga Palestin. 12 orang penduduk dilaporkan telah ditahan oleh tentera Israel dalam operasi tersebut.
Selain itu, ramai bekas tawanan Palestin yang baru dibebaskan dalam peristiwa pertukaran tawanan Hamas Palestin dan Zionis Israel juga ditangkap semula sejak awal tahun ini. Seramai 200 orang warga Palestin ditahan dalam operasi ketenteraan Israel di wilayah Hebron bermula Januari 2012.
Dalam pada itu, Khaled Al-Batesh, pemimpin gerakan Jihad Islam di Gaza menegaskan bahawa tiada ruang perdamaian antara Palestin dan Israel ekoran tindakan agresif Israel yang semakin melampau.
Kenyataan ini disokong oleh Doktor Ismail Radwan, pemimpin Hamas di Gaza yang meminta dunia Arab dan pemimpin negara Islam untuk mengambil tindakan ke atas Israel.
Tindakan ketenteraan yang agresif ini disifatkan sebagai kegagalan 'Perjanjian Damai' antara Palestin dan Israel yang dipelopori oleh Mesir.

Sumber : MPPMJ





























































































































































































































[2] Serangan rejim Zionis, warga tua terbunuh







Jumaat, 16-03-2012 - Serangan udara oleh rejim Zionis pada tengahari Ahad lalu telah mengorbankan seorang lelaki Palestin berusia 60 tahun dekat kawasan perniagaan di Bandar Gaza, kata sumber tempatan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC). Menurut mereka, warga emas yang terbunuh itu, Adel Isy, merupakan seorang pengawal keselamatan kepada ladang keluarga Wahidi yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.
Seorang kanak-kanak Palestin dan seorang pengantin baru juga terbunuh pada awal Ahad lepas dalam dua serangan berbeza yang dilakukan oleh rejim Zionis, manakala 4 orang yang lain tercedera. Mangsa terbaru ini menjadikan angka korban rakyat Palestin seramai 18 orang dalam serangan bertubi-tubi oleh rejim Zionis ke atas Gaza yang bermula Jumaat lepas.

Sumber : palestinkini

Sunday, March 11, 2012

KEKUATAN ITU DARI ALLAH

6:36 AM 0 Comments
" Anisatul-Qalbi dipersilakan ke hadapan, " doktor pensyarah memanggilnya pagi itu ketika sesi penyerahan kertas peperiksaaan.

Dapat sahaja kertas yang diberikan, dirinya senyap tertunduk. Markahnya sederhana.

" Kamu ada masalah ? " soal doktor seakan mengharap anak didiknya mendapat markah yang lebih tinggi atau markah penuh.

" Maafkan saya doktor, saya telah mencubanya, " serba salah.

Setahunya, dia telah mengulang banyak kali subjek itu.

Namun dia tetap bersyukur. Alhamdulillah.

----------------------------------------

Memang perjuangan ingin menjadi hamalatul Quran bukan mudah, banyak pengorbanan yang diperlukan. Saya bantu setakat yang termampu, awak berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Semoga Allah sentiasa melapangkan masa-masa kita untuk Al-Quran. Sentiasalah perbaharui niat.[ sahabat Anisatul-Qalbi ]

" Siapa Anisatul-Qalbi ? Sila ambil kertas kamu, " dipanggil lagi namanya oleh doktor bagi subjek yang lain.

Dia ke hadapan sambil hatinya berdebar. Doktor tersenyum.

Sebaik kembali di tempat duduk, teman-teman yang lain mengerumuninya dan mengucapkan tahniah. Markahnya antara yang tertinggi, hampir saja markah penuh. Alhamdulillah 3x. Allah, terharu rasanya.

Setibanya pulang dari universiti dia terus sujud dan berdoa tanda kesyukuran.

Semahunya dia tidak mahu kesibukan menjadi fitnah terhadap pelajaran. Semahunya juga tidak mahu kesibukan menjadi alasan terhadap ketidak bersamaan dengan teman sejatinya,Al-Quran.

Teringat pada malam sebelum peperiksaan subjek itu, dia masih belum menyempurnakan ulang kaji. Usahanya hanya dikerah menghafal dan mengulang Al-Quran. Ada kelas tasmi' pada malam itu. Selepas maghrib dia bersungguh keluar rumah seorang diri. Sahabatnya tidak dapat pergi sekali kerana tidak berkesempatan.

Hatinya sedikit tidak tenang jika diri tidak hadir ke kelas tasmi' walaupun dapat memberikan alasan yang agak munasabah seperti alasan peperiksaan. Pulang dari kelas tasmi', terus diselak buku pelajaran. Lega.

Tuesday, March 6, 2012

BERKHATAN : ISU DAN CABARAN ( Akhir )

12:50 PM 0 Comments

TEKNIK & KAEDAH
KAEDAH UMUM
Kaedah ini adalah evolusi bagi kaedah klasik. Dalamkaedah ini, semua prosedur telah mengikut peraturan yang ditetapkan dan kaedah ini dapat meningkatkan lagi keberhasilan perkhatanan. Perkara yang umumnya terlibat atau dilakukan ketika melaksanakan kaedah ini adalah:
1) Pembiusan
2) Penggunaan pisau bedah yang lebih tepat
3) Tenaga doktor yang professional
4) Teknologi jahitan benang yang dapat menyatukan kulit. Dengan adanya kelengkapani ni, kadar infeksi selepas operasi dapat dikurangkan.

FLASHCUTTER
Kaedah ini merupakan perkembangan secara tidak langsung dari kaedah Electrocautery. Melalui kaedah ini, sebilah logam yang sangat tipis dan diregangkan sampai menjadi seperti benang logam digunakan untuk memotong kulit di hujung zakar (kulup/prepuce) . Logam tersebut kemudiannya dipanaskan dengan menggunakan bateri atau pembekal elekrik (DC power supply). Tujuan pemanasan logam tersebut dilakukan adalah untuk membunuh bakteri yang kemungkinan terdapat padazakar. Selain itu, pemanasan juga dilakukan untuk mempercepat pemotongan kulitberkenaan. Oleh kerana alat ini menggunakan bateri, alat ini ini memudahkan doktor yang memilikinya melakukan proseskhatan dari rumah ke rumah.

LONCENG ATAU IKAT
Dalam kaedah ini, tidak ada pemotongan dilakukan dan melalui kaedah ini, orang yang akan disunatkan tidak akan rasa sakit.Namun, kaedah ini memerlukan waktu yang agak lama untuk selesai iaitu maksimum selama 2 minggu. Banyak kontroversi berlaku ke atas kaedah ini kerana kemungkinan untuk berlaku infeksi (jangkitan) adalah amat tinggi. Kaedah khatan secara ikat adalah seperti berikut:
1. Seluruh bahagian penis dibersihkan.
2. Bahagian kulit yang akan dipotong dan diukur.
3. Kulit yang telah diukur kemudian diikat menggunakan seutas benang.
4. Ikatan dibiarkan hingga menjadi nekrosis (kulit mati).
5. Kemudian, nekrosis menjadi lembik dan mudah dibuang.
6. Proses khatan selesai dengan memberi ubatanti-infeksi kepada orang yang disunat.
Kita dapat lihat bahawa melalui kaedah ini, nekrosis akan berlaku, iaitu kulit akan mati kerana tidak terdapat aliran darah. Oleh itu, kaedah ini sangat tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kemaluan.

TARA KLAMP
Tara Klamp ini ditemukan oleh seorang professoriaitu Dr. Tara Gurcharan Singh pada awal tahun 1990. Tara Klamp ini diperbuat daripada plastik dan hanya digunakan sekali sahaja. Melalui kaedah ini, kulit yang dibuang akan dilebarkan, kemudian kulit tersebut akan ditahan dengan TaraKlamp. Dalam masa 3-5 minit, kulit tersebut akan tercabut dengan sendirinya disebabkan oleh tekanan dari Tara Klamp itu. Walaupun kaedah ini menggunakant ekanan, tanpa menimbulkan rasa sakit, pendarahan dan jahitan.

LASER CARBONDIOXIDE (karbon dioksida)
Kaedah ini menggunakan laser untuk proses pemotongan kulit di hujung zakar (kulup/ prepuce). Kaedah ini merupakan kaedah tercepat selain menggunakan kaedah klasik kerana disokong oleh teknologi yang maju. Proses berkhatan dengan menggunakan laser adalah seperti berikut:
1. Kulit penutup zakar akan diberikan ubat bius disekitar pangkal penis
2. Kulup/ prepuce yang akan dipotong kemudiannya diukur dan ditahan dengan menggunakan klamp.
3. Laser kemudian dihalakan tepat ke arah klamp tersebut
4. Setelah selesai proses pemotongan, klamp tersebut akan dibuka.
5. Selepas itu, zakar akan dijahit agar hasil potongannya tidak terlalu nampak apabila zakar yang dikhatan itu sembuh, dan ia juga bertujuan untuk mencegah luka daripada merebak.
Kaedah khatan ini memakan masa lebih kurang 15 minit, bergantung kepada komplikasi. Proses pemotongan pula hanya memakan masa kurang dari 1 minit kerana kaedah ini menggunakan laser. Biasanya kaedah ini disarankan kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 12 tahun.

Sunday, March 4, 2012

BERKHATAN : ISU DAN CABARAN ( 2 )

11:40 PM 0 Comments
HUKUMBERKHATAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN

Dalam penetapan hukum,ulama' berselisih pendapat.
1) BERKHATAN BAGI LELAKI[1]
Pendapat pertama :Hukumnya wajib. Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanifahdan ulama mazhab Syafie.
Antara dalil selain dalil yangtelah dikemukakan dalam bab pensyariatan di atas adalah :
[2]( ثُمَّأَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَمِنَ الْمُشْرِكِينَ )
Terjemahan : kemudian Kami mewahyukan kepada kamu (Muhammad ) , Ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah dariorang-orang yang musyrik.

Dalam ayat ini, Allah Subhanahu wa Ta‘alamemerintahkan Nabi Muhammad s.w.t supaya mengikut ajaran-ajaran agama NabiIbrahim a.s dan di antara ajaran-ajaran Nabi Ibrahim a.s itu ialah berkhatan.Perkara ini jelas dikuatkan lagi dengan perbuatan Nabi Ibrahim a.s itu sendiriyang mengkhatan dirinya pada masa umurnya lapan puluh tahun.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((الفطرة خمس : الختان , والاستحداد، ونتف الإبط، وتقليم الأظافر، وقص الشارب ))
Terjemahan : Daripada AbuHurairah R.A. daripada Rasululullah S.A.W bersabda : Fitrah itu ada lima iaitu : khatan,mencukur bulu kemaluan, memotong bulu ketiak, memotong kuku, dan mencukur misai.
Pendapat kedua : Hukumnyasunat. Demikian pendapat dari kebanyakan ulama mazhab Imam Malik dan AbuHanifah. Pandangan yang sama dari Ibin Abi Musa dari ashab Ahmad hukumnyasunat.
الختان سنة للرجل , مكرمة للنساء ))))
Terjemahan : Khatanitu sunat bagi lelaki dan mulai bagi perempuan.

2) BERKHATAN BAGI PEREMPUAN[3]
Pendapat pertama : Hukumnya wajib. Pandangan ini dari ImamSyafie pada satu salah satu riwayatAhmad. Antara dalil yang dikemukakan adalah dari hadis Ummu Utayyah yangbertaraf hadith dhoif.
(( اخفضي ولا تنهكي فإنه أنضر للوجه وأحظى عند الزوج )) قال رسولالله :
Terjemahanan : Telah berkata Rasulullah SAW , kurangkanlahdan jangan berlebihan. Sesungguhnyayang menceriakan wajah dan disukai di sisi suami.

Pendapat kedua :Hukumnya sunnah. Pandangan ini dari Imam Abu Hanifah dan sebahagian mazhab ImamMalik. Juga riwayat lain dari Imam Ahmad.
قال رسول الله :) ( إذا التقى الختانان وتوارتالحشفة فقد وجب الغسل )).
Terjemahan : Telah berkata Rasulullah SAW , apabilabertemu dua khitan ( khitan lelaki dan perempuan ) , maka diwajibkan mandi.